Aku tak paham, lepas kahwin maksudnya tugas perempuan tu bertambah ke. Anak aku menangis tadi. Aku s4kit hati. Aku tepuk kan peha dia kuat – kuat dengan tangan aku banyak kali. Lagi dia menangis lagi kuat aku tepuk sampai aku puas hati. Aku cakap kau ni dengan bapak kau meny4kitkan hati aku je tak pernah menyenangkan aku la.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Maaf kalau confession ni buat orang rasa marah atau buang masa. Tak tahu nak luah dekat mana. Nak kongsi dekat family tapi family sorang pun tak nak berhubung dengan aku, dekat kawan – kawan tapi aku suri rumah.
Aku seorang ibu yang mempunyai seorang anak baru berusia 6 bulan. Sebelum ni aku kerja tapi masa anak aku 4 bulan aku berhenti jadi surirumah sepenuh masa sebab tempat kerja aku tu memang p4ksa aku untuk OT sampai pukuI 9, 10 malam untuk siapkan drawing order.
Aku rasa str3ss sangat tak tahu nak cakap macam mana. Anak yang melekap tak nak lepas, rumah bersepah, suami pegi kerja balik kerja, family tak ade, per4ngai mak mertua asyik sindir -sindir aku bila datang sini.
Adik ipar yang sentiasa minta duit dari aku, kawan – kawan memang takde sebab laki aku tak suka aku baik sangat dengan orang. Dia cakap nanti orang ambil kesempatan sebab aku bukan jenis meIawan.
Sebenarnya keluarga aku buang aku sebab aku memilih untuk berkahwin dengan duda. Alasannya orang kalau baik mesti tak akan bercerai berai. Tapi aku degil. Aku nak juga dengan duda ni. Alhamdulillah kami kahwin tapi family aku tak ada.
Kami nikah pun dekat pejabat agama. Ayah aku je datang untuk jadi wali. Sedih juga tapi yela aku degil nak kan duda. Mak mertua aku pula sentiasa cari salah bila datang sini.
“Kenapa periuk beli yang ni? Mama suka periuk yang tu. Kenapa langsir colour ni? Beli colour lain, mama tak suka wallpaper awak corak ni, tukar la corak ni. Bagi la adik guna kipas, blender, katil ni. Kenapa nak ada katil kipas banyak – banyak dalam rumah?” Sedangkan aku yang beli.
Paling sedih sekali, anak aku lahir masuk nicu. Dik4tanya sebab aku layan dia buruk sebab tu aku dapat kifarah anak masuk nicu. Sedangkan aku meIawan pun tak. Mungkin gara – gara dia minta duit dari aku masa awal kahwin, tapi aku tak bagi kerana tiap – tiap bulan memang kami bagi duit.
Dihantarnya mesej suruh aku dan suami cari syurga sendiri sebab kedekut dengan mertua. Suami aku baik bertanggungjawab tapi aku penat sangat hidup dengan dia walaupun baru 4 tahun usia perkahwinan.
Anak menangis, mesti k3jut aku, anak nak mandi nak kena tunggu aku. Dari bersalin sampai sekarang, suami tak pernah mandikan anak, tidurkan anak. Semua tunggu aku buat. Masak, jemur baju, kemas rumah, Iipat baju semua tunggu aku.
Suami aku hanya pergi kerja balik kerja. Bila barang habis, aku bagitahu nanti dia beli. Jangan suruh aku komunikasi slow talk sebab aku dah buat dari awal sampai sekarang. Macam cakap depan cermin.
Dia diam je malas nak layan aku. Aku kerja pun berganda penat, aku tak kerja pun berganda penat. Bila aku mengadu penat disuruhnya aku buat mana yang mampu. Bila aku tak basuh baju dia tanya kenapa bakul baju penuh.
Bila aku masak tak kena selera, merungut tak fikir perasaan aku dengan penat urus anak, urus rumah. Hari ni aku meluahkan lagi rasa penat dekat suami aku. Aku s4kit hati baca pasal suami bantu isteri, isteri bahagia rumahtangga ceria, blablabla.
Tengok tv ceramah bantu membantu dalam rumah tangga, semua yang indah – indah. Tapi suami aku cuma baIas, kalau dunia realiti bukan ada orang buat pun. Kadang – kadang aku tak paham, lepas kahwin maksudnya tugas perempuan tu bertambah ke.
Anak aku menangis tadi. Aku s4kit hati. Aku tepuk kan peha dia kuat – kuat dengan tangan aku banyak kali. Lagi dia menangis lagi kuat aku tepuk sampai aku puas hati. Aku cakap kau ni dgn bapak kau meny4kitkan hati aku je tak pernah menyenangkan aku la.
Kadang – kadang aku ber4ngan masih lagi dalam suasana kerja. Aku ber4ngan family aku datang rumah. Aku ber4ngan aku lawa – lawa macam aku tengok dalam tv. Aku penat sangat – sangat, serius penat meIampau.
Aku ajak pergi bercuti dik4tanya bazir duit. Aku tak minta pergi jauh – jauh. Bercuti dekat Melaka, Johor, KL pun da ok. Balik hari pun takpe janji keluar dari negeri aku duduk ni. 4 tahun kahwin tak pernah keluar dari sini.
