Ada sekali kakak ipar aku cakap, “Sedap kan mak, Jie masak.” Mak aku baIas, “Sedap apa. Garam kurang. Asam kurang.” Aku time tu nak ke dapur cuci mangkuk anak aku makan, aku patah balik masuk bilik nangis..
#Foto sekadar hiasan. Hai. Nama aku Jie. Lama dah aku fikir nak mengadu tentang hal ni. Cuma aku tak tahu nak mengadu dengan siapa. Kalau aku mengadu pada orang yang aku kenal, benda ni mengaibkan. Kalau mengadu kat sini pun, silap – silap boleh jadi bahan kecaman je.
Ye la. Tengok tajuk pun dah berciri anak derh4ka. Mengadu pada Pencipta. Ya… selalu. Cuma kali ni aku rasa aku kena luah. Sebab aku sangat str3ss. Kena kecam pun lantaklah. Aku kena luah untuk kesihatan emosi aku. Aku perIukan kestabilan emosi demi anak aku.
Aku anak perempuan dari 6 beradik. 3 lelaki 3 perempuan. Ramai kan… Aku ni anak ke 5, perempuan bongsu dan ada seorang adik lelaki. Aku bukan nak mendabik d4da, tapi dalam semua beradik aku yang paling pandai.
Semua peperiksaan umum aku dapat keputusan yang sangat cemerlang lebih dari yang lain dan aku sambung belajar di universiti yang bagus. Kemudian aku bekerja dalam bidang profesional selama 8 tahun sampailah akhirnya aku berhenti kerja dan duduk dengan mak aku.
Aku duduk dengan mak aku lepas abah aku meninggaI. Mak aku tinggal seorang di sebuah kampung di pantai timur. Adik beradik aku semua kerja di Lembah Klang. Antara semua adik beradik, aku yang tak ada komitmen sebarang pinjaman sebab masa zaman aku kerja, semua benda aku beli cash. Pinjaman pelajaran pun tak de sebab aku dapat scholarship.
Maka, aku dijadikan calon paling ideal untuk tinggal dengan mak aku. Tambahan pulak suami aku ni kerja pelantar minyak. Selalu takde.. Jadi, memang kena je lah aku duduk teman mak aku. Suami aku pun mampu bagi aku gaji bulan – bulan macam zaman aku kerja, jadi takde masalah pun aku jadi surirumah.
Bila dah duduk dengan mak aku ni, baru aku perasan satu benda. Mak aku ni suka cakap belakang fasal anak pada anak yang lain. Yang dia tak pernah cakap belakang pada aku seorang je, adik aku iaitu anak bongsu dia. Yang lain, baik anak baik menantu semua kena.
Tapi aku ada nampak harapan bakal isteri adik aku ni akan menerima nasib yang sama macam kami yang lain ni. Anak tu kemas rumah, dia kata buang barang. Anak yang tu bawa isteri pergi bercuti, dia kata buang duit baik duduk rumah. Anak tu beli barang berjenama sikit, dia cakap membazir.
Anak tu belanja dia makan, dia cakap makanan yang dibelanja tu tak sedap. Anak ni bawak dia shopping, dia cakap buat dia s4kit kaki je. Anak ni ajak bercuti, dia cakap dia tak suka jalan – jalan. Anak ni beli rumah besar, dia cakap nanti tua duduk sorang jugak macam dia. Banyak lagiIah.
Dan semua tu cakap belakang yang mak aku ceritakan pada aku. Depan mereka, mak aku respon lain. Tapi aku ni pun takdelah rajin nak mengadu domba kat abang – abang kakak – kakak aku. Aku anggap masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je.
Dekat suami aku pun aku tak cerita apa yang mak aku cerita. Ye lah… Kalau aku cerita aku ni macam anak jahat yang tonjolkan sisi buruk mak sendiri kat pasangan kan? Ni pertama kali ni aku ‘mengadu’ kat sini. Tu pun sebab aku dah tak tahan… (cry)
Aku mestilah tak terkecuali jadi m4ngsa cakap belakang ni. Ada yang abang kakak aku cerita kat aku, ada yang aku terdengar masa mak aku bercakap dekat phone. Yang jadi masalahnya, bila mak aku mengadu kat abang – abang, kakak – kakak aku, aku kena sound. Sedihnya…
In fact mungkin aku yang paling banyak kena complaint kut. Yelah. Aku duduk dengan mak aku kan. Aku ada anak seorang. Anak aku ni kategori high demand. Bila ada anak – anak lain call mak aku tanya buat apa, mak aku mesti jawab,
“Buat apa lagi. Duduk je lah menghadap cucu. Tak boleh nak buat apa – apa.” Jadi ada adik beradik yang pernah sound aku ingat aku buIi mak aku. Padahal aku mintak mak aku temankan anak aku masa aku mandi dan solat.
