Aku jijik nak salam dengan bapak aku, kalau boleh lepas salam aku nak sentaI dengan cIorox

Aku ingat lagi aku masa kecik tengah main – main kat ruang tamu, bapak aku ni ada resdung jadi selalu bersin. Masa tu dia berdiri kat pintu rumah terbersin – bersin, sekali dia lap tangan dia yang berlendir tu kat langsir tingkap sebeIah pintu! Aku sejak haritu aku jadi geIi dengan semua benda kat rumah..

#Foto sekadar hiasan. “I tak m4ti lah you tak ada, i boleh hidup tanpa you.” “You tak ada lagi baiklah. Pergi lah, menyebok je!”

Ayat dari seorang suami kepada seorang isteri, depan anak – anak perempuan dia yang dah berumur 30 dan 40 lebih. Kali ni memang betul – betul aku marah, cukup! Dah sampai limit, aku dah hilang saki baki hormat sebesar kuman aku kat bapak aku sejak haritu. Selama ni aku cuba tolak ansur perangai dia, macam mana dia layan mak and kitorang adik beradik teruk. Lepas je dia cakap macam tu, aku bukan setakat ‘tak berapa rapat deangn abah aku’ dah, tapi terus upgrade terus sampai level aku cakap yang ‘AKU BENCI BAPAK AKU’.

Aku rasa mesti ada yang akan komen, “Buruk – buruk dia pun, dia tetap bapak kau”, “sebab dia lah kau ada kat dunia ni”, “tak baik derh4ka dengan orang tua”, “untung lah sekurang – kurangnya masih ada bapak lagi”. Wei kalau aku pend4m marah aku dengan tak buat atau cakap apa – apa bila dia layan mak aku dengan teruk itu derh4ka. Ye, aku lah anak yang paling derh4ka!

Aku perempuan, umur 30 lebih, belum berkahwin. Susunan adik beradik, akak, abang 1, abang 2, aku bongsu (untuk senang faham cerita). Well kalau ketepikan kejap soal jodoh itu ketentuan Tuhan, sebab bapak aku lah aku takut nak berkenalan dan kahwin dengan siapa- siapa. Sebab aku membesar dengan menyaksikan sebuah perhubungan suami isteri itu penuh dengan c4ci m4ki, t3ngking, buIi, berkira duit dan tenaga, ungkit mengungkit, lepas tangan dari tanggungjawab dan perseIisihan setiap hari.

Semuanya sebab bapak aku yang mula. Orang cakap aku ada rupa not bad lah, pandai, kerja engineer, peminat memang tak putvs, apasal lak masih singIe? Sebab bila relationship aku sebelum ni mula nak jadi serius sampai ke tahap ex2 aku nak jumpa mak bapak, aku jadi takut, aku buat perangai, aku mengada nak m4mpus dan jadi mo0dy sampai diorang tak tahan dan tinggalkan aku. Bila baru berkenal – kenal, bila aku nampak je diorang ada perangai buruk sama macam bapak aku, aku bIah. Hahahahah. Mesti tertanya – tanyakan apalah sangat perangai – perangai buruk bapak aku itu? Apa lah sangat d0sa seorang abah? Meh sini baca dan boleh hukvm sendiri:

1. P0rn add1ct.

Bapak aku agaknya boleh m4ti kalau 1 hari tak tengok p0rn. Kadang – kadang aku harap dia m4ti masa tengah tengok p0rn. Kasar kan aku cakap? Haa.. baru lah korang tahu betapa bencinya aku dengan orang tua tu. Dari aku kecik lagi dia punya habit ni, aku suspect dari masa dia bujang lagi. Dulu tengok senyap – senyap, sekarang seIamba badak je weih dia bukak sound kuat (baru lah feel ye dok) kat bilik tapi dalam rumah tu memang boleh dengar lah. Aku rasa jiran pon boleh dengar. Tak kira subuh ka, maghrib ka, bulan puasa ka, orang tua tu bant4i je weih.

Dah tak peduli anak – anak dengar ka, masa tetamu ada ka. Malu sia. Masa zaman belum ada internet dulu, duit dia habis sewa video yang kotak tu, lepas tu zaman cd, bersepah – sepah material biru kat rumah tu. Satu video / cd sewa masa tu rm5 kot, sebab mak aku pernah pergi tanya kat kedai tu. Seminggu kurang – kurang 2x pergi, ambik dalam 3-4 keping. Peh berapa ribu zakat bapak aku dah invest dalam industri perfileman biru. Sekarang dah senang, kat hujung jari aje kan pakai phone je. Umur bapak aku sekarang nak dekat 70-an (surpr1se!!), Yesss gegirls and boboys semua, tanjat ke?

Aku memang ngelak salam dengan dia. Sebab aku tahu laki bukan tengok p0rn gitu je, mesti ada benda yang dia buat dengan tangan tu. Sampai sekarang memang aku ngelak bersalam dengan dia. Aku jij1k nak m4mpus. Kalau time terp4ksa salam memang lepas salam terus aku sabun, kalau kulit aku tak aIergik cIorox memang aku cIorox kan jugak.

2. Tak solat.

Dah tengok benda tu almost 24 hours, kau ingat ada masa ke nak mandi wajib dan solat 5 waktu? Hoh. Bapak aku ni bukannya takat solat on off je, off terus! Solat jumaat pun dia Ianggar langsung. Dah umur senja gini langsung tak bermasyarakat di masjid / surau. Kitorang pernah borak adik beradik, satu hari nanti bila abah pergi, agak – agak orang surau nak datang ke tolong uruskan? Abah tak solat, mak, aku dan adik beradik punya solat kau bayangkan ah macam mana?

Tapi mesti ada yang komen, “kau dah dewasa, solat wajib jaga sendiri.” Aku gitu – gitu ah, masih on off, dapat parents tak straight pasal agama ni bukan satu nikmat bai. Hargai lah mak pak korang yang cerewet pasal solat korang. Sekurang – kurangnya ada orang yang cek, aku? Pandai – pandailah jaga sendiri. Aku macam selalu fikir, lepas solatkan biasa kita baca doa lepas solat ada sebut untuk ibu bapa, sekurang – kurangnya aku doakan diorang. Tapi aku, siapa pulak yang doakan? Sebab mak bapak aku tak solat, tak ada doa untuk aku lah kan?

3. Kedekut.

Zero nafkah untuk isteri, lagi kan anak – anak. Mak aku kerja, jadi masa mula – mula kahwin mak kesian jadi mak tolong – tolong bayar itu ini (sekolah anak – anak, pakaian, belanja dapur, bil letrik, air), sebab gaji abah dah pot0ng bayar rumah dan kereta, niat mak nak tolong ringankan beban suami lah kan. Tapi tulah lelaki kan, bila dapat perempuan tak berkira sanggup bersusah payah untuk kau, kau ambil kesempatan. Dah lemak – lemak hidup kena sponsor, terus lepas tanggungjawab. Lagi nak cakap dia boleh hidup tanpa mak aku? Lupa terus halal har4m tak bagi keluarga nafkah. Ingat ni women, jangan rasa obIiged nak bagi fair share dalam rumahtangga kalau lelaki korang tu tak guna. Itu tanggungjawab dia. Lelaki akan ambil kesempatan giIa – giIa ke atas gener0sity korang tu.

Baju, seluar, even pakaian dalam kalau mak aku tak beli kan memang dia tak beli. Lebih sanggup seIekeh daripada keluarkan duit untuk beli semua tu. Untuk diri sendiri pun kedekut, lagikan untuk anak bini? Birthday mak aku tak pernah dia celebrate, hadiah dan ucapan jauh sekali. Bapak aku tak pernah belikan mak aku barang kemas. Kalau mak aku nak pakai dia yang beli sendiri. Dah kerja ni aku cubalah belikan mak barang kemas 2 tahun sekali. Yang bapak aku ni hadiah pun tak pernah bagi okay lah mungkin pada dia tak penting. Tapi basic keperluan mak aku, baju dia, mekap dia, penjagaan diri dia?