Berbulan madu pun aku tak minta. Ni lagi beberapa hari mak mertua aku nak datang. Aku baru lepas susun atur dapur aku. Confirm ada benda tak kena lagi dekat mata dia. Nak suruh aku bersabar lagi, aku boleh sabar cuma dah tak kuat.
Suruh aku meIawan, aku tak pandai. Suruh aku solat mengaji, semua aku buat. Mungkin betul kot mertua aku cakap ni kifarah untuk aku. Mungkin sebab aku degil nak sangat duda sampai aku hidup tertekan camni.
Aku taip ni pun sambil anak ada mengempeng dengan aku. Air mata dia pun tak kering lagi. Kadang – kadang aku fikir anak aku ni lahir sebab nak bagi aku bertambah penat ke ek. Tak cukup ke dengan apa aku hadap sekarang ni.
Maaf kalau rasa confession aku ni membazir masa korang 10 minit tapi aku takda tempat nak luah. Tak kan aku nak cerita pasal laki aku dekat orang bekas tempat kerja aku. Nak cerita dalam fb, kang friend fb tahu la life aku macam mana.
Apa aku nak buat untuk hilangkan semua rasa negatif dalam diri aku ni. Aku kesian bila anak aku kena debik dengan aku.Tapi aku tak boleh tahan da.. – Mama
Komen Warganet :
Joyah Hazabedah Bedah : Ya Allah sis.. Anak sis baru sorang, apa yang penat sangat duduk rumah tu. Buat yang mampu je la. Bukan susah pun kemas umah jemur kain, masak kat dapo.
Suami bising – bising c0ndemn masakkan biarlah, kita ambil positif ubah cara masak belajar di google. Mak mertua h1na kutuk awak, diam je la, bukan hari – hari awak kene ngadap mak mertua tu, setahun 2 ke 3 kali je pun.
Anak merengek menangis nak menempek je, biasalah budak – budak layan kan je la. Nanti dia dah besar tak ingin jejak rumah pon agaknya, masa tu sibuk la kita call wassap anak ajak balik sampai merajuk – rajuk kat anak.
Pasal keluarga awak tu, pergi minta maaf kat mak awak, mengaku lah kesalahan awak, memang betul apa mak awak cakap, dia lebih tahu sebab dia dah lama hidup, mak sentiasa nak terbaik untuk anak – anak.
Balik minta maaf, tak susah pon minta maaf, minta keredhaan mak bapak insyallah bahagia tenang hati. Sis tak reti drive ke? Kalau nak me time sangat boleh je bawa anak pergi me time.
Saya ni kalau nak kuar rumah, saya kuar je sumbat semua anak bawa sekali, sebab saya lebih bahagia dan gembira jalan – jalan bawa anak – anak dari keluar dengan kawan – kawan yang semua berlakon sebenarnya belakang akan cari buruk juga.
Saya rasa awak anggap ni semua beban. Sebab tu awak rasa susah semuanya. Fikir positif sis.. Buang la rasa beban. Bangun awal 5 pagi siap – siap buat kerja suma, tengahari boleh rehat puas – puas belek anak je.
Nurul Izzah Miswan : Cuba balik jumpa family minta maaf, mengadu sepuasnya dengan family. Rasanya walau marah macam mana pun ibu ayah mesti jauh disudut hati masih sayang kat awak. Jauhkan diri sekejap dengan husband.
Bagitahu suami kenapa awak bertindak macam ni. Kalau dia masih tak peduli, awak tinggalkan je la lelaki tu. Usah peduli dengan cakap – cakap mak mertua tu.
Aizat Hariz Md Soh : Satu je saya boleh nasihat, pergi la mintak ampun dengan mak ayah awak. Dalam dunia ni biasa Tuhan tak tangguh tau apa – apa doa dari mak ayah. Rasa terkilan mereka pun boleh jadi asbab hidup awak serba tak kena tak tenteram.
Ini saya sampaikan sahaja apa yg saya dengar dari ceramah ustaz wadi annuar. Jadi usahakan cari peluang kuatkan hati minta maaf dengan mak ayah. Mudah mudahan hidup awak lebih tenang dan dipermudahkan segala urusan
Donna Karan : Dik buat kendong dari kain batik macam orang indo dok buat tu, pastu ko kendong la anak ko sepanjang masa basuh pinggan ke, jemo baju ke, kemas rumah ke. Kebaikannya fat burn banyak semasa bergerak macam ko buat weight training. Badan pon cantik, otom4tik ko pom cantik.
2. Ko sunyi, anak ko kan ada, ko sembang la ngan dia, cerita kat dia apa ko suka tak suka pasai jaman kanak – kanak pasai mekap pasai politik ke. Sembang je ngan dia, jangan la marah dia kesian dia.
Dia merupakan hadiah istimewa untuk ko tuh. Jangan lupa merancang ye kang terberanak plak lagi dengan keadaan em0si macam ni.
3. Per4ngai suami tak boleh ubah, yang dalam tv tu yang orang cerita best – best tu 50% je, lagi 50% lagi buruk bukan orang nak cerita.