
Abang ipar aku tahu yang mak dia dapat bantuan kebajikan dalam RM300 sebulan. Semua ipar aku bising, macam aku yang guna. Setiap bulan mereka suruh anak aku bank in duit tu dekat mereka. Duit nak tapi tak mak mertua mereka tak nak jaga..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, mohon hide kan profil aku, aku nak minta pendapat. Aku ni duduk di rumah ibu mentua atau rumah pusaka, selepas arw4h ayah mentua aku meninggaI beberapa tahun yang lalu. Jadi disebabkan aku dan sekeluarga duduk di situ, aku lah kena menjaga ibu mentua aku di rumah.
Masa mula – mula aku jaga, aku okay sahaja. Tapi lama – kelamaan aku rasa macam tak adil. Bukan aku tak ikhlas menjaga ibu mentua aku, disebabkan anak – anak dia ramai ada enam orang, suami aku yang keempat. Tapi kenapa aku dan suami aku sahaja yang jaga.
Padahal anak – anak mereka ada, tapi masing – masing bagi alasan sibuk bekerja walhal mereka kerja sendiri dan ada dua orang sahaja yang kerja kerajaan, tapi kerja kerajaan pun ada cuti juga kan, tapi kenapa selalu busy. Disebabkan aku nak membantu ibu mentua aku, aku mohon kebajikan untuk ibu mentua aku, Alhamdulillah dapat.
Padahal sebelum ini abang ipar aku ada buat juga tapi tak diluluskan atas sebab bukan dia yang menjaga. Tapi Alhamdulillah aku mohon, aku dapat buat untuk ibu mentua aku. Itu lah belanja bulanan untuk ibu mentua aku. Tak lama lepas itu abang ipar aku tahu yang mak dia dapat bantuan kebajikan dalam RM300 sebulan.
Masa itu bising lah adik beradik ipar aku pasal duit kebajikan ibu mentua aku ini. Mereka bising kenapa duit kebajikan dibankkan dalam akaun anak aku. Aku ada alasan sebab aku pun under kebajikan, jadi tak boleh pakai akaun dan nama aku.
Jadi orang kebajikan cakap siapa yang duduk rumah dengan aku sekali ibu mentua aku, masa itu anak – anak aku ada, semua dah besar jadi aku pakai lah akaun anak aku untuk hal duit kebajikan ibu mentua aku. Mereka tetap tak puas hati, sampai setiap kali duit kebajikan masuk mereka push anak aku yang nombor dua ini bank in ke akaun abang ipar aku.
Aku jadi pelik kenapa mereka ambil duit ibu mentua aku, padahal aku yang jaga ibu mentua aku. Sampai setiap bulan ada sahaja ipar – ipar akan WhatsApp atau mesej anak aku, “duit nenek dah masuk kan, bank in kat akaun pak ngah”, siap bagi nombor akaun, selagi tak bank in selagi itu tanya “dah bank in Angah”.
Sampai tahap macam itu. Last – last anak aku dah penat, tak lalu nak layan chat pakcik dan makcik saud4ra mereka, cakap sikit kata meIawan, kata kurang ajar lah itu lah. Tapi bila suruh menjaga mak sendiri, punya lah susah, sibuk lah itu lah ini lah.
Aku mula – mula diam, sabar sahaja, sampai anak – anak aku semua bising, “nak bawa ibu ke mana pun susah”. Pada mulanya suami aku tak tahu hal ini, aku rahsia demi tak nak berg4duh adik beradik. Tapi bila dah jadi teruk aku kena lah jujur dengan suami aku. Dia pun marah, kenapa duit mak mereka nak pegang padahal yang jaga kita.
Sampai suami aku nak jumpa adik beradik tapi aku halang sebab tak mahu hal ini jadi besar. Nak dijadikan cerita, abang ipar aku ambil mak dia ini jaga dalam seminggu dua, dah anak dia nak jaga bagi sahaja lah kan. Tak lama lepas itu dapat surat dari kebajikan yang mengatakan duit kebajikan ibu mentua aku tak akan dibankkan ke akaun anak aku, akan dibankkan ke akaun ibu mentua aku.
Aku pun terk3jut sebab ibu mentua aku tak ada akaun bank. Tak sangka dalam nak ambil jaga rupanya abang ipar aku nak buat akaun bank ibu mentua aku semata – mata nak duit kebajikan ibu mentua aku. Masa itu pun kami tak kisah pun sebab anak aku pun kalau ikutkan nak batalkan.
