Dalam kereta dia sangat bersih. Tidak dibenarkan makan di dalam kereta. Aku tak tau itu pantang larang dia. Kulit kacang tinggal kan tepi – tepi seat tu. Air kotak aku selit kat pintu tu. Dia sanggup patah balik, aku ingat dia patah balik nak cakap i love u sayang..
#Foto sekadar hiasan. Sis teringin la nak buat confession gak lepaih baca suami siapa ntah nama Daud confess bini cantik tapi pemalaih. Kah kah kah penatlah gelak. Sorry bro, baca cita ang dengan aku emosi oih. Cita aku, pasal partner tidoq aku yang sangat pembersih.
Aku bukan isteri yang level teruk pemalaih macam bini brader Daud bukan nama sebenar tu. Level malas aku ikut kalendar, ada musim. Suami aku ni sangat pembersih. Sebabkan aku nikah dengan antara orang yang sangat pembersih di bumi malaya ni.
Perkara ini sedikit sebanyak telah mengubah diri aku yang pernah menyandang title wanita pemalas. Kah kah kah mai gelakkan diri aku wei!!! Suami aku ni orangnya tinggi, memang tinggi. Kulit takdak laa cerah, takdaklah gelap.
Tapi kulit muka dia bersih, clean. Kuku dia rapi. Kalau keluar dating smart ja, tak pernah selebet. Tshirt pon bergosok. Mesti berkolar. Aku tau suami aku ni memang jaga diri dia lepaih nikah, maksudnya jenis berdandan. Tapi cara dia contoh pi buat facial muka, bulu ketiak takdak dia pi buat rawatan laser 3 bulan sekali.
Bulu kaki bersih licin. Layan manicure, pedicure, guna skincare cleanse, toner, serum, mosturiser, uv protection PA 3+++ kekkekeeekkekekekkeek. Sat, aku memang suka gelak!!! Pada aku lawak wei. Aku gelak pasai aku yang pompuan pun takdak buat semua tu.
Bulu ketiak aku wujud dan tumbuh subur dengan jayanya. Nasib laa aku keturunan takdak bulu kaki kinting – kinting tu. Kalau tak mesti laki aku asing bilik tidoq kot. Muka aku memang takdak la nak pi buat facial muka tiap bulan, apatah lagi manicure dan pedicure. Skincare???? Kah kah kah!!! Air wuduk semata, bedak baby johnson botoi kecik wei, hahahaha.
Suami aku perfume dia ada kategori, pi reja lain, pi jog lain, pi pasar ayam ikan lain, pi kenduri lain wei. Aku takat guna deodorant rexona kebanggaan aku warna purple tu. Har har har!!! Ok, aku kalau dating ngan dia memang auto terpakai konsep terima ku seadanya, tudung aku main sarung ja, takdak pin tudung dalam kamus hidup aku.
Pasai masa itu emaih!!! Awning patah ka apa aku balun ja. T-shirt aku memang takde gosok – gosok buang karen. Okay masa kapel, dalam keta dia sangat bersih. Tidak dibenarkan mamam di dalam keta ea. Hahahaha. Aku tak tau itu pantang larang dia. Serius!!! Aku slumber ja makan kacang.
Kulit kacang tinggal kan tepi – tepi seat tu. Air kotak aku selit kat pintu tu. Dia sanggup patah balik kat rumah sewa aku lepas drop off, semata suruh aku clearkan kazanah yang aku tinggalkan. Hahahahha! Aku ingat dia patah balik nak cakap i love u sayang. Hahahhaha.
Tapi dia hulur plastik sila clearkan sampah sarap aku dan dia bagi aku car vacuum yang kecik tu untuk sedut serdak kacang cap tangan yang tumpah – tumpah. Laa mana aku tau tak leh makan dalam keta. Hahahahahaha!!! Aku makan dalam keta masa dia pi solat kat surau petronas. Hahahahaha!!
Sebabkan kete dia sangat bersih, ko kena ketuk – ketuk dulu slipar kau buang pasir kat luar. Hahahahaha!!! Okay pengalaman dah nikah dengan dia. Mula – mula susah aku nak sesuaikan diri. Contoh ea, towel dia ada color code ikut hari.
