Keluarga kekasih aku minta 20k hantaran dengan barang kemas serba satu. Sedangkan aku hanya pekerja taraf diploma, miskin bandar. Aku kerja siang malam di Korea kumpul duit selama 8 bulan. Balik Malaysia aku dilayan macam peminta sedekah. Rupa – rupanya kami ibarat pipit dan enggang…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Sebut sahaja lelaki, pasti dicopkan sebagai buaya d4rat, main kayu tiga empat, tetapi jarang sekali lelaki meluahkan perasaan kerana tiada siapa yang sudi mendengar kerana asyik dicopkan negatif oleh warga wanita.
Aku ini hanya taraf diploma sahaja, penduduk miskin bandar, aku tersalah langkah apabila aku terjatuh cinta dengan wanita yang jauh lebih berada dari aku. Benarlah cinta itu buta, aku diberi syarat hantaran RM20k dan barang kemas “serba berdiri”, waktu itu aku sebenarnya tahu pihak wanita telah menolakku dengan cara beralas.
Mereka tahu aku tidak mampu. Ibu sudah beri nasihat, tidak perlu menerima syarat mereka. Tetapi sikap aku yang eg0 dan menerima cab4ran itu dengan yakin. Aku diberi masa setahun untuk kumpul segalanya.
Waktu itu aku hanya ada RM3k dalam simpanan. Aku buat keputvsan untuk ke korea menjadi buruh secara h4ram dengan mengambil cuti tanpa gaji selama setahun. Butanya mata aku waktu itu kerana aku sudah tidak nampak cara aku waktu itu telah menyusahkan rakyat Malaysia yang lain.
Dek kerana perju4ngan cinta, aku kembara mencari rezeki. Mulanya tunang aku, Tia, memahami. Siap beri dorongan dan memuji keberanian aku berju4ng untuknya. Siang malam aku membanting tuIang bekerja di Korea, aku mengik4t perut untuk mengumpul duit dengan segera.
6 bulan selepas itu, aku merasakan Tia sem4kin menjauhi aku. Aku cuba mesej dengannya tetapi jarang dilayan. Kalau mesej pun hanya perkataan yang pendek dan dibiarkan “blue tick” sahaja. Aku tahu Tia sudah penat menunggu aku pulang.
Tia seorang yang manja, dia perIukan aku di sisinya sentiasa. Genap 8 bulan, aku berjaya mengumpul duit yang dijanjikan dan kembali ke Malaysia dengan hati yang rindu menggunungkan kepada keluarga dan Tia.
Sekembalinya aku ke Malaysia, aku masih belum dapat menjejaki Tia, aku ke rumah ibu bapanya, tetapi maIangnya mereka sekeluarga bercuti ke Switzerland selama 2 minggu. Aku menunggu dengan sabar dan menyuruh ibu untuk bersiap sedia menghantar duit belanja seperti yang dijanjikan.
Tia langsung tidak menghubungi aku. Aku sabar dan membelikan teddy bear kepadanya. Aku tunggu Tia di luar pagar rumah mereka pada hari dia dan keluarga tiba di Malaysia. MaIangnya aku dihaIau oleh abangnya dan mengatakan aku tidak malu menunggu dan diibaratkan seperti peminta sedekah.
Menangis air mata jantan aku waktu itu. Aku kembali ke rumah dan menceritakan kepada ibu. Ibu terus membatalkan rancangan kami untuk menghantar duit belanja. Hati ibu sudah tertutup untuk menerima Tia sebagai menantunya.
Ibu berkata, pada dahulu lagi hatinya tidak tenteram. Ibarat pipit dan enggang tidak akan terbang bersama walaupun si pipit cuba sedaya upaya. Aku perlu sedar diri aku yang family kami hanya tinggal di rumah PPR.
Bagaimana aku ingin membawa Tia untuk tinggal dengan kami walaupun rumah PPR tersebut adalah atas nama aku. Aku seperti tersedar, aku terus menelefon Tia, walaupun dia enggan berjumpa aku, tapi kami perlu selesaikan masalah ini.
Akhirnya kami berjumpa, Tia beritahu sejujurnya dia tidak dapat menunggu aku lagi. Dia bosan dan telah bertemu dengan lelaki yang setaraf dengannya. Aku hampir mahu menjerit waktu itu, ikutkan hati mahu sahaja aku membvnvh Tia kerana tidak berpegang pada janji.
Tetapi aku masih ingatkan nasihat ibu, aku berlalu meninggaIkan Tia dengan tangisan yang aku pendam di dalam hati. Sebulan juga aku tidak mahu makan dan minum. Badan aku sem4kin susut dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun.
Aku tidak salahkan Tia, tetapi aku salahkan diri aku kerana terlalu buta dan tidak sedar diri yang aku ini pemuda miskin yang hanya ada keikhlasan di dalam percintaan. Genap sebulan, ibu datang bercakap dengan aku.
