Aku ingat lagi betapa besarnya sembang dia kata ada simpanan untuk anak dalam bank ada beribu. Bila aku bersalin bil RM200 pun mengemis meminjam sana sini. Aku isi online untuk bercerai tapi dia ingat aku memain. Aku merayu dekat keluarga mertua suruh suami ceraikan aku..
#Foto sekadar hiasan. Macam seram je kan tajuk tu (emoji gelak tutup mulut). Aku nak mulakan dari mana pun aku tak tau. Rasa terbuku dihati ni nak meluahkan tapi biasa lah dekat Malaysia ni bila ada tittle Janda, semua si isteri yang salah walaupun terang – terangan si suami yang mulakan.
Aku awal 20-an ada anak perempuan yang shomel baru berumur 2 tahun yang kasihan tak dapat kasih sayang dari dalam perut sampai dah besar ni. Baru bercerai awal tahun ni. Aku tak sedih dengan perceraian ni dan aku tak sedih dengan anak yang takdak bapak tu cuma terkilan dengan manusia – manusia di sekeliling.
Dari awal perkenalan, bekas suami aku ok ja ada kerja tetap, berbeza laa dengan lepas kahwin, mungkin ya dengan kata orang, sebelum dan selepas kahwin mana sama kan? Tahun ketiga berkawin baru aku ada rezeki anak, sebelum tu aku yang merancang sebab tengok per4ngai ex yang tak berapa nak betul kewangannya. Dengan kerja sat berhenti sat kerja.
Perkara disorokkan dari dua – dua keluarga, kononnya aku ni isteri yang menjaga aib lah. Sepanjang kehamilan, aku masih kerja. Alhamdulillah takdak morning s1ckness ke apa. Orang lain 2 minggu sebelum jangkaan bersalin, sebulan sebelom due dan mula cuti tapi aku sehari sebelom beranak aku masih kat office tengah bekerja,
Esok tu beranak boss aku pun terk3jut sebab semalam elok je tak s4kit. Kenapa kena kerja keras walaupun dah ada suami? Sebab nafkah pun tak bagi, duit rumah aku yang bayar, api air, makan. Kang sapa nak bayarkan semua tu?
Aku kat hospitaI pun aku yang kena bayarkan duit delivery makanan dia. Kang kebulur anak orang kat rumah tu. Aku ingat lagi betapa besarnya sembang dia kata ada simpanan untuk anak, nak bersalin jangan risau dalam bank ada beribu,
Padahal masa nak discharge bapak mertua aku bagi duit, bapa aku kasi duit, aku juga turut menyumbang. bil RM200++ ja tapi dia boleh collect RM800++. Bila tanya mana baki, tu yang 3 hari ulang alik hospitaI tengok baby, tengok aku tu memang habislah jawabnya.
Entah laa rasa nak menangis dengar jawapan tapi aku tetap bertahan kang takut mer0yan. Dari anak lahir sampai dah besar, selagi tak suruh tengokkan anak ke apa ke, memang tak buatnyaa. Nak bangun malam bancuh susu tukar lampin? Harapan saja lah.
Aku isi online untuk bercerai baru bagitau dia tapi dia masih ingat aku memain. Dah dapat tau masih tak nak ceraikan aku, aku sampai tahap merayu dekat family dia suruh pujuk. Ayat mak dia sampai sekarang aku ingat, “dulu boleh je nak hidup sama – sama, susah senang sekali, kenapa sekarang tak boleh?”
Masalahnya dia senang sorang – sorang, susahnya aku sorang – sorang. Lepas tu sorang – sorang la kerabat dia mai mesej aku jangan pisahkan anak dengan bapak. Tak elok. Lepas tu ayat, “perempuan kalau dah kahwin, suami macam mana pun kita kena terima.”
Soalan aku, kalau kena dekat anak perempuan dia, adakah ayat yang sama dia akan bagi? Masa anak baru 6 bulan++ aku ada cakap dengan mak dia pasal dia tak membantu jaga anak, sewa rumah api air aku tanggung, tapi aku macam cakap sorang – sorang takda respon.
