Aku dah siap pakai cantik dan wangi-wangi tapi suami tak nak tidur sebilik, dia lari tidur dengan anak

Dalam 3 minggu ni dia sibuk hampir setiap malam keluar jumpa kawan, balik pukuI 1, 2, 3 pagi. Satu malam tu aku dalam kepenatan tengah tidur m4ti, dik3jutkan waktu malam. Dia nak bersama lagi, aku tak sempat apa lagi.. Baru nak berkalih, sebab tidur yang kena kacau, tiba2 dia meng4muk.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Tak taulah kalau artikel ni akan disiarkan atau tak. Tapi aku dalam keadaan tak tertahan nak menangis, nak mengadu tak tahu pada siapa. Nak luahkan rasa kecewa dalam hati ni yang selama ni aku cuba abaikan dan tukarkan jadi fikiran yang positif.

Aku dah berkahwin masuk 7 tahun dan memang perkahwinan kami bahagia. Aku akui ada banyak kekurangan dalam perkahwinan kami, kami belum berpeluang ada rumah sendiri, kereta pun belum habis bayar. Hidup kami syukur alhamdulillah, memang Allah kurniakan rezeki yang tak berhenti.

Sentiasa datang daripada pelbagai sudut. Terutamanya rezeki untuk anak – anak kami. Sentiasa ada rezeki untuk mereka. Tak pernah putvs. Aku masih bekerja dan aku berniaga online. Jual macam – macam dan buat pelbagai perniagaan.

Aku juga tolong suami aku berniaga online. Boleh bayangkan tak macam mana sibuknya aku siang dan malam? Attend kelas online waktu malam, siang kerja, nak layan customer, nak manage pages fb, ig, telegram lagi. Balik rumah memang dah kena siapkan masak – masak untuk family, lepas tu kena siapkan barang – barang anak skolah dan sebagainya.

Itu tak masuk lagi segala urusan dan persiapan kerja aku sendiri setiap hari. Suami aku tak bekerja. Sejak kami kahwin dia kerja tak menentu. Income yang tak menentu setiap bulan. Tak ada gaji tetap. Baru nak merasa gaji tetap, tapi diberhentikan dek pandemik.

Sejujurnya aku penat sangat. Bukan penat apa, penat menampung keluarga dan memikirkan segala hal untuk memastikan kami cukup makan pakai, isi minyak, dan segala keperluan kehidupan harian. Aku memang syukur dengan suami aku ni orang yang sangat penyayang dan rajin.

Aku memang sangat respect dengan dia. Cuma bab kewangan tu dengan komitmen nak hantar anak – anak sekolah, sewa rumah dan lain – lain. Allah saja tahu aku bertungkus lumus macam mana. Aku dah niat dan redha dalam hati, aku redhakan semua apa jua rezeki dan mata pencarian aku, aku tak nak berkira dengan suami aku.

Sebab aku tau semuanya pemberian dari DIA. Aku lebih bersyukur sebab Allah kurniakan aku suami yang rajin dan tak berkira jagakan anak, jaga urusan rumah untuk kami sekeluarga. Cuma satu je, kami banyak kali bertengk4r sebab aku kepenatan yang amat sangat setiap kali dia nak ajak bersama.

Walaupun sebenarnya kebanyakan kali aku akan turutkan walaupun dalam keadaan badan yang tak larat, kepenatan atau sengaja aku p4ksa. Dah lama kami tak bertengk4r tentang ni sebab Alhamdulillah kami happy saja dengan kehidupan walaupun banyak serba kekurangan tapi Allah gantikan dengan rezeki dari sudut lain.

Cuma lately dalam sejak 3 minggu yang lepas dia setiap malam takkan tidur dengan aku sebilik. Sentiasa bagi alasan untuk tidur dengan anak – anak. Walaupun hari yang aku balik awal atau lepas balik kerja tunggu dia, bersiap dan wangi – wangi pun, dia balik dan tidur dengan anak.

Sebenarnya dalam 3 minggu ni dia sibuk hampir setiap malam keluar jumpa kawan, bincang bisnes dan kerja wallahualam. Balik pukuI 1, 2, 3 pagi, buat pengetahuan korang dia memang daripada kami mula kawan hingga kahwin pun memang macam ni.

Macam dah jadi biasa juga, tapi selalunya kalau aku pesan atau mintak dia jangan balik lewat dia turutkan saje. Lepas tu dalam seminggu biasanya aku memang ada hari – hari yang aku extra penat kalau aku kena kerja luar tak masuk ofis atau perlu berjalan sana sini.

Aku pernah cadang banyak kali juga untuk set jadual saja untuk kami bersama.. Contoh macam sabtu malam, khamis, jumaat malam. Hari yang masing – masing relaks sikit sama – sama. Tapi setiap kali tu ada – ada saja aktiviti lain dia.

Tiba – tiba dia keluar malam and balik lambat, bila dah balik lambat, kalau bukan aku yang penat, dia sendiri pun penat tak larat. Dan nak jadikan cerita satu malam tu aku dalam kepenatan tengah tidur m4ti, dik3jutkan waktu malam.

