Aku kesian dengan janda anak satu, hidup susah, ada anak kecik. Aku mula pasang impian nak kahwin lagi satu. Tapi aku takkan lepas isteri

Paling menyentuh perasaan bila aku fikirkan nasib si anak. Umur 6 tahun masih belum masuk tadika sebab ibu dia tak mampu. Atas dasar prihatin, aku nak bantu dia. Untuk elak fitnah, aku nak jadikan isteri kedua..

#Foto sekadar hiasan. Salam sejahtera admin budiman. Aku seorang suami yang bahagia dengan anak – anak dan isteri. TerIampau bahagia sehingga kebahagiaan kami menjadi bahan bualan rakan – rakan saud4ra mara. Syukur, kami anggap itu sebagai doa dan pemangkin kepada kami untuk terus bahagia.

Kami amat serasi sebagai suami isteri, kami telus dan tulus sesama sendiri. Cuma aku ada satu isu yang aku nak ke tengahkan dalam cerita ni. Sifat aku mudah kesian. Kesian dengan manusia, anak kecil, binatang hatta tumbuh – tumbuhan serta objek.

Aku tak boleh tengok insan mengemis tepi kaki lima. Aku mesti bagi duit or beli jualan dia. Tak boleh tengok insan lain dalam kesusahan dan sengs4ra. Aku mesti bantu seadanya. Aku tak boleh tengok anak – anak kecil tak sekolah, s4kit dan terp4ksa hidup sengs4ra kerana tekanan hidup keluarga. Dan atas sebab ini aku telah ditimpa dilema.

Aku kenal si dia ni. Ditakdirkan hidup sebagai janda anak satu. Hidup mereka anak – beranak cukup susah. Si dia bukan orang terpelajar dan anak yatim piatu, dilahirkan dalam keluarga yang agak berpecah beIah, adik beradik tiri yang tidak peduli antara satu sama lain. Hidup mereka kini menumpang di rumah nenda tersayang.

Berkahwin tapi jod0h tak panjang kerana keluarga si suami yang mementingkan darjat dan keturunan, lalu si dia diceraikan sebelum melahirkan anak mereka dan ditinggalkan begitu sahaja. Kayu betul ex-husband dia tu. Nasib muka anak tak macam ex-husband dia.

Si dia orangnya tabah. Masih mampu berdiri dan membeIa nasib diri dan anak tersayang walaupun masih mengharapkan bantuan keluarga dan kawan – kawan. Dia cuba nasib untuk cari jod0h tapi yang muncul hanya yang mahu mengambil kesempatan dan pemberi harapan palsu. Sehingga aku tertanya kenapa dia diuji sedemikian rupa.

Sebelumnya dia sudah punya kerjaya walaupun silih berganti dek penyesuaian diri dan lokasi serta komitmen utk si anak yang masih belum bersekolah. Dan kerana pandemik, mereka anak beranak pulang ke kampung dan masih hidup menumpang hingga sekarang.

Yang paling menyentuh perasaan aku bila aku kenangkan nasib si anak. Umur 6 tahun masih belum masuk tadika. Si ibu tak mampu untuk hantar Kemas kerana jauh. Yang swasta terdekat terlalu mahal baginya. Dan dia tetap didik anaknya ABC 123 seharian mereka bersama.

Anaknya diherdik kawan – kawan kerana tak sekolah dan tak punya basikal. Berlarilah si anak bermain mengejar kawan – kawan yang riang mengayuh. Hati mana yang tak luluh melihat anaknya sebegitu. Aku juga punya anak. Kemahuan mereka aku turuti.

Didikan mereka cukup. Makan pakai tersedia sentiasa. Dan bayangkan hati seorang ibu setiap kali pulang bermain si anak minta dibelikan basikal, dihantar ke sekolah. Kesian. Aku cukup kesian. Bagi yang tertanya – tanya mcm mana aku tahu kisah – kisah dia? Ya aku stalk.

Aku tanya kawan dia punya kawan. Aku intai – intai kehidupan mereka dari jauh. Dia tak mengadu kepada sesiapa. Dia jugak tak mer0yan di fb. Post – post #strongsinglemom jarang sekali. Atas dasar prihatin, aku stalk dia. Dan atas dasar prihatin juga, aku nak bantu dia.

Dan untuk mengelak fitnah, aku mahu peristerikan dia. Biar aku tak peroleh apa – apa hasil pernikahan kami sehingga dia mampu berdikari dan punya insan yang boleh bimbing dia ke arah kebahagiaan, aku sudi lepaskan. Mungkin ada antara kalian yang kata “eleh boleh percaya ke” atau “kejap je tu lama – lama dapat jugak” atau cuba membeIa ‘nasib’ isteri dan anak – anak aku.

Jujur aku katakan aku bukan kerja kais pagi makan pagi atau drebar lori atau kerja kampung atau apa – apa saja kerja tipikaI yang sering dikaitkan dengan kes curang. Cukup dengan sekadar aku jelaskan yang aku mampu. Niat aku untuk membantu.

Mungkin ada yang pertikai kerana bukan dia sorang saja berstatus janda yang hidup susah di dunia ni. Dan bukan janda sahaja yang hidup susah dan perIukan bantuan. Tapi hanya dia yang aku kenal. Meskipun tak rapat, apatah lagi berjumpa mahupun bertegur sapa, atas dasar menghorm4ti maru4h keluarga dan isteri aku. Tapi kami saling mengenali.

Sebelum tu biar aku letak disclaimer siap – siap sebelum kena b4sh, aku takkan meletakkan isteri aku sama seperti yang lainnya, walau keluarga aku sendiri sebab dia yang berada di sisi aku di setiap jatuh bangun aku dalam hidup ni, bergoIok gadai dan bagi moral support tak henti – henti, dari aku tak punya apa sehingga kini.

So she deserves everything in this world from me. I love her so much beyond compare. Aku tak mahu kehilangan dia. Aku juga tak mahu perjvdikan kebahagiaan kami dengan niat aku ni. Mungkin ada yang cakap “niat tak menghalalkan cara”. Aku tak ber’acara’ lagi jangan risau.

Aku dah jelaskan. Sekarang aku mohon para isteri untuk beri sepatah dua kata, pendapat serta nasihat berkenaan perihal situasi aku ni. Aku ingin membeIa nasib kaum kalian juga. Dan jangan samakan aku dengan buaya dar4t yang lain. Telah aku jelaskan dengan panjang lebar situasinya seperti di atas.

Komen netizen :

Teratak Qaseh : Nak membantu tak semestinya dengan perkahwinan, jika begitu tentulah dah ramai dah isteri ustaz ebit lew, sebab ustaz membantu seluruh negara. Jika niat tuan baik kenapa perlu nak bantu dengan niat dapatkan baIasan, ingat tuan, poIigami tak salah tapi tuan fikirlah sendiri jika isteri tuan tak redha bererti tuan belom cukup buat yang terbaik untuk isteri tuan dan keluarga tuan, jika seorang sudah ada masalah bagaimana mungkin tuan nak berpoIigami.

Dan jika tuan reIa menceraikan isteri tuan kerana kononnya nak bantu janda yang lain, tuan lebih kej4m, percayalah. Jangan mendabik dad4 dengan rezeki yang ada sekarang, hidup senang tak semestinya akan senang selamanya, sementelah jika tuan an1aya isteri tuan.

Tepuk dad4 tanya diri, tuan hanya tegakkan pendirian tuan dengan berseIindung di sebalik nak membantu hakikatnya tuan ingin berkahwin lagi itu sahaja sebab tuan rasa tuan mampukan. Itulah realitinya kan, coz u want it .

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :