Aku duduk rumah flat satu bilik. Tapi mak abah sibuk nak menumpang sampai aku dan suami takde privasi. Akhirnya suami cari skandal lain puncanya mak ayah aku

Sebelum ni aku dah banyak kali bagi hint suruh mak ayah aku balik kampung. Aku tahu suami aku takde privacy. Bila kantoi suami aku ada skandal, aku halau mak ayah keluar dari rumah aku. MaIangnya, suami tetap nak kahwin lagi..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum. Aku menulis hanya sekadar luahan perasaan yang tak terlarat ditanggung lagi. Maaf andai panjang berjela. Rumah tangga yang dibina selama berbelas tahun kini rebah. Kerana kesilapan orang lain, aku menjadi m4ngsa keadaan.

Dipendekkan cerita, ummi abah aku suka tinggal dengan kami. Selesa katanya sedangkan rumah kami teramatlah kecil. Flat murah, bilik ada satu sahaja. Itulah bilik kelamin kami, itulah bilik anak – anak kami (anak dua orang, sepuluh tahun dan dua tahun). Ruang tamu pula kecil dan dapur yang sempit.

Mulanya suami beri izin untuk ummi abah aku datang ke rumah bila – bila masa. Tapi mereka ibarat mengambil kesempatan terutama ummi aku. Dia langsung tak nak balik ke rumah dia dengan pelbagai alasan yang aku sendiri maklum.

Ummi terus bermastautin di rumah kami. Minggu silih ganti, bulan, tahun, dan akhirnya seperti kami yang mendatang menumpang di rumah orang. Kami tak boleh berbuat apa. Tiada privacy untuk kami suami isteri langsung. Bilik kami sesuka hati mereka guna, katil kelamin kami ummi abah guna sesuka hati dan dihenyak anak – anak saud4ra yang ummi bawa.

Barang rumah kami banyak rosak akibat perbuatan anak – anak saud4ra. Perbelanjaan rumah makin tinggi, bil elektrik melampau naik kerana kipas, lampu dan aircond yang on dua puluh empat jam. Berkali aku tegur dengan baik, tapi tetap berulang.

Beberapa kali aku minta cara baik supaya ummi abah pulang ke rumah mereka dan memberi ruang untuk keluarga kami. Tapi sekejap sahaja, tak lama lepas itu mereka datang balik gara – gara ummi aku yang nak duduk rumah aku.

Akhirnya suami yang bertahun pendam rasa tak dapat nak berlakon lagi. Dia mula cari keseronokan di luar. Scandal dengan staf sepejabat dia, si anak d4ra tua. Bersayang bercinta bagai. Jarang pulang rumah awal dan tak lagi wasap atau call mahupun membalas mesej aku. Aku hack wasap dia. Allah, kecewanya.

Bila aku minta kepastian, setelah beberapa hari kami cuba berbincang. Perbincangan pertama, suami meluahkan sedikit sahaja apa yang dipendam. Suami kata, wasap itu hanya lakonan. Suami suruh perempuan itu berlakon kononnya mereka bercinta dan suami suruh perempuan itu wasap sayang cinta untuk tarik perhatian aku.

Suami bangkitkan isu ummi abah dan suami berkata dia tak tahu sejauh mana lagi rumah tangga kami ini. Allah, aku dah jelaskan yang aku dah buat tugas aku untuk meminta mereka pulang tapi mereka tetap kembali ke rumah ini. Salah aku ke.

Untuk selamatkan rumah tangga kami, kali ini aku terp4ksa berkeras meminta ummi abah keluar dari rumah kami. Allah, betapa peritnya aku rasa. Allah sahaja tahu macam mana menangisnya hati ini walaupun aku tahu aku di pihak yang benar. Ummi terasa hati sangat – sangat pada suami aku dan mula marah – marah dekat aku.

Str3ss. Malam itu, aku hack wasap suami lagi. Konon kata berlakon tapi makin rancak dia berdondang sayang dengan scandal itu. Berdating, ajak – ajak duduk di riba, anak d4ra tua itu pun bukan main gatal lagi, katanya dia akan layan suami aku selepas mereka kahwin nanti, sekarang cuma boleh ringan – ringan sahaja dulu.

Perwatakan anak d4ra tua itu konon alim bertutup litup tapi gatal dengan suami orang. Siap tak nak lepaskan peIukan, nak sentiasa k1ss. Suami puji dia cantik, gebu, comel bagai. Yalah, anak d4ra tua belum kahwin belum beranak. Kita ini dah dua orang manusia keluar dari badan kita, berbelas tahun suami pakai kita, jaga macam mana pun tetap sikit sebanyak ada buruknya kan.

