
Keluarga aku datang ambil aku kat universiti dan bawa balik. Aku kena lempang dengan abang aku. Last, aku beritahu aku terpaksa buat gitu sebab aku dah pregnant. Masa abang dan kakak aku kahwin, aku tak balik bawak anak..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum, admin. Mohon hide profile aku. Aku cuma nak share serba sikit kisah aku supaya dijadikan iktibar dan teladan buat anak-anak muda kat luar sana yang sibuk nak boyfriend sana girlfriend sini. Aku dulu masa sekolah antara budak cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum.
Pendek kata, antara top student. Result aku alhamdulillah semuanya baik. Perjalanan aku masa tu smooth je sampai la aku ditawarkan diploma di salah satu IPTA kat selatan tanah air. Start dari situ hidup aku musnah. Lepas aku daftar masuk, aku belajar macam biasa.
Dapat kawan – kawan baik, best, semua boleh masuk. Tapi aku ni bodoh, kena culture shock. Aku tak pernah duduk jauh dari famili sebelum ni. Dan aku tak pernah bercinta. Jadi bila aku kenal seorang laki ni yang merupakan senior aku, aku macam excited juga la.
Tambah pula rata – rata kawan sekelas aku semua ada pakwe masa tu. Kira aku pun nak ada juga. Tu kebodohan aku yang paling aku menyesal sampai hari ni. Aku leka dengan cintan cintun sampai aku start abaikan study aku, makin jauh dengan kawan – kawan.
Dan paling aku bodoh sekali, aku boleh bagi gambar yang nauzubillah kat dia. Dan last, aku terkena. Dia ugut aku dan nak lebih lagi. Ya Allah, aku waktu tu takut semua ada. Lepas tu aku mula bergelumang dengan dosa. Ya Allah, malu aku bila ingat balik. Betapa bodohnya aku dulu.
Sampai aku habis diploma, 2 orang jantan dah sentuh aku. Kisah lepas tu lebih menyedihkan. Aku sambung degree di IPTA lain di pantai timur, konon-konon nak lupakan masa lalu. Tapi silap. Aku jumpa kawan lama aku merangkap ex husband aku sekarang dan ayah pada anak – anak aku.
Dia duduk satu negeri dengan tempat belajar aku. Kira boleh jumpa setiap hari. Dan dalam tempoh tu aku bergelumang dengan dosa-dosa besar. Nauzubillah. Sampai satu masa, Allah mula uji aku. First, aku ditangkap basah di hotel di malam tahun baru.
Masa tu Allah je tahu betapa kecewanya mak ayah aku. Terkejut ayah aku. Memang dia tak sangka sangat sebab luaran aku memang nampak baik, sopan. Dan aku tak pernah buat masalah kat diorang. Jadi diorang terkejut sangat masa diorang dapat tahu aku kena tangkap basah.
Diorang suruh aku putus dengan boyfriend aku, cut semua communication dengan dia dan suruh aku study elok-elok. Tapi dugaan lain pula yang datang. Aku pregnant. Ya, aku pregnant. Takutnya aku masa tu Allah je tahu. Aku beritahu boyfriend aku, dia nak bertanggungjawab.
Kami plan nak kahwin senyap – senyap. Masa tu mak mertua aku komplot sekali bawa kami pergi Thailand dan nikah kat sana. Tanpa keluarga aku tahu. Tapi Allah sebesar-besar kuasa. Balik dari Thailand, aku duduk hostel macam biasa. Tapi roommate aku syak ada benda tak kena dan diorang tanya famili aku mana aku menghilang tak pergi kelas 2, 3 hari.
Dan masa tu juga roommate aku jumpa sijil nikah aku dalam loker. Ya, diorang selongkar loker aku masa aku takde. Lepas terbongkar semua, sekali lagi famili aku datang ambil aku kat universiti dan bawa balik. Aku kena lempang dengan abang aku.
Last, aku beritahu aku terpaksa buat gitu sebab aku dah pregnant. Sekali lagi air mata mak aku mengalir. Ya Allah, derhakanya aku. Sampai sekarang aku nangis bila ingat balik kebodohan – kebodohan aku dulu. Lepas tu aku nikah balik kat Malaysia, walikan ayah aku.
Kahwin ala kadar, takde majlis macam orang lain. Semua orang tak tahu yang aku dah kahwin. Dan masa abang dengan kakak aku kahwin pun aku tak balik sebab aku masih takleh bawa balik anak aku masa tu. Sedih bila ingat balik. Lepas tu, ingatkan semuanya dah selesai, tapi makin bertambah ujian Allah bagi kat aku.
Lepas aku bersalin, aku nak sambung balik study aku. Tapi pinjaman PTPTN aku kena tolak. Suami aku tak mampu bayar yuran pengajian aku. Last, result aku kena tahan. Dan aku kena buang. Masa tu pointer aku 3.++. Sedangkan mak ayah dah pesan supaya aku habiskan belajar aku walaupun aku dah kahwin. Sekali lagi aku kecewakan diorang.
Hidup aku lepas tu susah yang amat. Suami aku asyik tukar kerja, pastu dia terjebak dengan benda-benda haram, dadah, judi. On off. Kami selalu bergaduh sampai tahap aku menangis macam orang mental. 7 tahun aku kahwin dengan dia, sesen pun takde simpanan. Kadang – kadang berlapar sebab takde duit nak beli makanan. Anak kami 4 orang.
Sampai la tahun lepas, memang dah sampai ke kemuncak dia. Kami gaduh sampai tahap dia mula pukul aku, pukul anak. Baran dia makin menjadi. Aku minta cerai, dia tak nak ceraikan aku. Dia merayu minta bagi dia peluang. Tapi hati aku makin tawar. 7 tahun aku bersama dia susah senang. Aku tinggalkan mak ayah aku, adik beradik aku demi dia.
Beribu peluang dah aku bagi kat dia. Berjuta maaf dah aku beri kat dia. Tapi dia masih sama. Takde kerja tetap, masih dengan dadah dia. Last hujung tahun lepas, kami gaduh lagi. Dan masa tu dia lafaz cerai talak 3 kat aku. Masa tu aku tak tahu nak rasa apa. Happy? Sedih? Bersyukur? Entahlah, yang pasti aku cuma nak yang terbaik je untuk anak-anak aku.
Aku call famili aku dan know what? Diorang masih terima aku. Abang-abang aku segera datang ambil aku dengan anak-anak aku. Bawa balik rumah mak ayah aku. Diorang layan aku macam aku yang dulu. Ya Allah, aku bersyukur sangat.
Sekarang aku dah sah cerai talak 3. Ex aku pun dah reda dengan penceraian ni. Aku pun mulakan hidup baru aku dengan anak-anak. Dan status baru aku ni pun takde siapa yang tahu, cuma keluarga aku je tahu. Sama macam masa aku kahwin dulu. Kahwin diam – diam, cerai pun diam – diam.
Sekarang aku fokus pada membesarkan anak – anak aku je. Soal lain aku malas fikir. Cukuplah. Usia aku muda lagi, bila tengok kawan – kawan seusia aku yang lebih berjaya tentulah aku terkesan. Betapa bodohnya aku dulu. Ambil jalan yang salah.
Sekarang aku cuba untuk bangkit. Kisah silam aku tetap akan ada, tapi biarlah ianya jadi pengajaran dan kayu ukur buat aku setiap kali nak melangkah lepas ni. Mudah – mudahan Allah terima taubat hambaNya yang amat hina ni. Korang yang masih muda, remaja yang baru nak bercinta cintun, tak payahlah. Kalau betul – betul serius, kahwin je. Tak payah nak fikir lain.
Kalau tak nak kahwin, tak payah kapel. Just fokus pada diri sendiri dulu. Muda hanya sekali. Hidup pun cuma sekali. Gunakan sebaiknya. Maaf min kalau kisah aku nak panjang sangat. Harap jadi iktibar buat semua. Assalamualaikum.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.