Aku jumpa gambar perempuan atas katil mak ayah. Aku tunjuk dekat mak, mak senyum je. Mak tunggu depan pintu tunggu ayah balik

Tiap kali ayah balik, mak dah berdiri tepi pintu. Bila kami adik beradik dengar bunyi pintu dibuka, semua lari masuk bilik. Dah penat tengok WWE live setiap hari. Kejap bunyi pinggan pecah, berdentum Yang aku pelik, macam mana ayah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Nama aku Yahya (bukan nama sebenar) umur 20 tahun. Sekarang sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti awam di suatu negeri. Aku nak luahkan kat sini apa yang tersimpan dalam hati.

Ini secebis kisah hidup aku. Cerita ni sedikit panjang eh, jadi kalau tak larat nak baca, aku bagi disclaimer dulu sesiap, hehe. Family aku dik4tegorikan sebagai orang yang sedang – sedang. Ayah seorang penjawat awam dan mak pulak Full Time Guardian of The House.

Dalam simpanan tak banyak tapi cukup la, makan pakai tempat tidur selesa. Alhamdulillah. Aku sayang mak ayah aku. Aku sayang kakak – kakak aku. Aku sayang family aku. Allah turunkan ujian dekat family aku pada waktu aku umur 9 tahun.

Ayah ada perempuan lain. “Ah biasa la tu, zaman sekarang ni banyak je mak ayah  cerai”. “Eleh buat cerita je dia ni, macam drama pukuI 7!”. Itu terpulang kat korang nak nilai macam mana. Ini kisah dari perspektif anaknya sendiri. Yang drama Kau patut bersyukur kalau kau tak lalui ujian ini.

Mulanya malapetaka ni dianggap bahan jenaka je. Semua ingat benda ni takda apa – apa. Macam mana dapat tau? Aku yang jumpa gambar perempuan tu atas katil. Atas katil! Aku tunjuk gambar kat mama sambil muka pelik.

Reaction mama cuma senyum je. Dalam hati siapa tau kan. Waktu benda tu jadi diri aku yang innocent cuma mampu tengok je mama senyum tanpa tanya keadaan mak masa tu. Sampai satu masa, tiap malam mama dengan ayah g4duh.

Tiap kali ayah balik, mak dah berdiri tepi pintu. Setiap kali kami adik beradik dengar bunyi pintu dibuka, semua lari masuk bilik masing – masing. Mata dah penat tengok WWE live setiap hari. Kejap bunyi pinggan kaca pecah.

Kejap bunyi kasut but berdentum di dinding. Telinga letih dengar teriakan mak dan ayah. Dinding pulak lahai.. senipis kulit popia. Belum baligh pun dah mula rasa str3ssnya hidup. Life was beautiful dan cukup seadanya but at this point aku dah macam “apa benda ni?!”.

Sikap ayah berubah sejak benda ni berlaku. Macam tak boleh kenal dah dia ni siapa. Family mama aku syak ayah dibuat orang (magik hitam). Aku pun syak benda yang sama. Tidaklah berniat untuk mengh1na, tapi kalau tengok rupa perempuan tu, kau tak akan boleh brain macam mana ayah terfikir nak buka cawangan baru.

Ayah dah ada family sendiri, kerja sesuai, gaji yang stabil dan sekadar mencukupi untuk support family. Semua dah cukup. Tapi kenapa terpikir nak cari yang baru? Ya, ini juga kisah pasal seorang betina yang menyondol!

Memang wujud orang macam ni. Sekali lagi aku cakap, Aku tak h1na rupa dia. Aku ni pun takde la elok mana. Cuma aku benci kewujudan dia ni dalam family aku. Parasite. Mama dah ikhtiar buat perubatan Islam untuk buang benda yang berkemungkinan ada kat Ayah. Bermacam – macam mama cuba.

Poligami ni orang nampak yang baik je. Eh sunnah Rasulullah ni kena ikut. Syaratnya itu mampu eh. Yang baik tu Alhamdulillah lah. Tapi, realitinya? Dunia aku bertukar 180 darjah. Ayah dah dah start tak balik rumah. Mula – mula satu malam hilang dari radar. Pastu 2 malam tak balik rumah.

