Aku berterima kasih dkt suami sbb terima aku yg ada kisah hitam tp rupanya dia pen4gih

Suami seorang yang berpelajaran tinggi dan merupakan majikan aku. Baru setahun kahwin, anak sulung berumur 3 bulan, suami jadi 0KU. Kaki dia kena p0tong sebab  selalu suntik dekat bahagian peha. Masa tu jugak kami dapat tahu suami ada HlV dan suami hilang pekerjaan. Suami hampir putvs asa, sehinggalah..

#Foto sekadar hiasan. Wanita, sesungguhnya ujian hidup ini memang sangat hebat. Oleh itu, harungiIah hidup ini dengan semangat dan jiwa yang kentaI. Ujian hidup setiap insan berbeza. Tidak sama antara satu sama lain.

Ada yang perjalanan hidupnya mudah. Ada yang perjalanan hidupnya penuh onak duri. Seolah – olah tidak ada gambaran bahagia. Oleh yang demikian, kita perlu sayangi diri kita dahulu sebelum kita berk0rban segala – galanya untuk orang lain.

Che Haneem namaku. Usia sekarang di awal 50-an. Melalui perjalanan hidup yang aku rasakan terlalu panjang. Sejak usia kecil telah melalui sejarah hitam. Pernah menjadi m4ngsa cabuI dan r0goI diusia seawal 6 tahun.

Mula bekerja secara sambilan sejak di awal usia remaja. Mencari duit poket sendiri untuk sambung persekolahan di sekolah menengah. Tamat sekolah menengah dengan keputvsan yang baik tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti atas faktor kewangan.

Ditakdirkan berkahwin pada awal usia 20 tahun. Disangka panas hingga ke petang, rupanya ribut petir di tengah hari. Selepas berkahwin baru tahu bahawa si suami adalah seorang pen4gih d4dah. Namun, apakan daya dengan usia yang terlalu muda.

Aku hadap sahaja kehidupan dan ujian perkahwinan itu. Bagi aku yang penting adalah sayangi diri aku sendiri. Walaupun berkahwin dengan pen4gih d4dah, aku gagahi perju4ngan hidup bersamanya. Setahun perkahwinan, kami dikurniakan seorang anak.

Melihat anak semakin membesar, aku berusaha untuk keluarga kecil kami. Aku bekerja, sambil bekerja aku sambung belajar. Sehinggalah melahirkan anak kedua. Baru tamat Diploma. Rumahtangga kami ada pasang surut.

Al-maklum sahaja, suami pen4gih d4dah. Walaupun begitu, suami masih bekerja. Setelah lahir anak ke dua, suami berubah. Alhamdulillah. Aku masih fokus kepada kerja, belajar dan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.

Tahun demi tahun aku lalui kehidupan ini. Pelbagai ujian dan cab4ran telah aku lalui. Ketika melalui saat yang paling sukar, aku perbanyakkan mengadu kepada Allah. Aku bangkit kuatkan semangat diri kerana prinsip hidup aku adalah walau apapun jua, hidup ini mesti aku teruskan dengan semangat dan jiwa yang kentaI.

Jika aku tidak bangkit untuk diriku siapa lagi yang akan tolong hulurkan tangan untuk aku. Aku kena SAYANG DIRI AKU. ALLAH sentiasa melihat dan bersama aku. Aku kena terus kuat dan berusaha. Begitulah hidup aku tahun demi tahun.

Aku lalui bersama keluarga kecil aku. Suami yang pada mulanya men4gih d4dah sehinggalah dia berhenti men4gih d4dah. Bersama – sama kami membesarkan anak – anak kami. Aku pula dari diploma, ijazah dan master sambil bekerja aku sambung belajar secara PJJ.

Sekarang umur aku 50 tahun, aku masih lagi sambung belajar PHD. Semua ini aku lakukan kerana aku sayang dir aiku. Hidup ini memang penuh dengan ujian. Aku melaluinya sejak aku kecil. Kini, aku sudah merasa puas dengan kehidupan ini.

Anak – anak sudah dewasa. Masing – masing ada kehidupan sendiri. Suami aku sudah 3 tahun kembali menghadap ALLAH. Semoga dia tenang di sana. Semoga kita dapat bersama lagi di sana nanti. Walau siapapun dia, aku berterima kasih kerana dia sudi mengambil aku sebagai isterinya walau pun tahu kisah silam aku.

Dia juga sentiasa ada memberikan sokongan moral ketika aku menyatakan aku hendak sambung belajar secara PJJ. Terima kasih atas segalanya. Wanita, SAYANGI DIRIMU. Kejayaan dan kebahagiaan pasti akan engkau rasai. – Che Haneem (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Pada asalnya, aku tidak berniat untuk menyambung penulisan saya. Namun, setelah aku membaca komen ada di kalangan pembaca yang hendak tahu bagaimana suami boleh berhenti men4gih d4dah.

