Aku ibu tunggal kahwin dengan duda. Suami h4ramkan anak aku makan hasil duit dia. Anak aku baru 7 tahun, habis suami ungkit, h1na dia

Anak tiri aku, suami boleh belikan PIZZA, MCD. Anak aku pulak terp4ksa mengemis sebab teringin nak makan. Anak aku sampai merayu dekat makcik dia sebab teringin. Anak aku ni kurus. Orang tengok macam tak diberi makan. Anak aku baru darjah satu tapi…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Tolong siarkan luahan hati aku. Dah tak ada tempat dah aku nak meluah. Anak – anak pun dah bosan tengok aku menangis je. Tolong hidekan Facebook aku ye. Terima kasih min. Macam ni. Dulu aku janda anak satu, suami pula duda anak satu.

Tapi dia ambil anak angkat masa dengan bekas isteri dia dulu. Jadi anak tu mak mentua dengan ayah mentua yang jaga sebab memang dari kecil lagi dia orang bela. Budak tu pun memang tak nak dengan orang lain. Lepas kahwin dengan suami, aku mengandung dan dikurniakan seorang lagi cahaya mata.

Jadi sekarang total ada tiga orang anak. Untuk suami, dia ada anak tiri, anak angkat dan anak kandung. Cukuplah lengkap. Ok, macam ni ceritanya. Dari awal kahwin sampailah sekarang aku PJJ dengan suami. Masa awal awal kahwin dulu dia kerja masih dalam negara, jadi hujung minggu dia balik.

Sekarang dah kerja di luar negara, jadi dua minggu sekali baru dia balik. Sepanjang dia tak ada dekat rumah, aku bertiga je dengan anak – anak dekat rumah. Masa dia kerja dalam negara dulu, gaji dia ciput. Aku pula kerja jaga anak orang. Hasil yang aku dapat tulah yang tolong tampung mana – mana yang tak cukup.

Masa tu pula aku tak ada kereta. Yelah, masa baru kahwin sorang satu bawa motosikal. Jadi ke mana – mana aku dengan anak – anak naik motosikal je. Masa dia kerja dalam negara, dia bawa motosikal dia ulang alik setiap minggu. Bila dia kerja di luar negara, motosikal dia dia bagi dekat keluarga dia. Tu aku tak kisah sebab aku pun ada sebiji motosikal juga.

Bila nak beli barang dapur, kami pinjam kereta ibu aku. Bila dia tak ada dan anak – anak s4kit, kalau aku boleh bawa sendiri, aku akan ikhtiar bawa anak – anak pergi klinik naik motosikal. Pernah pergi klinik tak hujan. Balik dari klinik, kami anak beranak berhujan.

Tambah pula baru lepas ambil nebulizer untuk anak aku yang kecil ni. Tapi semua tu suami aku tak pernah nak ambil tahu pun. Kami anak beranak berhujan ke, berpanas ke, dia langsung tak kisah. Lepas dia kerja di luar negara, hidup kami senang sikit.

Kami bolehlah beli kereta terpakai. Tak kisahlah, janji ada tempat berteduh. Kesian dekat anak – anak, terutama yang kecil sebab dia semput. Baru dua bulan beli kereta, tiba – tiba brek rosak. Aku sendiri yang pandai telefon mekanik, telefon towing.

Pulak tu baru balik jumpa pakar untuk anak aku yang kecil ni. Tengah – tengah bawa kereta, brek terus rosak. Mujur sempat aku bawa ke tepi. Dia langsung tak tanya macam mana keadaan kereta tadi, apa kata mekanik, macam mana pemeriksaan anak tadi. Yang dia tahu cuma marah – marah aku sebab kereta rosak.

Katanya bila dah baiki kereta tu, dia nak jual balik. Haa, jual je lah. Sebab dia tak pernah hadap pun masa hujan – hujan, anak s4kit, atau berpanas hantar anak pergi sekolah. Bila anak jadi hitam sebab selalu kena panas, dia salahkan aku pula.

