Aku jumpa surat cinta lama suami. 7 tahun dia suami tak pernah bagi aku surat cinta. Aku p4ksa dia bagi aku surat cinta dan bunga

Kami tengah ronda – ronda naik motor, tiba – tiba suami masuk satu lorong taman. Kemudian dia tunjuk dekat aku. Itu rumah first love dia. Aku suruh dia berheni dekat situ jugak, aku dah tak tahan..

#Foto sekadar hiasan. Hi guys, straight to the point. Suami aku ni baik je, tolong aku buat kerja rumah, jaga anak.. pendek kata ok la. Pernah dengar ungkapan “isteri ingin disayangi, suami ingin dihorm4ti”. Cuma masalah dalam hubungan kami sekarang ialah aku.

Ya, aku sedar je. Aku tak mampu nak horm4ti dia, hanya dia sorang. Dengan orang sekeliling aku, aku memang sopan dan lembut. Lama aku reflect diri aku, aku kerap persoalkan kenapa? Kenapa? Kenapa? PukuI 2 – 3 pagi aku duk fikir sorang – sorang.

Akhirnya aku jumpa konklusinya, masalah sebenar ialah fikiran aku. Fikiran aku pada masa silam dia, per4ngai – per4ngai dia sebelum nikah. Benda ni macam b4rah tau, mula – mula dia kacau fikiran. Tak lama lepas tu hati aku tak tenteram, sentiasa rasa tak puas hati. Terbit rasa “the unwanted wife” tu, rasa tak disayangi dan tak diingini.

Akhirnya perasaan – perasaan tu terpantul melalui perbuatan. Dan perbuatan tak menghorm4ti tu lama – lama jadi kebiasaan pada aku. Mari aku cerita kenapa. First, dalam fasa bertunang, lagi beberapa minggu je nak kahwin tiba – tiba dia pergi bukak cerita pasal first love dia.

First love dia tu kenal dari zaman sekolah rendah lagi dan perasaan tu kekal sampai dia masuk university. Suami aku cerita detail, pasal dia bergayut dekat tefon rumah.. pasal mak bapak saling kenal. Aku ni zaman sekolah kalau mak aku tahu ade orang minat aku, punya la kecut perut sebab confirm kena marah kaw – kaw, apetah lagi kalau nak bercerita yang aku ni ada crush.. memang saje tempah m4ut la jawabnya.

Lagi pasal diorang ni punya nama yang sama. Contoh macam zahid, zahidah gitu. Bengkak je hati aku masa dia cerita. Berbulu telinga, sedih menusuk jiwa. Aku tahan perasaan aku masa tu. Balik rumah terus aku search hal lelaki dan cinta pertamanya, macam – macam la aku jumpa antaranya lelaki tak akan lupakan first love dia sampai m4ti. Sedihh.

Tapi aku diam jela, tak respon. Berlakon happy je dengar cerita dia tu dan pura – pura abaikan. Tak lama lepas tu nikah la aku dengan dia, baru lagi nikah tak sampai setahun. Tengah duk round pusing kampung naik motor tiba – tiba dia bawak aku round satu taman ni sambil duk tunjuk, haa tu la rumah first love saya.

Aku suruh dia berhentikan motor dan nangis kat situ terus. Kali ni aku dah tak dapat tahan perasaan sedih sebab aku fikir dia dah jadi laki aku, kenapa fikiran dia masih dekat perempuan lain? Aku tak pernah bercerita pasal lelaki lain untuk jaga hati dia, tutup cerita terus kisah lama sebab dalam hati aku ada dia je.

Nombor telefon aku sampai nikah dia tak ingat, tapi nombor first love dia tu berpuluh tahun dia masih hafal. Kali ni aku marah dan dia tak bercerita lagi dah hal first love dia tu. Dan pernah aku duk godek – godek album dalam komputer dia, saja nak tengok gambar – gambar dia membesar tapi yang aku jumpa banyak pulak gambar first love dia tu. Gambar sekolah rendah membawa ke remaja.