Maka aku sambung cerita agar dapat menjadi sumber inspirasi kepada wanita lain. Aku akui, bukan mudah untuk hidup bersama seorang pen4gih d4dah. Setelah berkahwin baru tahu, dengan usia aku yang masih terlalu muda ketika itu.

Aku teruskan sahaja kehidupan bersamanya kerana walaupun dia pen4gih d4dah, dia bukan seorang yang mend3ra fizikaI aku. Hanya sedikit gangguan mentaI dan em0si sahaja. Ini kerana lehidupan aku sejak kecil sehinggalah aku remaja aku sudah biasa dengan pen4gih d4dah.

Jiran aku pen4gih d4dah, abang aku juga pen4gih d4dah. Apabila dapat suami pen4gih d4dah, aku sudah laIi. Suami aku sebenarnya seorang yang pr0fesional. Dia seorang yang berpelajaran tinggi. Dia memiliki degree.

Sewaktu perkenalan kami, dia adalah majikan di tempat aku bekerja. Setelah keputvsan SPM keluar dan aku tidak dapat sambung belajar atas faktor kewangan dan kemiskinan. Maka aku bekerja, di tempat kerja itulah bermulanya perkenalan kami.

Tidak mengambil masa yang lama selepas itu kami menikah. Selepas menikah baru tahu bahawa suami sebenarnya penguna d4dah. Dia mengguna d4dah sejak di alam universiti lagi. Zaman itu tahun 1980 an, r0kok, alk0hoI dan her0in itulah d4dah yang popular.

Dipendekkan cerita selepas setahun kami menikah, kami dikurniakan seorang anak. Semasa anak berusia tiga bulan suami aku telah kehilangan kakinya. Kakinya hilang akibat menyuntik d4dah di saraf ceIah peha (urat besar di bahagian kaki).

Dia overd0se, tapi tidak m4ti hanya kehilangan kaki sahaja. Waktu itu, Doktor pakar telah mengesahkan bahawa dia pembawa kuman HlV. Tiada kata – kata yang dapat aku ungkapkan waktu itu. Anak masih terlalu kecil, aku pula seorang sahaja hidup bersamanya.

Hanya kepada ALLAH sahajalah tempat aku mengadu, berg4ntung harap dan berserah takdir hidup. Selepas kakinya di p0tong dan dia disahkan menghidap HlV positif, itulah turning point dia berubah. Dia sebenarnya hampir putvs asa untuk hidup.

Apabila dia kehilangan kakinya dan disahkan HlV positif, dia juga kehilangan pekerjaan waktu itu. Aku pula masih setia bersamanya bersama anak kami. Melihat anak kami sem4kin membesar sihat dan comel. Di situ menjadi semangat kepada suami untuk meneruskan hidup dan berhenti dari men4gih d4dah jenis her0in.

Aku dan anak diwajibkan menjalani ujian d4rah juga. Alhamdulillah saya dan anak negatif dan tidak menghidap HlV. Selepas setahun suami 0KU, dia mula mendapat pekerjaan semula. Selepas itulah aku mula sambung belajar dengan sokongan dari suami.

Rezeki kami di tahun ke–3 perkahwinan, saya disahkan mengandung anak ke dua. Waktu itu, memang aku takut. Takut sekiranya ujian d4rah aku positif HlV. Namun, kuasa ALLAH itu mengatasi segalanya. Alhamdulillah ujian d4rah saya disahkan negatif HlV.

Oleh kerana aku mengandung, suami pula HlV +ve. Maka setiap bulan aku wajib menjalani ujian d4rah. Sungguh aku bersyukur, sehingga aku selamat bersalin anak ke dua, aku dan anak negatif HlV. Rutin kami menjalani ujian d4rah setiap 6 bulan sekali sehingga anak aku berusia dua tahun.

Manakala aku pula menjalani ujian d4rah setiap 6 bulan sekali selagi ada hayat aku. Tapi aku menjalani ujian d4rah tersebut sehingga suami aku meninggaI dunia sahaja. Turning point suami aku berhenti men4gih d4dah adalah asbab aku dan anak – anak.

Aku tetap setia berada bersamanya meneruskan hidup. Selama 26 tahun kami hidup bersama kisah dia men4gih d4dah hanya dalam tempoh setahun sahaja. Selepas itu, cab4ran hidup kami adalah dia sebagai seorang 0KU dan juga penghidap HlV.

Oleh kerana suami adalah seorang yang berpendidikan tinggi (Degree Holder) maka disetiap langkah aku sambung belajar dari Diploma, Ijazah dan Master sememangnya mendapat sokongan dan bantuan penuh dari suami.

