
Keluarga mertua pujuk rayu suami sampai ajar dia lafaz cerai melalui WhatsApp dengan talak tiga. Mertua aku pernah cakap, kalau suami cerai, mak tak akan jumpa b0moh dan tak akan d3ndam pada aku lagi. Sehinggalah satu hari, aku terdengar perbualan telefon..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w4rahmatullahi wabarakatuh. Admin dan w4rganet semua, aku mohon maaf kalau penulisan aku ada kekurangan. Aku minta sangat admin tolong hidekan Facebook aku. Aku bukan hendak buka aib sesiapa, tapi aku sudah terlalu penat simpan seorang diri. Aku cuma perIukan pandangan yang jujur dan ikhlas sebab sekarang aku betul – betul berada di persimpangan.
Nama aku Siti. Aku sudah berumah tangga selama lebih lima tahun, dari 2020 sampai sekarang. Perkahwinan aku dan suami mendapat restu kedua – dua orang tua pada awalnya. Semua nampak baik. Majlis pun berjalan lancar. Aku masuk dalam keluarga itu dengan niat hendak jadi isteri yang baik dan menantu yang hormat keluarga suami. Tapi semuanya berubah pada tahun 2021.
Bermula dengan perselisihan faham antara aku dan kakak ipar, kakak sulung suami. Pada satu hari aku terlihat WhatsApp yang dihantar oleh kakak ipar kepada suami. Isi mesej itu berbaur menunjukkan keburukan aku. Antara ayat yang aku nampak, dia tanya suami, bahagia atau tak adik kahwin dengan dia?
Aku terk3jut. Aku tak pernah buat apa – apa pada dia. Tiba – tiba aku dituduh macam – macam. Keadaan jadi makin tegang bila suami percaya cakap kakak dia. Dia tuduh aku muat naik status sindir kakak ipar di Facebook. Walhal semua itu tak pernah berlaku. Aku tak pernah tulis apa – apa tentang dia.
Pert3ngkaran berlaku besar. Dalam keadaan marah, suami t4mpar aku. Itu kali pertama tangan dia naik pada aku hanya sebab mesej WhatsApp dari kakak dia. Aku tak boleh terima tuduhan tu. Aku ajak suami balik kampung dan jumpa adik ipar, adik bongsu suami. Aku tanya depan – depan, ada tak aku tulis apa – apa tentang kakak ipar?
Adik ipar aku friend dengan aku di Facebook. Dia sendiri tak pernah nampak apa – apa. Tapi entah macam mana, sejak hari itu ibu mertua aku terus membenci aku sampai hari ini. Tiga bulan selepas kejadian itu, aku terima mesej di Facebook.
Gambar – gambar perkahwinan aku dan suami diviralkan. Bukan sekadar viral, tapi untuk tujuan pemb0mohan supaya berlaku penceraian antara aku dan suami. Bila aku siasat siapa pelakunya, ternyata kakak ipar aku sendiri.
Bayangkan perasaan aku masa itu. Aku ini isteri sah. Aku tak pernah ganggu rumah tangga orang. Tapi gambar kahwin aku dijadikan bahan untuk tujuan yang menyalahi agama. Sejak itu aku tak pernah balik rumah mertua lagi. Kemudian sampai lagi tangkap layar WhatsApp yang berbunyi, mak ayah pergi berubat jumpa b0moh nak bagi mereka pisah dan nak ambil adik kami balik.
Aku sudah tak mampu diam. Aku terp4ksa buat laporan polis supaya mereka hentikan perbuatan viral itu. Kes itu dibawa ke mahkamah majistret. Pada tahun 2022, kakak ipar tampil mohon maaf secara terbuka dan berjanji tak ulangi lagi.
Aku tak saman atas ikut rasa marah. Aku cuma mahu keadilan. Satu sen pun aku tak ambil. Namun kesan yang aku tanggung bukan kecil. Tahun 2023 hingga 2024, aku munt4h d4rah. Aku gugur anak dua kali. Setiap kali aku mula rasa bahagia mengandung, akhirnya aku kehilangan.
Aku terp4ksa berhenti mengajar sebab perut aku membusung angin macam sembilan bulan mengandung. Rawatan moden semua kata tak ada apa – apa. Ujian d4rah normal. Imbasan normal. Tapi keadaan fizikal aku makin teruk. Aku ikhtiar juga rawatan Islam. Alhamdulillah ada sedikit perubahan.
Aku mula boleh mengajar sikit – sikit dengan buka kelas tuisyen sendiri dari rumah. Tapi emosi aku tak pernah stabil. Setiap kali malam aku susah tidur. Aku selalu rasa cemas tanpa sebab. Rumah tangga yang sepatutnya jadi tempat berlindung, bertukar jadi medan per4ng yang senyap.