Tapi bila aku jaga ibu mentua aku dapat lah juga duit kebajikan tapi tak banyak mana yang dapat, kadang – kadang RM100 hingga RM150 tengok keadaan. Tapi ipar aku ini duit sahaja nak, menjaganya tak. Bila aku nak keluar dengan anak – anak, aku pergi lah ke rumah dia suruh ambil mak dia sebab aku nak keluar tak ada siapa nak jaga.
Ipar aku bising kata aku ini suka berjalan lah, kalau berjalan suka lambat bagi tahu, ada masa dalam keadaan marah atau meninggikan suara. Aku terkadang geram pun ada. Aku nak keluar dengan anak – anak ini, salah ke aku nak hantar ibu mentua aku ke anak dia.
Dah ibu mentua aku kata nak duduk rumah abang ipar aku, aku hantar lah. Bila hantar ada sahaja alasan, itu tak ada ini tak ada. Pelik kan, nak kata susah tak juga, senang sahaja tengoknya. Tapi pelik kenapa bila aku keluar ada sahaja orang bising, bising bukan pasal apa, pasal ibu mentua aku tak ada jaga.
Ipar – ipar aku ini bukan duduk jauh, semua dekat – dekat tak sampai pun dua puluh kilometer, dekat sahaja. Tapi bab jaga mak sendiri ini berat, rasa macam bawa batu besar. Tapi kalau bab duit laju sahaja nak ambil tahu. Ada sahaja nak jaga tapi sekejap.
Bila jaga sekejap minta lah duit kat abang ipar yang jaga hal kewangan ibu mentua ini, minta seratus dua ratus bagi sahaja. Padahal jaga tak sampai seminggu senang dapat, tapi bila kami ini kekadang sebulan pun tertangguh sampai bulan depan, bila bulan depan dapat RM200 sahaja selama dua bulan itu.
Aku bukan mata duitan, tapi adil ke. Yang jaga lama ciput sahaja dapat, padahal yang jaga sehari dua senang sahaja dapat beratus – ratus. Kadang – kadang nak jalan aku tinggalkan anak aku salah seorang semata – mata nak jaga ibu mentua aku disebabkan anak – anak dia tak nak jaga.
Aku pun tak faham apa mereka nak, nak duit sahaja ke. Tapi ibu mentua aku tak susah jaga, bagi makan minum, sediakan tempat tidur. Kadang – kadang berkerusi roda, biasa lah ibu mentua aku ini cepat lenguh kaki, kadang – kadang nak jalan susah.
Tapi sekarang sahaja berkerusi roda sebab mungkin faktor umur, jadi sediakan apa yang hari – hari buat itu sahaja. Itu pun bermasalah ke bagi mereka. Aku tak tahu lah nak buat macam mana. Ada masa aku cakap lepas apa yang ada dalam hati aku, cakap lepas sahaja, buat apa nak jaga hati mereka, hati aku ini tak ada siapa nak jaga.
Ulasan pembaca :
Anakanda Samat : Sebab tiga ratus pun boleh berg4duh, belum tinggal harta tiga ratus juta. Itu duit mak kau lah, yang anak – anak sibuk kenapa. Suruh jaga mak sendiri tak nak, lepaskan kat menantu, tapi duit yang tak seberapa itu kau sibuk panas bontot sampai tak boleh duduk.
Kalau menantu itu pakai duit kebajikan mak kau itu pun tak salah sebab dia yang menjaga mak kau siang malam pagi petang. Jenis tak kenang budi betul. Untung menantu nak jaga, harapkan anak – anak per4ngai semua macam s3tan.
Selagi mak itu hidup, jaga dan berbakti lah. Tuan tanah ini pun tegas lah sikit, dah macam drama Melayu pula aku tengok kena buIi kena dipergunakan. Sabar jelah, dengan anak – anak yang tak berguna itu, mak sendiri tak boleh nak jaga, kau tak payah lah nak layan baik, bagi muka sangat.
Amizah Jsmsl Anas : Sabarlah tuan tanah, besar ganjaran jaga orang tua ini, rezeki takkan pernah putus. Bab duit ini memang adik beradik pun boleh berbalah. Duit kebajikan itu duit ibu mentua kau, tapi orang lain ambil memang tak patut. Semoga murah rezeki kau.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.