Ibu mengatakan aku ada kekuatan dan kelebihan yang aku sendiri tidak mengetahui. Iaitu rajin mencari rezeki dan berazam tinggi. Dengan duit yang aku kumpul untuk hantaran Tia, aku bersama adik membuka cafe di pinggir ibu kota.
Berkonsepkan santai, kami berjaya mendapat ramai pelanggan tetap dan sekarang lebih mudah kerana ada service delivery. Walaupun cafe kami agak kecil, masih belum stabil sepenuhnya, tetapi aku telah memberikan cahaya baharu terhadap kehidupan adik aku kerana dia memang minat berniaga sejak dahulu lagi.
Kini, hidup aku kembali normal, aku masih bekerja biasa, dan malam aku akan membantu adik di cafenya. InsyaAllah tahun depan kami merancang untuk membuka cawangan di tempat lain dan resepi kopi ibu aku sendiri menambat sambutan hangat dari customer kami.
Walaupun hati aku masih s4kit, ya, masih s4kit. Aku masih tr4uma dengan wanita tetapi perasaan aku sedikit terubat melihat ibu dan adik yang gembira menguruskan cafe setiap hari. Siapa tahu duit yang aku kumpul untuk memberikan kehidupan baru kepada wanita lain rupanya berguna untuk kehidupan baru untuk ibu dan adik aku.
Nampak macam novel kan? Tahu tak kenapa? Sebab lelaki jarang luah perasaan di media social. Hakik4t orang yang terani4ya seperti aku masih ada, tetapi jarang di tengahkan oleh sesiapa. Kepada Tia, abang harap Tia bahagia dengan pilihan hati.
Abang mohon maaf kerana abang tidak mampu memberi kebahagiaan kepada Tia, dan abang maafkan segalanya yang sudah terjadi antara keluarga kita. Walaupun pedih itu tetap ada, tetapi kepedihan hati ini kerana kasih sayang itu masih ada dihati. bukanlah kerana abang membenci Tia.
Kepada seluruh warganet, nasihat ibu bapa dalam mencari j0doh itu amat penting. Dan juga ia perlu melihat dari segi taraf dan kedudukan antara dua keluarga. Sejujurnya ini silap aku kerana aku telah cuba untuk terbang bersama enggang, tetapi aku gagal. Sekian. Assalamualaikum WBT. – Muzaffar (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Mohd Noor : I feel you bro, dengarlah cakap mak bapak sebab mereka dah lama makan garam. Lupakan terus minah tu, fokus je la dengan apa yang kau ada sekarang, jangan kemaruk fikir pasal j0doh. Realiti hidup bukan macam drama, lelaki biasa dapat kahwin dengan pompuan kaya raya.
Baguslah kau dah putvs sekarang, kalau kahwin jugak dengan minah tu, rasanya musn4h life kau. In Shaa Allah ada j0doh buat kau nanti.
Cik Ros : Nanti kau dah berjaya dan ada pengganti. Tia tu pula dipermainkan lelaki dan ditinggalkan. Dia akan cari kau semula. Lepas tu kau jangan gatal – gatal tinggal yang baru sebab cinta mendalam kau kat Tia dan tinggal pula kekasih baru kau.
Alasan tak dapat lupakan Tia. Lelaki ni selalu jd b0doh sebab cinta. Selalu sangat dah jadi macam tu.
Fieda Amit : Helang ke pipit ke, semua akan jatuh ke bumi bila sampai masanya nanti. Apa – apa pun, kegigihan awak berusaha tu memang satu kualiti pada seorang lelaki yang bertanggungjawab. Keep it up dik.. tak boleh jadi helang, jadi phoenix ya.. Tidak ada apa yang must4hil.
Fidna Laham : Rezeki yang sepatutnya memang untuk family sendiri. Bagus, akhirnya sedar diri yang sekufu tu memang perlu, kerja keras dan semangat serta berpegang kepada janji itu yang terbaik dalam diri awak. Harap akan berjumpa dengan yang lebih baik lepas ni.
Ismi Sha Asri : Belajar letak taste and demand sesuai dengan kita. Orang kata kadang – kadang yang bukan taste kita tu yang akan dapat kat kita tu. Contoh saya bagi, Kita punya taste tak nak pempuan selekeh, berjerawat, yang tak nak tu la yang nak dapat tu.
Dari memula keluarga dia dah tunjuk hint rejection. Patut awak tarik diri dah time tu. Tapi setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Betul kata mak awak, kekekuatan awak ni pada kerajinan kudrat cari duit. Pandai buat dan cari duit. Senang – senang je boleh pergi korea untuk kerja dekat sana. Berani dan hebat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.