Ayah tak keruan bila tak ada mak di sisi dia. Ayah aku selalu duk panggil nama mak aku, merayu suruh balik pada dia. Masa tulah first time aku tengok ayah aku menangis.
#Foto sekadar hiasan. Aku sedih bila tengok drama Andainya Takdir sebab aku rasa aku sedang tangok kisah aku sendiri. Ya kisah tu lebih kurang 96% sama dengan hidup aku. Bagi org lain kalau tonton cerita tu, tu hanya sebuah cerita dan mungkin anggap ia rekaan. Tapi tak bagi aku, ayah aku sorang yang sangat panas baran tapi ayah kepada ayah aku (atuk) lagii panas baran. Ayah aku bukan jenis Aril (Lakonan Syukri Yahyah), cemburu buta. Dia kira ok lagi sebab dalam cemburu buta, masa mood dia baik, dia boleh lagi dengar kata – kata sinis dari isteri dia tapi ayah aku tak.
Mak aku langsung tak boleh menjawab, kalau menjawab akan naiklah segala tangan. Ayah akan meng4muk tak ingat dunia. Aku dari kecil lagi dah kena beIasah dengan ayah aku sebab masalah kecil je. Ayah aku kalau depan org memang pijak semut tak m4ti. Semua orang kmpung puji ayah aku. Kadang sampai kawan aku teringin nak ada ayah macam ayah aku tapi aku rasa meIuat dengan ayah aku.
Ade satu hari ayah aku meng4muk beIasah mak aku nak bunvh mak aku tapi mak aku sempat lari pergi rumah opah aku. Ayah aku pun kena tangkap dengan polis (sama kan macam Aril) tapi tak lama. Kalau korang tengok dan ingat episode akhir Aril merayu dekat rumah mak Fatihah supaya balik pada dia, ayah aku pun macam tu. Tak keruan bila tak ada mak aku di sisi dia sedangkan mak aku dah bagi banyak sangat peluang tapi tetap ayah aku buat lagi. Ayah aku selalu duk panggil nama mak aku, merayu suruh balik pada dia. Masa tulah first time aku tengok ayah aku menangis.
Tapi aku kesal sebab mak aku tetap bagi peluang pada ayah aku, alasannya sebab anak – anak. Mak aku sanggup bertahan demi anak – anak. Mak aku cakap orang lain memang suruh mak aku cerai tapi kalau mak aku cerai, macam mana mak aku nak besarkan anak – anak dia?? Mak aku tak bekerja, nak bawak kereta pun mak aku tak reti. Masa susah, siapa je boleh bantu kami sekeluarga nanti?? Memang ramai tak puas hati bila mak aku kembali pada ayah aku tapi apakan daya, orang lain tak akan rasa apa yang kita rasa, orang lain takkan tahu perit jerih nak lalui hidup. Tambah lagi ayah aku selalu pergi rumah nenek aku merayu rayu dekat luar rumah macam orang tak terurus, sanggup ke hari – hari mak nak lalui macam tu?
Setiap kali aku tengok cerita Andainya Takdir, masa Aril pukuI isteri dia, menjerit – jerit, kepala aku pusing, s4kit, berdenyut jantung aku berdebar. Aku rasa nak pitam, semacam aku yang ade kat situasi tu sebab aku pernah aIami situasi tu. Walaupun ayah aku masih dengan perangai lama tapi tak seteruk dulu. Mak aku sering berdoa supaya ayah aku Berubah. Aku bangga dengan mak aku sebab sanggup bertahan dengan ayah aku demi anak – anak. Mak aku selalu pesan jangan ikut perangai negatif ayah aku. Itu memang peny4kit dia, jangan kita jadi macam dia kalau tak, dia dengan kita sama je.
Aku teringat mak aku selalu nangis – nangis kalau berkumpul dengan mak cik pak cik aku sebab mak cik aku selalu perIi mak aku. Dulu ya, keluarga kami miskin, semua nak dipandang h1na. Tambah aku ada ayah macam tu. Namun sekarang, alhamdulillah keluarga kami semua dah berjaya. Sampai mak cik yang asyik perIi kami buat – buat rapat dengan kami.
