Aku member0ntak, p4ksa mama dan abah kahwin semula, tapi rupa2-nya abah merana

Dalam hati aku, abah yang salah. Setiap perceraian puncanya adalah lelaki. Selepas 4 tahun, abah kata nak kahwin lain. Aku tak happy, aku member0ntak nak mama dan abah bersatu semula. Abah ikut permintaan aku dan aku seronok sangat, sampailah lepas SPM abah bawa aku keluar…

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin sebab sudi siarkan luahan aku ni. Korang biasa dengarkan perceraian suami isteri, anak – anak akan jadi m4ngsa? Tapi dalam kes aku ni lain yang berlaku. Mama dan abah berkahwin atas dasar cinta.

Kitorang hidup bahagia je. Sampailah umur aku 12 tahun macam tu, tiba – tiba mama datang kat aku dan bagitahu yang mama dan abah tak tinggal sama lagi. Aku ni anak sulung, baru darjah 6 masa tu. Mana la aku faham maksud ‘tak tinggal sama lagi’ tu.

Proses kat mahkamah memang kami tak ambik tahu. Memandangkan mama dan abah berpisah cara baik, maka hak penjagaan kami 3 beradik bergilir – gilir. Beberapa bulan lepas mama dan abah berpisah, mama kahwin lain.

Masa tu aku sangat pelik. Kenapa cepat sangat mama kahwin lain? Tapi aku tak tergamak nak tanya. Dalam hati aku, abah yang salah. Setiap perceraian puncanya adalah lelaki. Mama ada hak untuk bahagia dan tak kisah la cepat sangat mama kahwin lain.

Bermula hari tu, tinggallah kami dengan ayah tiri. Orangnya ok je. Langsung tak masuk campur hal kami 3 beradik. Daripada cerita mama, suami baru dia tu, duda tak de anak. Kawan mama zaman universiti dulu. Abah pulak maintain singIe.

Abah kerja cikgu. Hidup dia busy dengan hal sekolah dan aktiviti luar. Sampailah 4 tahun kemudian, abah bagitahu kami, abah nak kahwin lagi. Aku terk3jut. Aku ingatkan abah masih sayangkan mama. Sebab tu abah tak kahwin lagi.

Rupanya aku silap. Abah bawak perempuan tu jumpa kami untuk berkenalan. Orangnya cantik. Muda lagi. Lagi cantik dari mama. Aku tak happy. Aku jadi sangat marah. Nampak sangat abah gataI tak sedar diri. Masa tu umur abah dah 40 tahun.

Perempuan tu mungkin awal 30-an. Entah malas aku nak ambik tahu. Start dari tu, aku buat per4ngai. Aku member0ntak. Aku nak mama dan abah bersatu semula. Aku tak pergi sekolah. walaupun mama hantar sampai pagar, bila mama gerak, aku keluar dari pagar.

Aku betul – betul buat per4ngai. Sampailah abah dan mama kena panggil dengan cikgu disiplin. Abah sangat malu sebab cikgu disiplin tu kawan dia. Abah cuba slow talk dengan aku. Tanya punca kenapa aku jadi macam ni. Aku pun terus terang dengan dia yang aku tak suka abah kahwin lain.

Aku nak abah bersatu semula dengan mama. Abah terkedu dengan permintaan aku. Aku janji, kalau mama dan abah kahwin semula, aku akan jadi anak yang baik. Abah ikut permintaan aku. Masa tu memang hubungan mama dan ayah tiri aku bermasalah.

Rupanya dia bukan duda, tapi suami orang. Bila dapat tahu tu, mama terus minta cerai. Maka, abah pun kahwin dengan mama. Aku sangat happy. Aku memang berubah jadi pelajar yang baik. Sampailah aku lepas SPM. Abah ajak keluar katanya nak belanja aku makan.

Aku pun seronok la pergi makan dengan abah. Abah pun mulakan bicara. Abah cakap, aku dah habis SPM dan sepatutnya dah dewasa dan mat4ng untuk berfikir. Dan abah minta aku jadi seorang dewasa yang berfikiran terbuka.

Masa tu aku macam pelik dengar abah cakap. Abah bagitahu yang selama ni, hubungan dia dan mama hanyalah untuk aku. Abah dah tak cintakan mama lagi. Abah cakap, masa dia cerai dengan mama dulu, sebab mama yang minta.

Mama jatuh cinta dengan ex-boyfriend zaman belajar dia (ayah tiri tu la). Mama buat per4ngai. Mama dan abah selalu berg4duh cuma kami yang tak tahu. Abah lepaskan mama sebab itu yang mama nak. Sebab tu mama cepat sangat kahwin baru.

Tujuan abah cerita tu, sebab dia nak kahwin dengan perempuan yang dia kenalkan dengan kitorang dulu. Abah minta perempuan tu tunggu dia sampai aku habis SPM. Dan perempuan tu tunggu. Masa tu aku memang marah giIa.

Dasar perempuan gatal nak tunggu suami orang. Yang buat aku lagi s4kit hati, adik – adik aku baik dengan perempuan tu. Entah bila la abah bawak diorang jumpa perempuan tu. Adik aku siap panggil perempuan tu IBU! issshhh aku memang benci giIa kat dia!

