
Aku mesej tanya suami dah makan ke, dah balik ke, buat dia rasa terkongkong. Dia dah tua, tahu la dia nak makan atau nak balik. Salah ke aku jauh dari suami tanya dan ambil berat pasal suami? Suami cakap dia rasa menyampah, rasa nak marah bila aku call atau WhatsApp dia.
#Foto sekadar hiasan. Hai.. aku minta pandangan.. aku pernah jadi janda 11 tahun yang dulu dan punya 2 anak. Lepas tu aku berkahwin dengan lelaki bujang dan dikurniakan lagi 2 anak berusia 8 dan 4 tahun. Sebelum ni rumah tangga kami bahagia sampai kami terpaksa PJJ 3 tahun lepas.
Aku seorang je anak perempuan dalam family, terpaksa balik ke kampung untuk jaga mak yang berusia 70 tahun. Setahun yang lepas aku dapat tahu dari kawan – kawan di tempat kerja suami yang dia berhubung rapat dengan seorang anak dara berusia 32 tahun.
Perempuan tu kerja berpangkat, ada rumah besar sendiri, ada kereta besar, berduit dan cantik orangnya. Tapi suami menafikannya, katanya hanya sekadar kawan di tempat kerja. Aku pernah terjumpa video call selama 10 minit di Telegram tapi dinafikan oleh kedua – dua mereka, katanya tertekan.
Aku juga jumpa payslip online milik perempuan tu dalam telefon suami tapi suami cakap perempuan tu hanya pinjam handphone untuk check gaji. Kemuncaknya 3 bulan yang lalu aku dapat tahu dari kawan yang suami aku duduk sebumbung dengan perempuan tu.
Ramai yang terserempak suami dan dia makan berdua di kedai makan, berjalan di pasar malam dan sering naik kereta berdua. Aku dan suami bergaduh besar, suami mengaku memang dia selalu keluar dengan perempuan tu tapi hanya sekadar seorang kawan, tak lebih dari tu.
Dia tegaskan mereka tak bercinta dan isu duduk sebumbung tu suami kata perempuan tu hanya melanggan Grab dari suami aku untuk membeli barang dan minta hantar ke rumahnya. Suami aku masuk ke dalam pagar, letak barang di dalam rumah sebab barang tu agak berat. Perempuan tu duduk seorang diri. Aku tak tahu mana yang harus aku percaya.
Setelah itu aku juga dapat tahu suami sering tiada di bilik sewa dia pada malam hari. Bila aku bertanya, suami aku mengaku dia tidur di dalam kereta selepas membuat Grab. Dia sering terganggu dengan dengkuran kawan sebelahnya tu sebab dia selalu tidur di dalam kereta.
Lepas tu aku secara senyap – senyap telah buat trace di kereta suami. Aku pergi di tempat suami di malam hari dan aku dapati dia tak tidur di dalam kereta mahu pun di bilik. 3 jam perjalanan aku ke sana, sampai pagi aku tunggu. Esoknya aku tunggu di tempat kerja suami.
Pukul 8 pagi suami aku sampai masih berpakaian semalam. Bila aku tanya dia tidur di mana, dia berdalih pula, pinjam kereta milik perempuan tu dan tidur di dalam kereta perempuan tu. Dengan alasan dia tahu yang aku trace GPS di kereta suami.
Aku tanya suami mandi di mana, tuala takde. Suami cakap dia mandi di caltex dan tuala dah disediakan oleh perempuan tu di dalam kereta perempuan tu. Hati aku kuat merasakan yang suami hanya berdalih untuk menutupi salahnya.
Tapi seperti biasa, suami dan perempuan tu tetap menafikan hubungan mereka. Sekarang ni suami nak ceraikan aku katanya tak tahan dengan perangai cemburu dan tuduh – tuduh dia bukan – bukan. Dan sifat aku yang selalu mengongkong.
Bila aku WhatsApp dia tanya dia dah makan ke, dah balik ke, buat dia rasa terkongkong. Dia dah tua, tahu la dia nak makan atau nak balik. Salah ke aku jauh dari suami tanya dan ambil berat pasal suami? Suami cakap dia rasa menyampah, rasa nak marah bila aku call atau WhatsApp dia.
