
Setiap hari aku akan nampak muka dia sebab dia lalu depan rumah aku enam kali sehari untuk hantar budak sekolah. Jadi memang akan terserempak dan saling tegur hi dan bye sambil lambai tangan. Aku ni isteri orang, dia pun suami orang tapi isteri dia tua baya mak – mak.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum hi. Aku seorang isteri suri rumah tangga sepenuhnya dan mempunyai suami yang sangat baik, bertanggungjawab, rajin, tak pernah culas bab nafkah zahir dan batin. Aku juga mempunyai seorang anak lelaki berumur enam tahun.
Aku nak kongsikan cerita ini. Kejadian ini bermula apabila anak aku dah mula masuk sekolah awal tahun ini dan aku mempunyai masa terluang yang sangat banyak apabila aku duduk di rumah. Pada satu hari aku nak hantar anak aku ke sekolah, aku terserempak dengan seorang lelaki yang merupakan kawan aku sejak kecil. Setiap kali aku pergi hantar anak sekolah dan waktu balik sekolah, dia akan tegur aku.
Masa kecil kami memang rapat sebagai kawan. Bila dah besar masing – masing sibuk dan dah lama tak nampak batang hidung. Rumah dia dan rumah aku pun tak jauh. Ibarat buka pintu, jalan kaki lima langkah dah nampak rumah dia. Memang dekat sangat.
Kami tinggal satu taman. Dia pun sudah kahwin dan isteri dia umur tua dua puluh tahun daripada dia. Dia tiga puluh lima dan isteri dia baya – baya mak dia, senang cerita memang dah tua. Dia seorang driver van sekolah. Setiap hari aku akan nampak muka dia sebab dia lalu depan rumah aku enam kali sehari untuk hantar budak – budak sekolah dalam kawasan situ.
Jadi memang akan terserempak dan saling tegur hi dan bye sambil lambai tangan. Lama – lama dia mula minta nombor telefon. Mula – mula aku tak bagi sebab dia suami orang dan aku isteri orang, tak manis la macam itu. Tapi dia cakap dia cuma nak tahu perkembangan terkini kalau ada apa – apa hal.
Jadi aku pun bagi. Dia WhatsApp aku tanya hi, buat apa, dah makan ke belum dan macam – macam. Aku tak balas pun. Satu hari dia nampak aku nak keluar pagi pergi berjalan – jalan di mall. Dia cakap dia nak ikut sekali dan dia nak hantarkan sebab satu jalan sahaja.
Aku pun naik kereta dia pergi tempat tujuan itu. Dalam kereta kami borak. Cerita pasal kenangan lama, pasal jiran – jiran, pasal keluarga dia dan keluarga aku. Lama – lama dia pegang tangan aku dan confess. Dia cakap dia dah lama suka dekat aku sejak awal tahun sebab selalu nampak aku.
Dia cakap dia jatuh hati. Aku diam dan tolak cara dia. Tapi dia tetap berkeras nak aku. Aku diam lagi, tolak lagi. Entah macam mana, aku sendiri tak faham, lama – lama aku mula terima dia. Dan di situ lah semuanya bermula. Kami contact diam – diam tanpa pengetahuan suami aku.
Tak sampai sebulan kenal, kami dah terlanjur. Kami pernah check in hotel dua kali, pernah ringan – ringan dalam kereta lima kali dan pernah buat di rumah aku dua kali masa suami pergi kerja. Bulan ini masuk bulan ketiga kami kenal. Aku mula contact dia sejak bulan lapan.
Tapi sem4kin lama, sem4kin aku str3ss. Aku selalu nampak dia curang dan cheating dengan perempuan lain di belakang aku. Bulan lepas aku dah minta putus banyak kali sebab aku memang tak nak dekat dia lagi. Aku rasa d0sa sangat dekat suami dan tak sanggup teruskan. Aku cakap dengan dia semua itu. Tapi dia tak nak lepaskan aku.
Ada satu hari kami hampir kantoi. Masa itu suami aku balik kerja awal tanpa beritahu. Lelaki itu ada di rumah sebab dia datang sekejap nak ambil barang yang dia tertinggal dalam beg dia masa jumpa aku sebelum itu. Jantung aku hampir tercabut.
Aku terus suruh dia duduk belakang pintu dapur. Suami ketuk pintu depan sambil panggil nama aku. Aku terketar nak buka pintu. Masa aku buka pintu, suami tanya kenapa aku lambat sangat. Aku kelam – kabut cakap aku tengah lipat baju dekat bilik belakang.
Suami nak pergi ke dapur sebab dia nak ambil air. Masa itu aku betul – betul rasa nak pitam. Aku terus tarik suami pergi ruang tamu sambil buat cerita anak tertinggal bekal, aku nak keluar kejap belikan barang. Suami pelik tapi dia duduk sahaja.
Lelaki itu sempat keluar ikut pintu belakang. Lepas itu dia WhatsApp cakap nasib baik tak kantoi. Malam itu aku nangis sebab aku sedar betapa dekatnya aku dengan musibah besar. Hari ini aku dah mula kuatkan diri. Aku dah block nombor dia.
Tapi fikiran aku bercelaru. Aku menangis sebab teringat moment dengan dia selama tiga bulan itu. Aku tahu itu semua d0sa, tapi perasaan rindu masih datang. Setiap kali aku cuba alihkan fikiran, bayangan dia muncul. Rasa macam nak cari dia dan cakap aku rindu dia.
Tapi bila aku teringat betapa dia curang dengan orang lain di belakang aku, aku jadi nak jauhkan diri. Aku sedih, aku tertekan, aku takut suami tahu dan aku benci diri sendiri. Aku mohon sangat, tolong bagi aku kata – kata untuk kuat. Tolong bagi aku semangat macam mana nak move on dan padam semua moment dengan dia daripada hidup aku. Aku tahu aku salah, aku terima kecaman, tapi tolong bantu aku keluar daripada perasaan ini. Aku nak berubah dan aku nak jaga rumah tangga aku. Aku cuma nak kuat semula.
Komen Netizen :
CikMa Asma : Astaghfirullah. Semoga puan insafi diri dan solat taubat nasuha. Mohon maafkan saya, saya dah kecam puan. Nauzubillahi min zalik. Semoga Allah terima taubat puan dan d0sa puan dengan suami itu mohon ampunlah daripada suami puan. Redhalah dengan apa keputusan yang dia buat. Semoga dia dapat maafkan puan dan beri peluang. Puan kan tahu d0sa z1na wanita berkahwin r3jam sampai m4ti.
Anonymous member 355 : Innalillahiwainnailaihirojiun. Kadang – kadang saya terfikir, kalau isteri curang, macam mana agaknya rasa hati nak cakap dengan suami ya? Lagi – lagi bila suami itu baik, soleh, penat – penat cari duit halal untuk kita. Allahu, minta jauh. Sayu rasa hati. Dekatkan diri dengan Fardhu Ain puan. Api masak dapur pun kita dah rasa panas. Semoga Allah terima taubat kita.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.