
Suami hilangkan diri beberapa hari lepas kami kahwin. Tiba – tiba aku dapat whatsapp, suami ceraikan aku. Benar orang cakap, jangan ada hubungan dengan suami orang. Isteri dia sepuluh tahun bersama pun dia boleh buang macam tu saja, apatah lagi aku yang baru 38 hari berkahwin.
#Foto sekadar hiasan. Hai Min.. Tolong postkan kisah aku supaya ramai kaum hawa tak tertindas dan teraniaya macam aku sekarang. Aku tak sempurna sebagai manusia dan semua ni salah aku juga sebab terlalu ikhlas menyayangi mungkin.
Aku kenal dia, sekarang ni bekas suami aku, pada Disember 2022. Waktu tu isteri dia balik kampung berpantang anak kedua. Status dia suami orang dan aku janda, tak ada anak. Bermula dengan persahabatan yang baik, kami akhirnya menjalinkan hubungan sulit. Rasa kasih sayang dan cinta tu wujud walaupun tak pernah diungkapkan.
Dia sangat baik dengan aku. Kehadiran dia dalam hidup aku memberi impak yang positif. Banyak perubahan berlaku. Dari wanita yang tak pandai masak, aku jadi pandai masak. Dari gemuk tak cantik, aku jadi kurus dan cantik, semua atas dorongan dia.
Dia sangat memahami aku, penyayang dan penuh perhatian. Sebab tu aku terlalu cintakan dia. Sepanjang hubungan ni berlangsung, aku tak pernah kacau keluarga dia terutama isteri dia. Aku sentiasa sedarkan diri, aku cuma menumpang kasih suami orang jadi aku tak boleh menuntut lebih. Aku syukuri apa yang ada.
Untuk susahkan dia atau membebankan dia jauh sekali, malah aku siap bantu dia bila dia perlukan bantuan. Anak – anak dia pun aku dah anggap macam anak sendiri dan aku sayang mereka. Februari 2023, dia mengadu dekat aku rumah tangga dia bergolak sebab isteri dia maki hamun mak dia dan isteri dia nak minta cerai.
Dia seorang anak yang sangat taat pada maknya. Waktu ni aku tak tahu lagi yang dia ada teman wanita lain dan punca pertengkaran tu sebenarnya sebab mak dia suruh dia ceraikan isteri dia kemudian suruh dia kahwin dengan teman wanita dia ni yang jadi menantu pilihan mak dia.
Mac 2023, aku mengandung dan aku sangat gembira lalu beritahu dia tentang ni. Tapi dia tak nak bayi tu dan p4ksa aku gugurkan kandungan. Aku berkeras tak mahu. Aku bawa dia nikah dan sahkan saja status bayi tu. Tapi dia tetap berkeras tak mahu malah dia berusaha lagi pujuk aku dengan alasan kerjaya dia tak mengizinkan dia kahwin lebih dari satu.
Kalau ni berlaku periuk nasi dia akan terjejas dan dia minta aku lakukan demi keluarga dia dan kasihan pada anak – anak dia. B0doh buta sebab sayang dan kesiankan dia, aku terp4ksa dalam rela ikut cakap dia. Semua kos pengguguran tu dia tanggung. Dia janji tak akan tinggalkan aku dan dia tunaikan. Lepas tu hubungan kami masih macam biasa. Layanan dia langsung tak berubah dan kami tetap bahagia.
Mei 2023, aku dapat WhatsApp daripada teman wanita dia. Waktu ni baru aku tahu dia ada perempuan lain. Teman wanita dia maki hamun aku macam – macam. Jadi aku abaikan saja. Aku tak peduli sebab aku tak ada apa – apa urusan dengan dia, lagi pun dia bukan isteri.
November 2023, isteri dia telefon aku sebab dia dapat mesej daripada akaun palsu Facebook yang mengatakan aku ada hubungan sulit dengan suami dia. Jadi kami berjumpa, berbincang dan akhirnya berkawan. Alhamdulillah. Dari isteri dia, aku dapat tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
Kenapa isteri dia berg4duh dengan mak dia, semua angkara onar teman wanita dia yang berjawatan doktor andartu. Teman wanita dia sangat terdesak nak kahwin sebab usia semakin meningkat. Bukan setakat aku dia ser4ng, isteri dia sekali dia ser4ng. Ni yang orang kata lebih sudu dari kuah.
Disember 2023, pergolakan rumah tangga dia makin hebat tambahan pula dengan campur tangan mak dan teman wanita dia. Tak tahan dengan desakan tu dia failkan cerai untuk isteri dia. Rumah tangga yang dia bina genap sepuluh tahun musn4h dan anak – anak yang masih kecil jadi m4ngsa. Aku juga terkena tempias bila keluarga aku dapat tahu yang kami pernah gugurkan anak bersama. Teman wanita dia hantar bukti nota kes kepada salah seorang ahli keluarga aku dengan motif nak jatuhkan aku sekali.
