
PukuI 3 – 4 pagi baru habis layan handphone. Rupanya layan perempuan, terutamanya janda dan ada anak. Dia siap panggil dirinya ayah dan bermesra dengan perempuan – perempuan itu. Bila kantoi, suami h4ramkan aku..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum admin, aku bukan nak buka aib rumah tangga aku tapi aku dah tidak ada tempat nak luahkan rasa hati ni, mohon sembunyikan profil aku ya. Enam tahun lepas aku berkenalan dengan seorang lelaki di Facebook. Dia tidak pernah tekan tanda suka atau komen di Facebook aku, tiba – tiba saja dia tambah aku sebagai kawan, mesej aku dan minta nombor telefon untuk menelefon. Aku tidak bagi dan lebih kurang enam bulan jugalah berlalu.
Sampai satu hari dia telefon aku melalui Facebook messenger, katanya dia betul – betul suka aku dan nak kahwin dengan aku. Aku cakap aku tidak kenal awak. Dia kata nanti dia suruh kakak dan mak dia masuk meminang aku. Aku abaikan sebab ingat dia main – main tapi tidak sangka betul – betul dia datang rumah aku.
Kami belum berjumpa pun tapi dia sudah hantar keluarga dia jumpa keluarga aku. Aku pun rasa macam dia serius dengan aku. Waktu itu aku seorang janda anak tiga, umur 31 tahun dan dia umur 28. Aku pernah tanya umur dia tapi dia tipu kata sebaya dengan aku sebab aku tidak suka lelaki lebih muda dari aku.
Lepas keluarga dia datang rumah jumpa keluarga aku, dia kata nak balik jumpa aku untuk kali pertama. Aku kata okey. Sampai waktu itu, kami bertentang mata. Memang jelas dia lebih muda dari aku bila tengok wajah dia. Aku tanya lagi dan akhirnya dia jujur cakap umur dia 28. Aku marah sebab dia tipu.
Dia kata dia takut aku tidak terima kalau tahu dia muda dari aku. Lagipun bagi dia umur bukan hal penting. Selepas kami berkahwin, baru sebulan saja dia sudah tunjuk per4ngai tidak ambil berat macam sebelum kahwin. Dia bersikap acuh tak acuh, suka meninggikan suara. Nafkah semua aku yang tanggung dari makan minum, barang dapur, sewa rumah, bil api, air dan internet. Aku sangat terbeban.
Aku suarakan rasa tidak puas hati aku, sebab semua itu sepatutnya dia yang tanggung, bukan guna gaji aku. Aku berkeras suruh dia bayar juga. Dia bagi aku lima ratus untuk bayar sewa rumah sebab gaji dia cuma seribu tiga ratus sebulan, sedangkan gaji aku dua ribu lapan ratus.
Barang dapur tetap aku kena tanggung sebab aku ada anak – anak. Selama tiga bulan perkahwinan kami, aku tidak pernah periksa telefon dia dan dia pun sama. Tapi aku pelik, setiap kali aku masuk tidur dia akan main telefon di ruang tamu sampai jam tiga atau empat pagi, kemudian baru masuk bilik dan k3jut aku untuk layan dia. Walaupun masa itu sudah lewat, dia tetap k3jutkan aku.
Satu hari waktu aku cuti dan dia bekerja, masa dia mandi aku buka telefon dia dan periksa messenger. Ternyata memang ramai perempuan yang dia mesej, kebanyakannya janda dan ada anak. Dia siap panggil dirinya ayah dan bermesra dengan perempuan – perempuan itu.
Aku tidak mampu tahan marah. Bila dia keluar dari bilik air aku terus tanya kenapa buat macam ini. Adakah perkahwinan ini sekadar untuk memuaskan nafsu dia saja. Patutlah dia tak ambil berat sangat tentang aku. Duit aku ada atau tak, makan minum aku, baju pakai aku pun dia tidak peduli.
Selepas itu dia kata dia h4ramkan aku periksa telefon dia. Okey aku tidak ambil tahu lagi, tapi perasaan aku memang h4ncur. Dia tetap layan aku acuh tak acuh sampai kami ada seorang anak bersama. Bab nafkah memang culas, kalau aku tak minta memang dia tidak bagi.
Aku terp4ksa minta setiap bulan, macam mengemis pulak dekat suami sendiri. Sekarang dia sudah bekerja di Terengganu. Kami berjauhan, dua tiga bulan sekali baru dia balik rumah. Dan macam biasa, aku hanya jadi tempat dia lepaskan nafsu.
Dia tak pernah tanya kehidupan aku, masalah aku, apatah lagi ungkapkan rindu. Aku pernah minta cerai tapi dia kata dia tidak akan ceraikan aku, melainkan aku sendiri pergi failkan di pejabat agama. Sekarang kami masih berterusan hidup macam bukan suami isteri.
Aku pilih untuk sibukkan diri dengan kerja. Betullah orang kata lelaki diuji dengan wanita dan duit, tapi wanita diuji dengan suami. Penat sangat nak hadap hidup macam ini, tidak rasa dimanjakan, tidak rasa disayangi. Seolah – olah hidup sebagai suami isteri tapi tidak ada kasih sayang dan kemesraan.
Bahagian raya lagi sedih, setiap kali raya aku sedih. Dia balik rumah mak dia sepanjang hari, aku pula yang pergi rumah saud4ra mara bersama anak – anak. Hal ini sudah berlarutan empat tahun sejak kami kahwin. Apa yang aku perlu buat, aku penat sangat fikir semua ini.
Komen Netizen :
AnaShaz RZ : Cepat sangat nak kahwin. Kenal macam itu pun boleh percaya terus kahwin. Besarkan anak – anak dulu, kumpul duit dulu. Susah dengan anak lebih baik daripada ada lelaki tapi hidup susah dan s4kit hati. Kalau aku, hidup susah tidak apa asalkan suami baik, makan pasir pun sanggup. Tapi aku tidak boleh hidup dengan s4kit hati, makan hati.
Asz Farah : Berkahwin untuk apa? Kalau dia kahwin semata – mata jadikan awak tempat dia berg4ntung hidup. Maksud aku, dia sudah ada orang jaga makan minum dia, pakaian, tempat tinggal semua ada, jadi dia tidak susah – susah nak fikir hujung bulan bayar bil itu ini.
Paling aku pantang, dah kahwin masih mengatal dengan perempuan lain. Awak masih tidak nampak ke cara dia? Dia memang cari janda yang ada kerja tetap dan kewangan kukuh sebab dia umpama parasit, tahu tidak. Dia menumpang senang tanpa susah payah. Lepas itu tahu pula buat anak.
Ini pendapat aku lah, kalau awak masih boleh sabar, teruskan. Tapi jangan sampai berderet anak baru nak ambil tindakan, sia -sia saja. Kesian anak – anak awak. Tidak semua lelaki bujang boleh terima janda yang ada anak, tapi ada juga yang boleh terima. Itu kira rezeki.
Tapi sebolehnya kadang – kadang ada saja janda sanggup tidak kahwin lain dan jaga serta besarkan anak – anak sendiri. Moga urusan awak dipermudahkan. Buatlah solat tahajud, minta dengan Allah.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.