Sekali lagi kami berbincang kali kedua. Kali ini suami luahkan semuanya dari mula sampai sekarang. Tetap, tiada satu pun kesalahan aku. Katanya aku perfect, aku jaga dia dan anak – anak dengan baik, aku banyak bantu dia, support dia.

Cuma satu sahaja yang kurang. Aku gagal jaga privacy dia. Tapi tetap bukan salah aku. Salah ummi abah aku. Tapi kenapa aku yang dihukvm. Kenapa. Suami tiada jawapan untuk itu. Aku dah jelaskan yang aku dah halau ummi abah dan mereka takkan datang lagi.

Aku lakukan apa sahaja untuk selamatkan rumah tangga kami. Setelah berbincang hampir dua jam, suami minta tempoh untuk dia bertenang dan berfikir. Katanya, bagi saya masa berfikir. Saya sayangkan awak. Tapi saya kecewa. Saya serabut.

Kalau kita berpisah, andai jodoh masih ada, kita pasti bersama semula. Saya minta awak bersabar. Bagi saya masa. Bagai runtvh jantung, aku tanya, “awak sayang saya tapi awak nak berpisah dengan saya dan nak bersama dengan perempuan itu. Awak nak hukvm saya atas kesalahan orang lain.

Kenapa? Kenapa saya yang harus menjadi m4ngsa. Awak memang nak dekat perempuan itu kan. Begitu mudah awak nak lepaskan saya. Setelah apa yang saya dah korbankan. Setelah semua susah senang yang kita dah harungi bersama.”

Saya nak dua – dua kata suami aku. Tak sedar diri, hutang dia pun aku tolong lunaskan, nafkah anak – anak pun aku beri ihsan, makan pun tak cukup ada hati nak dua – dua. Suami masih nak dekat aku hanya sebab anak – anak. Korang rasa.

Aku merayu, aku sujud dekat kaki dia untuk beri peluang dekat rumah tangga kami tapi terjelepuk aku ditepis dan ditolak, dibiarkan menangis sendirian. Dia minta masa untuk bertenang dan berfikir. Dan aku pun dah tak mampu nak fikir apa lagi. Aku kata, “tak apa lah. Talak dan poligami di tangan awak, bukan saya. Awak fikir lah baik buruknya. Jangan disebabkan kesalahan orang lain, saya yang menerima hukvman. Itu tak adil bagi saya.”

Tiga minggu. Ya, tiga minggu aku cuba mengambil hati dia. B0dohkan aku. Merayu, sujud di kaki dia, tapi dia sangat ego. Dia tepis aku, tolak aku secara perlahan – lahan bila aku mendekati dia. Cukup. Allah dah buka mata hati aku untuk melihat sejauh mana hubungan ini. Jalan yang Dia nampakkan untuk aku ialah berpisah. Dan aku sangat tenang menerima segala petunjuk dari Dia.

Aku mula kumpul segala bukti yang ada antara suami dan perempuan itu. Makin aku korek, makin banyak yang mer0bek hati. Salah satunya, mereka telah pun melakukan z1na ringan. Betapa rancak dan seronoknya mereka chatting pasal perkara yang menjijikkan. Astaghfirullahalazim.

Aku print semua borang berkaitan perceraian dan tuntutan yang patut. Aku tukar perwatakan. Aku dah tak rasa sedih, s4kit hati mahupun marah. Tiba – tiba sahaja semua perasaan itu hilang. Malah aku happy sebab aku nak cerai. Allah Maha Kaya. Dia bantu aku untuk percaya, aku boleh hidup dengan anak – anak tanpa suami. Dia buat aku jadi kuat, Dia terbitkan ceria dan gembira dalam hati aku untuk memudahkan urusan aku.

Depan suami, aku sentiasa ceria. Aku main Facebook, wasap dengan keluarga. Aku senyum – senyum. Bila suami pandang, aku autom4tik sorok telefon. Tak nak bagi suami tengok dan aku sendiri tak tahu kenapa aku buat macam itu. Hasilnya, suami mula cemburu aku. Selalu tanya, aku buat apa dengan telefon. Aku cakap main Facebook lah apa lagi.

Sabtu Ahad aku keluar dengan anak – anak sampai suami aku sibuk nak ikut. Suami mula berubah. Mula ambil berat pasal aku dan anak – anak. Mula bergurau, mula nak cuit – cuit aku, mula puji-puji aku cantik dan manis. Belikan aku roti, buatkan aku air, gosokkan baju, basuhkan baju, bila malam mula bagi hint nak bermanja dengan aku.

Sekarang dia sentiasa tanya aku nak ke mana, wasap dengan siapa, malah aku tukar password telefon aku lagi lah dia tak keruan dan dia pun dah mula kurang main telefon dengan perempuan itu. Kalau malam sahaja, dia akan off internet telefon.

