Beli teh ais RM1 pun mak mertua mintak duit aku. Walaupun tak banyak tapi kalau masuk buku dalam sebulan tu cecah RM20

Bila gaji, mak mentua akan tanya berapa gaji suami aku, dan berapa suami aku transfer duit. Kerap minta duit buat beli teh ais la, sabun la. Satu hari, ada banyak barang COD mak mertua sampai, dia pinjam duit aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca semua. Tulisan ini adalah sekadar luahan hati yang terpendam selama ini. Bukan tujuan membuka aib sesiapa. Nama aku Syaura. Aku berumur 30 tahun. Mempunyai 3 orang cahaya mata berumur 4 tahun, 3 tahun dan baby 5 bulan.

Aku mempunyai lulusan diploma dari ipta. Tapi Allah memilih aku menjadi suri rumah tangga menjaga anak aku yang comel – comel. Aku dan suami tinggal di KL. Tapi suami meminta aku pulang ke kampungnya di negeri S untuk aku berpantang dan bersalin di rumah mentua.

Walaupun banyak alasan aku bagi tapi aku terp4ksa akur dan pulang ke negeri S. Maka awal bulan 12 aku pulang ke rumah mentua. Keluarga di rumah mentua aku ada adik ipar, kakak ipar sekeluarga dan aku anak beranak, jadi kira kami ni big family lah kan.

Awal bulan pertama aku di rumah mertua kehidupan aku dan anak macam biasa. Semuanya ok belaka. Sampailah bermacam – macam kejadian berlaku pada aku. Untuk makluman keluarga mertua aku berlainan bangsa, jadi bahasa yang digunakan di rumah mereka lain. Kalau bercakap dengan aku mereka guna bahasa melayu.

Selama aku di rumah mentua, aku tak pernah masak untuk 1 family, aku pun faham kami lain bangsa, maka lain la air tangan walaupun masakan tu simple. Mak mentua aku akan bagi aku goreng ikan je. Lebih dari tu kakak ipar yang akan masak.

So kalau nak masak tu aku masak sikit je untuk kami anak beranak. Sebab ada aku pernah masak ikan rebus mak mentua aku cakap, “takde siapa yang makan ikan rebus tu”. Aku diam jela, jujur aku tak terasa hati tapi lagi gembira sebab dapat makan dengan anak – anak.

Kami kan big family jadi kalau nak masak tu memang kuantiti banyak. Ramai yang makan. Bab barang dapur aku dan kakak ipar berkongsi duit. Kadang – kadang ada jugak aku topup sikit barang dapur yang dah nak habis. Itu takde masalah bagi aku.

Yang jadi masalah ialah mak mentua aku mesti menyibuk kalau ada aku beli apa – apa untuk anak aku, contoh anak aku nak minum buah laici, so aku bukakan untuk diorang, jadi mak mentua aku pun sibuk tanya apa aku buat. Dah la ngam – ngam je untuk anak aku.

Kalau anak aku makan keropok sibuk mak mentua aku suruh share dengan anak kakak ipar. Bila time gaji, mak mertua aku orang pertama yang akan tanya berapa gaji suami aku, dan berapa suami aku transfer duit. Sampai tahap tu ye mak mentua aku tanya.

Aku tak pasti mak mertua aku mungkin saja nak pancing aku atau apa niat dia aku tak tahu la kan. Sebab dia selalu minta duit kat aku. Walaupun tak banyak tapi kalau aku kira masuk buku dalam sebulan tu adalah dalam RM20. Kadang – kadang minta RM1 buat beli ais lah, kadang – kadang RM5 buat beli sabun.

Padahal aku dah bagi duit belanja semua tu. Ada je yang mentua aku akan beli tapi minta duit aku. Tapi aku ni bagi jela tak ada banyak bunyi. Malas nak berg4duh. M4kin lama m4kin kerap, bila mak mertua aku minta dekat kakak ipar dia lagi pandai bagi alasan katanya tiada duit belanja sekolah anak.

Aku ni dah blur nak bagi alasan apa supaya mak mentua aku tak pinjam. Haihh susah jugak kan. Yang paling s4kit hati mak mertua pinjam duit untuk adik ipar aku isi minyak kereta dia. Adalah dalam RM10 atau RM20 macam tu.

Aku la dia punya sasaran tempat pinjam duit. Kata nak ganti tapi sampai ke sudah takde pun ganti. Aku mampu diamkan jela hal ni. Mak mertua aku siap cakap duit gaji adik ipar habis buat bayar hutang itu ini. Beli belanja. Padahal aku tak pernah ambil tahu duit tu

1 hari tu, barang cod shopee mak mentua aku sampai. Dah la masa tu tengah bulan, adik ipar belum gaji suami kakak ipar belum gaji jugak. Jadi mak mentua aku pinjam duit aku. Masa tu aku ingat sikit je. Rupanya banyak juga, dan aku pun terlepas cakap ada duit em3rgency.