Sampai sekarang walaupun masa aku taip ni aku denda4 dan tak akan halalkan atas semua pakaian dan keperluan asas yang bapak aku tak pernah sediakan, belanja makan minum yang dia buat bod0h, perbelanjaan pendidikan yang tak pernah dia ambil tau dan rumah yang macam reban. Aku duduk asrama masa form 4-5, sekolah jauh 7 hours drive. Tak ada peruntukan perbelanjaan untuk aku beli keperluan diri. Aku mandi, berus gigi, syampu semua curi pakai barang – barang yang budak tinggalkan dalam bilik air. Ingat bapak – bapak kat luar sana, korang yang bawak kami ni kat dunia, korang bertanggungjawab atas anak – anak sampai diorang boleh berdikari. Kalau rasa tak nak beIa anak, kedekut nak habiskan duit, tolong jangan beranak, tak pun manduIkan je. Kepada bapak kandung, bangga ke dapat anak macam aku sekarang?

Pasal rumah ni kalau tak jelaskan nanti ada pulak yang cakap untung kau duduk dalam rumah. Bukan aku harap membesar dalam rumah mewah guys, rumah parents aku tu rumah teres 1 tingkat, corner lot kot. Tapi bapak aku ni ada sejenis perangai suka ren0vate tambah sana pecah sana tambah sini sendiri. Jadi rumah tu tak rupa rumah dah, buruk macam projek yang terbengkalai. Bila buat sendiri tak ada kepakaran, buat tiles pecah – pecah, habis berabuk je sepanjang masa rumah tu. Bumbung bocor, simen dinding menggerutu – gerutu, tembok pelik – pelik tengah rumah. Aku memang mengelak kalau kawan – kawan nak datang beraya. Belum kira keadaan dalam dia lagi, dengan perangai dia yang kat bawah ni lagi.

4. Pengotor.

Aku ingat lagi aku masa kecik tengah main – main kat ruang tamu, bapak aku ni ada resdung jadi selalu bersin. Masa tu dia berdiri kat pintu rumah terbersin – bersin, sekali dia lap tangan dia yang berIendir tu kat langsir tingkap sebelah pintu bai! Aku tengok ehhhhh. Aku sejak haritu aku jadi geIi dengan semua benda kat rumah. Tah mana – mana lagi lah dia kesat air Iendir – Iendir dari badan dia. Membesar dengan orang macam ni tak pasal – pasal aku ada OCD pasal kebersihan dan physical contact.

Masa aku bawak parents aku pergi Bangkok, konon – konon nak eratkan hubungan la kan, tapi akhirnya menguatkan lagi benci aku kat dia. Pergi 4 hari 3 malam. Dia mandi masa nak fly balik je! Masa baru sampai pun terus baring tidur. Gosok gigi pun masa mandi sekali tu je lah. Korang rasa?

5. Tak tepati masa.

Bapak aku masuk kerja pukuI 8 pagi, kan sekolah start pukuI 7:20 or 7:30. Tapi dia akan hanya hantar kitorang paling awal 7:30 gerak dari rumah, sebab nanti lepas hantar kitorang dia boleh terus pergi kerja dan sampai ON TIME. . Jarak dari rumah ke sekolah 5km je, so lebih kurang 15 mins lah gitu termasuk traffic light. Just nice lah untuk dia. Setiap hari. Thanks eh abah, sebab aku akan ingat sampai m4ti hari – hari aku menahan malu jalan gop0h – gop0h sepanjang koridor sedangkan budak lain dah duduk dalam class dah start belajar, dengan cikgu memerIi – merIi, tak payah fikir ah pelajaran yg aku tertinggal sebab lambat. Terima kasih lah!

6. Panas baran.

Dia ni tak boleh kalau orang tak bersetuju dengan pendapat dia. Lagi kalau pasal politik. Langsung tak ada dipIomasi. Dia terjerit – jerit kalau nak cakap sesuatu, tak ada nya cakap lembut – lembut. Walau pun kat public. Paling pant4ng kalau budak – budak panggil dia ‘pakcik’. Pernah staff perempuan muda kat office buat insurans menangis – nangis kena tengking dengan bapak aku dia pun tanya “Apa salah saya?” Sebab dia panggil bapak aku ‘pakcik’. Standard ah kan kita panggil orang – orang yang baya bapak – bapak kita pakcik. Dia harap orang panggil dia ‘tuan/sir’ kot? Layak ke kau?

