
9 tahun aku kahwin, memang setiap tahun aku bertukar – tukar perempuan. Hanya untuk suka – suka dan tak pernah terlanjur. Setiap kali kantoi, isteri aku senyum je, takde marah, takde jerit – jerit. Isteri aku lemah lembut je layan aku. Satu hari..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua, makcik – makcik bawang, pakcik – pakcik rewang. Aku nak kongsi kisah aku. Bila bini terlalu banyak memendam perasaan. Aku dah kahwin 9 tahun. Alhamdulillah dikurniakan 3 orang anak, 2 lelaki dan 1 perempuan.
Semua anak dilahirkan secara c section dan dah ikat. Tanggungjawab aku pada keluarga memang tip top, tak pernah aku abaikan. Sepanjang perkahwinan, aku ni suka berkawan dengan perempuan. Jenis aku mula – mula sahaja caring, panggil sayang – sayang.
Tapi tak lama, bila aku dah bosan aku tinggalkan sahaja perempuan – perempuan tu. Aku pun tak pernah nak labur duit atau lebih lebih seperti terlanjur dengan perempuan lain. Bagi aku, aku cuma nak suka – suka sahaja. Setiap tahun kantoi 4 hingga 5 kali dengan bini aku.
Bini aku pula bila dah kantoi, tak macam bini orang lain. Nak terpekik – pekik, terlolong – lolong, pukuI – pukuI atau baling barang. Tak. Gaya bini aku ni profesional sangat. Cakap dengan aku lembut macam mak bercakap dengan anak.
Masak tetap masak, kerja rumah buat, anak – anak dilayan macam tak ada apa – apa berlaku. Esoknya bini aku dah okey. Tak ada ungkit apa – apa. Begitulah sikap bini aku setiap kali aku kantoi ada perempuan lain. Cuma baru – baru ni, aku kerja luar di utara.
Masuk bulan Februari, aku menggedik lagi layan dua orang perempuan. Seorang kerja buat air buah. Seorang lagi aku kenal melalui Facebook. Tapi yang buat air ni aku selalu bergayut sampai pagi. Bini aku perasan aku selalu online WhatsApp dan Facebook sampai ke subuh.
Sering kali juga bini aku cakap dia tak sedap hati. Sampai bini aku minta maaf kalau dia ada lakukan kesilapan. Kadang – kadang dia tanya aku kenapa online sampai lewat pagi sedangkan pukuI 10 malam cakap nak tidur. Macam – macam alasan aku bagi sampai aku menempelak bini aku sebab mempertikaikan hal tu.
Bini aku diam, tak banyak tanya. Kemudian dia cakap ada hal nak bincang. Bila aku tanya apa, bini aku tak cakap apa – apa lagi. Aku pun anggap tak ada apa – apa. Rupa – rupanya bini aku tunggu aku balik. Aku cuba cerita tentang perkenalan aku dengan perempuan – perempuan yang aku kenal sepanjang berjauhan dengan bini aku.
Bini aku dengar dengan senyuman dan selamba. Lega aku dapat jujur. Tapi lepas aku hantar anak aku ke sekolah agama, bini aku tunggu dalam rumah dengan penuh senyuman. Dia panggil aku duduk sebelah dia dengan penuh lemah lembut.
Dia usap – usap belakang aku sambil cakap, kan hari tu ada perkara nak bincang. Sekarang nak bincang. Hari pertama bini aku bercakap dengan penuh kelembutan, senyuman dan penuh kata – kata yang mampu buat air mata jantan aku menitis kerana menyesal dengan tindakan aku selama ni.
Bini aku bercakap tak pernah maki hamun. Kemudian bini aku masak, jaga anak dan buat kerja rumah macam biasa. Hari kedua, aku ingatkan dah selesai macam selalu. Tapi tak. Balik dari berjalan, bini aku masuk bilik. Dia menangis sampai bengkak – bengkak mata.
Aku betul – betul terk3jut. Tak pernah aku tengok bini aku menangis teruk macam tu. Berulang kali aku terangkan aku hanya suka – suka dengan perempuan lain, tak serius pun. Aku pun mohon dia jangan ingatkan lagi. Aku berjanji tak akan buat lagi serta berkali – kali minta maaf.
Aku tahu bini aku menahan rasa marah dalam hati. Bila dia bercakap, suara dia bergetar. Tapi dia tak lepaskan dengan menempik aku. Katanya hati dia dah terasa terlalu s4kit. Sebelum ni dia umpama gelas yang terima air masuk, tapi lama – lama bila air dicurahkan akan melimpah juga. Begitulah dengan perasaan dia.
Peritnya aku tengok bini aku masa tu. Aku nak dia luahkan rasa s4kit tu. Aku suruh sahaja bini aku tumbvk dan Iempang aku. Siap aku ambilkan r0tan lagi suruh bini aku libas aku. Aku redha. Tak akan jadikan isu. Tapi bini aku fikir jangka panjang.
Kata dia kalau dia pukuI pun, s4kit hati dia berkurang sikit sahaja, tapi aku pula yang akan tr4uma. Dia bukannya tak berakal. Aku pujuk – pujuk dan minta maaf. Nampak dia redha. Hari ketiga, aku cepat- cepat bawa dia balik rumah mak ayah dia.
Bila ramai – ramai, bini aku tak akan sedih lagi. Dan bini aku pun layan aku okey. Hari keenam, bini aku WhatsApp aku cakap hatinya masih rasa sebak bila terkenangkan apa yang aku lakukan. Sampai sekarang aku sentiasa cuba menawan hati bini aku kembali. Walaupun bini aku layan aku dengan baik, tapi itulah yang buat aku lebih serba salah. Aku tak sangka sikap aku yang suka suka boleh buat bini aku terIuka begitu dalam.
Ulasan Pembaca :
Eli : Agaknya macam mana kalau isteri kau buat benda yang sama macam kau? Suka – suka layan lelaki. Alah, suka – suka macam kau buat tu. WhatsApp, bergayut tengah – tengah malam. Lepas kantoi minta maaf, kemudian ulang lagi dan lagi. Agak – agak kau boleh terima tak, bro? Kau buat bini kau macam tunggul kayu yang tak ada perasaan. Asal boleh, ikut kepala otak kau sahaja.
Ala Yahya : Hanya yang pernah lalui sahaja tahu. TerIukanya amat sangat. Tak semua benda yang boleh dipadam dalam hidup kita. Sejauh mana pun kita berubah, tak boleh mengubah kepercayaan orang kepada kita. Bila kita mencabut paku di dinding, kesannya tetap ada. Masalah selalu berpunca daripada diri kita sendiri.
Ross Aries : Kalau dah melibatkan perempuan lain, mana – mana isteri pun tak boleh terima. S4kit tu Tuhan sahaja yang tahu. Tapi terp4ksa bertahan bila fikirkan anak – anak. Nak memaafkan tu senang sahaja, tapi nak lupakan apa yang telah jadi dan apa yang telah suami buat di belakang isteri bukan senang. Makan masa. Makan tahun. Belum tentu boleh lupa. Luka di tangan nampak berd4rah. Luka di hati tak siapa yang tahu. Walaupun sembuh, parutnya tetap ada.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.