Januari 2024, keluarga aku jumpa dia dan suruh dia bertanggungjawab atas semua yang dah berlaku. Jadi dia bersetuju untuk menikahi aku. Kami nikah tiga hari sebelum proses lafaz cerai dia dan isteri di mahkamah. Dia ceraikan isteri dia dengan talak satu atas desakan mak dan teman wanita dia, bukan berpunca dari aku.
9 Februari 2024, teman wanita dia dapat tahu yang kami dah bernikah dan mula bertindak dengan block semua nombor aku di telefon suami. Kami tak dapat berhubung langsung. Suami pula mula mereka cerita kononnya dia terp4ksa kahwin dan diugvt.
Kalau tak kahwin, kerjaya dia akan musn4h memandangkan keluarga aku orang yang berpengaruh. Astaghfirullahalazim. Sikap pentingkan diri dia nak selamatkan diri buat aku jadi m4ngsa. Sedangkan selama ni aku tak pernah p4ksa dia untuk kahwin. Istilah terp4ksa tak pernah wujud dalam rumah tangga kami walaupun baru sebulan lebih kami berkahwin. Alhamdulillah kami bahagia, tak ada apa – apa masalah.
11 Februari 2024, dia balik bercuti ke kampung untuk urusan umrah mak dia. Bekas isteri dia yang beritahu. Lepas tu dia terus senyap dan aku langsung tak dapat hubungi dia. Teman wanita dia pula asyik ser4ng aku dengan kemas kini status di WhatsApp siap maki hamun dan hina aku serta keluarga. Tapi aku cuma diam, tak nak rumitkan lagi keadaan. Aku cuba hubungi dia banyak kali tapi tak dapat. Jadi aku fikir positif. Aku faham mungkin dia nak masa dan ruang untuk bertenang dan berfikir secara baik.
14 Februari 2024 jam 1.13 petang, mesej masuk dengan teks, “Aku ceraikan kau. Terima kasih.” Allahuu, dunia aku gelap seketika. Aku kelu. Dia senyap beberapa hari, tiba – tiba ceraikan aku melalui mesej tanpa sebab yang munasabah dengan usia perkahwinan baru 38 hari. Kenapa kejam sangat.
Kalau dia nak kahwin dengan teman wanita dia, aku tak pernah halang pun. Dia sendiri tahu hal ni. Tapi kenapa buang aku macam sampah. Dia tak ingat ke setiap peng0rbanan yang aku buat untuk dia. Benar orang cakap, jangan jalinkan apa – apa hubungan dengan suami orang. Isteri dia sepuluh tahun bersama dia pun dia boleh buang macam tu saja, apatah lagi aku yang baru 38 hari berkahwin.
Walaupun aku tak pernah kacau rumah tangga dia, punca semua ni tetap dia sendiri dan campur tangan mak serta teman wanita dia, menantu pilihan. Sekarang dah hampir 2 tahun berlalu tapi rasa s4kit dan pedih tu masih ada. Aku serahkan mereka semua pada Allah. Biar kifarah buat kerja dia.
Ulasan Pembaca :
Norzaedah Laidin : Wah, hebat sungguh lelaki tu jadi rebutan. Apa sangat kalau per4ngai macam sy4itan. Yang untung lelaki, kaum wanita apa yang dapat. Jenis jantan hidung belang macam ni dah bersepah. Kaum hawa ingat, jangan jadikan diri alat untuk dipermainkan. Kita ada maruah.
Ina Arlina : Padan muka. Itulah kifarahnya. Kacau rumah tangga orang. Lain kali jangan cari laki orang. Cari yang bujang. Dan jangan senang – senang bagi badan sampai mengandung.
Lily Leen : Menjalinkan hubungan sulit tu penzina. Jadi entahlah. Setahu aku, kebanyakan yang pernah berzina memang tak bahagia. Ramai saja. Dah ada segala – galanya pun tetap tak bahagia. Jadi nak bahagia, bertaubat, muhasabah diri dan syukur masih diberi peluang bernafas.
Sedar diri tu paling penting. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri sendiri. Kalau sesuatu buruk berlaku, kaji kesalahan sendiri walaupun kecil dan perbaiki. Jadikan semua tu pengajaran. Nak lelaki baik tapi dari awal pilih yang tak baik, lepas tu harap dia berubah.
Lelaki yang tak baik memang untuk wanita yang tak baik. Kalau berubah, mungkin dapat yang lebih baik. Tapi kalau penzina, hukum dia berat dalam Islam. Jadi carilah pasangan yang baik keturunan, baik agama dan beriman. Tak ada istilah semata – mata sebab sayang dan serasi. Kalau tak baik, diam – diam bertaubat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.