
Isteri aku ni doktor, lepas aku kemalangan dia tiba – tiba baik dengan aku. Dia sengaja p4ksa aku makan ubat, siap ugvt lagi. Aku dapat tahu dia masukkan nama aku dalam insurans, aku dah tahu dia nak duit je. Duit socso aku ada 80k..
#Foto sekadar hiasan. Saya tengah MC sebulan sebab saya ced3ra di tempat kerja. Saya baru kahwin dengan isteri pada bulan 12 tahun lepas. Kahwin belum sampai setahun pun. Saya kahwin dengan dia pun sebab terp4ksa. Dia pun terp4ksa juga. Kami tak ada perasaan pun.
Sebab kami kena tangkap walaupun kami tak buat apa – apa. Masa tu dalam kereta, duduk sembang – sembang saja tapi pukuI 2 pagi dekat pantai sebab dia kata dia free masa tu saja. Saya kenal dia dalam apps. Dua tiga bulan kawan, dia ajak jumpa. Saya tak tahu apa – apa pasal dia sebab dia sangat berahsia.
Yang saya tahu dia janda, tapi tak ada anak. Orangnya cantik, free hair. Saya fikir masa tu dia nak ajak main saja. Bila dah kena tangkap, dua – dua family dah tahu. Kami disuruh kahwin sebab rupanya isteri kerja doktor kat hospital kerajaan. Dia dan family takut benda tu jejaskan pekerjaan dia.
Sebab orang JAIP tu ada cakap akan jejaskan kerja kalau jabatan tahu kemudian hari nanti. Saya teruk kena marah dengan family masa tu. Ayah siap Iempang saya. Jadi saya akur saja la. Bapak dia pun kata saya kena kahwin sebab nak tutup aib.
Sebab bapak dia risau orang tahu pasal ni. Orang JAIP tu kata kahwin solusi terbaik untuk masalah ni. Lepas kahwin, duduk rumah dia berdua dengan dia. Tapi dia tak selalu ada kat rumah. Kerja dia sekejap pagi sekejap malam. Kadang – kadang balik, kadang – kadang berhari – hari tak balik pun.
Tak macam laki bini pun kehidupan kami. Saya menyesal atas perbuatan saya, akhirnya macam per4ngkap saya saja. Sebab family saya, terutamanya mak saya, bila tahu dia doktor, dah macam jadi munafik pula. Riak, takbur segala benda. Saya nak bercerai, family tak bagi.
Mak kata kalau bercerai, jangan balik sini dah. Cari rumah sendiri. Jadi saya buntu sangat. Isteri pun selalu dingin dengan saya sebab kena kahwin dengan orang yang bukan standard dia. Dia kata kalau tak fikir pasal kerja dia, tak hingin pun orang macam saya ni.
Kami ada berbincang nak bawa haluan masing – masing. Tapi dia cakap macam baru lagi… tunggu kemarahan family dia reda dulu. Lepas tu nak jadi cerita, saya kemaIangan kat tempat kerja. Seminggu juga ingatan saya kejap okay, kejap tak okay.
Lepas keluar hospital, saya duduk rumah mak saya. Dia tak call saya pun, tapi mak saya pula kerap call dia update pasal saya. Asyik WhatsApp dia tanya ubat itu ini. Saya rasa macam munafiknya. Lepas tu sekali dua dia ada datang melawat saya. Lepas tu dia sendiri offer saya duduk dengan dia.
Mak pun ada ikut sekali la. Mak saya macam ada agenda saja. Lepas tu mak dah balik. Tinggallah saya berdua balik dengan dia. Cumanya dia macam tiba – tiba berubah jadi baik giIa. Caring pasal saya, sentiasa update pasal kerja dia. Sebelum ni tak ada check Iuka ke apa ke tapi lepas tu hari – hari dia dressing Iuka saya. Check itu ini.
