Dari umur 7 tahun, kakak duduk asrama. Bila dah kahwin dia tak reti buat kerja rumah. Rumah bersepah, tak pandai masak, setiap hari beli..

Kakak dah kahwin ada anak pun malas, tak reti masak. Aku kesian, anak – anak saud4ra mengadu kawan – kawan lain bawa bekal mak masak. Kakak aku asyik beli dari luar je bagi anak – anak dia makan..

#Foto sekadar hiasan. Aku tahu dah banyak yang confess tentang masak ni. Tak pandai masak lah. Tak terdedah dengan skill memasak dari awal lah. Malas nak masak nanti kahwin beli kedai. Mak tak bagi masuk dapur lah. Belajar lepas kahwin lah. Dan macam – macam lagi.

Tak nak baca apa yang aku taip ni pun tak apa. Tapi aku nak cerita lah apa yang jadi pada kakak aku tak pandai masak dan malas mengemas. Ni memang cerita betul tentang kakak aku. Mungkin ada yang dapat ambil pengajaran. Huhu. Dan mohon sis – sis tolong lah belajar masak walau 5 – 6 resepi je. Makan makanan sama pun tak apa.

Mungkin ada antara sis – sis ni tak pandai masak sebab dari tingkatan satu dah duduk asrama. Tapi kakak aku ni dari darjah satu (7 tahun) dah masuk asrama. Sekolah menengah duduk asrama lagi. Habis SPM masuk asrama lagi sambung belajar universiti. Grad je terus kahwin. Urm.

Apa yang jadi pada kakak aku memang balik rumah kerja tidur, tengok TV dan makan je. Tak pernah nak tolong adik – adik yang lain buat kerja rumah. Kami ni yang duduk rumah memang mak aku dah ajar kena sapu sampah, kemas bilik, masak.

Semua tu mak aku dah ajar dari kecil. Terasa syukur sangat mak aku dah ajar buat semua tu dari kecil. Bila dah kahwin tak pandai masak tak pandai buat kerja rumah cuba sis – sis bayangkan apa yang akan jadi. Jangan nak fikir semua indah tau. Fikir juga kesan negatif. Sebab kita boleh rancang je. Apa yang akan jadi kita tak dapat nak ramal. Ni aku nak cerita apa yang jadi pada kakak aku tu.

1. MASAK. Dah kahwin 10 tahun. Anak dah masuk 6 orang. Tapi makanan masih beli dari kedai. Makan pagi kedai, tengah hari kedai, malam pun kedai. Mungkin ada yang akan kata teruk sangat kan. Tapi tu lah hakik4t. Aku pun malu nak pergi rumah dia. Huhu. Tolong lah sis belajar dari awal sebab kita tak tahu masa depan kita macam mana. Plan memang nak belajar lepas kahwin tapi yang jadi tak tahu macam mana. Nak – nak bila dah ada anak.

2. RUMAH. Kerja kakak aku duduk rumah je jaga anak. Bukan kerja pun. Tapi rumah macam sarang tikus pun ada. Berselerak giIa. Aku kadang – kadang kalau cuti selalu lah juga pergi rumah dia nak jumpa anak buah. Tapi serius aku takkan tidur rumah tu.

Wanita sekalian tolong lah belajar kemas rumah. Jangan malas sangat. Kadang – kadang pinggan dalam sink pun dia biar je dari tengah hari sampai malam. Abang ipar aku balik kerja pula yang tolong basuhkan. Mungkin ada yang akan kata suami pun kena lah buat kerja rumah. Tapi kalau kakak aku sendiri yang kerja goyang kaki je kat rumah buat apa. Nasib baik dapat suami yang baik..

3. ANAK. Kita tak tahu anak kita macam mana nanti kan. Tapi anak kakak aku tu ada 2 orang yang alahan susu dan kulit cepat gatal. Yang paling kecil sekarang pun aku rasa bakal jadi macam tu juga. Bukan aku doa tapi kalau macam tu lah per4ngai kakak aku memang tak must4hil lah akan jadi. Huhu.

Kalau anak buah aku tu makan makanan atau minuman yang ada susu memang habis gatal satu badan. Dah cuba macam – macam dah tapi masih tak jumpa ubat yang betul – betul berkesan. Cuba sis sekalian bayangkan anak kita ada alahan makanan macam tu.