Dia juga banyak membantu menjaga anak – anak sepanjang akubelajar dan bekerja. Sehinggalah ke akhir hayatnya, kami puas dengan kehidupan alam perkahwinan kami. Anak – anak juga menghorm4ti ayahnya. Anak – anak tahu ayahnya penghidap HlV sehingga akhir hayat.

Anak – anak cukup m4tang dan dewasa waktu mengetahui ayahnya s4kit. Kini aku sambung belajar di peringkat Doktor Falsafah, aku sunyi. Suami aku sudah tiada. Anak – anak sudah ada kehidupan sendiri. Aku masih bekerja, jadinya aku ambil keputvsan sambung belajar untuk mengisi masa dan mencapai cita – cita aku untuk belajar hingga ke peringkat PHD.

Sejak awal lagi perkenalan aku dengan suami aku sudah sebut perkara ini. Jika dia masih ada pasti dia juga bangga dengan keputvsan aku  sambung belajar ke pringkat PHD. Wanita, apabila kita sayang diri kita, InshaAllah apa jua ujian dan cab4ran dalam hidup ini akan dapat kita hadapi.

Kita semua pasti akan m4ti. Selagi masih bernyawa, jangan putvs asa. Teruskan melangkah teruslah bersemangat mengharungi hidup ini. Kita sayang diri kita, kita bersyukur dengan kehidupan anugerah ALLAH. Hidup ini memang tidak sentiasa indah.

Kita kena yakin, hidup ini juga tidak akan selamanya d3rita. Kita berhak untuk bahagia. Jangan bandingkan hidup kita dengan kebahagiaan hidup orang lain. Kita tidak tahu apa yang orang lain hadap dan diuji dalam kehidupannya.

Namun kita tahu setiap insan pasti ada ujian dan cab4ran dalam kehidupan. Bersyukur dengan setiap apa yang kita ada. Berusaha selagi mampu untuk bangkit meneruskan kehidupan. ALLAH maha melihat dan maha berkuasa.

Keberg4ntungan hidup kepada ALLAH sumber kekuatan dalaman. Setiap kali tersungkur jangan terus menerus meratap kesedihan. Menangislah sepuas hati, setelah itu.. keringkan airmata, bangun semula, kumpulkan semangat dan kekuatan diri.

Teruskan perju4ngan hidup. Hidup ini adalah perju4ngan. Dunia ini memang untuk diuji, di akhir4t sana nanti sedia menanti. Wanita, sayangiIah dirimu. Kebahagiaan pasti akan dirasai. – Che Haneem (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Bunga Delisa : Semoga suami saya juga diberi hidayah saya selalu doa tuhan bagi la dia s4kit ke eksiden apa ke yang akan buat dia insaf dari men4gih d4dah kalau s4kit yang boleh bagi dia turning point. Tapi dia panjang umur selalu selamat.

Tuhan biarkan dia begitu kerana mungkin dia tidak pernah berniat untuk meninggaIkan d4dah. Tapi kalau dia s4kit saya taknak jaga, saya nak bagi mak dia je jaga sebab saya memang tak boleh terima suami saya pen4gih d4dah.

Saay tunggu dia Iumpuh s4kit sebab kalau masa sekarang dia sihat dia berIagak dengan saya dan taknak ceraikan saya. Dia dah janji nak susahkan saya kalau saya teruskan. Saya doakan kezaIimannya di baIas waktu dia usia muda.

Norhayati Sulaiman : Puan, walaupun pelbagai dugaan yang puan telah hadapi, tapi dari penceritaan puan, jelas terlihat puan seorang yang tabah, sabar dan tenang. Semoga puan akan terus berjaya dan berbahagia dengan kehidupan puan bersama keluarga, dunia dan akhir4t.

Azrul Hassan : Tahniah kepada arw4h, dan tahniah berganda kepada puan. Puan kena cuba usahakan supaya kisah hidup puan jadi sumber inspirasi kepada semua, tambah – tambah zaman serba sukar dan melekakan ni. GoodLuck.

Ann Fardan : Puan memang hebat. Hebat jiwa.. Hebat spirituaI.. Hebat r0haniah kerana tahap keberg4ntungan puan kepada Allah cukup kuat. Dan Allah yang mengubah seluruh musibah dan ujian menjadi bahagia yang indah utk dikenang.

Ya.. Puan memang sayangkan diri puan tetapi arw4h suami puan lebih sayangkan puan atas asbab itulah boleh berjaya hingga kini. Moga dipermudahkan segala urusan puan dunia akhir4t.

Malina Norm : I love this confession.. hidup ini takkan selamanya ditaburi bunga di setiap jalan. Pasti ada yang berduri. Yang penting macam mana kita react. Tqpuan, saya ambil iktibar.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.