Satu hari aku pon nekad nak intip Ijat buat apa kalau dia tak ada kat rumah. Aku intip punya intip, sampailah membawa aku ke satu stor ayah kat belakang rumah. Dalam stor tu, aku nampak baldi dah retak sikit tak bertangkai, h4nger tak sama warna dan size, kasut sukan tapak ternganga. Awalnya, aku tak faham..
#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin kalau cerita aku ni berjaya disiarkan. Sebenarnya cerita yang aku nak kongsi ini, tak ada apa – apa pon. Biasa – biasa sahaja. Tetapi cukup terkesan bagi aku bila aku tengok dekat FB dan TV harini penuh bercerita pasal hantar anak ke sekolah.
Aku pon ada kisah jugak pasal hantar orang ke sekolah, tapi bukan anak, tapi adik lelaki aku, Ijat. Maaf cerita ni agak panjang. Mohon bertabah. Aku ada 7 orang adik beradik. Aku anak yang kedua (kak ngah).
Atas aku Abang long, tua setahun dari aku, tapi takdir Allah Abang long tak boleh menguruskan diri sendiri sejak dia kena demam panas ketika umur 7 tahun.
Bawah aku ada lima orang lagi termasuk Ijat. Dalam banyak – banyak adik beradik, aku paling rapat dengan Ijat. Beza umur aku dengan Ijat dua tahun je. Jadinya, selain abang long, Ijat lah kawan sepermainan aku waktu kecik – kecik. Adik – adik yang lain jauh sikit jarak umur dengan kami.
Kehidupan keluarga kami pada awalnya tidaklah sesusah mana sekadar cukup – cukup sahaja. Yelah, ayah aku sorang je yang bekerja nak menyara lapan orang termasuk ibu. Dengan anak yang masih kecik – kecik, perit jugak lah ayah aku mengerah keringat beliau yang bekerja sebagai pembuat batu nisan.
Haaa, takut tak kerja bapak aku? Kalau kau datang rumah aku, penuh batu nisan beraneka bentuk tersusun di halaman rumah aku. Kau cakap je, nak batu sungai, batu tak sungai, semua ada. Tapi tulah, kalau aku fikir – fikir balik, berd0sa tak agak – agaknya aku doakan ramai orang meninggaI setiap hari, dengan harapan nanti banyak tempahan batu nisan ayah aku.
Tapi serius, aku selalu doa macam tu waktu kecik – kecik. Sebab nanti kalau banyak tempahan, bolehlah kami makan sedap – sedap sikit. Tapi aku tak bagitahu pun aku doa macam tu kat orang lain sebab aku takut nanti orang marah pastu cakap aku jahat pulak. Berbalik kepada kisah, macam orang selalu cakap tu, langit tak selalu cerah blablabla. Hujung tahun 2003, waktu umur aku 14 tahun ayah tiba – tiba kena mild str0ke.
Hampir separuh badan ayah lemah terutamanya tangan. Kiranya sumber pendapatan kami terhenti secara tiba – tiba. Dengan keadaan ayah yang perlukan rawatan yang agak mahal, duit simpanan ayah yang ayah kumpul untuk anak – anak terp4ksa kami gunakan.
Dengan ubat – ubatannya, hantar fisi0terapi, hantar berurut secara tradisonaI lagi. M4kin lama, duit ayah m4kin surut, m4kin susah dan mencab4r hidup kami waktu tu. Tapi, Alhamdulillah, walaupun adik aku kecik – kecik, tapi semuanya seakan faham keadaan kami yang tiba – tiba berubah.
Nak dijadikan cerita, hujung tahun tu jugak Ijat dapat keputvsan UPSR yang sangat membanggakan. Mana tak bangga Ijat sorang je dapat 5A dalam sekolah tu. Maka exc1tedlah para guru memohon sekolah SBP / MRSM untuk Ijat.
Kami sebenarnya memang nak Ijat masuk sekolah asrama penuh, tetapi dengan keadaan keluarga kami yang sedang diIanda ujian tu, kami buntu. Ijat pon faham dan tak berharap pon. Lagipon dia tahu, kudrat dia sebagai anak lelaki amat diperlukan untuk bantu ayah.
Tapi, bila ayah tahu Ijat nak sekolah dekat area rumah je, ayah terus marah. Ayah cakap tak ape, jangan sebab ayah, Ijat tak dapat capai impian Ijat nak jadi doktor. Ijat diam. Nak dekat bukak sekolah awal tahun 2004, Ijat berjaya ditawarkan masuk ke Tingakatan 1 di SBP dalam negeri Selangor. Cikgu sekolah Ijat yang bagitahu. Kami semua happy. Tapi Ijat tak. Ijat diam. Aku dengan ibulah yang terlebih exc1ted.
