
Lepas suami pergi, kakak madu pertama datang pada saya minta maaf. Sungguh – sungguh dia minta maaf. Lepas tu dia minta saya pujuk abang supaya tak ceraikan dia…
#Foto sekadar hiasan. Suami saya kahwin empat, dan saya isteri keempat. Bukan niat nak buka aib diri atau aib keluarga… Tapi kadang – kadang terfikir juga, adakah jadi isteri keempat ni satu aib? Rata – rata orang tak nak dengar apa yang isteri – isteri nombor 2, 3 dan 4 luahkan. Orang hanya nak dengar luahan isteri pertama saja.
Jadi saya pilih untuk luah di sini. Kami empat orang bermadu, kalau tengok memang macam adik beradik. Ada masa nampak macam kawan baik. Sejujurnya, tiga orang kakak madu saya semuanya jenis muslimah yang berpurdah… Kecuali saya.
Saya hanya bertudung bawal macam biasa. Saya pula jenis yang suka bergaya dan ‘dress up’. Sebab hanya saya sahaja yang bekerja, tiga kakak madu saya semua suri rumah. Saya bukanlah isteri yang terlalu kisah sangat pasal suami. Maksud saya, dia nak balik, dia balik… Dia tak balik pun saya okey. Asalkan duit belanja bagi, nafkah bagi.
Saya tak pernah bising atau membebel dekat suami semata – mata sebab dia tak balik, walaupun masa tu sepatutnya giliran saya. Sebab pada saya, kalau dia tak balik, lagi bebas lah saya. Tapi bila suami balik, saya tak banyak tanya. Saya layan macam biasa saja.
Tanpa saya sedar, lama – kelamaan suami saya mula beza – bezakan kami empat orang. Kakak madu saya yang kedua pernah datang mengadu pada saya. Katanya, “Abang asyik puji kamu je… Katanya kamu tak banyak kerenah, tak membebel, kamu tak kisah ke dik kalau abang tak balik masa giliran kamu?”
Saya jawab, “Tak,” sambil senyum. Bukan kakak madu yang kedua sahaja yang mengadu. Kakak madu yang pertama sampai tuduh saya sih1rkan suami sebab suami asyik puji saya. Saya jawab, “Kalau saya sih1r suami saya, kenapa masa giliran saya pun suami tak balik rumah saya? Kenapa masa giliran saya, suami ada dekat rumah kakak?”
Terdiam kakak madu saya yang pertama. Dengan nada bersahaja, saya cakap, “Kak, sedar tak… Suami kita ni jenis kaki perempuan. Orang jenis macam ni tak suka kena bebel. Mereka rimas.” “Sebab tu saya tak bebel dekat abang. Lantak dialah nak buat apa pun. Asalkan nafkah bagi, makan pakai cukup, diam sajaIah saya,” sambil saya senyum.
Saya biarkan saja benda tu berlalu. Saya jalani hidup macam biasa, ikut rutin harian saya. Sampai satu hari tu, abang kumpulkan kami berempat. Abang beritahu, dia nak lepaskan kakak madu saya yang pertama. Kami semua terk3jut. Muka Kak Khadijah nampak macam baru lepas menangis.
Saya tanya abang, “Kenapa abang nak lepaskan Kak Khadijah? Abang nak kahwin lagi ke? Sebab tu nak lepaskan sorang?” Hanya saya yang berani tanya, yang lain semua tunduk diam. Suami jawab, “Abang nak lepaskan Khadijah sebab abang paling tak suka orang yang suka menuduh. Selama ni dia suka bebel, abang sabar lagi. Tapi kalau sampai fitnah, abang paling tak boleh terima.”
Saya tanya, “Apa yang Kak Khadijah fitnah?” Abang cakap, “Dia fitnah awak dengan Kak Liza (isteri kedua) sih1rkan abang. Katanya bagi nasi kangkang. Berat tuduhan tu. Abang paling pantang kalau orang kaki fitnah.” Abang sambung lagi, “Esok abang nak ke Indonesia ada kerja. Empat hari je outstation. Balik nanti kita pergi mahkamah.” Kata abang kepada kakak madu pertama.
Lepas tu abang terus ambil kunci kereta dan gerak, entah ke mana. Lepas abang pergi, kakak madu pertama datang pada saya minta maaf. Sungguh – sungguh dia minta maaf. Lepas tu dia minta saya pujuk abang supaya tak ceraikan dia.
Sejujurnya, saya sikit pun tak marah pada kakak madu pertama atas tuduhan dia. Sebab saya faham per4ngai dia macam mana. Saya tak kecil hati pun walaupun dia fitnah saya. Malam tu abang balik rumah saya, walhal sepatutnya malam tu giliran rumah kakak madu ketiga.
Lepas abang makan, mandi, saya cakap saya nak bincang sikit. Saya cuba pujuk abang, saya cakap tak payah la ceraikan Kak Khadijah… Kesian dia. Tadi pun dia dah minta maaf pada saya. Saya pujuk panjang lebar. Saya kata, “Berilah dia peluang.” Suami hanya jawab, “Tengoklah.”
Lepas tu saya tanya abang, “Bukan ke malam ni giliran rumah Dila (isteri ketiga)? Nanti Dila pula fikir bukan – bukan… Lebih baik abang balik rumah dia. Mesti dia tunggu.” Suami macam nada marah. “Awak ni tak suka abang balik ke apa?”
Saya jawab, “Bukan macam tu. Ikutlah giliran. Sebab abang tak ikut giliran lah jadi fitnah, jadi g4duh. Tengok sekarang, sampai nak cerai dengan Kak Khadijah pula. Saya tak nak la jadi isu dengan Kak Dila pula.” Suami ambil kunci dan terus keluar. Nak salam pun tak sempat. Ermm…
Tiba – tiba saya terfikir… Penatnya. Masalah kakak – kakak madu pun saya yang kena hadap. Rumah saya dah macam tempat aduan. Sekejap madu pertama datang mengadu, sekejap madu kedua datang mengadu. Cuma madu ketiga je yang jarang datang. Tapi ada juga.
Nampak macam tak ada masalah kan? Tapi itulah… Penat. Tapi kita ni isteri keempat. Jadi kalau nak mengadu penat pun, tak ada orang nak dengar. Alhamdulillah, saya berjaya pujuk abang supaya tak lepaskan Kak Khadijah. Tapi kan… Kalau orang luar tengok, mesti dah cakap, “Kalau jadi Kak Khadijah tu, dah lama aku blah bila suami kahwin lain.”
Tapi Kak Khadijah siap merayu jangan lepaskan dia. Nampak tak, setiap orang tak sama cara fikir. Jadi korang yang baca ni, janganlah letak diri korang dekat tempat Kak Khadijah (isteri pertama). Mungkin susah kot kalau jadi janda. Tak ada siapa nak tanggung. Maklumlah, mereka kan suri rumah.
Oh, lupa nak cerita. Isteri pertama dan kedua tak ada anak. Yang ada anak cuma isteri ketiga dan saya je. Saya ada dua orang anak – seorang lelaki, seorang perempuan. Anak daripada isteri ketiga, seorang saja. Anak perempuan. Anak istimewa… Anak syurga. Autism.
Komen Netizen:
Zaidimat Hussin: Contoh; kahwin empat pandai. Jaga mulut isteri tak pandai. Bagi tunjuk ajar tak pandai. Bagi sempadan tak pandai. Bagi didikan agama tak pandai. Bagi kasih sayang tak pandai. Buta dalam lebih kurang isteri – isteri.Cuma lebih nafsu… Akal tiada…
Anonymous Member 282:Kalau poligami tapi tak ikut giliran, maksudnya tak adil. Betul la kata tuan cerita, bila tak adil, itu lah punca masalah antara madu. Sampai buka ruang fitnah dan perbalahan.Kalau nafkah zahir dah tip top, giliran tu kalau bagi kesan emosi dekat isteri – isteri, tetap belum ‘lulus’ lagi bab nafkah batin tu.
Sebab nafkah batin ni bukan pasal hubungan intim je. Isteri rasa tenang, senang dan bahagia juga termasuk dalam nafkah batin. Bukan isteri pertama yang perlu diceraikan, cuma suami tu yang perlu ‘upgrade’ diri dan layan isteri – isteri seadilnya. Insya-Allah, SAMAWA.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.