Kata aku tak selubung anak dan macam – macam lagi. Boleh kata tiap – tiap bulan anak aku yang kecil ni demam dan semput. Ni sekarang pun dia masih demam. Dah beberapa hari demam dan semput. Malam – malam tak boleh tidur. Kadang – kadang tercungap – cungap nak tidur.

Tapi suami aku tak pernah merasa anak demam dan dia yang berjaga. Dia boleh cakap aku tak pandai jaga anak. Masa aku ajar dia macam mana nak guna pam semput, dia langsung tak nak belajar. Bukan apa, mana tahu tiba – tiba nyawa aku tak panjang. Sekurang – kurangnya dia ada ilmu nak uruskan anak semput. Tak adalah nanti dia pun sama – sama semput tengok anak.

Bila g4duh, dia kerap block WhatsApp dan block Facebook. Cuba bayangkan kalau masa dia block tu jadi apa – apa dekat kami anak beranak. Tak ke dia menangis tak berlagu? Atau dia sebenarnya seronok dan riang ria? Ye, suami aku memang seorang yang panas baran.

Kadang – kadang bila dia bercakap, dia tak guna akal. Dia guna kepala lutut. Dia pernah h4ramkan anak sulung aku daripada makan guna duit dia. Macam mana perasaan korang semua kalau jadi dekat tempat aku? Menangis aku dibuatnya.

Pulak tu dua orang anak aku ni kurus. Orang tengok macam tak diberi makan. Padahal puas aku masak macam – macam, dia orang tetap tak nak makan. Tapi dia tak pernah kisah. Anak dia yang mak mentua jaga tu hari – hari nak McDonald’s, nak Pizza Hut, nak Burger King. Makan pun memilih. Apa yang dia nak, kalau tak ditunaikan terus meng4muk.

Sedangkan dua orang anak aku ni, nak pizza pun merayu dekat makcik dia. Nak KFC pun merayu dekat nenek dia. Kiranya semua mengharap dekat keluarga aku. Nak cakap dekat daddy diorang, mahu – mahu daddy dia jawab, “Tak payah. Biar dia orang tak dapat makan sama.”

Ahli keluarga suami pula, hurm. Mak mentua dengan ayah mentua memang jenis berat sebelah. Menantu dia yang lain dia tolong. Susah ke, tak masak ke, dia bagi lauk. Tolong belikan barang rumah. Menantu tak sihat pun dia datang tolong cuci pinggan, kemas rumah dan jaga cucu – cucu dia.

Tapi aku, dia orang pinggirkan. Nasib baiklah dari mula kahwin sampai sekarang aku duduk rumah sewa. Dulu rumah jauh, jadi aku boleh faham mak mentua dengan ayah mentua tak boleh datang jenguk. Tapi sekarang dah dekat pun masih tak datang jenguk. Buat macam aku tak wujud.

Lagi s4kit bila aku buat kenduri, suami tak dapat balik, mak mentua dengan ayah mentua pun tak datang. Lepas beberapa hari kemudian, dia orang boleh pula pergi makan angin dekat rumah anak menantu dia yang jauh tu. Anak s4kit ke, tak cukup makan ke, semua aku hadap sendiri. Paling koman pun aku merayu dekat ibu aku dan adik – adik aku. Dia oranglah yang banyak tolong.

Nak kerja pun mula – mula suami kata dia tak nak anak anak dijaga orang lain. Kalau boleh dia nak ibu aku jaga ataupun mak mentua yang jaga. Aku bukan tak nak bagi dia orang jaga, tapi ibu aku hidup menjanda dan masih bekerja. Mak mentua pula bukannya sentiasa sihat. Nanti menantu dia s4kit, kena jaga anak ipar aku pula.

Sepatutnya usia mak mentua dan ibu aku sekarang lebih kepada beribadah, bukannya sibuk jaga cucu. Tapi semua tu suami langsung tak boleh nak faham. Dah berbuih mulut aku cakap, tetap sama. Yang paling buat aku sedih, dia memang kerap ungkit dan h1na anak sulung aku. Macam – macam dia cakap. Kadang – kadang aku rasa dia langsung tak ikhlas sara kami anak beranak.