Tunggu punya tunggu surat tawaran, maka sampailah surat tawaran ke rumah kami. Baru aku tahu, boleh tahan mahal ye yuran nak masuk sekolah budak pandai – pandai ni.
Yuran makan, yuran asrama, yuran kelab persatuan semua telah disenaraikan secara detail. Ibu dengan aku dah termenung. Ijat diam. Aku tahu Ijat teringin sangat – sangat nak pergi SBP, tapi dia tak berani nak cakap.
Masa untuk mendaftar tak kurang dua minggu dari tarikh dapat surat tawaran. Ijat masih macam tu, senyap sepi. Ijat banyak habiskan masa bersendirian sampai kadang – kadang aku pon tak tahu dia pergi mana. Tahu – tahu dah lesap. Nanti petang baru nampak muka. Lama – lama aku pelik, mana perginya budak Ijat ni. Jeng jeng jeng.
Satu hari aku pon nekad nak intip Ijat buat apa kalau dia tak ada kat rumah. Aku intip punya intip, sampailah membawa aku ke satu stor ayah kat belakang rumah. Dalam stor tu, aku nampak baldi dah retak sikit tak bertangkai, h4nger tak sama warna dan size, kasut sukan tapak ternganga. Awalnya, aku tak faham, tapi bila Ijat cakap “Ijat tengah kumpul barang nak masuk asrama ni kak ngah.
Ni semua Ijat kutip kat tempat sampah belakang Iombong tu ”Allahuakbar, menitik – nitik air mata aku. “Kak ngah jangan risau, tadi Ijat nampak ada orang buang beg troli yang ada roda besar tau (Iuggage), tapi ijat tak check lagi roda dia boleh pakai ke tak. Ijat malu sebab pakcik yang buang beg tu macam tengok – tengok Ijat. Esok kak ngah teman Ijat ye ambik beg roda tu”.
Waktu tu, aku macam nak mer4ung dah. Tapi tengok mata Ijat yang bersinar – sinar exc1ted tunjuk hasil tangkapan dan persiapan dia nak ke SBP, aku tahan. Malam tu, aku tarik ibu ke stor tanpa pengetahuan Ijat. Kami menangis bersama – sama malam tu. Sedih yang tak tahu nak cakap. Sampai sekarang, even saat aku tulis cerita ni, aku nangis, sedih woii.
Esoknya, pagi – pagi lagi aku dengan Ijat dah menapak ke “shopping mall’ kitorang takut orang lain nampak kitorang seb4t Iuggage tu. Check punya check, roda ok, penarik pon ok, cuma k0yak sikit kain Iuggage tu. Tapi masih boleh dibaiki. Aku jahit yang k0yak – k0yak tu, pastu aku cover dengan perca – perca bentuk bunga biar nampak berseni sikit.
Sebak aku tengok muka Ijat yang senyum melebar macam nak k0yak mulut dia, punya happy ada beg roda. Hari untuk mendaftar pon tiba. Haritu, aku je yang teman Ijat pergi ke sekolah tu menaiki bas sebab ibu nak kena uruskan ayah dan adik beradik. Dalam 2 jam perjalanan, sampailah kami ke stesen bas, lepastu naik prebet sapu untuk ke sekolah baru Ijat.
Dengan semangat penuh di dad4, Ijat tarik lIggage dia, aku tukang bawak baldi yang aku dah hias cantik – cantik area ret4k tu. Dalam baldi, ada biskut kering dengan Milo aku tapau dari rumah untuk bekalan Ijat kalau lapar di asrama. Sabun mandi, shampoo pon bawak yang ada kat rumah je. Sampai je dewan sekolah, penuh budak – budak nak mendaftar dah ni. Semua kemas – kemas belaka, ahli keluarga pon macam satu kampung datang nak menghantar.
Aku dengan Ijat masih cool. Pendaftaran kami smooth je. Sebab kitorang bawak duit cukup la untuk bayar semua tu. Tapi, sampai je koperasi, tetiba ada satu borang lagi nak kena isi dan bayar. Terbeliak mata aku, RM50 lagi koperasi mintak. Aku dah cuak, nak nego pon aku tak tahu. Lainlah kalau dah cakap awal – awal macam dalam surat tawaran tu. Duit aku pon cukup – cukup untuk naik bas balik rumah je ni.
Ijat tarik aku ketepi, “kak ngah, kita balik je la, Ijat macam rasa nak sekolah kat rumah je lah”. Aku senyap, Ijat diam. Yelah, umur aku pon 15 tahun time tu, mana pandai nak bincang – bincang dengan sesiapa kat situ. Aku ingat lepas hantar Ijat, balik la. Aku pergi tandas, aku menangis. Aku tak tahu nak buat apa. Sampailah ada seorang makcik ni tegur aku kenapa. Aku pon cerita la.
