Rupanya ayah dah lama kahwin dua, siap dah buatkan rumah di seberang dan ada anak. Ayah bawa bini kedua jumpa ibu

Terbongkarnya rahsia ayah beristeri dua ialah semasa kenduri kesyukuran. Ibu tengah seronok melayan tetamu tiba – tiba ada tetamu tanya, “mana anak akak yang lain?”. Ibu jadi terpinga – pinga. Selama ini kami ingat ayah outstation rupanya balik rumah bini kedua.

#Foto sekadar hiasan. Baru – baru ini aku dapat tahu aku ada adik baru. Tak tahu nak nak bagi reaksi macam mana sebab adik itu datang dari ibu tiri. Maksudnya dekat sini ayah aku sudah ada isteri lain senyap – senyap. Ibarat jatuh dihempap tangga, nak hadam berita satu aku ada ibu tiri dan yang kedua aku ada adik.

Sampai sekarang rasa macam semua ini hanya mimpi. Selalu benda – benda macam ini hanya berlaku dalam drama tapi tak sangka berlaku secara realiti dalam hidup keluarga aku. Ayah seorang individu yang sangat sibuk dengan kerja dia.

Outstation memanjang dari zaman aku kecil. Tak terlintas difikiran ibu dan anak – anak yang ayah akan curang. Sebagai anak, aku selalu doa semoga ayah tak akan curang dengan ibu. Kami sekeluarga cuba faham akan kesibukkan kerja ayah untuk mencari nafkah demi keluarga.

Dulu pun ibu kerja untuk tampung keluarga sampai ibu pencen. Kalau keluarga orang lain selalu pergi holiday, keluarga aku sepanjang aku hidup hanya sekali dua itu pun ikut family day syarik4t ayah. Semua sibuk dengan kehidupan masing – masing.

Ibu dan ayah sibuk dengan kerja. Adik beradik sibuk mencari kawan – kawan di luar sana. Dalam kesibukan ibu kerja, tanggungjawab dia terhadap ayah tak pernah ibu lupa. Kadang – kadang balik penat – penat nak masak untuk ayah.

Selepas ibu pencen, ibu jadi surirumah jaga serba serbi ayah. Sebagai anak, aku lihat layanan ibu cukup untuk suaminya. Ke mana suami suruh turuti ibu akur. Terbongkarnya rahsia ayah beristeri dua ialah semasa kenduri kesyukuran.

Ibu tengah seronok melayan tetamu tiba – tiba ada tetamu tanya, “mana anak akak yang lain?”. Ibu jadi terpinga – pinga. Anak – anaknya semua ada dekat situ ibu tunjuk. Ibu mana ada anak lain dah. Tetamu kata lagi “bukan yang itu”. Ibu jadi curiga. Ranap hati ibu masa itu.

Tapi demi majlis gigihkan layan tetamu. Ibu tak nak fitnah ayah secara meluru. Lama ibu pendam sendiri. Ibu cuba tanya adik beradik aku yang lain perihal benda ini. Mereka cakap ibu merepek saja takkanlah ayah nak kahwin lagi umur dah tua.

Lepas sebulan dua baru ibu gigihkan tanya dekat ayah. Suruh ayah berterus terang. Akhirnya ayah mengaku. Aku antara orang yang tahu lambat. Masa ibu nak cerita dekat aku pun aku macam tak percaya dua tiga kali aku tanya ibu.

Kemudian esok lusa aku tanya lagi sebab seolah – olah tak percaya. Hampir semua aku tanya dekat ibu. Ibu tiri bukanlah orang sini namun orang negara luar. Ayah ada bina rumah untuknya di sana. Ibu tiri dah ada anak hasil perkahwinan dengan ayah.

Jadi bayangkan dah berapa lama ayah rahsiakan benda ini. Selama ini aku ingat ayah outstation rupanya balik rumah bini kedua. Usia perkahwinan dorang aku pun tak pasti tapi rasanya tak sampai sepuluh tahun lagi. Aku tanya ibu kenapa ayah tak berterus terang.