Puas juga aku cakap, anak sulung aku yang dia h1na dan ungkit macam – macam nilah yang jaga dia masa dia s4kit dulu. Orang nilah yang ambilkan makanan dia dan bagi dia makan ubat. Budak Darjah Satu kot, tapi dia layan macam budak Darjah Lima atau Enam. Semua benda nak berkira dengan anak aku. Mana tak buat aku tertekan.

Kadang – kadang aku rasa aku kemurungan. Terlalu tertekan. Kerap menangis. Kadang – kadang aku menjerit dekat anak – anak. Kesian anak – anak aku. Pernah juga terfikir nak g4ntung diri. Tapi bila fikir balik, apa jadi dekat anak – anak aku nanti?

Kadang – kadang aku ambil pis4u dan terfikir nak ced3rakan suami aku. Tapi aku sedar benda tu salah. Macam – macam dah bermain dalam fikiran aku. Bila aku cakap aku tertekan, dia kata aku ikut emosi. Mana tak ikut emosi kalau hari – hari dia tekan mental aku macam ni.

Ni lagi seminggu adik aku nak bernikah. Lepas adik aku bernikah, aku nak usaha cari kerja. Kerja yang aku minat ialah cuci dan kemas rumah orang. Walaupun suami dah beberapa kali larang sebab katanya kerja tu penat, bagi aku lagi penat nak hadap dia yang hari – hari ungkit semua benda yang masuk dalam perut anak aku.

Anak – anak aku akan aku usahakan cari pengasuh. Kereta yang dia nak jual tu, jual je lah. Rasanya memang adat beli kereta terpakai ni, mesti ada masa kena baiki. Kereta rosak pun aku sendiri tak tahu nak cakap apa dekat mekanik sebab aku memang tak ada duit.

Kalau suami nak bayarkan memang bertuahlah. Kalau tak, tengoklah aku ikhtiar macam mana. Kami anak beranak dah biasa hidup susah. Tak ada kereta, berhujan dan berpanas. Masa susah pun dia tak pernah ada sama – sama dengan kami.

Motosikal aku pun rosak, semput je bunyinya. Dia tak pernah baiki pun. Aku tetap naik motosikal semput tu dengan anak – anak. Bila motosikal m4ti tengah jalan, aku tolak sendiri dengan anak – anak. Yang dia tahu, tahu tunggang je. Duit ada, tapi dengan bini berkira. Dengan adik beradik dan keluarga dia, tak pula berkira.

Aku kalau boleh nak cari duit sendiri untuk sara anak sulung aku. Masa bercerai dengan bekas suami dulu pun dia tak pernah bagi apa – apa. Nafkah anak pun tak pernah bagi. Kesian dekat anak aku ni. Kadang – kadang bila tengok dia, aku rasa dia dah macam m4ngsa bapa tiri dia sendiri. Berg4duh sikit, semua benda diungkit.

Selalu aku cakap dekat anak sulung aku, “Sabar ye kakak. Umi tak mampu nak belikan apa – apa untuk kakak lagi.” Menangis aku setiap kali cakap macam tu. Entahlah. Sampai sini je luahan hati aku. Doakan aku terus kuat dan dipermudahkan urusan untuk dapat kerja cuci rumah orang nanti.

Ulasan Pembaca :

Nur Farhana Kamarazaman : Kalau rasa dah tak mampu nak hidup dengan suami yang tak tahu tanggungjawab sebagai suami, sebagai ayah.. Sis boleh pilih Jalan dengan hidup bersama anak — anak je, rasa mungkin sis lagi bahagia dan sis memang berhak untuk hidup bahagia Awak wanita yang hebat sebab dapat lalui semua ni, semoga kuat semangat, semoga dilimpahkan rezeki yang tak disangka – sangka, dipermudahkan urusan.. Semoga anak  anak membesar menjadi anak – anak yang bijak pandai.

Dyana Ana : Sedihnya, tabah dan sabar ya sis. Kalau benar  benar dah tak mampu hadap berpisah saja. Kesian kat anak sulung sis. Dia akan ingat sampai ke besar tu keceluparan ayah tirinya. Budak darjah 1 apatah lagi perempuan dia cepat matang apalagi kalau dalam situasi yang mematangkan mereka.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :