Aku larikan diri sebab jadi m4ngsa pemuas bapa. Bila aku lari masuk Universiti, adik – adik mengadu mereka pula jadi m4ngsa

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Ibu pert4hankan aku, ibu meIawan bapak, ibu mengadu dekat pakcik (abang bapak). Tapi ibu diperlekehkan kata sengaja buat cerita. Malam – malam bapak suruh ibu tidur dengan adik – adik yang masih kecil, manakala aku..

#Foto sekadar hiasna. Aku terpanggil membaIas confession Ayla atas dasar untuk memberi sebuah harapan kehidupan kepada dia. Dan juga kepada semua anak gadis yang pernah menjadi m4ngsa kesucian dir4gut, sumbang mahram dan lain – lain.

Berpuluh – puluh kali aku fikir nak buat confession ni atau tidak, tapi akhirnya aku terp4ksa juga membuka kembali lembaran hitam paling gelap di lubuk jiwa aku yang paling dalam demimu Ayla dan mereka yang senasib.

Mana tahu dengan confession ini aku dapat pahala yang mengalir sampai bila – bila. Ok, aku perkenalkan diriku, Lenny, usia 40an, berpendidikan Ijazah sahaja, bersuami dengan 5 orang anak – anak yang baik rupa dan akhlak. In shaa Allah, Ahamdulillah.

Jadi, di mana part yang duka sengs4ra? Aku adalah anak no.2 dan sulung perempuan dalam keluarga yang berbapakan manusia paling tak guna, tak bekerja, tak solat, minum ar4k, giIa tengok video tak senonoh dan giIa s3ks.

Kalau kesucian Ayra dir4gut oleh bapa saud4ra, tapi aku lagi maIang kerana bapa kandung sendiri yang buat onar. Aku adalah m4ngsa sumbang mahr4m yang keji walaupun tidak sampai ke hubungan yang lebih serius. Aku dip4ksa membuat membuat pelbagai benda yang ‘menyeronokkan’ untuk dia, pelbagai perbuatan yang jijik lain (maaf jika agak teruk). Ya, dia p4ksa aku menonton bersama.

Seingat usia aku terlalu kecil, dalam 3 tahun (aku memang memiliki daya ingatan yang agak kuat), bapa aku suka membawa wanita asing dan melakukan z1na di rumah kami. Ibu aku cuba menghalang tapi cepat sahaja tangan bapa naik.

Beza umur aku dengan adik aku 3 tahun, aku ingat sangat kejadian tu sebab ibu tengah mengandung adik aku. Abang aku meninggaIwaktu kecil kerana s4wan demam panas. Aku sebenarnya tak berapa ingat sejak bila aku jadi m4ngsa bapa.

Tapi yang betul – betul aku boleh ingat dan memori itu boleh ditayangkan seperti cerita di layar putih semenjak umur aku 9 tahun. Setiap malam dia minta aku tidur dengannya, ibu tidur dengan adik – adik yang kecil. Benda jijik ni berterusan bertahun sehingga aku sem4kin cerdik dan pandai elak.

Sejak itu aku jadi terlalu benci pada bapa. Bila sem4kin besar, aku sem4kin berani untuk meIawan dia dan akhirnya aku memang selalu dibeIasah. Bila pekung bapa aku pecah, dia lagi sem4kin berani bercakap benda jijik seperti menuduh aku yang nak buat dengan dia, ayat yang paling h1na yang aku takkan lupa bila dia kata aku yang ‘menadah’.

Bapa aku memanggil aku peIacur. Ibu aku pula digelar peIacur tua. Ibu aku, ok.. seorang yang w4ras dan logik. Sebab dia pert4hankan aku, dia Iawan, dia mengadu ke bapa saud4ra aku (abang bapa) tapi hanya dilekehkan siap kata ibu sengaja buat cerita. Memang dasar keturunan jantan tak guna.

Tapi itulah, walaupun ibu aku dah buat apa yang perlu tapi aku ralat sangat – sangat kenapa dia tak pilih untuk bercerai, kenapa nak stay walaupun per4ngai bapa macam Iaknat. Masih tetap bertahan dan beranak bersusun lagi.

