Bapak pemalas taknak kerja tapi dia rela tebalkan muka mintak orang belikan macam – macam untuk dia. dia sanggup call kawan dia ajak makan luar dan suruh kawan dia belanja. Baru ni pakcik aku datang, dia minta nak milo dengan susu 5 tin!
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum harap posting aku disiarkan sebab aku memang perIukan kata – kata nasihat dan pandangan dari pembaca sekalian. Aku perempuan, dah berkahwin. Mak bapak bercerai. Ada adik perempuan yang belum berkahwin sorang.
Adik aku ikut mak aku. So aku takkan cerita dan ulas tentang adik dan mak aku sebab bukan isu pasal dorang pun yang aku nak ketengahkan. Cumanya sebelum aku cerita, aku nak clarify yang mak aku masih janda yang sara diri sendiri dengan bantuan adik aku.
Mak aku walaupun s4kit – s4kit tapi masih gigih bekerja demi menyara hidup di perantauan. Lain ceritanya dengan bapak aku. Bapak aku ni umur awal 50 an. Badan masih gagah bekerja. Alhamdulillah masih sihat. Tapi problemnya dia malas kerja ya.
Sejak pkp dia resign (dia resign bukan diberhentikan) dari company lama sehingga saat ini aku menaip ni dia masih duduk di rumah ya selesa tidak bekerja. Dia masih ada rumah yang perlu dibayar, bil api air, dan komitmen bil telefon serta bil – bil lain yang perlu dia bayar tapi dia memilih untuk ignore dan passkan semua dekat aku.
Income aku tak tetap sebab aku ni bisnes online sahaja dan ada terima komisen. So bila kerja makan komisen ni faham – faham jela. Boleh jadi bulan ni dapat ratusan ringgit sahaja. Bulan depan ribuan ringgit. Senang cerita tak stabil. Dan aku pun ada komitmen aku sendiri yang aku kena utamakan.
Walaupun income aku tak stabil tapi setiap bulan aku cuba nafkahi parents aku sebanyak yang aku mampu dan seikhlas hati. Lain ya perasaan memberi dengan rasa ikhlas dengan rasa secara terp4ksa. Tiap kali aku hulur duit dekat parents aku memang aku rasa ikhlas.
Cuma aku jadi tak puas hati bila bapak aku asyik meminta – minta. Banyak kali aku explain dekat dia keadaan kewangan aku. Dia pun tahu kerja aku, income aku sejak aku sebelum kahwin lagi tapi dia macam susah dan taknak faham keadaan aku.
Aku tak duduk serumah dengan bapak aku. Aku duduk dengan laki aku lah di rumah mertua. Alhamdulillah mertua sangat baik. Aku ni kan bukan jenis berkira, time aku ada duit lebih aku tak kisah bapak aku meminta. Yang aku kisah bila aku kurang duit.
Orang cakap time kita kurang tu lah patut bersedekahkan? Tapi macam mana eh kalau dalam dompet aku ada RM28 sahaja dan bapak aku mintak belikan r0kok la, mintak belikan topup la. Korang faham tak, benda tu sepatutnya bukan atas tanggungjawab aku nak suruh tanggung dia beli r0kok. Topup satu hal.
Dia sibuk bercinta dengan janda mana tah pastu asik suruh aku topup dekat dia. Padahal duit bulanan aku dah bagi. Belum lagi soal dia suruh aku bayar rumah. Bil api air memang aku bayar tiap bulan walaupun aku tak duduk situ. Str3ss aku.
Suami aku selalu suruh aku sabar sabar sabar. Tapi orang tak duduk dekat tempat aku. Bapak aku tu aku rasa nars1stik lah. Dia selalu rasa dia betul. Dia tak boleh ditegur. Banyak kali aku nasihatkan dia suruh keluar cari kerja tp macam – macam alasan.
Aku cakap dia tak perlu pun carik kerja berat berat, cukup kerja asal dapat duit je. Sebab duit tu untuk dia juga bukan untuk orang lain. Dia bukan kena sara sesiapa pun. Tapi bila cakap respond dia macam tu jela. Sentiasa ada alasan.
Kalau dia tak dapat apa dia nak dari aku, dia wasap laki aku. Ya Allah aku malu. Mertua aku sikit pun tak pernah susahkan aku. Tak pernah ambil kesempatan atas aku. Tapi bapak aku, sangat tak malu ya. Selamber badak dia suruh laki aku belanja itu ini. Aku malu.
Dia taknak kerja tapi dia rela tebalkan muka mintak orang belikan macam – macam untuk dia. Kalau dia lapar dan kebetulan aku dan suami tak ada duit nak hulur, dia sanggup call kawan dia ajak makan luar dan suruh kawan dia belanja.
Baru ni abang dia datang rumah, dia suruh abang dia belikan milo dan susu tin dalam 5 tin. Aku rasa macam aku ni anak tak berguna tau. Macam tak bagi langsung duit dekat bapak aku. Mesti orang fikir aku ni anak tak bertanggungjawab sanggup biar bapak sendiri meminta minta dekat orang lain.
Padahal aku dah bagi duit tapi duit tu padan habis buat topup telefon dan r0kok dia sahaja. Tolonglah aku. Mungkinlah ada khilaf dari side aku as anak. Aku tak dapat nak bagi dia duit yang banyak. Aku akui tu tapi aku pun ada perasaan.
Takkan aku dapat gaji semua gaji aku kena taram dekat bapak aku? Dia sihat lagi. Dia boleh bekerja tapi dia memilih tak nak kerja. Bila dia susahkan suami aku, aku nasihat bapak aku, mesti bapak aku cakap “Alah baru kahwin memang la takut sangat susahkan suami tu” aku macam tergamam kejap.
Please korang ada nasihat or cadangan tak pasal bapak aku ni? Aku sehabis upaya cuba bagi yang terbaik untuk mak bapak aku. Aku pun banyak je apply kerja yang lagi baik so that aku ada gaji tetap boleh fully sara bapak aku tapi belum ada rezeki.
Aku cuma minta kalau boleh bapak aku janganlah terlalu demanding and bersyukur apa ada nya. Janganlah pentingkan diri sendiri. Common sense kena ada. Kalau nak demand lebih lebih tolonglah bekerja jangan jadi biawak hidup di rumah. Sekian… – anon27 (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Akira Shaheera : Makan dia belikan barang je. Topup beli yang bulanan ada call wasap dan internet so tak mintak banyak kali. Bagi sekian – sekian lepastu dah cakap limit ni je. Dia mintak orang lain buat pekak. Sebab dia pilih untuk susahkan diri sendiri.
Rozita Zainun : Dalam situasi ni bapa memang ambil kesempatan betul. Janganlah takut pandangan orang, pikiran orang terhadap kita. Depa nak kata kita anak yang tak ambik peduli pasal bapak tu abaikan. Jika rasa tuduhan itu melampau dan perlu membela diri, kita bela diri kita balik. Bagi setakat mampu saja la. Tengok la minta Milo, susu tin.. minuman bahaya diri sendiri tu nanti kena p0tong kaki, lagi la susahkan semua orang.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.