Aku seorang isteri yang terasa seperti teraniaya. Suami aku nak ceraikan aku hanya atas alasan tawar hati dan tak nak rasa terikat. Suami cakap jiwa dia kosong. Masa hari mengundi suami balik ke rumah ayahnya dan aku pergi ke sana hantar anak – anak.
Malam tu aku ada tidur di sana. Bila aku cuba manja – manja dengan dia, dia tak pula menolak. Dia layan, bagi nafkah batin pada aku sampai berkali – kali. Ada ke yang tawar hati masih layan isteri kalau dah takde perasaan? Aku beranggapan suami dah ok dan lembut hati pada aku.
Malangnya suami tetap memfailkan cerai di mahkamah selepas beberapa hari dan kami akan naik mahkamah. Aku dalam dilema apa salah aku sebenarnya. Suami tetap nak ceraikan aku dan menyalahkan aku yang membuat dia berubah hati, bukan sebab perempuan lain atau nak kahwin lain katanya.
Bagi dia ruang untuk hidup sendiri, tak terikat dengan sesiapa. Dia nak kumpul duit, kumpul harta, kalau ada jodoh bersama lagi ada lah. Dia ceraikan aku agar aku boleh berubah dari sifat cemburu, ambil tindakan pendek tanpa berfikir dulu akibatnya katanya. Dan dia nak rawat hati dia yang dah tawar.
Aku nak minta pendapat, betul ke apa yang aku rasa selama ni yang dia ada hubungan dengan perempuan tu atau memang aku yang bersalah. Dan baru – baru ni aku tahu perempuan tu dah berhenti kerja dan berpindah. Tapi aku kuat rasa diorang masih berhubungan.
Doakan yang terbaik untuk aku ye. Aku seorang suri rumah. Anak aku dengan suami pertama ada seorang yang OKU. Aku tak tahu nak mulakan hidup baru macam mana lagi, dengan anak – anak, dengan mak, dengan rasa sakit yang aku rasa lagi. Hanya Allah tempat aku berpaut.
Tipu la kalau aku cakap aku kuat. Memang aku sangat rapuh. Setiap malam aku buat tahajud, menangis minta Allah kuatkan aku, hilangkan rasa sayang aku pada suami. Moga masa boleh merawat sakit dan luka yang aku alami ni. Jujur aku sayangkan suami dan rumah tangga aku.
Sebelum ni suami sangat baik, bertanggungjawab, sembahyang 5 waktu, bagi nafkah cukup, tak pernah nak marah – marah. Tapi dalam masa 3 bulan ni dia berubah total 360 darjah. Marah, cakap kasar dengan aku bila dia di sana. Bila balik sini dia ok, cakap pun ok, cuma dia tak nak duduk di rumah aku.
Dia akan ambil anak balik duduk rumah ayah dia. Moga aku reda dengan ujian Allah turunkan ni. Mungkin boleh tebus dosa – dosa aku yang banyak ni. Allah beratnya ujian yang aku rasakan. Moga ada hikmah di sebaliknya. Terima kasih, maaf jika agak panjang penulisan aku. Assalamualaikum.
Komen netizen :
Oliey Lizzy Omar : Cerai je la orang dah tak nak. Nampak gaya cerita memang dia ada hubungan tu. Malas nak poligami kot tu yang dia ceraikan awak. Sabar je la sis. Rezeki Allah yang bagi. Pastikan nafkah anak – anak dia bagi. Minta dengan hakim nanti ataupun, bagi je anak – anak suruh dia dengan bini baru dia jaga.
Abeawi Ali : Suami awak tu dulu jadi barang berbungkus, sekarang dah jadi sampah. Dari catatan awak pun saya dah maklum, dia pembohong besar. Buat apa disayang – sayang orang yang tak jujur, yang sentiasa memberi masalah.
Seorang suami dan sebagai ayah yang baik lagi berakhlak tak akan berbuat seperti dia buat sekarang. Hatinya dah termakan budi pada si perempuan tu. Buat apa penat penat nak jaga orang yang tak setia. Jangan malu jadi janda sebab bahagia tu bukan terletak pada status.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.