Oh, lupa bagitau, ibu aku juga yang membanting tuIang mencari rezeki untuk kami semua. Aku geram sangat sampai fikir nak ke lorong lorong gelap, sekurangnya aku dapat duit boleh bantu ibu aku. Seburuk – buruk bapa Ayla, walaupun pen4gih d4d4h tetap jaga makan minum dan keperluan keluarganya.

Bila aku menginjak remaja, aku pilih jadi pelajar pandai dan duduk asrama untuk keluar dari rumah dan jauh dari bapa. Aku banyak duduk luar hinggalah aku tamat Ijazah. Niat aku hanya satu iaitu untuk ubah nasib keluarga.

Tapi h4ncur hati aku bila adik – adik aku pula yang mer4na, sengs4ra. Adik aku, 2 orang terjebak jadi pen4gih, seorang mengikut jejak bapa jadi bergaul bebas hingga gadis bawah umur menjadi m4ngsa. Ibu aku sem4kin tidak sihat mentaI dan fizikaInya.

Lebih sadis tragis hidup aku bila adik lelaki no 2 dan 3 telah mengaku menjadi m4ngsa bapa aku sejak dari kecil juga (demi Allah, air mata aku keluar masa menaip ini). Ya, adik – adik aku yang lelaki pun turut menjadi m4ngsa jantan tak guna tu.

Adik aku kata s4kit sangat. Berkali – kali, bertahun – tahun. Dia membesar dengan rasa macam nak baIas d3ndam dekat bapa. Jika aku pilih keluar duduk jauh jadi pelajar universiti, tapi adik – adik aku pula pilih untuk keluar dari d3rita dan kenangan jijik ini dengan mengambil bahan terlarang untuk melupakan.

H4ncur hati, jiwa aku tidak dapat diungkap dengan kata – kata kerana aku sangat sayangkan ibu dan adik – adik aku. Aku rasa menyesal meninggaIkan mereka disaat masing – masing terlalu memerIukan sokongan, adik – adik aku juga yang masih mentah, miskin dan serba kekurangan.

Modus sama bapa aku guna bila adik – adik aku meIawan, mengungkit cerita, diheny4k macam binatang (ni ayat jiran aku bagitau) dia pernah m4ki hamun adik – adik aku di padang bola, memaIukan di hadapan rakan – rakan dan guru.

Akhirnya adik – adik aku kecundang juga. Mereka selalu bagitau, kami tak sekuat kau, Kak Ngah. Mengimbau zaman remaja, kebetulan aku dikira ada rupa juga. Jadi, dari zaman belajar sampailah kerja, sentiasa ada lelaki yang ingin mendekati.

Tapi aku berazam untuk tidak mahu berkahwin kerana tr4uma dengan lelaki seperti bapa aku. Manusia macam sy4itan. D3ndam aku pada bapa sentiasa membara. Aku benci dan meluat bila ada lelaki nak rapat. Aku memilih menjadi gadis bebas, aku memang free hair, s3ksi, suka clubbing (Lillahi taala, aku tidak pernah minum dan terjebak dengan hubungan lelaki).

Dengan cara sosiaI macam itu aku harap tiada lelaki yang berkenan nak jadikan aku isteri. Tapi ketentuan Allah SWT, tiada siapa mampu duga. Pada usia aku 26 tahun aku disunting menjadi isteri kepada seorang lelaki yang baik budiman, beragama walaupun tidak alim w4rak, bekerjaya baik, rupa paras elok dan semestinya bujang.

Kami berkenalan tidak sampai 3 bulan sebelum dia datang berjumpa keluarga aku. Aku tak letak harapan apa – apapun, tapi dah dia bersungguh sangat nak kenal, nasiblah, datanglah. Bapa aku macam biasalah, dengan kerenah giIanya.

Aku dah memang jangka, suami aku gerenti tukar fikiran bila dah tahu keadaan keluarga aku macam tu. Tapi tak sangka, lain pula yang suami aku buat. Dia terus minta percepatkan pernikahan kami tanpa perlu bertunang. Dia kata nak tolong jaga aku, ibu dan adik – adik aku.

Maka, kami pun berkahwinlah. Ayah aku sempat lagi memaIukan kami semasa majlis berlangsung dan siap berdrama tak nak benarkan kami menikah, tapi lepas kami janji nak bagi sejumlah duit baru dia setuju. Majlis di tempat lelaki pun bapa aku buat hal sampaikan keluarga suami aku menanggung malu dengan sed4ra mara mereka.

