Awal kenal boyfriend, dia cakap, tak elok kurus sangat. Bila keluar makan, dia order penuh satu meja. Aku kena makan sampai habis. Dia p4ksa aku makan makanan berminyak, minuman manis. Tengah malam dia hantar fast food. Sampai berat aku naik 90kg!
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan ucapan selamat untuk semua. Straight to the points, aku nak share sebuah kisah benar yang terjadi pada aku dalam dua tahun lepas. Kisah ini berkisarkan tentang aku, bekas teman lelaki aku dan obes.
Aku bercinta dengan dia ni dalam lebih kurang satu tahun. Masa awal – awal aku kenal dia, berat aku around 48 kg macam tu. Dan dia macam tak berapa suka dengan berat aku masa. Aku awalnya terima usul dia untuk bagi badan berisi sikit sebab katanya tak elok kurus keding sangat memandangkan tinggi aku mencecah 165.
Aku try makan dua kali ganda amount yang biasa aku makan. Tapi at the end of first month tu, berat aku cuma naik 2 kg. Bekas teman lelaki aku ni tak puas hati. Setiap hari merungut kata tak cantik kalau kurus sangat. Dan aku pun masa tu, cinta punya pasal..
Setuju je dengan dia walaupun aku rasa dah cukup ok dah berat aku masa tu. Dia pun start dia punya plan dan agenda. Setiap kali keluar makan bersama, for sure akan penuh makanan satu meja. Awalnya aku memang happy la sebab yelah orang belanja isi perut sapa yang tak suka kan?
Masuk kali ketiga dan keempat keluar makan, aku dah mula menolak untuk habiskan semua makanan atas meja. Bayangkan makanan penuh satu meja and aku sorang kena habiskan sebab dia bagi alasan diiet. Selagi aku tak habis makan, selagi tu dia takkan bangun dari kerusi.
Serik dengan per4ngai dia macam tu, aku pun banyak kali menolak keluar makan dengan dia. Tapi dia ni jenis tak mudah mengalah. Dia akan datang jugak rumah aku sambil bawak KFC, MCD or any fast food. Tengah malam buta pun sanggup hantar. Wajib makan katanya.
Aku pun b0doh masa tu. Ikut je. Sampai pukuI 3 pagi pun masih mengunyah ayam goreng lagi. Sayang punya pasal. Berat aku memang fully dia yang kawal. Suruh aku minum minuman yang manis – manis.. Makanan berminyak.
Makan banyak – banyak nasi setiap hari. Dan after 3 months, berat aku naik 75 kg. Dia masih tak puas hati. Aku pun masih b0doh lagi terus bersama dengan dia walaupun sedar yang badan aku dah macam dipam – pam. Setiap hari aku rasa macam dia follow je ke mana aku pergi.
Walaupun dia ni dah kerja and mostly pergi je kerja setiap hari, tapi aku still rasa macam diintip macam tu. Bayangkan setiap hari setiap jam whatsapp and call aku tanya pasal makan apa? Minum apa? Mau aku tak ph0bia.
Aku pun masa tu, 70% menipu je pasal makan tu sebab dalam diam aku try nak turunkan berat badan aku. Dan setiap kali tu jugak dia sangsi dan tanya banyak kali. ” Betul ke tengah makan ni ? Kalau tipu siaplah.. ” and aku pun terus capai makanan dan mengunyah bagi dia dengar. Baru dia puas hati.
Ada satu hari tu, aku keluar hujung minggu dengan parents aku. Keluar jalan – jalan je. Dia ada tanya dan aku jujur je yang aku keluar dengan parents. Dia pun ok. Time aku kat restaurant tu, dia whatsapp aku. “Tengah makan apa? Minum apa?”
Awalnya aku pelik jugak. Dia tahu ke aku kat restaurant ? Aku pun baIas yang aku makan spaggeti, lamb chop bagai dengan air big cup mocha gitu. After a few seconds.. “Aik, bukan ke tengah minum air kosong dengan salad?” time tu aku dah terketar sikit.
Dia macam psych0 giIa intip aku sampai macam tu sekali. Lepas kejadian tu memang kaw – kaw aku kena p4ksa makan makanan yang dia beli. At last, lepas lebih kurang setahun macam tu, berat aku dah capai 90 kg. Dengan perli – perli yang aku selalu dengar, dengan low self confident lagi.
Akhirnya aku decide nak putus dengan dia. Hanya dia saja yang puji aku cantik padahal aku dah habis buruk dengan lemak boleh goncang – goncang satu badan. Mesti korang pelik kan macam mana aku boleh stay selama tu dengan dia kan?
Actually dia ni sangat baik. Cuma dia sangat obses dengan obes. Terlalu obses. Mungkin kalau aku stay lama lagi dengan dia, berat aku boleh sama dengan berat seekor gajah. Dan sangat sukar dia nak lepaskan aku masa tu. Macam – macam jadi. (malas nak cerita sebab panjang sangat jadi nanti).
Lepas – lepas tu aku ada terjumpa kawan aku yang merangkap kawan baik dia jugak. Baru aku tahu kisah sebenar di sebalik per4ngai obses dia. Rupanya sebelum ni dia memang obes, berat dia around 100 kg. Setiap perempuan yang dia date semua tak tahan lama. Semuanya pasal dia gemuk. Hanya dia saja yang setia dengan perempuan – perempuan tu.
Since tu lah dia try hard untuk lost weight. Sampai lah waktu kenal dengan aku tu, berat dia dalam 50 kg je. And bagi dia, ORANG YANG GEMUK NI IALAH ORANG YANG SETIA. Takkan tinggalkan pasangan dia. Tu pasal la dia gigih bagi aku gemuk supaya aku setia dengan dia selamanya. Pastinya dia tak tahu satu benda..
AKU SETUJU DENGAN DIA. Sebab tu aku try untuk takmau gemuk lagi sebab aku takmau setia dengan lelaki jenis macam dia. – IKHLAS dari yang sedang try hard turunkan berat badan. – Hanigula (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Wan Mazaziman : Kisah paling sedih aku dengar hari ni. Ramai yang berlebih berat badan struggle nak dapatkan ideal weight. Yang ko lak dah dalam ideal weight, sebab sayang kan pakwe, sanggup obese kan badan. Apa yang aku nampak sini, bekas pakwe ko tu insecure. Cakap terus terang la, gemuk is not awesome. Ko nak beli baju susah, beli seluar susah. Ni tak cite pasal kesihatan dalaman lagi, hbp, diabetes, cholesterol, cardio health.
Hazirah Hj Hamzah : Adeh. Nak turunkan berat badan semula bukan senang oii.. Saya tak terkira berapa air mata yang tumpah sepanjang weight loss journey. Dengan s4kit – s4kit badan sebab DOMS (Delay onset muscle soreness) lepas workout dan running.
Dengan ced3ra semasa running untuk menurunkan berat badan.. Sayangi diri sendiri. Gemuk tu tak sihat. Tapi baguslah lelaki tu sebab kalau kahwin dengan dia dan kita gemuk lepas beranak, mesti dia akan setia lagi kan. hahaha..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.