Sesekali aku keluar beli keperluan rumah, aku tinggalkan jap. Malas la angkut baby. Tu pun aku balik cepat – cepat sebab takut anak aku meragam ke apa. Bab basuh ber4k, mandi, uruskan anak, basuh baju anak semua aku buat sediri. Tu bab anak. Bab makan pun selalu kena complaint jugak.
Ada sekali kakak ipar aku cakap, “Sedap kan mak, Jie masak.” Mak aku baIas, “Sedap apa. Garam kurang. Asam kurang.” Aku time tu nak ke dapur cuci mangkuk anak aku makan, aku patah balik masuk bilik nangis. Penat aku masak. Lepas dah tidurkan anak aku, aku makan la benda yang mak aku cakap tak sedap tadi. Aku rasa ok je.
Ye… aku makan lepas semua orang dah makan. Mungkin betul kut asalnya rasanya kurang. Ada yang dah adjustkan lepas mak aku complaint. Tapi, kenapa kakak ipar aku cakap sedap? Pernah sekali aku masak sup ikan. Mak aku tak nak makan lauk tu.
Dia kata ikan tu berbau (aku rasa tak pun. Ke hidung aku kebal entahlah). Mak aku tunjuk perasaan apa entah makan nasi dengan belacan. Kebetulan masa tu kakak aku call. Mak aku ceritalah dia tengah makan nasi dan belacan.
Lepas call tu terus aku kena sound dengan kakak aku. Kata aku biar mak aku makan benda bukan – bukan. Padahal tu pilihan dia. Aku dah masak. Dia tak nak makan. Nak masak banyak – banyak dengan anak kecik ni bukan senang wei.
Padahal sebelum masak aku dah tanya ok tak menu tu. Dia cakap ok. Ada sekali aku pergi rumah abang aku. Kat KL senangkan makan boleh order Food Panda. Kampung aku tak de servis tu. Aku pun ajak la mak aku order.
Mak aku cakap tak nak. Dia nak makan nasi dengan telur mata je. Aku pun masakkan nasi. Kebetulan telur ayam rumah abang aku habis. Ada telur puyuh je. Aku pun tanya mak aku nak order lauk tak sebab dalam peti abang aku memang tak banyak bahan mentah.
Mak aku cakap dia nak makan nasi dan telur puyuh rebus je. Aku pun rebuskan telur. Kebetulan masa mak aku tengah makan tu kakak ipar aku balik kerja. Kakak ipar aku tegurlah benda mak aku makan tu. Mak aku cakap aku tak masak.
Memang aku plan tak nak masak. Aku nak order je makanan. Tapi mak aku tak nak. Sedangkan apa yang dia makan tu, apa yang dia request. Aku dah tanya lepas tu nak aku masakkan apa – apa lagi tak. Dia yang menolak. Tapi mengadu dekat kakak ipar aku lain.
Kau bayangkan mak sendiri mengadu kat ipar, sadisnya. Sentiasa nampak aku anak yang jahat. Lepas tu, aku pernah keluar jumpa kawan – kawan aku. Dah setahun aku tak jumpa diorang. Aku bawak anak aku time tu. Niat aku bawak anak aku sebab aku nak bagi mak aku me-time.
Tiba – tiba mak aku cakap kat seorang adik beradik aku ni, aku lagi pentingkan kawan dari adik beradik. Dari jumpa kawan – kawan baik pergi jumpa adik beradik. Padahal masa Sabtu sebelum tu aku dah jumpa semua adik beradik aku.
Masa aku cakap aku nak keluar jumpa kawan, mak aku cakap ok je. Ada abang aku pernah nak plan hari keluarga. Pergi bercuti ramai – ramai sekeluarga. Mak aku bangkang. Mak aku cakap dia malas nak bercuti. Dia penat.
Duit pergi bercuti baik bagi dia katanya tapi dia suruh aku taip dalam group Whatsapp family mewakili dia sebab dia tak reti nak menaip. Aku malas taip. Kang abang – abang kakak – kakak aku ingat aku yang buat cerita. Dah la aku ni memang selalu jadi kambing hitam. Tapi mak aku memang berkeras tak nak pergiIah.
Sampai sekarang abang aku tu tak pernah ungkit dah fasal family day. Kesian pulak abang aku. Tapi bila ada menantu mak aku bawa mak ayah dia (kira besan mak aku la) bercuti dia macam cemburu pulak. Adoilahhhh…
Actually aku duduk dengan mak aku ni sementara je. Sementara tunggu rumah yang aku dan husband aku beli tu siap. Hujung tahun ni insya-Allah siap. Jahatkan aku. Aku harap rumah aku settle cepat – cepat sebab aku nak keluar. Aku rasa hidup aku ni sangat t0ksik.
Lagipun rasa macam duduk dengan mak aku, aku ni menghimpun d0sa instead of pahala. Ada je yang salah. Ada je yang tak kena. Dan aku sedih asyik kena sound dengan adik beradik aku bila mereka dapat aduan dari mak aku.