Sekarang kami hidup bersama lebih 20 tahun dan semoga kekal bahagia ke akhir hayat. Alhamdulillah, bila kita melalui liku hidup yang sangat teruk, Allah berikan juga kemanisan hidup. Bila aku dah pernah jadi m4ngsa sumbang mahram, aku jadi lebih prihatin pada keadaan anak – anak, aku ambil tahu semua hal, ajar mereka tentang pengetahuan asas dan perkara yang berkaitan.

Aku jadi ibu yang sangat melindungi anak – anak. Aku juga menjadi orang yang tidak judgemental, tidak mudah menjatuhkan hukvm pada sesiapa. Bila aku lihat pen4gih, aku rasa sangat kesian, bila aku melihat gadis yang sosiaI, simpati aku yang amat mendalam, melihat gadis – gadis liar, aku akan berdoa agar hidup mereka ini berubah dengan belas ehsan dan kasih sayang Allah.

Alhamdulillah, rezeki memilih suami yang tepat, anak lelaki aku seorang bakal tahfiz dan adiknya juga menunjukkan minat yang sama. Anak – anak lain juga baik, mendengar kata penyejuk jiwa, tiada masalah perilaku mudah – mudahan sampai bila – bila.

Semoga aku dan suami sehidup sem4ti bersama. Kalian tolong doakan ye. Aku rasa tak mampu hidup tanpa dia. Dialah kekuatan aku selama ini. Hubungan kami adik beradik masih utuh, aku juga banyak membantu urusan wang ringgit cuma ada adik – adik yang masih mengikut per4ngai bapa, kaki perempuan, ar4k dan pen4gih. Semoga adik – adik aku berubah dengan izinNya.

Ibu aku telah meninggaI hampir 10 tahun yang lalu kerana kemurungan dan saat akhir ibu dalam keadaan tidak berapa w4ras. Al Fatihah untuk ibu aku. Semoga syurga tertinggi buat ibuku tercinta. Jika aku kurang iman, boleh jadi giIa juga memikirkan ketidakadilan yang diterima ibu.

Insan mulia yang aku sayangi yang Allah duga dengan segala pend3ritaan, kes4kitan, keuzuran. Ibu langsung tidak sempat nikm4ti apa – apa kebaikkan. Waktu susah, ibu yang berjuaang, bila kami dah senang sikit, ibu pula Allah ambil dulu.

Bapa aku… Alhamdulillah masih panjang usianya dan masih sihat (iyelah tenaga tak guna banyak masa muda), tapi misterinya, d3ndam aku sem4kin kabur. Perasaan kesian yang menebal melihat keuzuran dia dan kami adik beradik tetap menjaga kebajikan bapa. Untung sungguh bapa aku.

Kami dah ada rezeki, hidup yang agak baik, bapa dapat hidup agak sempurna seperti bapa – bapa lain yang normal. Hidup ini memang sangat misteri. Mungkin kebahagiaan yang Allah gantikan sekarang buat kami, menjadikan d3ndam kesumat tu kian menipis.

Jadi, Ayla… Carilah bahagiamu. Jangan nafikan peluang kebahagiaanmu. Kita yang berhak pada diri kita. Percayalah, masih ada lelaki yang baik di luar sana. Teruskan hidupmu dengan diari baru. Tr4uma memang sentiasa ada, memori tidak akan hilang selagi kita bernafas.

Tetapi ingatlah, kita hidup bertuhan, ada Allah SWT.. sekurangnya beri diri kita peluang dulu.. jangan tutup pintu untuk bahagia. Jika ditakdirkan kita masih tidak bahagia, gagal lagi.. sekurangnya kita lalui kehidupan dengan cerita baru, kisah baru.

Daripada kita terus terpenjara dengan kisah sama yang lalu. Ingat, seumur hidup terlalu lama. Kita bukan tahu m4ti bila. Carilah bahagia Ayla.. mungkin suamimu, anak – anakmu yang memberi kebahagiaan. Cuba laah… siapa tahu, yang pasti.. Allah ada dan Maha Mengetahui.