Masuk tahun 2025, pada 15 Jun 2025, suami beritahu ayahnya hendak datang jumpa aku untuk tujuan damai. Aku sebenarnya kurang yakin dengan keikhlasan mereka. Tapi ayah dan mak aku nasihat supaya bersangka baik. Aku pun terima.
Petang itu mereka sampai. Ayah mertua, adik ipar dan suaminya. Ayah mertua tanya kenapa aku tak balik kampung. Aku jawab dengan bukti penghakiman mahkamah dan tangkap layar gambar kahwin aku yang diviralkan untuk tujuan pemb0mohan.
Aku beritahu juga kakak ipar sendiri mengaku mak ayah pergi berubat hendak pisahkan aku dan suami. Jadi perlu ke aku balik dengan ancaman begitu? Ayah mertua kata dia restu pernikahan kami. Aku masa itu hampir menangis sebab ingat semuanya sudah selesai.
Tapi keesokan paginya, adik ipar WhatsApp suami. Dia ajak suami pergi berubat. Katanya, adik tengok abang s4kit. Jom jumpa b0moh. Tapi abang jangan bawa kak. Kenapa suami aku hendak dibawa tanpa pengetahuan aku? Kenapa perlu berubat secara sembunyi?
Aku mula rasa tak sedap hati. Bila aku tanya suami, dia marah dan kata aku terlalu fikir bukan – bukan. Dalam masa yang sama, keluarga dia pujuk rayu sampai ajar dia lafaz cerai melalui WhatsApp dengan talak tiga. Berlaku pertengkaran besar antara suami dan keluarga.
Mertua aku pernah cakap, kalau suami cerai, mak tak akan jumpa b0moh dan tak akan d3ndam pada aku lagi. Seolah – olah cerai itu syarat untuk mereka berhenti. Paling aku tak sangka, kakak ipar suruh suami pergi pejabat agama untuk failkan kes penceraian. Sedangkan sehari sebelum itu ayah mertua bercakap tentang restu.
Aku betul – betul hilang akal. Kenapa mula – mula ajak damai, tapi esoknya berubah seratus lapan puluh darjah? Aku rasa seperti dipermainkan. Sejak kejadian itu, hubungan aku dan suami makin renggang. Suami jadi pendiam. Telefon selalu dikunci.
Kalau mesej dari keluarga masuk, dia akan menjauh. Bila aku tanya, dia marah dan kata aku tak percaya dia. Tapi dalam masa yang sama, dia tak pernah tegas pertahankan aku di depan keluarga. Aku pernah terdengar perbualan dia dengan ibunya melalui telefon.
Ibunya kata, selagi perempuan itu ada, selagi itu hidup kamu tak tenang. Aku terduduk di dapur dengar ayat itu. Perempuan itu yang dimaksudkan adalah aku. Sekarang aku tanya diri sendiri, apa yang perlu aku buat? Perlu ke aku terus pertahankan rumah tangga ini walaupun aku rasa terancam?
Dari sudut Islam, sih1r memang tak ada bukti zahir, tapi kewujudannya disebut. Aku rasa aku m4ngsa perbuatan itu. Kesihatan aku merosot tanpa sebab jelas. Rumah tangga aku porak peranda tanpa alasan kukuh. Aku masih sayang suami.
Itu hakikat yang paling susah aku hendak nafikan. Bila dia baik, dia sangat baik. Bila kami berdua sahaja, dia boleh jadi suami yang penyayang. Tapi bila masuk campur keluarga, dia jadi orang lain. Aku penat. Aku takut kalau aku teruskan, mud4ratnya lebih besar. Tapi aku juga takut kalau aku lepaskan, aku menyesal seumur hidup.
Apa yang patut aku buat? Bertahan demi cinta atau lepaskan demi keselamatan diri dan iman? Aku benar – benar perIukan pandangan yang baik – baik untuk aku cari jalan penyelesaian. Aku dah tak kuat sangat, tapi hati aku masih belum mampu melepaskan.
Ulasan Pembaca :
Abu Rock : Berat ni kak. Lebih baik dapatkan nasihat daripada ayah akak sebaiknya. Terus terang dengan mereka ya. Walaupun terp4ksa berpisah demi mengelak mud4rat yang lebih besar, maka akak perlu k0rbankan semua yang akak sayang. Sih1r bukan perkara main – main kerana boleh melibatkan seluruh keturunan akak nanti. Teruskan rawatan, jangan berhenti.
Alous Alin : Sayang suami itu perlu, tapi jika keluarga suami dah buat mud4rat pada tuan tubuh, lebih baik berpisah cara baik. Tak mengapa, talak itu h4ram tapi dibolehkan jika ada sebab yang tertentu. Tentang keluarga mertua itu biarkan sahaja. Kifarah Allah itu ada. Muliakan b0moh sampai sanggup buat sesuatu yang menyalahi agama. Biar Allah sahaja yang beri hukvman. Tabahkan diri dan dekatkan diri dengan Allah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.