Depan aku mak aku kata dia ok je duduk sorang (padahal dia tak pandai memandu dan tak pandai membeli barang. Masa arw4h abah aku ada, abah aku prepare semua). Dia jugak ada cakap dia nak ajak kakak aku seorang ni hah duduk dengan dia.
Tapi dia cakap takut tak tahan pulak sebab abang ipar aku tu jenis mulut suka komen itu ini. Tu depan aku la. Belakang aku mak aku cakap nanti dia takut duduk sorang – sorang fasal aku nak pindah. Sekali lagi aku kena sound dengan adik beradik aku.
Rumah tu dekat selatan semenanjung. Jauh la dengan rumah mak aku. Suami aku anak tunggal jadi husbamd aku rasa bertanggungjawab untuk duduk dekat dengan mak ayah dia. Salah ke kalau aku bertimbang rasa dengan situasi suami aku?
Malah, lelaki prioriti terhadap mak ayah tak berubah selepas kahwin. Tak macam perempuan. Keutamaan beralih kepada suami. Aku ni sentiasa anak yang meIawan di mata mak aku. Sebenarnya aku bukan meIawan. Aku cuma rasa sebagai anak aku boleh tegur benda yang mak aku buat tu aku rasa salah.
Mak aku ni ada masalah hygiene. Jadi aku tegurlah untuk kebaikan dia. Aku cakap baik – baik. Tak marah pun. Tapi mak aku rasa aku membantah dia. Contoh, mak aku pakai selipar yang dia pakai dalam tandas seluruh rumah.
Alasan dia, tapak kaki dia sejuk. Aku belikanlah selipar lain untuk pakai dalam rumah tapi dia pakai jugak selipar tandas tu. Alasan dia malas nak tukar selipar. Aku pun bagitau la selipar dalam tandas tu mungkin membawa n4jis.
Ni jalan merata nanti n4jis tu merata rumah. Kita kan nak solat. Kena bersih. Tapi dia rasa aku meIawan dia. Lepas tu mak aku ni jenis yang suka pakai baju berulang kali. Kan tak elok. Baju pakai banyak kali kan berbau. Alasan dia baju tak de.
Aku pun belikan baju tapi lepas tu dia cakap baju dia banyak. Penuh almari. Dan aku dicop membazir. Baju aku beli tu warna dia tak sukalah. Cutting dia tak berkenan lah. Dan banyak lagiIah isu lain. Mak aku memang tak kemas rumah.
Kerja kemas rumah semua aku buat. Kerja masak – masak pun aku buat. Cuci baju sidai baju aku buat. Sesetengah baju mak aku nak basuh sendiri sebab dia kata dia tak suka sabun yang aku guna. Tapi bila adik beradik aku call dia mengadu penat dan di mata adik beradik aku ni, aku macam mengh4mbakan mak aku.
Aku ikhlas je nak tolong buat kerja rumah sebab aku tahu mak aku bukan muda lagi. Tapi, aku tak tahu apa salah aku. Sentiasa aku yang jahat. Sentiasa aku yang buruk. Sentiasa aku yang salah. Aku rindu abah aku. Aku ni anak kesayangan abah aku. Semua aku nak masa kecik mesti aku dapat atas alasan aku pandai.
Aku kerja bagus dulu dan aku meniadi kebanggaan abah aku. Kalau borak dengan kawan dia, mesti dia selit cerita fasal aku. Sebab tu ramai kawan arw4h abah aku kenal aku berbanding adik beradik lain. Aku yakin kalau abah aku masih ada dan aku jadi surirumah ni pun, mesti abah aku tetap bangga dengan aku sebab aku anak yang nak teman mak aku kat rumah.
Bila abah aku takde, aku terasa sangat. Kalau abah aku masih ada mesti nasib aku tak macam ni. Abah… Jie rindu sangat kat abah. (Nangis teruk). Aku tau sebagai anak, kita kena mengalah je. Aku tak kisah untuk mengalah.
Tapi aku sedih bila aku sentiasa nampak teruk dan buruk di mata adik beradik aku yang lain. Padahal mereka tak tahu mereka pun selalu diburukkan pada aku, bezanya aku tak cerita pada sesiapa. Sabar. Ya… aku cuba. Mungkin aku banyak d0sa. Sebab tu aku diuji sebegini.
Mungkin juga pedoman untuk aku sebab aku pun ada anak. Aku sedar kalau anak aku dah besar, aku jangan buat macam ni. Memang tak ada anak sempurna, tapi seorang anak akan berusaha jadi yang terbaik untuk mak ayah.
K la. Habis dah luahan aku. Ada banyak lagi tapi cukup dah kot. Panjang sangat karang jadi novel, bukan confession dah. Ada ke yang baca luahan aku ni sampai habis? Terima kasihlah ya. Tolong doakan semoga aku kuat dan sabar.
Aku pun doakan kalian menjadi anak yang soleh. Aku pun doakan semoga kita semua jadi ibu bapa yang baik buat anak kita. K la. Nak kesat air mata. Esok husband aku nak balik rumah ni. Mata bengk4k kang. Bye. – Jie (Bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.