Mak aku ni banyak peminat masa dia muda, aku pun tak paham apasal dia kahwin dengan bapak aku, walau pun atok dan nenek aku tak berapa berkenan. Jod0h? Mak aku buat syarat sebelum kahwin dengan bapak aku, syaratnya bapak aku tak boleh naik tangan kat dia, sekali bapak aku ‘sentuh’ (pukuI) mak aku, jatuh taIak. Jadi walau pun bapak aku panas baran, dia tak pernah pukuI mak aku. Sebab tu lah kuasa taIak ni letak kat laki kot? Sebab bapak aku masih boleh fikir kalau dia pukuI mak aku, jatuh taIak, susah lah hidup dia nanti. Tapi tulah silapnya, mak aku tak buat syarat – syarat lain seperti bagi nafkah semua tu. Kadang bila mak bapak aku g4duh, aku berharap sangat untuk sekali supaya bapak aku terlupa pasal syarat tu and pukuI mak aku, jadi diorang bercerai dan kitorang punya pend3ritaan pun berakhir. Tapi benda tu tak pernah berlaku.

Disebabkan bapak aku tak dapat lepaskan baran dia kat mak aku, dia lepaskan dekat barang – barang dalam rumah. Kerusi, meja, barang – barang letrik semua dia hemp4s. Kalau tak hemp4s dia h3mpuk, baIing kat dinding. Pintu – pintu rumah semua diteraj4ng. Barang – barang yang mak aku beli. Akak dan abang – abang aku kena jugak. Tak ada plak syarat pasal tak boleh pukuI anak – anak kan? Tali pinggang, batang penyapu, mop, tuala, dahan pokok. Umur aku jauh dari akak dengan abang – abang aku, seingat aku, aku tak pernah kena bant4i dengan dia.

Atau mungkin aku yang tak nak ingat benda – benda tu. Entah lah. Selective amn3sia mungkin. Untung kan aku jadi yang paling kecik? Mesti bapak aku rasa kalau semua anak – anak benci dia, mesti aku yang paling tak benci dia. Salah! Aku jadi saksi atas segala kesalahan yang dia buat. Akak and abang – abang aku boleh share sesama diorang. Tapi aku lahir lambat jadi aku paham apa yang jadi kat keluarga kitorang,  diorang dah malas nak bincang dan move on serta dah terima kot? Dan aku dibiarkan mend3rita seorang diri. So I’m the most d4ngerous one.

Ada seorang ex aku panas baran, short-temp3red, narc1ssist. Pernah kitorang g4duh besar, aku dah nangis – nangis. Dia boleh cakap, “Nasib aku ni bukan jenis yang pukuI perempuan kau tau!” Aku yang tengah nangis terdiam, macam ada orang baru sIap aku dan aku tersedar. Bf aku memang tak guna pun selama ni. Kepada perempuan kat luar, kalau pasangan korang cakap macam ni, tolong bIah je. Itu hint terbesar. Sekali orang tu dah tunjuk perangai sebenarnya, percayalah benda tu. Jangan kau buat alasan untuk dia sebab kau sayang, oh dia macam ni sebab str3ss ke apa. Terus jalan, tinggalkan je.

Check hashtag #MaybeHeDoesntH1tYou, tak semestinya buIi tu kena ada physicaI contact.

7. SeIekeh.

Penampilan bapak aku sangat seIekeh, busuk. Malas mandi kan. Pasal penampilan dia bukan aku harap dia pakai coat ke kemeja ke apa, nak cakap sebab dia asal orang kampung tak boleh jugak. Sebab orang kampung pun aku tengok pun pakai kemas je elok – elok, wangi. Bapak aku dah pencen ni kerja kebun, kadang – kadang ada kerja dengan simen. Teringat akak aku cerita masa dia bawak bapak aku pergi pejabat agama masa akak aku nak kahwin, pegawai tu tengok je tangan bapak aku ada simen-  simen lepas tu hujung kuku hitam – hitam kotor. Kalau laki tak jaga kebersihan ni senang je nampak, confirm – confirm tak jaga solat.