Masak tak pandai dan makanan dari pagi beli kat luar. Sis ingat sis tahu ke apa bahan – bahan dalam makanan yang sis beli tu. Kalau tahu sikit – sikit pasal masak – masak ni, boleh lah nak elak dari beli makanan yang tak sepatutnya. Boleh lah elak anak kita dari s4kit. Bukan nak minta jadi seperti tu tapi kita tak tahu macam mana hidup kita nanti. Ambil lah langkah awal dari sekarang. Tolong lah fikir dan belajar lah masak.

4. ANAK LAGI. Aku selalu lah sembang dengan anak buah aku tentang sekolah. Selalu lah dia cerita kawan – kawan dia semua bawa bekal. Mak masak sedap – sedap dan banyak pula tu. Belajar pun selesa sebab perut kenyang. Semua kawan dia bangga dengan mak masing – masing.

Tapi anak buah aku dapat bekal roti je dan duit belanja. Kalau tiga ringgit pun dapat makan apa sangat sekarang ni semua dah mahal. Anak buah aku pula tak ada apa yang nak dibanggakan. Sedih wooo aku dengar cerita anak buah aku tu.

Memang tak nak jadi macam tu kat anak sendiri. Walaupun aku lelaki tapi aku pun belajar masak kot. Sis – sis pun tolong lah belajar masak. Dapat beri bekal yang sama hari – hari pun tak apa. Asal anak kenyang dan kita tahu apa yang anak kita makan. Ni pun membantu diorang nak belajar.

5. BALIK KAMPUNG. Kalau sis ni jenis malas pun lepas kahwin tapi kalau balik rumah sendiri tolong lah jadi rajin sikit. Biarpun sekadar lakonan. Mak tengok pun sejuk perut dapat anak macam tu. Kakak aku ni memang tahap malas – malas giIa dah aku rasa.

Balik kampung duduk makan. Tengok TV. Main game. Masuk dapur ke atau tolong kemas rumah memang tak lah. Siap order nak makan apa ada lah. Tolong kat dapur memang tak lah. Nasib baik lah mak mertua dia memang dah meninggaI awal. Aku rasa kalau masih ada dah bercerai dah kakak aku tu. Nasib baik lah dapat suami yang baik macam tu. Kuat betul tahap kesabaran abang ipar aku tu. Memang aku puji giIa.

6. PANDANGAN KAKAK IPAR. Aku kadang – kadang malu bila kakak ipar aku sendiri yang cerita apa yang jadi. Pernah sekali kakak aku balik dah lewat malam. Ada makanan lebih lagi kat dapur. Lepas makan semua pinggan mangkuk tinggal macam tu je dalam sink. Tak basuh – basuh.

Malu kot aku ada kakak macam tu. Adik beradik aku yang lain semua jenis basuh sendiri lepas makan. Memang suka bersih. Tapi kakak aku yang tu je per4ngai macam tu. Apa yang aku nak sampaikan. Kepada wanita semua suka ke jadi bahan umpatan.

Kalau dengan adik beradik sendiri aku tak kisah lah. Tapi kalau korang balik kampung mak mertua. Apa agak – agaknya yang adik ipar, kakak ipar dan abang ipar korang akan kata atau umpat bila korang ni jenis pemalas dan tak pandai masak.

Agak – agak seronok ke jadi bahan umpatan orang lain. Berubah lah belajar lah masak dan mengemas. Buang sikit malas tu. Banyak lagi yang aku rasa kesan kalau perempuan tak pandai masak dan malas mengemas ni bila dah kahwin nanti.

Kalau aku taip semua memang panjang lah. Bukan ada yang baca pun confession panjang – panjang macam ni. Aku just nak cerita pengalaman aku je. Jadi fikir – fikirkan lah semua. Yang lelaki pun sama juga belajar lah masak dan mengemas tu.

Jangan nak harap bakal isteri je yang buat semua kerja. Huhu. Aku bukan nak burukkan kakak aku tapi nak cerita agar semua dapat fikir dan ambil pengajaran. Mana yang elok boleh lah kita ambil dan amal. Mana yang tak elok tu doa lah minta jauh.

Tolong lah fikir macam mana hidup anak kita nanti. Tolong lah berubah dari sekarang. Sikit – sikit pun jadi lah. Jangan nak tunggu rajin mengemas dan pandai memasak tu datang lepas kahwin. Kita tak tahu macam mana masa depan kita. Huhu.Sekian cerita aku. Minta maaf semua. Salam.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :