Aku bujang berkahwin dengan ibu tunggal beranak ramai. Hujung minggu mereka balik rumah dari universiti. Semua baju dibawa dari hostel isteri aku yang basuh, jemur. Mereka setiap hari tidur lewat, zohor baru bangun, rumah bersepah dengan bekas makanan. Memang nak ibu yang basuh bekas – bekas tu ke?
#Foto sekadar hiasan. Aku bujang yang berkahwin dengan ibu tunggal beranak ramai. Tak perlu aku bagitau berapa orang cukup pembaca tau ramai. Aku bukan nak bercerita atau mengeluh tentang perkahwinan sebab alhamdulillah perkahwinan kami baik – baik sahaja. Yang aku nak luahkan disini berkaitan anak – anak tiri aku.
Dari sebelum kahwin dulu aku dah banyak buat research tentang kehidupan dengan anak tiri ni. Boleh kata kebanyakannya cerita negatif lah kan, ibu / bapa tiri tak dapat terima anak tiri mereka atas berbagai faktor lah.
Tak kurang juga cerita – cerita yang positif pun banyak aku baca dan jadikan tauladan untuk aku. So kiranya aku terima isteri aku dalam keadaan memang aku pun dah betul – betul bersedia untuk terima anak anak dia sekali.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar aku boleh terima mereka dan mereka pun dapat menerima aku seadanya. Untuk pengetahuan, isteri aku ada sejarah hitam yang sangat teruk lah pada perkahwinannya yang pertama yang membawa kepada penceraian.
Dan anak – anak dia semua jadi saksi apa yang dilalui ibu mereka bertahun – tahun tu. Apa yang berlaku pun aku rasa tak perlu aku cerita kat sini cuma yang aku nak highlight kan ialah : anak – anak tahu kesusahan yang telah ibu mereka lalui.
Sebab highlight ni nanti ada kaitan dengan apa yang aku nak cerita dan luahkan. Aku ni bekerja biasa – biasa sahaja. Kiranya hasil pendapatan aku tu cukuplah untuk diri aku, nafkah isteri, belanja rumah dan bayar semua yang berkaitan lah.
Pendek kata, lepas lah kewajipan aku. Walau hidup kami tak mewah tapi sangat – sangat mencukupi. Anak – anak yang ramai tu pun alhamdulilah dapat hidup membesar dengan selesa seperti anak – anak orang lain. Tak mewah tapi segala galanya ada dan cukup.
Isteri aku pun seorang yang sangat baik sedar diri dan tak pernah ambil kesempatan dari aku. Dia tak mengharapkan aku untuk tanggung anak – anak dia. Sebab dia pun tahu dari sudut hukvm pun kewajipan aku hanyalah menafkahi dia sebagai isteri sahaja (betulkan aku kalau salah bercakap tentang hukvm).
Kalau aku tanggung anak – anak dia pun dikira sedekah bukan kewajipan aku. Jadinya isteri aku tetap bekerja keras siang malam untuk belanja anak – anaknya. (Satu lagi, untuk pengetahuan pembaca, bekas suami masih hidup tapi langsung tak pernah bagi nafkah semoga dia bertaubat ya Allah).
Sekarang usia perkahwinan kami pun dah nak masuk sedekad. Anak yang dulu sekolah rendah sekarang dah menengah. Yang dulu kecik comel – comel, sekarang dah remaja handsome dan cantik. Dalam setahun ni lah aku dah mula banyak berdiam diri terkilan dengan anak – anak.
Aku tak kisah layanan mereka pada aku sebab aku dari awal dulu sedar diri hanya sebagai ayah tiri. Tapi yang buat aku terkilan dan kecewa dengan mereka ni ialah layanan mereka kepada ibu mereka sendiri. Ya layanan mereka kepada isteri aku.
Aku menjaga isteri layaknya seorang suami yang sangat – sangat merajakan isteri. Aku tahu isteri aku dan terlampau penat bekerja untuk anak – anak dia, semua kerja rumah aku siapkan dari mengemas luar dalam, uruskan cuci baju, jemur, complete dengan lipat sekali.
Tak pernah aku biarkan isteri yang buat. Itu keadaannya kalau cuma kami berdua di rumah. Anak – anak semua di hostel dan ada di uni. Tapi lain ceritanya bila hujung minggu anak – anak balik ke rumah atau waktu cuti sekolah atau cuti sem uni.
Semua baju yang dibawa dari hostel isteri aku yang basuh dan jemur. Urusan baju mereka sepanjang ada di rumah, semua isteri aku yang buatkan. Awal – awal dulu aku dah tegur biar mereka buat sendiri tapi tak tahu lah kenapa isteri aku ni kalah dengan anak – anak.
Mereka setiap hari berjaga malam, esoknya dah zohor baru bangun. Awal pagi atas meja dapur bersepah bekas anak – anak makan minum waktu tengah malam. Memang mereka nak ibu yang basuh bekas – bekas mereka ke?