Padahal mak dia sebulan bagi RM400 / RM500. Gaji dia saja RM1800. Anak lelaki sulung tapi dibela macam.. Entahlah.. Dipendekkan cerita, anak aku dah besar sikit sekarang, kalau aku dengan mak aku tak vc si bapak dia tu.
Bapak dia memang takkan pernah tanya pasal anak dia. Aku still nak bagi anak aku tau dia still ada bapak walaupun tak berguna. Nafkah anak? Bersyukur jugak laa dapat sebulan RM200 daripada dulu tak dapat langsung.
Masa bercerai pun, qadi cerai rujuk tu cakap dekat dia, sebenarnya dia tak mampu nak berkahwin. Berkahwin dengan ani4ya anak orang ni berat hukvm dia. Dia cuma mampu tunduk dan lafazkan cerai tu pun selepas qadi tu tazkirah dia dalam 20 minit lepas dia tak mau ceraikan aku.
Maaf kalau ayat aku tunggang langgang, tak tau nak mulakan dan akhirkan macam mana. Cuma nasihat aku, kalau tak mampu jangan kahwin, kalau dah terkahwin dengan lelaki macam tu, harap dapat penyelesaian yang baik baik.
Family dah tau abang ke adik dorang macam tu, harap ada la jalan penyelesaian yang baik. Ini tidak tengok saja je. Aku cuma nak cakap, hope yang mengajar si bapak ambik anak dia ni, tuntut anak ler, pi bagitau kat mahkamah kalau mak tak bagi jumpa, teruskan buat ye sebab aku ada bukti yang dia tu langsung tak fikir pasal anak dia.
Zaman sekarang RM200, pampers dengan susu saja tak sampai seminggu. Tapi tetap bersyukur. Family dia cakap aku awal kahwin tak macam ni. Ikut je apa pun, balik kampung boleh kata selalu balik kampung. Cuma satu ja nak cakap, orang berubah jadi baik atau jadi jahat disebabkan kita.
Cermin diri sendiri dulu sebelum mengata orang lain. Aku cuma doakan family dia takda yang kena macam dengan aku walaupun kadang – kadang tu terdetik biar depa rasa macam mana aku rasa. Aku pulangkan anakmu. – Anya (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Noor Shahin : Saya sebak baca kisah ni sebab awak wanita hebat yang bijak dan kuat. Bukan sebab cerai ke ape ke kan, tapi awak tau mana yang baik untuk awak dan anak. Mungkin bila dah besar nanti, anak awak akan faham dan mungkin berterima kasih dengan keputvsan ni.
Sebab ramai je mak pak yang tak hidup bahagia dan gunakan nama anak, kononnya pasrah hidup demi anak dan kemudian anak tu membesar dengan kes4kitan terpendam tengok kehidupan ibu ayah dia yang tak bahagia.
Semoga awak beroleh kebahagiaan awak tersendiri.
Sharifah Anis Sabarina : Ya betul.. pulangkan semula ke keluarganya. Paling benci keadaan masa kat hospitaI Tu. Sanggup eh, jadikan duit baki tu macam upah dia pulak. ToIol betul. Kifarah is real . Harap takde la terjumpa keluarga tak guna macam tu. Backup anak – anak pend0sa, biar anak orang lain tersiksa. Tazkirah qadi takat tu je la. Malu dengan qadi tapi tak malu dengan Allah.
Intrusa Hassmara : Puas hati dengan kesudahan life confessor. Aku cukup menyampah ayat ‘dulu boleh susah senang sama – sama, sekarang dah tak boleh’. Banyak orang kat luar sana sebenarnya masih menanggung d3rita macam penceritaan confessor. Bila sesebuah mahligai tu berakhir dengan perpisahan, pastinya yang ditunding punca dari perempuan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.