Akhir kata, kepada semua m4ngsa, terutama m4ngsa sumbang mahram, bangkitlah sayang. Jika aku boleh peIuk, dakap kalian seorang demi seorang, pasti aku lakukan dan akan kubisikkan kata semangat KITA INGIN HIDUP… HIDUP YANG BAHAGIA.

Jangan tutup hatimu dengan tr4uma pernikahan, mana tahu jika Allah hadirkan pasangan yang dapat memberikan kebahagiaan hingga ke syurga. Dan sebenarnya kita tak tahu, jika kita tidak diduga dengan tr4uma sebegini mungkin kita diduga dengan pelbagai tr4uma lain.

Ada orang yang hidup bahagia dari lahir hingga tua, tiba – tiba anak 3 orang meninggaI serentak. Ada orang pula walaupun bukan m4ngsa sumbang mahram tetapi did3ra suami sendiri hingga akhir hayat. Mungkin juga orang yang tidak mengalami tr4uma seperti kita tetapi ditipu lelaki demi lelaki hingga menjadi seperti alas kaki dengan kerelaan sendiri.

Mungkin dari kecil kita bahagia, tapi diduga suami curang berz1na sana sini. Ye, begitulah misterinya kehidupan kita. KERANA SYURGA ALLAH ITU TERLALU MAHAL. Sekian dariku, pesanan kasih sayang sebagai salah seorang m4ngsa kepada semua yang senasib.

Aku tahu ramai yang senasib di sini. Banyak kali dah aku baca cuma tak sempat nak buat confession. Jadi, aku harap tulisan aku hari ini benar – benar memberi manfaat. Semoga m4ngsa senasib bangkitlah, berjuaanglah, esok kita tak tahu apa yang terjadi.

Biarlah kita pergi dalam keadaan berjuaang dalam kehidupan, daripada kita m4ti sebelum m4ti. Sedangkan orang yang k3jam, ani4ya kita hidup bahagia saje. – Lenny (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Fab-Reydah Ida : Bawa kes ni ke polis walau dah lama jadi. Tapi sebelum tu apa kena buat.

1. confront bapak tu.. set video atau rakaman suara sembunyi – sembunyi.. tanya dia kenapa Iiwat, kenapa buat itu ini.. biar sampai bapak tu str3ss dan ade perkataan minta maaf atau apea – apa membuktikan memang dia buat.

2. Bawak rakaman tu pergi balai untuk bukak kes.

3. Kalau bukti bersalah biar dia duduk penjara sampai m4ti. Rasanya dah tua takde sebat dah. So korang dah relax tak perlu susah jaga,l abur duit untuk si keparat tu.

4. Kalau polis cakap tak bersalah, biar lepas reman tu jkm je ambik dia.

Buat ape korang adik beradik nak jaga dia.. dahlah dari kecil buat jahat dekat korang, tak sumbang apa – apa, musn4hkan masa depan anak – anak. pastu buat mak korang tak siuman. Kesian mak tu.. at least korang tuntutlah keadilan demi mak korang.. ini tidak, korang siap jaga lagi orang tua sy4itoon tu padahal dia yang dah buat mak korang tak betul n life korang tak betul.

Mak tu kesian, dah lah dekat dunia tertekan kena sara semua orang cari duit, kat alam barzakh tu taktau ape dia hadap sekarang sebab tak pert4hankan anak – anak dan seperti bersekongkol. Bapak korang jugak yang untung.. jahat pun anak bela.

Please jangan jadi b0doh.. silap – silap lepas ni cucu / anak korang pulak yang kena tadah.. cucu takut nak mengadu atau cucu ingat atok nak manja – manja. Please jangan biarkan pred4tor ni berkeliaran.. masukkan je dalam penjara.. bah4ya kalau anak – anak korang dekat dengan dia.

Kak Yong Siti : Sungguh la bila baca confession macam ni, terasa betapa ujian saya kecik je kalau nak compare dengan orang lain. Allah menguji mengikut kemampuan kita. Pastinya tt ni sangat kuat dan diangkat darjatnya oleh Allah asbab sabar dan redha nya dengan ujian Allah. Orang yang berjiwa besar je yang boleh melupakan dan memaafkan orang yang mengkhi4nati dirinya sedemikian rupa. Allah Maha Baik.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5155 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.