Kemudian malam – malam dia dah mula bagi saya ubat. Saya tak tahu ubat apa. Dia pil kecil w4rna pink macam tu. Hari tu dia cuti 3 hari, konon nak jaga saya. Dia masak untuk saya, apa semua. Sejak mak saya balik tu, dia dah tak kerja malam.
Locum semua dia dah tak buat dah. Dia kata dia minta kawan cover kerja dia. Kalau dia kerja malam pun, dia akan pastikan saya tidur. Dia pergi kerja dalam pukuI 8 ke 9 malam macam tu. Dia kata saya kena banyak rehat. Hari tu dia suruh saya sign satu surat.
Saya tanya apa ni, dia kata surat insurans saja. Saya tanya insurans apa, dia kata dia masukkan saya bawah dia. Kalau apa – apa senang nak pergi private. Saya macam pelik la. Saya kerap fikir dia nak saya m4ti sebab dia akan dapat duit insurans. Hari tu saya berkeras tak nak makan ubat dia bagi melainkan ubat hospital.
Saya berterus terang kat dia saya rasa dia nak bvnvh saya. Dia kata sebab tu saya kena makan ubat ni, sebab otak saya berhalusinasi macam – macam. Lepas tu saya p4ksa nak tengok tu ubat apa. Nak tengok label dia… lepas tu dia tunjuk la. Saya tak faham bahasa perubatan, tapi saya ada Google masa tu. Ubat tu untuk bagi otak kita relaks. Rasa tenang.
Hari tu saya ada check up kat hospital, dia teman saya. Sebelum ni family atau adik saya yang akan bawa. Hari tu dia minta ganti dengan kawan, dia yang bawa saya. Hospital yang kami pergi tu bukan hospital tempat kerja dia, tapi hospital lain. Lepas tu masa doktor tengah check, dia ada sekali. Tanya itu ini.
Saya bagitahu doktor tu nak cakap personal, tak nak dia ada. Tapi dia macam tak puas hati, asyik desak kenapa, kenapa. Lepas tu dia tunggu kat luar, saya bagitahu kat doktor tu, malam – malam dia bagi ubat supaya saya tidur. Kalau saya tak nak makan, dia ugvt nak bagitahu mak saya.
Saya kata dia nak bvnvh saya. Tapi doktor tu kata dia kenal doktor Shafiqah. Tu kawan dia. Dia kata niat isteri saya baik saja. Nak saya sihat. Macam – macam dia puji isteri saya. Lepas tu dia kata nak refer surat ke psikiatri. Mungkin saya perIukan kaunseling, dia cakap.
Kemudian saya m4kin str3ss dan tak percaya institusi perubatan. Sebab kat mana – mana pun rasa macam akan ada saja kawan isteri saya. Balik dari check up, isteri bising dalam kereta. Dia kata saya ni memaIukan dia… tak percaya dia. Kata apa tanggapan kawan – kawan dia nanti.
Lepas tu dia kata nanti nak tukar kes saya ke hospital lain. Hospital tempat dia kerja. Supaya senang nak pantau, apa semua. Saya tak setuju… saya rasa niat dia supaya saya m4ti cepat. Nanti cucuk ubat itu ini. Senang nak komplot dengan kawan – kawan dia.
Saya kata kita kan nak berpisah. Buat apa nak buat semua ni. Tak payah nak care – care sangat. Tapi dia kata tak nak cerai. Nak cuba kenal – kenal saya. Cakap pasal takdir, jodoh, apa semua. Ni mesti sebab insurans ada tempoh matang kan. Bila saya cerita kat orang, semua orang kata saya berhalusinasi la, imaginasi la. Saya str3ss la… tak ada siapa nak percaya saya.
Macam mana saya nak keluar dari masalah ni. Saya nak lari mana – mana tapi tak mampu. Mak saya kata dia tak akan terima saya, jaga saya kalau saya bercerai. Sekarang isteri yang tanggung semua. MC company bayar basic untuk 60 hari saja setahun. 60 hari tu dah habis dah. Gaji bulan ni masuk RM300 lebih saja.