Mereka bukan lagi anak anak kecil, semua dah besar usia remaja. Semua kerja – kerja rumah yang aku selalu buatkan untuk isteri aku, bila ada anak – anak, mereka punya kerja, isteri aku pulak yang buatkan. Boleh faham tak perasaan aku?
Aku jaga isteri aku bagai menatang minyak yang penuh, langsung tak nak susahkan dia, tapi anak – anak sendiri susahkan ibu mereka. Bukan sahaja susahkan luaran, tenaga ibu, malah perasaan pun sama. Asal on call atau ber whatapp dengan ibu, habis semua masalah dekat uni diceritakan.
Apalah ibu tu boleh buat kalau masalah remeh tentang kawan – kawan pun semua diadukan. Habis isteri aku pulak yang tak dapat tidur memikirkan masalah anaknya di uni. Aku selalu terfikir bandingkan diri aku remaja dulu dengan mereka ni, aku tak pernah lalui tengok ibu aku susah macam mana yang mereka pernah tengok keadaan ibu mereka dahulu (sejarah hitam yang aku bagitau awal tadi).
Pun begitu aku tak pernah tergamak nak susahkan ibu aku seperti mana mereka susahkan ibu mereka. Sepatutnya dengan apa yang mereka tahu ibu mereka pernah lalui dahulu, sekarang ni mereka sepatutnya semampu boleh bahagia kan ibu mereka.
Bukan aku tak pernah slowtalk dengan isteri pasal anak – anak dia ni, banyak kali dah, dan semuanya sesi slowtalk tu akan berakhir dengan kami jadi dingin tak bertegur sapa. Aku tahu isteri aku tak suka aku campur atau komplen cara dia melayan anak – anak. Adakah ini disebabkan terlampau sayangkan anak?
Adakah semua ibu – ibu kat luar sana macam ni? Tolong bagitau aku. Jadi cara aku sekarang ni, aku lebih suka berdiam diri. Kalau mereka semua balik ada di rumah, aku lebih selesa di dalam bilik sendiri atau keluar cari urusan di luar.
Aku belum ada rezeki untuk ada anak sendiri. Tapi melihat keadaan anak – anak tiri ni, kadang – kadang terlintas di fikiran lebih baik tak ada anak. Bila tersedar cepat – cepat aku istighfar. Pesanan aku kepada pembaca yang masih mempunyai ibubapa, layan lah mereka selayaknya.
Terutamanya kepada yang masih muda remaja, fikir – fikirkanlah setiap tindak tanduk kita kepada ibubapa. Adakah menyenangkan mereka atau sebaliknya. Kalau tak mampu menyenangkan, jangan sampai menyusahkan. Sekian… – Bapa tiri (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Rozanne Shah : Problem ni dari wife encik. Sebab dia kena teruk dengan husband dulu, selalunya perempuan camni akan bagi kasih sayang dia fully kat anak sebab anak – anak masa kecik akan bagi dia love balik sebab anak – anak hanya ada parents je, tak kenal orang lain.
So 100% anak – anak akan harapkan ibu, taknak berenggang, nak manja – manja dengan ibu. Daripada itu, kekosongan hati ibu akan fulfilled dengan kasih sayang anak sebab dia tak dapat kasih sayang suami. Kira dia gunakan anak – anak sebagai outlet untuk dia dapatkan kasih sayang (love).
So dia akan buat semuanya kalau boleh untuk tunjuk love dia (walaupun sampai menyusahkan dia). Bila dah kawen lain dengan encik, isteri tu masih terbawa – bawa tr4uma dia masa 1st marriage, dia akan cuba kekalkan keadaan sama sebab dia tau suami boleh tinggalkan dia, tapi anak – anak tak akan tinggalkan dia.
Since anak – anak dia membesar dengan mak treat dorang macam tu, dorang tak reti bagaimana cara nak jadi anak yang berguna menolong mak. Kalu taknak mak tolong pon kadang – kadang mak marah dan merajuk anak – anak tak nak terima apa dia buat.
So nak marah budak – budak tu pon tak boleh sebab dorang dah ditrain jadi useless masa kat rumah. Cuma kesian la kat pasangan dorang nanti sebab dorang akan rasa life camtu adalah life yang normal lepas kawen (dorang tak perlu buat pape, pasangan akan setelkan semua sampai burnout).
Nazira Mylisa : Common sense tu mak ayah yang ajar. Anak aku yang 10 Dan 8 tahun pun laser kan aje, kalau tinggal pinggan dekat sinki tak berbasuh, tak kemas meja makan. Inikan budak duduk universiti. Patutnya retilah urus kain baju sendiri.
Anak – anak ni, sekali kena laser, memang lah tarik muka, marah – marah, tapi maknanya berbekas kat hati. Esok takde lah dia nak buat lagi. Ini mak tak reti nak tegur, mana nak datang common sense tu. Dia anggap, tak tolong mak tu benda biasa. Mak aku tak marah, owh tak pe…
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.