
Minggu lepas aku baru bising pasal sikap pengotor dia. Bilik air dan berdaki – daki, penuh rambut dia tak cuci – cuci. Aku bising lagi pasal baju dia longgok kat lantai. Dan semalam aku marah lagi sebab dia letak pad yang dah guna berlonggok atas flush toilet.
#Foto sekadar hiasan. Aku marah anak tiri aku semalam. Riya. Umur 17 tahun. Sejak dia duduk dengan kami 4 tahun yang lepas, dah terlalu kerap kena marah dengan aku. Aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi. Aku marah, aku penat. Aku sabar, aku penat. Kadang – kadang aku rasa macam apa pun cara aku buat, tetap aku yang nampak salah.
Aku memang mak tiri yang jahat. Aku selalu marah dia. Aku sedar kadang – kadang aku terlalu strict tapi lama – lama aku kendurkan sikap aku. Aku mula bertimbang rasa dengan dia. Kadang – kadang aku cakap dengan diri aku, biarlah dia dengan cara dia. Tapi, bila aku berbaik dia ambil kesempatan.
Duduk dengan aku memang banyak peraturan. Solat kena on time. Bangun pagi hujung minggu tak boleh nak lebih – lebih dari pukul 8.00 pagi. Tapi kadang – kadang terlajak pukul 8 lebih, aku diamkan saja. Biarlah sesekali bangun lewat. Aku pun bukan nak jadi mak tiri yang setiap benda nak marah dan nak kawal.
Handphone guna hingga pukul 6 petang. Pukul 8 malam belajar sampai pukul 10 malam. Apa yang dia nak, aku dan suami cuba usahakan untuk beli atau dapatkan. Kadang – kadang aku ajak dia keluar ke mall, kadang – kadnag belanja makan itu ini, kadang – kadang belikan baju, belikan itu ini. Aku buat semua tu sebab aku anggap dia anak aku juga walaupun aku bukan mak kandung dia.
Dia belajar tak berapa cerdik, kami masukkan tuisyen. Alhamdulillah result makin okey. Subjek yang banyak gagal pun dah mula nampak sinarnya. Aku nak dia belajar dan dapat result yang bagus. Aku nak dia ada masa depan yang baik.
Aku selalu fikir kalau aku terlalu manjakan dia sekarang, nanti dia yang susah bila dah besar. Lepas SPM, masuk universiti. Aku suruh dia kurangkan main handphone, main TikTok. Aku pantau handphone dia. Aku baca WhatsApp, tengok galeri gambar dia.
Aku bukan nak cari salah dia sebenarnya, tapi aku takut dia terjebak dengan benda yang bukan – bukan. Aku nampak dia borak – borak dengan budak laki, aku biarkan asalkan tak melampaui batas. Dia dok bergambar dengan budak laki, pun aku pantau juga.
Tapi yang selalu buat aku naik angin, sikap pemalas dan pengotor dia. Aku dah cuba banyak kali nak tegur elok – elok. Ada masa aku cakap baik – baik, ada masa aku dah tak tahan baru suara aku naik. Lepas tu aku sendiri rasa bersalah sebab aku tahu dia mungkin terasa dengan aku.
Minggu lepas aku baru bising pasal sikap pengotor dia. Bilik air dan berdaki – daki, penuh rambut dia tak cuci – cuci. Sedangkan sebelum – sebelum tu dah pernah tegur suruh cuci toilet sekurangnya 2 minggu sekali. Kemudian aku bising lagi pasal baju dia longgok kat lantai.
Aku bukan suruh dia kemas satu rumah pun, aku cuma nak dia jaga kebersihan tempat yang dia guna. Dan semalam aku marah lagi, sebab dia letak pad yang dah guna berlonggok atas flush toilet. Aku rasa dari hari 1st day dia period, nak masuk seminggu, dok longgok situ.
Yang buat kantoi tu pun sebab semalam ada maintenance datang repair rumah dalam bilik air dia. Kalau tak, tak tahu la perangai pengotor dia tu. Geram betul aku! Aku tanya dia, dia nak aku buat macam mana lagi? Baru minggu lepas janji nak ubah sikap, tak jadi pengotor. Tapi hari ni buat lagi.
Aku dah tak tahu nak cakap apa. Aku bukan nak malukan dia atau nak marah dia setiap hari, tapi benda macam ni kalau dibiarkan lama – lama memang jadi tabiat. Tu belum lagi dia kantoi guna laptop aku. Konon buat kerja sekolah tapi dia curi – curi tengok Shopee, dok WhatsApp Web, Telegram. Haihlah. Geram lagi aku.
Kalau nak tengok semua tu, cakap je. Tak payah nak tipu aku. Aku lagi marah bila dia buat diam – diam sebab dah bagi kepercayaan tapi dia ambil kesempatan. Aku penat nak marah – marah. Aku lelah nak bising – bising. Aku suruh dia pergi duduk dengan mak dia tapi dia tak mahu.
Mungkin keadaan rumah mak dia yang kurang selesa? Atau mungkin dia tak nak berjauhan dengan boyfriend? Haih entahlah. Tapi sampai bila? Aku pun tak nak dia rasa aku buang dia, tapi dalam masa yang sama aku dah tak tahu macam mana nak ajar dia.
Ayah dia? Ayah dia pun dah penat bising dan marah. Dah bosan nak cakap benda berulang kali jadinya. Tapi kadang – kadang tak tegas juga. Aku rasa aku ni pula yang selalu jadi orang jahat dalam rumah ni. Bila aku marah, aku yang nampak garang. Bila aku diam, benda yang sama berulang lagi.
Aku bagitahu dia malam tadi. Ini last. Kalau anak dia tak ubah perangai, sila hantar ke emaknya. Ayah dia cakap, iya. Hmmm itu jela. Tak puas hati betul aku. Aku rasa macam aku sorang yang bersungguh – sungguh nak betulkan keadaan, sedangkan ayah dia pun patut sama – sama tegas dengan anak sendiri.
Aku sayang anak tiri aku ni. Dia ni macam madu dan racun. Love-hate relationship gitu. Ada masa dia memang mendengar kata. Dia baik cuma itulah sikap pemalas dan pengotor buat aku selalu naik angin. Kadang – kadang bila dia datang peluk aku atau cerita pasal sekolah, aku rasa sayang sangat dekat dia. Tapi bila perangai lama keluar balik, aku boleh jadi hilang sabar.
Aku tahu aku bukan mak kandung dia. Aku pun tak harap dia akan anggap aku macam mak sendiri. Cukuplah kalau dia hormat aku dan faham kenapa aku tegur. Aku marah bukan sebab aku benci dia. Aku marah sebab aku nak dia belajar jaga diri, belajar bertanggungjawab dan belajar fikir sebelum buat sesuatu.
Tapi aku pun manusia. Aku ada tahap sabar aku sendiri. Lelah aku. Kadang – kadang aku masuk bilik lepas marah dia, aku duduk sorang – sorang dan fikir balik, betul ke cara aku ni? Patut ke aku teruskan tegur atau biarkan saja dia belajar sendiri?
Aku takut kalau terlalu lembut dia makin ambil kesempatan, tapi aku takut kalau terlalu keras dia makin jauh dengan aku. Yang mencari sabar itu ada di mana. Aku cuma nak rumah ni tenang. Aku nak dia membesar jadi budak yang baik dan bertanggungjawab. Aku pun nak jadi ibu tiri yang dia tak benci bila dia dah besar nanti. Dahlia (Bukan nama sebenar)
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.