Mak aku ni pun mulut manis bagai pinjam duit aku. Bila nak ganti duit aku tu mak mentua aku cakap,” mak dah beli lauk (ikan) kira mak dah ganti la duit kamu tu ye”. Dalam hati aku tu geram sangat kalau aku tahu macam tu baik aku tak payah bagi pinjam.

Allah je tahu perasaan aku masa tu. Dah la duit suami je yang aku harap, mak mertua pula buat aku macam tu. Aku tak sangka la mak mertua aku sanggup mainkan aku. Bab lain pula, macam bil api air pun mak mertua aku bising.

Kata aku anak beranak banyak pakai api. Yela aku ni jarang keluar pergi pekan. Masa aku banyak di rumah. 24 jam mak mentua aku cakap aku membazir. Padahal tiap petang aku akan ambil angin kat luar rumah, jadi masa tu lah kipas berehat. Kakak ipar aku lagi guna banyak elektrik sebab bilik dia pakai aircond.

Bab air pula kat sini tiap minggu kami bayar air, kalau tak bayar tak dapat air. Aku selalu mandikan anak aku. Memang aku takkan biarkan anak aku mandi sendiri. Basuh baju 1 minggu sekali je. Itu pun mak mertua aku kata aku membazir dan banyak guna air. Padahal aku bagi juga duit bayar bil api air.

Bayangkan setiap kali aku nak mandi mesti mak mertua aku pesan jangan membazir. Adalah dalam 3 bulan macam tu dia cakap benda sama. Aku buat tak tahu je. Anggap radio rosak. Lepas tu, mak mentua selalu perli gunakan anak perempuan aku.

Aku bagi contoh, “bujang, kau sapu la depan rumah tu”. Selain tu ” bujang, kau buat la sarapan sendiri nanti ya”. Mak mertua memang takkan cakap direct dengan aku. Cara macam tu jela mak mertua aku guna kalau aku dah s4kit hati dengan dia

Adik ipar aku ni kan bekerja, selalu pagi lagi mertua aku k3jutkan adik ipar aku. Selagi tak k3jut, selagi tu la mak mertua aku akan membebel tak berhenti. Sampai meng4muk dan marah – marah. 1 rumah la dengar dia meng4muk tu.

Aku ni hanya mampu pekak kan telinga. Orang cakap kalau berg4duh awal pagi rezeki sempit. Lain hal pula dengan kakak ipar, aku tiap kali nak pergi pekan aku tumpang kakak ipar tapi aku isi minyak kereta. Aku selalu bawa anak aku pergi kedai jajan, jadi kakak ipar aku ikut juga bawa anak dia sekali.

Bila nak bayar tu kakak ipar siap minta bayarkan dia punya barang sekali. Setakat 2/3 barang tak kisah la kan. Tapi rasa dah macam diperguna pula. Bukan sekali dua, banyak kali juga kakak ipar buat macam tu. So, lepas ni kalau aku pergi pekan aku pergi sendiri dengan anak aku jadi takla s4kit hati. Bila aku shopping barang aku, aku akan sorokkan.

Aku kadang – kadang terfikir, apa salah aku dalam rumah ni, sedangkan aku tak pernah kacau kehidupan mereka. Tak pernah aku masuk campur urusan mereka. Walaupun mertua aku buat aku macam tu sampai hari ni, aku dengan mertua tak pernah g4duh besar.

Aku anggap ni sebagai ujian untuk aku. Semua yang jadi aku tak pernah sekali cerita pada suami. Semuanya aku simpan supaya tak berlaku perg4duhan. Aku harap 1 hari aku dapat balik KL, hidup bahagia dengan keluarga aku. Doakan aku semoga aku tabah dan sabar menjadi menantu. Sekian dari MENANTU LURUS BENDUL. – Syaura (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

AiNurin Ly: Punca masalah ini suami dia atau anak mak mertua. Bulan 12 balik. Sekarang dah nak masuk bulan 10. Anak pun dah 5 bulan. Suami itu seronok ya bujang balik di KL. Entah apa dia buat seronok sangat sorang – sorang lama – lama.

Sherri Hazmi: Aduh, patutnya dah kahwin duduk dengan suami. Urus rumah sendiri. Kalau dalam pantang, berapa lama kau berpantang. Bunyi macam setahun dah. Siap boleh pergi pekan bagai beli jajan anak. Kalau setakat sebulan dua, mak mertua kau dah memekak bagai nak rak, angkat kaki sajaIah pergi.

Aku kadang – kadang benci dengan masalah orang perempuan macam ini. Sebab mak bapak tak ajar anak selesaikan masalah. Bila dah kahwin, semua orang buat keputusan untuk dia. Dia tak boleh buat keputusan untuk diri sendiri. Akhirnya mend3rita. Mengadu di sini. Eh.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.