
Kalau aku tak ikut kehendak isteri pergi berkelah, berjalan dengan dia, atau dalam dompet dia tidak sampai RM300, dia akan marah dan ugvt mahu cerai sebab aku tidak mampu beri kemewahan pada dia. Bertahun aku sabar sebab aku fikir anak – anak. Akhirnya isteri hantar surat cerai..
#Foto sekadar hiasan. Hai admin, sila hide Facebook aku. Aku seorang lelaki yang mempunyai bekas isteri dan sekarang mempunyai isteri. Ceritanya begini, dahulu aku berkahwin dengan seorang perempuan yang sangat aku cintai.
Hampir sepuluh tahun kami bercinta, tetapi keluarga bekas isteri aku tidak setuju disebabkan masa itu gaji aku sangat kecil. Bekas isteri aku berasal dari keluarga yang dikira mewah. Jadi dia tidak pernah rasa kesusahan macam aku rasa masa kecil.
Pelbagai halangan kami tempuhi, akhirnya pada tahun 2012 kami pun berkahwin disebabkan kuasa cinta kami berdua yang berjaya melembutkan hati ibu bapa dia. Bermulalah hidup kami sebagai suami isteri. Untuk pengetahuan, masa itu bekas isteri aku bekerja sebagai kerani sahaja dengan gaji dalam 800.
Dia seorang isteri yang baik, cuma agak suka membandingkan aku dengan suami kawan – kawan dan adik – adik dia. Dia mahu lelaki yang sempurna, yang bekerja sebagai orang berpangkat, sedangkan aku cuma kerja buruh dengan gaji sederhana.
Dia selalu p4ksa aku pakai tali leher ke pejabat, tetapi kerja aku tak sesuai pakai tali leher sebab kawan – kawan sekerja semua tak pakai. Tapi aku ikutkan saja, pertengahan jalan aku buka tali leher tu. Bila dia tahu, dia meng4muk dan merajuk. Memang penat juga aku memujuk.
Tapi tu cuma sedikit kisah tentang bekas isteri aku. Aku pun bukan suami yang baik sangat. Dari segi nafkah zahir dan batin, aku tidak pernah terlepas bagi. Selepas lima tahun berkahwin, bekas isteri aku tiba – tiba dapat panggiIan maktab dan kemudian menjadi guru.
Sejak bergelar guru, dia sering memperlekehkan aku sebab aku cuma buruh sahaja dan membandingkan aku dengan suami kawan – kawan dia yang lain, semuanya berpangkat. Ada saja yang tidak kena di mata dia. Setiap kali berg4duh, asyik ugvt minta cerai.
Lama – lama aku jadi bosan. Masa tu hati aku sudah tidak ada dengan dia, tetapi aku teruskan hidup demi anak – anak yang masih kecil, anak – anak yang sangat aku sayang. Tiba – tiba selepas bertahun menyepi, hati aku jatuh cinta dengan seorang wanita yang merupakan bekas teman wanita aku.
Kami berhubung dan hal ni diketahui oleh bekas isteri aku. Dia meng4muk dan memanggil semua keluarga dia dan keluarga aku untuk menyer4ng wanita tu. Tetapi sebenarnya dia salah ser4ng. Dia ser4ng seorang perempuan yang langsung tidak tahu apa – apa tentang aku. Aku gelar dia Siti.
Aku dan Siti cuma pelanggan dan peniaga, sebab dia selalu berurusan dengan aku tentang komputer sahaja. Sedangkan bekas teman wanita aku, aku gelar dia Balqis, berada di daerah lain dan kami tidak pernah berjumpa, cuma berhubung melalui telefon.
Bekas isteri aku ser4ng Siti membuta tuli. Masa tu Siti bakal bertunang dan langsung tidak menyukai aku. Siti marah dengan aku, dia tertekan dan terus menamatkan hubungan kerja dengan aku. Bekas isteri aku memang penyiasat yang hebat. Semua detail Siti dia tahu.
Dia pergi ser4ng keluarga Siti dan memfitnah yang Siti sudah mengandung dan menggugurkan anak aku sebanyak dua kali. Dia sebarkan cerita sana sini pasal Siti sampai Siti terp4ksa berpindah kerja kerana dihalau oleh ibu dia sendiri.
Aku pula terlepas cakap dengan Balqis yang bekas isteri aku sudah meng4muk. Jadi Balqis ketakutan dan dia juga membawa diri ke tempat lain. Aku seperti biasa meneruskan hidup, tetapi bekas isteri aku tidak habis – habis mencari salah aku. Dia ugvt mahu hantar surat cerai ke mahkamah.
Cara dia, kalau kehendak dia tidak dituruti seperti pergi berkelah, berjalan dengan dia, atau dalam dompet dia tidak sampai RM300, dia akan marah dan ugvt mahu cerai sebab aku tidak mampu beri kemewahan pada dia. Selepas lebih setahun diugvt, aku jadi lali dan nekad mahu cerai sebab hidup aku tetap sama setiap hari.
Dengar dia membebel, membandingkan aku dengan orang lain, memperlekehkan aku dan ugvt cerai. Aku pernah beri dua talak kepada dia kerana dia cabar aku masa kami berg4duh besar. Kali ni aku lebih berhati – hati sebab ini talak terakhir.
Setiap kali dia bising, aku akan hidupkan kereta dan keluar. Aku bermalam di rumah kawan. Masa tu aku betul – betul kesepian sebab rasa hidup tidak berguna sebagai seorang suami. Ada isteri tapi langsung tak dihargai. Bekas isteri aku pula dihasut oleh bekas mentua sebab mereka memang tak pernah suka aku sejak awal. Hanya arw4h bapa mentua yang terima aku.
Akhirnya bekas isteri aku hantar surat cerai ke mahkamah tanpa pengetahuan aku. Mahkamah hantar surat kepada aku. Aku tanya dia betulkah itu keputusan dia. Dia kata dia boleh hidup tanpa aku, dia ada gaji dan keluarga yang sokong dia.
Masa tu aku minta dia fikirkan anak – anak sekali lagi sebab anak – anak sangat rapat dengan aku. Aku yang masak untuk mereka, bukan dia. Sepanjang kahwin aku yang masak, dia cuma mengemas rumah dan buat kerja lain. Dari segi urus anak – anak, aku yang lebih banyak urus sebab masa aku lebih banyak dari dia.
Tapi dia tetap mahu cerai. Aku pun lafazkan talak terakhir dan terus keluar dari rumah. Masa tu memang sedih tengok anak – anak yang sedang tidur, air mata aku bergenang. Aku teruskan hidup sendiri. Tak lama selepas tu, aku jumpa semula Siti.
Dia sudah habis kontrak kerja dan pulang. Masa tu dia ada teman lelaki, jadi aku cuma berkawan dengan dia. Tapi kejahatan bekas isteri aku tidak berhenti. Selepas bercerai, dia cerita pada keluarga aku yang aku ceraikan dia sebab ada perempuan lain.
Dia jadikan Siti sebagai kambing hitam sebab pernah nampak aku dengan Siti berbincang di restoran. Aku tak tahu macam mana dia boleh rancang sampai aku dan Siti ditangkap kh4lwat. Masa tu Siti demam, aku datang hantar ubat dan makanan sebab adik dia balik ke rumah ibu dia.
Kami ditangkap kh4lwat. Siti sangat terk3jut. Dia mahu bayar denda sahaja, tetapi bekas isteri aku sudah sebarkan cerita ke mana – mana termasuk kepada keluarga Siti. Ayah Siti percaya Siti tak buat benda macam tu dan suruh kami berkahwin untuk tutup malu. Keluarga dia setuju, jadi kami pun berkahwin.
Dipendekkan cerita, sepanjang berkahwin, bekas isteri aku selalu hantar mesej kepada Siti untuk s4kitkan hati dia. Banyak kali Siti tukar nombor, tetapi keluarga aku tetap tak terima Siti sebagai isteri aku. Mereka masih mahukan bekas isteri aku.
Bekas isteri aku pula cakap kepada orang yang kami cuma bercerai talak satu, sedangkan kami memang tidak boleh rujuk lagi. Ibu aku selalu beri bayangan supaya aku rujuk semula, tetapi aku tahu hukvm tak boleh dipermainkan. Jadi aku abaikan saja.
Setiap kali raya, keluarga aku suruh aku balik dengan syarat Siti tak boleh ikut. Pernah sekali Siti pujuk aku balik jumpa ibu aku, dia tunggu dalam kereta. Tak sangka bekas isteri dan anak – anak aku ada di rumah ibu aku, mereka suruh aku rujuk semula.
Aku balik tanpa makan, cuma peIuk dan civm anak – anak. Lepas tu bekas isteri aku hantar macam – macam mesej. Sekarang sudah empat tahun berlalu. Aku dan isteri aku sudah ada tiga orang anak dan kami sangat bahagia. Ini hikmah yang aku dapat.
Cuma keluarga aku masih tak terima Siti dan anak – anak aku dengan dia. Bekas isteri aku pula masih rapat dengan keluarga aku. Kami macam tiada keluarga. Bekas isteri aku masih sebarkan cerita lama walaupun sudah enam tahun berlalu.
Baru -baru ni dia hubungi aku sebab aku sudah sekat dia di WhatsApp dan Facebook. Dia beritahu anak – anak ketagih gajet dan dirawat oleh psikiatri sebab dia sendiri beri gajet supaya anak tidak ganggu kerja dia. Isteri aku pula tidak benarkan anak – anak guna gajet.
Bekas isteri aku selalu cakap, “kamu yang ceraikan saya,” seolah – olah salahkan aku atas perceraian dulu. Persoalan aku sekarang, kenapa bekas isteri aku macam tu. Dia selalu ugvt mahu datang ke tempat kerja aku hantar anak – anak sebab dia tidak mahu jaga lagi. Dia sudah buat ibu aku benci aku, sedangkan aku sangat sayangkan ibu aku. Dia macam tidak suka tengok aku hidup bahagia sekarang. Tolong jangan kecam. Aku insan yang buntu.
Ulasan pembaca:
Zhaiera : Bekas isteri kau memang bermasalah. Mudah cerita. Kalau mahu dia lagi s4kit hati, kau tunjuk saja kau bahagia dengan isteri kau sekarang. Biarkan dia dengan hidup dia. Dulu dia yang mahu cerai, lepas tu sudah dapat, mahu salahkan kau pula. Memang tidak logik. Aku pun pening baca cerita kau ni.
Ahlia Ibnu Ibrahim : Ini kelemahan lelaki, tidak suka jelaskan walaupun dengan keluarga sendiri. Bekas isteri kau pula pandai m4nipulasi keadaan. Macam ni, kau jelaskan balik dengan ibu bapa kau apa sebenarnya yang jadi. Bekas isteri kau yang minta cerai dan sudah jatuh talak tiga.
Beritahu walaupun melalui telefon. Kalau mereka tidak percaya, ada bukti mahkamah. Pasal anak – anak tu, ambil saja balik. Memandangkan ibu mereka sudah tidak stabil, lebih baik kau jaga. Mereka masih kecil, jangan sampai rosak masa depan mereka. Ambil tindakan ikut undang – undang supaya bekas isteri kau tidak boleh m4nipulasi keadaan lagi.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.