Perempuan tu pula, dia mula tak senang duduk bila suami dah kurang layan chatting dia. Pagi – pagi sahaja mesti suami runsing sebab perempuan itu wasap wechat merajuk – merajuk. Tapi aku tetap dengan keputusan untuk bercerai. Hari itu kau yang nak cerai sangat kan.

Nah, sekarang aku siap sokong dan beriya untuk merealisasikan kehendak kau. Tapi kenapa kau berlengah – lengah dan sentiasa beri alasan untuk melambatkan proses. Sampai suami cakap dekat aku, “wah macam tak sabar sahaja nak cerai.”

Ya memang aku tak sabar nak lepaskan diri dari kau yang tak menghargai aku. Sebelum ini aku merayu menangis tapi kau buat kejung sahaja. Kenapa sekarang kau pula terhegeh – hegeh nak pikat aku. Maaf, hati dan jiwa aku untuk kau dah keras.

Allah makbulkan permintaan aku untuk tak lagi punyai apa – apa perasaan mahupun d3ndam pada kau. Yang ada hanyalah ihsan sebab kau ayah kepada anak – anak kita. Aku tunggu sahaja masa untuk ke pejabat agama tapi kau. Main tarik tali. Kau yang cari pasal, lantak kau lah nak apa. Jangan lupa bagi tarikh ke pejabat agama, aku nak mohon cuti siap – siap.

Sambungan.. Assalam admin dan semua w4rga FB. Terima kasih atas sokongan, dorongan, malah nasihat yang diberi. Aku hargainya. Mula – mula memang aku sangat down. Bayangkan, tak g4duh, tak masam muka, bergelak tawa jalan – jalan dengan anak beranak, tiba – tiba esok pagi bangun tidur suami cakap nak bercerai. Eh eh.

Ada yang kata, jangan salahkan suami seratus peratus, tapi aku yang tak reti jaga suami. Tak apa lah, hanya aku yang tahu apa yang aku dah lakukan untuk suami dari hujung rambut ke hujung kaki dan hanya aku yang tahu apa yang suami dah buat sepanjang perkahwinan berbelas tahun ini.

Untuk pengetahuan, dua tiga tahun ummi dan abah tinggal bersama kami. Entah berapa kali dah aku mohon mereka pulang. Tapi haish. Bila aku bagitahu suami tindakan aku meminta ummi abah pulang, suami pesan tak payah lah suruh mereka balik. Tak apa lah, dah mereka nak duduk sini biarlah.

Aku kata, “saya tahu awak kecil hati. Banyak kali saya minta mereka balik tapi macam tak berjaya sahaja. Maafkan saya. Awak bantu lah saya, bagi lah idea macam mana nak cakap dekat mereka.” Suami jawab, eh tak payah. Biar sahaja. Itu ummi dan abah awak kan. Tak apa lah. Kita jaga sahaja mereka.  Saya tak kecil hati lah, saya tak kisah cuma risau ummi abah tak selesa, rumah kita kecil, tidur pula dekat hall yang tak berapa nak luas itu.

Itulah ayat suami aku setiap kali aku suarakan tindakan aku itu. Tapi nampaknya kata – kata suami itu manis di mulut sahaja. Selama tempoh kami per4ng dingin, suami pun dah tak sediakan kelengkapan dapur dan rumah. Aku sediakan sendiri untuk kami. Apa yang ada.

Telur. Telur pun telur lah. Aku tak abaikan tugas aku di rumah. Masih masak lauk kegemaran dia. Masih siapkan pakaian dia agar kemas dan tersusun. Masih tersenyum dikala salam tangan nak ke kerja. Masih melayan pertanyaan dia (selalunya pasal anak, selebihnya masing – masing banyak berdiam diri).

Seminggu ini dia dah jadi seperti suami yang aku kenali dulu walau belum seratus peratus tapi masih melayan perempuan itu. Depan – depan aku tahu mereka berchatting cengkarama, dan aku senyum sahaja. Tak tahu lah sampai bila perkara ini nak berlarutan.

Aku hanya ikut gerak hati aku yang Allah SWT pandukan seperti dalam doa – doa aku, sentiasa merayu dan memohon bantuan Dia untuk sentiasa tunjukkan jalan. Kalau kekal, kekal lah. Kalau pisah, pisah lah. Cuma kalau kekal itu mungkin takkan sama seperti sebelum ini.

Aku seratus peratus berserah pada Yang Esa untuk tentukan dan aturkan arah rumah tangga kami. Aku dah usaha, aku dah tawakal. Kini aku pasrah, reda dan berserah. Doakan aku walau apa pun situasinya nanti. Terima kasih.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :