20 tahun bersama arw4h suami, untuk hilangkan rindu saya kahwin lain dengan ustaz. Sehinggalah saya lakukan ‘kesalahan’

Saya mimpi arw4h suami. Dalam mimpi nampak dia pulang ke rumah. Dengan gembira saya sambut dan berkata, “Abang, I mimpi you dah meninggaI. Surat m4ti you pun dah ada. Jom kita ke JPN batalkan surat m4ti you!!! Dia tersenyum…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya perkenalkan diri sebagai Jemfo’eva. Wanita berusia pertengahan 40an. Saya perIukan sisi pandang pembaca budiman tentang libang-libu perasaan yang sedang dialami.

Saya dahulunya adalah seorang balu kepada arw4h suami yang sangat baik. 20 tahun kami bersama mendirikan rumahtangga yang bahagia, tenang dan gembira. Kami juga dikurniakan 4 orang anak yang kini telah pun menginjak dewasa.

Arw4h suami merupakan seorang lelaki yang penyayang dan mengamalkan komunikasi terbuka antara suami isteri. Sebarang pertelingkahan kerap didebat secara rasional. Setiap hujahan diambil kira dengan menolak penguasaan emosi berlebihan.

Amat jarang kami berg4duh panjang kerana selalunya suami mengajar saya meneliti kesan – akibat setiap perbuatan. Sebagai perkongsian, arw4h suami memegang jawatan tinggi dalam kerjayanya. Dia memang mementingkan ketepatan masa, integriti, dan sangat berpegang pada janji.

Pada masa yang sama, dia mempunyai tahap empeti yang tinggi. Keperibadian saya banyak terbentuk hasil didikannya, menjadikan saya lebih tenang dan teliti dalam bertingkah laku. Pendek kata, banyak yang telah dicedok dan dipelajari sepanjang perkahwinan kami.

Arw4h suami suka berbelanja. Hobinya adalah makan. Dan dia sangat suka belanja kami makan, termasuk kawan – kawan dan adik beradik. Disebabkan saya tak pandai masak, setiap kali tetamu berhajat datang ke rumah, dia akan mengajak makan di restoran atau kedai makan terlebih dahulu.

Setelah itu baru lah diajak ke rumah untuk minum kopi dan makan kuih muih. Begitu lah maha baiknya Allah, kurniakan saya seorang suami yang baik. MaIangnya suami telah dijemput menemui Penciptanya. Maka tinggal lah saya bersama kenangan manis namun mencakar hati duka.

Air mata terselindung di sebalik senyum tawa. Kerinduan tak terluah untuk dikirimkan kepada empunya badan. Demi anak – anak, saya teruskan kehidupan walaupun hati terasa kosong dan sepi. Ketika melihat barang peribadi peninggalannya, kesan terakhir calitan jari dalam bekas minyak rambut, tuala kegemaran yang sering diguna, tempat duduk khas-nya di meja makan, dan tempat tidurnya yang tiada lagi kesan kedutan di cadar.

Saya hanya mampu pejamkan mata, mengetap bibir menahan tangis. Apatah lagi jika terdengar lagu ‘Kelmarin’ (kau masih ada di sini…) Ya Allah… Sedihnya hanya Dia yang tahu. Ketika itu saya sering mengikuti ceramah ustaz Zainul Asri bagi mengubat kedukaan hati. Perasaan sangat kosong, h4mbar tanpa sebarang rasa.

Sebulan pertama, tidur malam diisi dengan bermimpikan arw4h suami. Dalam mimpi saya lihat dia pulang ke rumah. Dengan gembira saya sambut dan berkata, “Abang, I mimpi you dah meninggaI. Surat m4ti you pun dah ada. Jom kita ke JPN batalkan surat m4ti you!!! Dia tersenyum. Saya peIuk dia. Rindu sangat.

Tetapi tiba – tiba terjaga. Dan sisa tidur malam itu dihabisi dengan tangisan lagi. 3 bulan pertama saya tidak mengunjungi kubvr suami kerana takut gagal mengawal emosi. Setiap kali ke sana, saya pastikan pergi bersama anak – anak supaya tidak melalut meratap memeIuk batu nisan yang tertera namanya si suami yang sangat baik dan penyayang.

Kerap kali dalam doa, saya memohon agar Allah bantu pulihkan semangat. Tiada ayat panjang – panjang. Saya cuma sebut, “Ya Allah, bantu aku. Bantu aku.” Mata pejam, sambil air mata berjuraian laju turun di pipi. Esak tangis saya cuba sorokkan dari anak – anak, yang pastinya terkesan dengan pemergian abah mereka.