Lepas je cerita, terus dia bawak aku pergi jumpa pengetua sekolah, pengetua sekolah pulak bawak aku jumpa wartawan Utusan Malaysia yang kebetulan tengah ambik – ambik gambar pasal hari pendaftaran kat sekolah baru Ijat. Tak memasal aku dengan Ijat kena interview dengan wartawan. Luggage dan baldi Ijat pon wartawan tu ambil gambar. Tak sampai setengah jam, pengetua pon datang pulang balik duit yuran yang kami dah bayar.
Dia cakap, semua yuran Ijat ditanggung oleh zakat sekolah mulai hari itu sampai tamat sekolah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Menangis la aku dengan Ijat berpeIuk – peIukan depan ramai orang tu. Esoknya, muka Ijat dengan aku terpampang dalam Utusan Malaysia. Kahkahkah. Seminggu jugaklah rumah aku didatangi tetamu yang datang dari merata tempat.
Semuanya nak membantu. Terima kasih Allah. Alhamdulillah, dah 12 tahun kisah ni terjadi. Ijat pon dah nak dekat final year medic kat Ireland. Semoga Ijat dapat habiskan pengajian dia dengan cemerlang dan menjadi doktor yang ikhlas membantu pes4kit kerana Allah. Kak ngah sayang sangat kat Ijat. Aku nak ambik kesempatan ni nak ucap terima kasih kepada sesiapa yang pernah membantu Ijat dan kami sekeluarga sehingga Ijat mampu dan hampir capai impian dia nak jadi doctor. -Kak ngah
Reaksi warganet
Roslina Abd Majid : Sedih baca. Semangat kentaI Ijat patut jadikan pengajaran. Ik4tan kekeluargaan yang utuh penuh dengan kasih sayang membesarkan Ijat dengan penuh dengan nilai – nilai moral. Terima kasih kepada mak cik yang prihatin , pengetua yang bertanggungjawab dan semua pihak yang membantu. Semoga Ijat jadi Doktor yang cemerlang.
Mimi Shakira : Sebak baca. Teringat dulu mak ayah saya pun tak mampu nak hantar masuk matriks. Mujur pegawai atasan arw4h ayah tolong apply kan dermasiswa MAS untuk saya. Alhamdulillah di universiti dapat lak dermasiswa JPA. Sekarang dah umur pencen. Semoga Allah permudahkan urusan kalian sekeluarga serta orang – orang yang membantu kalian. Semoga sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayangNYA.
Norlida Nordin Norlida : Alhamdulillah, doa kedua orang tua tak pernah putvs untuk anak dan ahli keluarga serta yang telah membantu Ijat hingga ke menara gading. Kejayaan Ijat adalah kebanggaan semua yang banyak membantunya.. Terima kasih buat semua yang menolong beliau. Semoga Allah membaIas budi baik kalian, amiin
Aki Eagle Eyes : Menitis juga airmataku bila baca kisah Ijat ni. Beruntung dia memiliki keluarga yang memahami dia, mendorong dan menyokong dia. Kini Ijat dah jadi Doktor. Semoga pengalaman lalu menjadi pedoman hidupnya bersyukur padaNYA dan menyayangi keluarga terutama kakaknya yang sentiasa menjadi pendorong dan tuIang belakang Ijat. InshaAllah..
Shukor Kasman Mila Shukor : Cerita macam ni laa bagus buat drama, bukan hari – hari disog0k citer kawin p4ksa kemudian tercinta, tersuka, rancang ramp4s harta dato, tan sri. Perempuan miskin terIanggar ceo, buat – buat tak suka tapi suka. Bosan dah cerita macam tu.. Cerita Ijat ni kalau buat drama perjalanan hidup dia mesti orang suka.
Amirul Amir : Ya memang sedih cerita ini drama hidup org miskin. Saya sendiri aIami untuk hantar anak saya ke SBP. Hilang kerja, cari kerja tak mudah, buat kerja kampung pendapatan tak seberapa nak tampung belanja keluarga seramai 7 mulut . Akhirnya nekad pinjam ah Iong lepas tu jual kereta buruk untuk langsai hutang. Semua tu cerita 15 tahun dulu, sekarang ni dah warga emas duk saja alhamdulilah.
Anak – anak dah bekerjaya suruh duduk rumah aje. Sememangnya menghantar anak – anak ke tempat terpilih sampai menara gading ada lah impian setiap ibu bapa tapi kosnya faham lah sediri bagi yang tak ada duit, peng0rbanan demi anak – anak. Macam saya dulu jalan kaki 4 kilometer utuk men0reh kebun orang, lepas setahun baru beli motor second, kenangan.