8. Tr3at perempuan macam maid.

Yang ni aku rasa korang pun dah tau perangai most lelaki melayu macam mana kat rumah. Dah banyak kan confession macam ni. Aku cakap most, bukan semua. Kalau kau yang makan cili banyak sangat kau lah yang cirit. Makan nak disediakan, lepas makan pinggan tinggal je atas meja, baju tau – tau dah bersih dah siap Iipat tinggal pakai, anak – anak kecik pandai – pandai lah korang nak hidup. Rumah bersepah bising tapi kau tak ada contribution pun nak kemas.

Senang cakap semua benda lah nak dihidang. Princess sangat. Abah aku ni tak pernah gosok baju sendiri. Jadi setiap malam selepas seharian jadi kerja pastu balik rumah jadi maid, tengah – tengah malam mak aku iron baju kerja abah dan juga baju kerja dia sendiri pulak. Aku ingat mak sambil duduk ngadap tv sambil iron baju, sesekali mata mak aku terpejam sambil tangan masih pegang iron. Korang pernah sampai macam tu?

Masa kecik aku tengok je mak aku hari – hari macam tu, mana lah aku tau masa tu kalau sampai tertidur buat sesuatu tu maksudnya bateri badan kau dah memang low giIa. Bila rasa cam lama sangat je mak pejam mata aku panggil mak and mak tersedar pastu kelam kabut cek baju terbakar tak. Aku masa tu fikir mungkin mak suka sangat tidur sampai tengah gosok baju pun nak tidur.Ada beberapa pagi, biasalah kitorang adik beradik dah lama siap tinggal tunggu princess je siap nak gerak dari rumah 7.30 pagi kan. Dia PMS apa tah pagi tu dia pakai baju yg mak aku dah iron tak kena dia bebeI terjerit – jerit sambil bukak balik baju tu dah hemp4s ke lantai, “Baju ni tak sedap lah pakai!” Mak aku pergi amik baju lain tanya nak pakai yg mana dan kelam kabut mak aku iron kan. $)&@

Ingat perempuan, bertimbangrasa tu perlu, tapi jangan sampai dia tr3at kau macam maid. Ada satu phrase dari satu novel yg aku pernah baca pasal d0mestic abvse;

“There are pieces of yourself, once you gave away, you cannot get back again.”

Maksud dia, sekali dia dah layan ko macam sampah dan ko rasa okay. Dia akan terus layan ko macam sampah sampai bila – bila. Sebab tu bekas – bekas boyfriend aku cakap aku susah. Sebab aku tak boleh nak t0lerate dengan perangai – perangai macam ni.

Aku dah tak boleh nak type lagi screen aku pun dah basah ni kang meletop pulak hp aku. Nanti mungkin aku sambung lagi next part. Bye.

Komen Warganet :

Luna Katdeluna : Aku faham je kenapa kau jadi berdend4m sampai macam ni sekali. Sebab dari kecik kau dah hadap benda ni semua, sikit demi sikit memang ianya akan jadi dend4m. Kedua sebab kau pernah admit yang kau solat on/off.. kalau kau jenis solat tak tinggal, wajib sunat semua buat atleast mesti lembut hati tu untuk terima ‘dia bapak! Jahat macam mana pun masih aku anak dia’. Aku rasa semua pembaca kat sini doakan yang terbaik untuk kau, semoga doa – doa tu dapat lembutkan hati kau untuk maafkan dia. Walau teruk macam mana pun dia, nanti dia m4ti tetap doa anak yang soleh dan solehah tu sebagai bekalan dia. Semoga kau dapat berikan bekalan itu untuk dia nanti.

Sya Sya : Kagum!!! Teringin kenal dengan orang macam kamu, kuat mentaI fizikaI. Tak semua orang mampu kongsi peribadi detail macam ni. Moga menjadi suntikan semangat pada orang lain yang aIami nasib sama macam confessor. Insya Allah, saya pasti ada kemaafan dari seorang anak dan ayah nanti. Amin

Encik Ahmad Alfonso : Ada 1 kebaikkan besar dari perangai bapak kau ni yg kau tak perasan. Ko telah jadi mat4ng dan pandai berdikari dekk. Ko dapat menilai dah ciri lelaki yang patut kau kahwen.