Saya memohon agar selamat dari sebarang kufur maksi4t kerana tahu jiwa saya benar – benar rapuh. Kehidupan ketika itu umpama m4yat hidup, bangun pagi, pergi kerja, balik rumah, jumpa anak – anak dan masuk bilik tidur. Sekadar hidup.

Setiap saat hanya berdoa, “Ya Allah, bantu aku. Selamatkan aku. Jangan tinggalkan aku”. Saya sedar iman senipis kulit bawang mudah sahaja koyak dengan sekali lompat dari balkoni rumah tingkat 14. Sebab itu saya rawat hati dengan mendengar kuliah sebelum dan sesudah subuh dari Ustaz Zainul Asri.

Sambil itu terdetik di hati agar Allah kurniakan bimbingan untuk selamatkan jiwa yang kian tenat. Dipendekkan cerita, setelah sekian lama berjuaang mengharungi jiwa yang meratap. Saya membuat keputusan untuk menerima pinangan seorang ustaz yang juga telah lama kehilangan isteri ketika bersama – sama menunaikan haji.

Tujuan perkahwinan semata – mata untuk keluar dari kenangan lalu, dengan niat meneruskan sisa kehidupan dalam iman dan taat kepada Allah. Sebulan sebelum itu, saya isi dengan solat hajat / tahajjud dan istikhoroh. Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan baik.

Kehidupan bersama suami baru, sememangnya satu doa khusus yang Allah makbulkan. Dia kini adalah pembimbing jiwa, dan pengubat duka lara. Dia sangat baik. Sangat lemah lembut. Bertimbang-rasa dan sentiasa berkongsi pendapat sebelum memutuskan sesuatu keputusan.

Sikapnya amat menyenangkan hati dan menjadikan rumahnya yang didiami kini seperti ‘rumahku-syurgaku’. Dan di sini lah masalah baru muncul pula. Baiknya suami saya si-ustaz menyebabkan saya rasa ‘bersalah’ jika terasa rindu kepada arw4h suami. Kadang – kadang hati dijentik rasa rindu kepadanya.

Ingatan kepada arw4h suami menyebabkan saya tertanya – tanya “Tak apeke rindukan arw4h suami?” Dengan kata lain saya rasa serba salah mengenangkan ada ‘cinta-dalam-hati’ sedangkan saya adalah isteri kepada si suami.

Persoalan ini saya tak berani tanya kepadanya. Saya takut akan mengguris perasaannya. Saya sudahi perkongsian ini dengan sebahagian lirik lagu ‘Kelmarin’. Kelmarin engkau masih ada di sini, Bersamaku menikm4ati rasa ini, Berharap semua takkan berakhir, Bersamamu. Terima kasih membaca sehingga akhir. – Jemfo’eva (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Hafizah Nasir : Kenapa puan nak rasa bersalah. Dua – dua puan dan suami-ustaz pun tahu masing – masing pernah ada pasangan sebelum ni. Rasulullah s.a.w pun terus sayang pada sdtn Khadijah. Sentiasa sedekah pada rakan sdtn Khadijah bila rindu.

Sehingga sdtn Aisyah pun rasa cemburu. Namun, pada saya selagi boleh sembunyikan, sembunyikanlah. Maksudnya jangan sampai suami-ustaz terlalu nampak puan rindu pada arw4h suami. Yelah, dia mungkin faham tapi tetaplah dia mnusia yang berperasaan. Yang masih hidup tetap utama untuk kita sayangi dan hargai.

Azian Abu Bakar : Saya juga seperti puan, kehilangan suami yang sangat baik setelah 17 bersama. Bahagia dengan 4 orang anak. Di usia 41 saya juga berkahwin semula dengan seorang duda yang sangat baik dan Alhamdulillah, saya dan anak – anak menikm4ti kehidupan bekeluarga yang bahagia dan lengkap.

Setelah 8 tahun pemergian arw4h saya masih merinduinya. Cuma cara saya ialah dengan bercerita kepada anak – anak kenangan manis bersama arw4h babah, bersedeqah dan sentiasa berdoa untuk dia. Tetapi, saya tak pernah bercerita kenangan bersama arw4h suami dengan suami saya sekarang. Segala kerinduan biarlah saya luahkan bersama anak – anak sahaja.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.