Lanjut jadi seminggu, pastu sebulan sampai lah berbulan – bulan tak jenguk kat rumah, tinggalkan anak bini. Duit nafkah langsung tak beri. Ayah tak boleh tengok langsung muka mama. Dia punya benci lain macam. Setelah berbulan – bulan menahan sabar, mama akhirnya tekad untuk balik negeri kelahiran mama, rasanya mama nak hentikan rasa sedih duduk dalam rumah yang sebelum ni rasa macam rumah tu.

Kami adik beradik ikut mama sekali pindah tinggal di sebuah rumah yang mama dan ayah bina dan plan untuk dijadikan rumah selepas bersara nanti. Akhirnya, diorang bercerai. Mak aku tak kahwin lain. Ayah pula, kahwin dengan perempuan tu di luar sempadan, ketika perempuan tu dalam keadaan mengandung. Sekarang diorang ada 3 orang anak.

Naik turun mahkamah tak payah cakap. Lantik peguam je dah berapa pulak duit habis. Seronokkan? Hahaha.. Hubungan antara aku dengan ayah ibarat benang yang putus. Yes, boleh ik4t simpul bagi sambung tapi tak akan sama. Ada nombor telefon tapi tak tergerak nak hubungi mintak tolong.

Aku lalui hidup remaja aku tanpa ayah di sisi. Aku faham, ramai anak yang lebih teruk rasa kehilangan kerana ayah diorang meninggaI dunia. Ada yang akibat peny4kit kr0nik, ada yang nahas dalam kemaIangan m4ut dan sebagainya.

Tapi kehilangan aku ni rasa kehilangan di satu sisi yang lain. Nak kata meninggaI, takda kubvr nak ziarah. Kalau kata hidup, mananya ayah? Aku rasa terh1ris bila ada kat tempat awam pastu nampak anak lelaki dengan ayah diorang spend time.

Gelak – gelak, bual – bual, anak kecil pegang tangan ayah. Ada orang ambil dari sekolah. Rindu nak rasa moment tu. Aku dah tak tau macam mana rasa ada Ayah. Aku tak tau macam mana nak handle benda lelaki. Aku tak tipu eh.

Nak shave jambang pun tengok youtube. Shave bawah pun sumber youtube. Tengok ilustrasi la bukan tunjuk betul. Eii kau ni. Terima kasih YouTube. Eh tiber. Aku cuba untuk jadi happy bila dengan kawan – kawan. Mungkin terlalu happy, banyak kawan yang anggap aku ni pelik.

Aku jadi seorang extroverted introvert sebab nak lupakan yang aku ni sedih sangat. Mungkin aku fail dalam berkawan? Entah. Mana – mana manusia yang kenal aku akan pinggirkan aku. Aku ada buat salah? Entah. Dah tanya apa masalah tapi diorang tak terluah. Asyik dengan “eh ok la bro, kau pehal siaI”.

Walau aku tau ada benda yang tak suka pasal aku. Mana – mana group aku join, aku dipulaukan. Takda yang nak sahut kalau aku keluar suara. Takda pula yang nak bercerita sesuatu kat Aku. Ada sorang yang agak rapat pun jenis lupa member lepas dah ada awek.

So ya, ayah aku adalah orang asing dalam hidup aku yang sekarang. Kawan pulak takde. Awek lagi la takde. Family pulak macam ni. Hidup rasa kosong, down yang tak terucap. Kadang – kadang rasa ok. Kadang – kadang tetiba mata berair sebelum nak tidur.

Nasib ada kucing sekor. Ada jugak teman. Rasa nak bvnvh diri tu banyak kali datang tapi aku tau, benda tu d0sa besar. Allah Iaknat. Aku tak salahkan mak ayah aku bercerai sebab diorang dah tak serasi. Cuma bila diabaikan ayah, aku rasa hilang separuh tempat aku berg4ntung.

Hilang kawan, boleh cari kawan lain. Hilang ayah? Jangan nak samakan dengan ayah tiri. Cukup la aku hidup dengan mak aku dan adik beradik dalam peluang ni yang ada ni. End. – Yahya (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.