Macam – macam alasan diberi. Aku masa itu fikirkan hati ibu. Aku tanya ibu sebab aku tak nak ibu pendam sendiri dan sebagai anak aku rasa aku ada hak untuk tahu. Ayah bukanlah muda lagi kerja pun tak lama lagi pencenlah.

Aku bukanlah penentang poligami tapi cara ayah berpoligami sukar untuk aku terima. Ada ahli agama bagitahu ayah poligami tak perlu minta izin. Ya ini mungkin hak suami. Ahli agama tu bagitahu lagi tak perlu beritahu isteri. Yang ini susah aku nak terima.

Kalau tak bagitahu isteri sampai bila nak berahsia. Dan jika benar ayah nak berahsia pasal perkahwinan dia ini sampai ke liang lahad macam mana orang luar tahu boleh tahu dia ada anak lain. Ibu sudah semestinya kecewa.

Hati isteri mana tak kecewa setia seumur hidup dengan suami. Ayah bawa ibu tiri datang ke negara ini dua tiga bulan lepas. Ayah ambil cuti lama hampir 3 minggu. Selalu ayah sibuk kerja bila aku tanya ibu kenapa ayah tak kerja baru ibu cerita. Ibu tiri dan ibu tak pernah berjumpa.

Semasa di negara ini sepatutnya ibu tiri datang jumpa ibu tapi ayah suruh ibu jumpa dia. Mula – mula ibu taknak tapi aku cakap dekat ibu, ibu kena redha jalan hidup ibu dah tertulis macam ini. Ibu jumpa dia bersama ayah dan anak mereka di luar. Hampir seharian ibu keluar berjumpa hati aku tak tenang dibuatnya. Dua tiga hari juga baru aku tanya ibu pasal perjumpaan mereka.

Aku tanya ibu, ayah dan ibu tiri ada minta maaf tak dekat ibu sebab kahwin senyap-senyap. Ibu kata takda. Sedangkan masa berkahwin, ibu tiri tahu ayah sudah beristeri. Ibu hatinya tengah terIuka kenapalah mereka tak nak pujuk hati ibu. Ego sangatkah untuk meminta maaf. Sekurangnya mungkin maaf itu dapat memujuk sikit hati ibu.

Aku tak marah ayah nak kahwin lain (anak mana yang nak tapi itu hak dia) tapi bila kau tiba – tiba dapat tahu dia dah kahwin lama dan sudah ada anak. Kau jadi terkedu. Nak marah tak boleh sebab benda dah jadi. Rasa nak menjerit pun ada. Nak cerita dekat orang pun tak boleh.

Akhirnya diam sendiri sahajaIah. Nak tengok gambar ibu tiri dan anak dia pun aku jadi tak sudi. Apabila sudah terbongkar sebegini, ayah sepatutnya kumpulkan anak – anak dia dan berterus terang tapi hanya suruh ibu jadi orang tengah.

Sampai sekarang masih diam membisu pasal hal ini. Sebagai anak, aku nak dengar dari mulut dia sendiri mengaku akan hal ini. Kalau selepas ini ayah cakap dia outstation aku tak tahu la sama ada betul – betul outstation kerja atau ke rumah isteri kedua.

Aku tak tahu nak rasa macam mana dalam situasi macam ini. Macam – macam rasa ada. Kalau aku pun macam ini ibu lagiIah teruk. Sian tengok ibu. Adik beradik lain seolah – olah cuba mengelak dari bercakap perihal benda ini mungkin mereka pun tak tahu nak buat macam mana. Perkara sudah terjadi. Nasi dah jadi bubur. Nak kata apa pun tak tahu.

Aku harap ayah mampu berlaku adil dan laksanakan poligami mengikut ajaran agama. Macam mana pun dia masih ayah. Aku tak sangka benda ini terjadi dalam keluarga. Aku tak tahu masa depan keluarga aku macam mana. Semoga kami sekeluarga mampu menerima ujian dan ketentuan darinya. – Young Heart