Ni barah pertama, feeling “the unwanted wife” terus datang. Rasa kalau first love dia tak curang, mesti aku bukan pilihannya. Second, selepas dicurangi dan first love dia pon dah selamat nikah dengan orang lain masa zaman dia masih dekat university.

Dia cuba move on. Salah aku gatal tangan pergi tengok conversation – conversation dia dengan perempuan lain sebelum nikah. Ade satu mesej aku nampak dia minat dekat orang perempuan ni. Perempuan tu cantik, bertudung labuh, selalu post hal islamik dekat fb.

Dia tak pernah jumpa pon perempuan tu. Tapi dalam mesej tu dia ajak perempuan tu nikah. Dia buatkan satu surat, berjela surat tu antara isi dia yang aku ingat kalau awak sudi, saya akan terus hantarkan rombongan dan saya sangat serius.

Isi dia penuh dengan panggiIan hormat, panjang berpuitis dan sangat sweet bila membacanya. Nak bukak surat tu pulak kena masukkan password, pergh memang kreatif la bagi aku yang buta it ni. Sekali lagi aku sedih, aku tak pernah dipanggil dengan sehormat itu, sebelum nikah dia panggil aku pengemis, nenek je. Aku tak pernah dapat surat cinta dari dia.

Aku teringat balik, dia hanya ajak aku nikah dengan tanya sepatah “boleh nikah tak tahun ni”, tu pon lepas aku persoalkan perasaan dia pada aku. Aku persoalkan pon sebab dia pernah confess 2 – 3 tahun sebelum, “saya rasa saya dah tersuka awak”, macam tu je. Tak berjela, tak berpuitis.

Again, perasaan “the unwanted wife” muncul, rasa aku bukan pilihannya.. aku hanya stock – stock akhir bila dah takde orang nak dekat dia. Untuk hilangkan rasa sedih tu, aku p4ksa dia buat jugak surat untuk aku. Aku nak jugak merasa surat cinta dari dia.

Aku pegang konsep, dengan orang lelaki ni kita tak boleh cakap bertapis, diorang tak faham bahasa kiasan. Jadi aku mintak surat surat cinta dan bunga, nak naikkan semangat sendiri.. nak rasa jugak orang betul – betul nak.

Beratus kali p4ksa baru dia buat surat untuk aku. Tapi aku tak rasa syok pon sebabnya surat tu bukan dari kerelaan hati dia, surat p4ksaan dan surat tu pon dimulai dengan “disaat kau tengah berdengkur diulik mimpi, aku bla3..”

Tak romantik macam surat yang dia ikhlas buat untuk perempuan tu. Bunga yang aku mintak pon sampai ke hari ni tak dapat walaupun dah hampir 7 tahun aku nikah dengan dia hmm. Banyak kali jugak aku minta, nak rasa jugak sekali seumur hidup dapat bunga dari dia.. tak kesampaian lagi. Takpe lah, takde rezeki lagi.

Third, lagi sebab kegatalan tangan aku nak gi check mesej lama – lama dia buat aku terIuka sendiri. Rupanya ramai je perempuan sebelum aku dia flirt. Orang sekeliling aku ramai je dia berkenan, tapi semua reject. Aku je yang sangkut.

Aku pon tak faham dengan diri sendiri, sebelum nikah ada je lelaki yang nangis – nangis nak dekat aku, hantar mesej berjela romantik, bagi bermacam – macam hadiah tapi aku pergi pilih dia. Sampai hari aku akad nikah pon lelaki yang nakkan aku tu pujuk malam sebelum aku akad nikah, nangis hari kejadian. Tapi aku pergi pilih si dia, dia yang layan aku lebih kurang.

Sebab? Kononnya aku fikir kalau dia tak romantik dengan aku, dengan orang lain pon dia tak akan romantik. Mak aku pon paling berkenan dengan dia lepas aku buat presentation lelaki – lelaki yang nakkan aku. Kahkah ayat macam ramai peminat.

Takde lah, tahun aku nak nikah tu ade la nampak 3 – 4 orang yang betul – betul serius dan mak aku pilih dia sebab nampak dia paling tinggi ilmu agama. Dia first choice aku, tapi aku last choice dia. Last, suami aku jarang bagi aku nafkah batin. Biasa sebulan sekali atau dua bulan sekali je.