Ni pun dengar – dengar kalau masih MC, nanti company nak terminate saya. Saya pun tak ada duit sangat dah. Sebab mak dah ambil semua duit saya. Isteri kata jangan fikir pasal duit, kerja semua. Bagi saya sihat dulu. Dia pujuk – pujuk saya tapi saya rasa m4kin takut dengan dia.
Semalam dia ajak saya bersama. Katanya nak tahu fungsi – fungsi organ saya macam mana. Tapi saya tak nak. Bila saya tolak, dia m4kin berkeras. Seolah – olah nak p4ksa saya. Kemudian saya m4kin tantrum, dia keluar bilik. Lepas tu masuk balik bawa ubat. Ubat cecair dalam picagari budak tu.
Saya ni s4kit, pergerakan saya terbatas. Dia p4ksa saya telan ubat tu. Lepas tu saya rasa relaks saja. Rasa happy. Saya masih ingat, dia cakap dia sayang kat saya. Kenapa saya tak nak faham perasaan dia. Tapi saya rasa fake saja semua tu. Hari tu dia juga cakap menyesal kahwin dengan saya. Saya bukan level dia. Macam mana boleh sayang pula tiba – tiba.
Tapi saya dah tahu kenapa. Pagi tadi dia cakap company saya tengah urus duit SOCSO dan insurans. Sebab kemalangan kat tempat kerja kan. Dengar kata saya boleh dapat dekat RM80k. Lepas tu kalau tak boleh kerja, bulan – bulan boleh dapat SOCSO.
Saya terk3jut, kenapa dia boleh tahu semua ni? Saya pertikai dengan dia, dia kata masa kemaIangan tu, orang contact dia sebab dia isteri. Lepas tu dia tolong HR saya bantu apa yang patut. Saya tak puas hati. Saya call HR saya. Saya tanya kenapa company tak deal dengan saya. Lagi satu, saya tak pernah update pun perihal status saya.
Maklumat kec3masan untuk dihubungi masih nama ayah saya. Macam mana boleh contact dia pula? Tapi HR kata report saya menunjukkan saya tak mampu untuk urus apa – apa. Lagipun isteri lebih berhak untuk uruskan semua. Sebab tu deal dengan isteri, sebab family saya yang maklum saya dah kahwin. Dan bagi nombor contact isteri saya.
Saya tanya, habis duit tu dapat kat dia ke? HR kata akan masuk akaun saya. Melainkan saya meninggaI, isteri akan dapat. Ya Allah, saya rasa takut sangat. Saya betul – betul dah faham kenapa dia baik. Mesti sebab nak duit saya. Bila saya g4duh dengan dia, dia gelak saja.
Dia kata saving dia pun dah berjuta. Tak hingin la setakat RM80k tu. Dia kata gaji sebulan dia pun 5 kali ganda gaji saya sekarang. Tapi tetap saya rasa dia tipu. Macam mana saya nak buat ni? Semua orang rasanya tunggu saya m4ti saja sebab nak duit EPF, duit insurans, duit semuanya. – Ali (Bukan nama sebenar)
Ulasan pembaca :
Sya Nysya : Nampak sangat kau tak sekufu dari segi pemikiran dengan isteri. Dari apa penceritaan ni, memang semua langkah – langkah yang isteri ambil tu betul. Dah macam budak tak matang dah achik tenguk kau ni. Atau mungkin banyak sangat tengok drama.
Kalau tak boleh kerja dapat pencen ilat. Mungkin tu isteri cuba buat. Yang dia suruh sign insurance tu adalah insurance medical supaya kalau kau eksiden ke s4kit ke boleh masuk swasta. Rasanya isteri mula rasa sayang pada awak tapi awak tu yang macam paran0id. Jadi lelaki jangan lembik.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.