Towel dia bertukar everyday. Towel muka lain, towel rambut lain, towel badan lain. Spenda pun sama. warna ikut hari, sama cam towel. Hahahahaha! Aku gelakkan diri sendiri lagi. Baju dia memang tersusun selain dari ikut color ada kategori.
Baju tidur, baju siang, baju malam, baju keje, baju balik kampung, baju memasak etc. Aku bukan macam dia, baju masak aku pun boleh jadi baju tido. Kah kah kah!!! Hmmmm… cite sal skincare. Semua kena baris. Hahahahaha!
Kalau tak ikut kedudukan yang betul dia tak marah, tapi aku tau dia punya perasaan tu macam ber4k tak lepas. Yes, aku tau. Aku tumpang guna skincare dia. Hahahahha. Kadang – kadang aku guna je odorono dia. Mula – mula kahwin aku sanggup tak nak naik kete dia sebab aku rimas dengan peraturan dia.
Lemas doh, kita balik kerja nak kunyah – kunyah makanan, minum air. Jadi kita orang dah kahwin 5 tahun. Ada anak sorang. Anak aku pun dah macam rekrut kah kah kah!!! Aku dah grad rekrut dah naik pangkat jadi staf sarjan. Kah kah kah!!!
Aku dah terpengaruh dengan acuan suami. Jadi skema macam dia, sikitlah. Suami bawa aku laser bulu ketiak aku, buat manicure, pedicure, facial. Belikan skincare aku. Belikan tudung aku, ikut kegemaran dia so sekarang aku dah ada koleksi pin tudung.
Laki aku ajar aku lebih jadi tersusun la sikit. Dia ajar aku susun pakaian dalam wardrobe. Ajar aku iron baju guna heat yang betul supaya baju tak berlubang. Asingkan papan pemotong sayur, daging, buah semua. Sampai anak aku pun boleh follow dengan lifestyle ayah dia.
Lepas main kemas, tak sepah – sepah. Susun buku ikut alphabetical order. Ha macam tu lah. Bab sampah, laki aku memang guna pakai 3R. Senang cerita semua perkara ada garis panduan. So setiap kali nak buat apa aku akan tanya suami aku GP apa yang terpakai.
Setiap perkara. Kalau aku Ianggar GP, dia tak marah tapi aku tau dia tak senang. Masa aku nak beranak suami yang sediakan checklist nak beranak. Kalau nak balik kampung pun suami yang berkemas. Kalau aku kemas, ada jer yang tak cukup kata dia.
Aku kongsi pengalaman aku bukan nak buka aib suami. Tapi dalam skema suami aku tu, dia yang membentuk aku jadi insan yang lebih teratur. So setiap orang ada macam ragam, berbeza. Takda manusia yang sempurna gais. Sabar, tolerate each other. Insha Allah, harmoni. Terima kasih sayang, sabar dengan saya. Love you… – Sayang (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Lili : Kawan aku ada OCD..Dia pernah menangis sebab baju dia mak dia kekadang susun tak ikut warna betul. Menangis bila orang terpijak kasut dia kotor jadi seharian dia str3ss pakai kasut tu. Menangis tengok rambut orang sebelah kusut dia rasa macam nak betulkan tapi takut kena m4ki hahaha. Jujurnya, bagi kita lawak tapi orang – orang camtu otak dia serabut dan penat. Pls be nice and support them.
Bunga Sakura : Syoknya dapat laki macam ni. Saya suka yang kemas – kemas tapi saya sorang ja la yang mengemas di rumah. Penat… bekerja, kemas luar rumah kemas dalam. Rumah, meracun rumput, mencuci longkang, memasak… aih semua la saya buat.
Sekarang umur pun nak msuk 50 hadap ja la selagi terdaya. Kalau dah penat sangat saya tutup – tutup dulu mata ambik mood. Nanti – nanti dah ilang penat badan penat otak baru smbung buat. Bertuah la awak dapat suami cenggini. Tapi ban ari – ari tukar towel, asingkan papan pem0tong daging, sayur tu jenuh jugak nohhh
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.