Dulu zaman aku remaja, aku suka baca cerpen dan novel. Suka baca kisah cinta. Novel tebal – tebal macam harry potter tak sampai seminggu aku dah khatam. Tak puas dengan novel aku cari lagi cerpen – cerpen dekat google.

Ada satu kisah ni pasal perempuan tu minat sangat dengan lelaki tu sampai sanggup sih1rkan dia. Pendek cerita akhirnya lelaki tu jadi milik dia tapi lelaki tu tetap tak nak buat hubungan badan dengan dia sebab hati dia teguh mencintai perempuan lain.

Aku ni duk kaitkan cerpen tu dengan kisah aku, duk fikir mungkin aku hanya dapat jasad suami aku.. tapi bukan hati dia sebab tu dia jarang nak sentuh aku, bagi aku nafkah batin. Barah feeling “the unwanted wife” datang berkali – kali.

Aku cuba lupakan semua memori pahit ni tapi nak buat macam mana, Allah anugerahkan ingatan yang kuat untuk aku. Orang hanya perlu baca no telefon atau no IC sekali je terus aku dapat hafal. Bende sekecik tu pon aku ingat apetah lagi benda – benda besar yang berbekas dekat hati aku.

Benda – benda ni aku cuba hapuskan dari fikiran, tapi dia tetap menyemak serabut dekat otak aku. Sebenarnya dulu ada orang yang ada “ilmu” kata, ada orang hantar sesuatu dekat aku sebab tak boleh terima aku reject dia, jadinya hubungan aku dan suami sentiasa panas.

Bila dia kata gitu, aku pon ambil ikhtiar pergi darulsyifa untuk berubat. Masa aku berubat tu ustaz tu suruh aku pejam mata sambil dia baca ayat – ayat suci al-quran. M4kin lama m4kin kuat suara dia. Suami aku ada sekali dalam bilik rawatan tu, jadi dia nampak bila muka ustaz tu terk3jut sangat – sangat.

Selesai rawatan ustaz tu cerita, dalam rawatan hanya sesekali dia diberikan kasyaf tapi kali ni dia nampak p0cong keluar dari kepala aku. P0cong tu yang selalu ada dekat kepala aku, kacau fikiran aku, buat aku str3ss tak tentu hala. Wallahu A’lam.

Aku cuma harap aku dapat pert4hankan rumahtangga aku dari fikiran aku sendiri. Aku sayang suami aku, aku sayang anak aku, aku sayang rumahtangga ni. Cuma kadang – kadang bila aku rasa tak disayangi, aku tak dapat pulangkan rasa hormat tu pada suami. Setakat ni dulu, panjang berjela pulak jadinya. Terima kasih sudi baca luahan aku. Assalamualaikum – Na (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nur Khairani T’ng : Hmm faham. Sebabnya tau, lelaki bila mencintai akan mencintai sedalam rasa tapi tt ni tau deep in her heart yang dia dinikahi bukan sebab dicintai tapi lebih pada mamat tu hanya nak tamatkan zaman bujang je, jadi dia kaut je mana perempuan yang nampak elok kat mata.

Pedih hati tu rasa, senak nak terima. Tambah plak dia jumpa perempuan – perempaun yang suami dia pernah cuba nak tackle, pernah dicintai sedalam rasa. Dia tau layanan semacam apa perempuan – perempuan tu dapat tapi dia dapat basic je.

Layanan pada anak lebih tiptop dari dia, nak blah tapi penuh tanggungjawab tapi tak ada rasa kasih.. Puan, nasihat saya, cuba puan belajar kejar cinta ilahi. Cuba bangun sepertiga malam, menangis rintihkan dia. Cuba juga puan focus pada diri puan.. puan beli bunga untuk puan, puan tulis diary pasal diri puan.  Sembang harini buat apa dengan diri sendiri. Tentang suami, layanan sebaik mungkin, tak payah dah la harapkan sangat, lebih berd4rah Iuka tu nanti.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.