Yang adik – adik aku pun kemain lagi. Aku cakap dengan abah, aku tak setuju dia kahwin dengan perempuan tu. Lagipun takkan abah nak poIigami? Sebab masa tu abah dan mama masih suami isteri. Rupanya aku silap. Mama dan abah bertahan 6 bulan je lepas nikah semula.

Abah memang dah tak ade hati dengan mama sebab terkesan dengan perbuatan mama yang curang dengan abah. Abah betul – betul kecewa. Mama dan abah memang ada rumah asing. Sebab tempat kerja jauh. Selalu jugak abah tido rumah dia.

Sebab tu aku tak pelik kalau abah tak tido sebilik dengan mama. Patutlah selama ni kalau kami keluar hujung minggu, abah tak jalan dengan mama. Abah pegang tangan adik – adik. Aku yang jalan dengan mama. Bod0hnya aku tak nampak semua tu.

Akhirnya abah kahwin juga dengan perempuan pilihan dia. Aku langsung tak happy. Aku langsung tak salam perempuan tu. Ambik gambar sama – sama pun aku tak nak. Aku betul – betul kecewa. Tapi, abah jadi seorang yang berbeza.

Kalau dulu, abah selalu nampak tertekan. Sekarang memang abah sentiasa ceria. Aku nampak cara abah pandang perempuan tu. Pandangan penuh rasa cinta. Itu lagi buat aku s4kit hati. Abah nampak aku member0ntak.

Abah datang jumpa aku dan cakap “Kakak, abah k0rbankan perasaan abah untuk tengok kakak bahagia. Masa tu kakak belum mat4ng dan takkan faham situasi abah. Sekarang kakak dah cukup dewasa untuk faham apa yang berlaku. Bolehkan kalau bagi abah bahagia sekejap?”

Masa tu aku menangis. Aku betul – betul pentingkan diri sendiri. Aku minta maaf kat abah. Tapi, hati aku masih belum boleh terima perempuan tu. Untuk anak – anak yang menjadi m4ngsa penceraian, janganlah kita main menuduh ibu atau ayah kita.

Ada perkara yang memang tak boleh dikongsi dengan anak – anak. Jangan jadi macam aku yang buat per4ngai member0ntak. Kesian mak ayah kita. Walaupun mak ayah kita bukan suami isteri lagi, tapi mereka masih ibu ayah kandung kita. Jod0h mereka hanya setakat itu. Tapi, jod0h dengan anak – anak sampai bila – bila. – Si Kakak.

Komen Warganet :

Dyana Md Noor : Baiknya ayah awak, sangat baik. Ibu tiri awak pun baik pada pandangan saya. Awak kena redhakan diri, ingat yang jod0h, m4ti, itu semua percaturan dari Yang Esa. Kita hanya mampu merancang tapi Dia yang atur semuanya untuk kita. BagiIah ayah awak bahagia sebelum dia pejamkan mata, bukannya lama. Dia pend4m perasaan dari awak darjah enam sampai dah lepas SPM. Bayangkan naluri ayah awak, sian la kat diaaa

Syaza Rozaidi : Peng0rbanan seorang ayah. Ibu bapa saya bercerai masa saya umur 15. Tapi masa saya umur 12 tahun pun jarang – jarang dia ada untuk saya dan adik – adik. Tapi benda dah lama, masing – masing dah ada kehidupan baru. Kita anak – anak doakan je yang baik – baik. Sebab mak saya selalu pesan baik ke buruk ke tetap mak ayah kita, kena hormat. Jangan simpan apa – apa nanti hati tak tenang.

Miza Zaini : Ayah kau seorang yang sangat bertanggungjawab. Bersyukur dapat bapa sebaik dia. Dan untuk kau, belajar terima qada dan qadar. Dah tersurat kau nak ada mak dan ayah tiri di akhir cerita, maka terimalah. Berbaiklah. Jangan pupuk perasaan sendiri dengan eg0 “tak suka dan tak boleh terima”. Sudahnya kau yang makan hati. Orang lain happy je. ChiIex.

Norizan Mamat : Salam, Wah, abah yang baik. Patut pun perempuan tu tunggu abah. Ingat mudah dapat lelaki baik? Nanti dah nak kawin, jika berjumpa lelaki sebaik abah, jangan lepaskan yer. Semoga semua bahagia.

Dwi Yn Ddiniwed : Besarnya peng0rbanan nak jadi bapa yang baik. Walaupun terp4ksa tunggu dulu, kalau bapa yang pentingkan diri sendiri dah buat macam anak tak hidup. Ko nak m4ti ke ko apa ke ko punya pasal. Tak nak belajar sudah, senang tak payah habis minyak hantar ko ke sekolah.

Itulah realiti yang berlaku kat anak saud4ra aku. Beruntungnya ko konfessor dapat ayah yang baik. Belajar elok – elok. Nanti dah kerja baIas jasa ayah mak ko tu. Kalau baca konpessor kat sini banyak kisah – kisah bapaku itu ini, suamiku itu ini, susah nak dapat kisah macam bapak ko ni. Sanggup tunggu demi anak, ini menunjukkan betapa sayangnya dia kat ko.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.