Mak aku wanita yang tabah, dia sanggup h4rungi dugaan dengan ayah aku, dengan perIian mak cik aku. Setiap kali aku tengok mak aku menangis, hati aku hiba. Mak aku jiwa kentaI, sem4kin aku besar, sem4kin aku dapat jawapan kenapa mak aku sampai sekarang tak bercerai. Kadang – kadang setiap keputvsan yang kita buat perlu lihat dari banyak aspek. Biarlah keputvsan tu tak memuaskan hati orang lain asalkan kita tahu apa yang terbaik untuk diri dan orang yang kita sayang. Tidaklah tuhan menguji seseorang h4mba itu melainkan dia boleh tanggung ujian tu.
Ayah aku sekarang barannya ade lagi, cuma tak seteruk dulu. Ayah aku dah boleh sikit – sikit kawal sifat marah dia. Mungkin faktor usia, mungkin juga doa mustajab seorang isteri yang membina kasihnya kerana Allah. Aku memang berdend4m dengan ayah aku tapi mak aku selalu nasihat jangan lihat sisi buruk ayah tapi lihatlah pada sisi baik yang pernah dia berikan. Ayah aku sememangnya sayang pada anak – anak tapi tak pandai nak menzahirkan perasaan tu. Cuma kadang – kadang terlepas pukuIan. Aku sentiasa berdoa agar diberikan syurga buat wanita terakhir dalam hidup aku iaitu ibu aku. – h4mba Allah-
Komen Warganet :
Rashidah Amin : Apa yang kita lihat di kaca tv, segala drama tentang kegan4san rumahtangga, semuanya adalah benar. Memang itulah realitinya, isteri selalu menjadi m4ngsa kepada ker4kusan suami. Isteri yang sepatutnya yang mendapat perIindungan tetapi jadi tempat lepaskan segala pukuIan dan amarah. Tahniah TT, kerana mempunyai seorang ibu yang hebat. BaIaslah jasa ibu awak ye. Kepada ayah TT, harap dia sempat tebus kesilapan dan meminta maaf kepada keluarga terutamanya ibu awak.
Memori Ana : Anak yang jadi m4ngsa, tapi dari cerita awak ni kita boleh fahamlah kenapa ibu dia nak juga bertahan dalam perkahwinan yang t0ksik ni. Kita selalu je dengar kes macam ni, isteri nak jugak bertahan katanya demi anak – anak. Ramailah yang kecam, tapi orang tak tahu apa yang isteri tu fikir. Dia tak fikir sebagai seorang isteri tetapi sebagai seorang ibu yang nak membesarkan anak – anak. Lain orang, lain cara penerimaan. Ternyata mak awak ni kuat dan hebat.
Ahmad Dhani : Aku pun sama macam ko. Duduk dalam suasana yang kacau, huru hara. Bezanya mak aku jenis meIawan, jadi ko bayangkan la macam mana keadaan rumah tu dah macam tengah berper4ng bila diorang berg4duh. Langsung tak fikir pasal anak – anak. Kita anaklah yang jadi m4ngsa, sekarang memang aku elak dari balik rumah. Aku sayang mak bapak aku cuma tak sanggup nak balik nanti teringat balik apa yang jadi dulu.
Fieza Pja : Pelikkan perangai suami yang macam ni. Depan orang lain, dengan orang luar boleh baik, layan elok tapi dengan isteri yang sentiasa ada dengan dia, dengan dar4h daging sendiri tak ada plak yang buat macam tu. Ingat la sikit, nanti dah tua, s4kit anak – anak dan isteri ni lah yang jaga. Kalau letak dekat rumah orang tua – tua nanti, tak pasal – pasal anak kena kecam, padahal perangai ayah tu dari muda tak semenggah!