Dia nak bersama lagi, aku tak sempat apa lagi. Baru nak berkalih, sebab tidur yang kena kacau, tiba – tiba dia meng4muk. Aku sangat penat dan aku tak larat nak pujuk. Dia merajuk dan tidur dengan anak – anak. Sampai lah ke hari ni dia dingin dengan aku.

Tak manja macam biasa dan hari – hari sentiasa cari sebab kecil – kecil remeh temeh yang selama ni dia ok saja bertolak ansur. Semua jadi sebab nak dimarah. Bila aku tanya dan cakap sebab nak bersama. Dia nafikan dan dia kata benda yang tak patut memang dia kena tegur.

Sekarang ni aku nak tanya, kalau lelaki tak dapat jalankan tanggungjawab nafkah zahir, lepas tu menangkan eg0 dan tak nak bagi pula nafkah batin. Semua terletak kat bahu perempuan ke? Kat mana pula ya letak tanggungjawab seorang perempuan?

Kita perlu tinggalkan ke bab kerja / bisnes dan layan dia je.. Betul ke?? Habis benda tu semua dia tak boleh bagi tapi dia nak kita sediakan segalanya untuk keluarga, jadi isteri solehah sempuran macam bid4dari untuk dia.

Kalau aku berhenti kerja, dia pergi kerja tapi tanggungjawab nafkah batin untuk aku ditunaikan, dan tanggungjawab aku sebagai isteri pun aku tunaikan. Jadi tak payahkan aku penat – penat buat segala-  gala susah payah, kerja penat – penat bagai, lepas tu apa aku buat dia tak hargai.

Tak boleh nak memahami dan yang dia tau waktu dia nak, dia nak. Gitu ke? Aku ke yang pentingkan diri atau dia yang pentingkan diri sendiri? Bukan aku tak minta maaf, pujuk, dan cari masa untuk bersama. Tapi semua dipandang sepi, aku siap belikan makanan dia suka, belikan segala apa lah.

Untuk lembutkan hati dia. Tapi dia masih nak lancar per4ng dingin. Seriously aku buntu yang teramat sangat. Aku dah hadiahkan al-fatihah, doa pada Allah lembutkan hati dia. Aku buat macam – macam solat hajat daripada dulu lagi.

Sentiasa pujuk hati aku memahami bahagian yang dia tak boleh bagi atau kekurangan. Jadi aku sangat sedih. Kenapa dia tak boleh nak tolak ansur apa jua kekurangan aku sedangkan aku dah buat sehabis baik untuk perkahwinan kami dan kebahagiaan kami dan anak – anak. Sedih lah wehh. Yang terguris hati, dan sedang menangis. – Sha (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Mudarrisah AmatulLah : Nak cakap satu je. Kalau ada suami, buat cara ada suami dik. Biarlah lelaki jadi lelaki. Kita perempuan tak perlu jadi lelaki melainkan dah memang ibu tunggal – kalau pegang jawatan ni baru logik kena provide everything untuk famili. Bawa bincang dengan husband elok – elok.

Cik Puan : Kadang terfikir jugak. Patut lah sesetengah lelaki m4kin naik lemak lepas kahwin (malas kerja / culas tanggung jawab terhadap keluarga). Puncanya sebab isteri jugak. Sayang dan kesiankan suami tak bertempat.

Saya pun kerja sejak sebelum kahwin sampai dah jadi isteri orang ni tapi yang wajib suami tanggung, saya tak ambil alih pun. Kalau saya nak susah payah tanggung / ambil alih tanggungjawab suami. Pulun kerja tapi suami sedap je kat rumah baik saya tak payah kahwin.

Kak Ain : Kerja secara online ni, penatnya di otak kita yang membawa ke fizikaI. Orang tak nampak kepenatan tu. Kena explain kepada suami. Biar dia ambil tanggungjawab menyara keluarga supaya awak tak terlalu penat.

Satu lagi akak rasa masalah awak bukan ‘penat’ semata – mata, mungkin kurang rasa ingin bersama. Kena atasi. Normal kalau suami perIukan isteri di waktu malam, dan normal isteri juga perIukan. Kalau isteri rasa tak perlu, ada masalah kita di situ. Hubungan intim suami isteri mesti dijaga, kerana di situ terletak bahagia batin masing – masing. Yang membawa kepada bahagia hari – hari esok yang dilalui bersama.

Nur Mustikarahman : Sebelum kahwin ni tak pergi kursus kahwin ke apa ni. Dari awal dah jadi enabler bagi je keluar malam dan sebagai nya. Mula – mula takpelah bertolak ansur. Lepas tu baru lah nak dekat 10 tahun kawin baru rasa terbeban pulak dah. Pergi lah bising dekat laki tu dah dia memang jenis bebaI tak faham bahasa. Pi bagitau penat nak m4mpus hidup dengan awak. Tapi mesti tak beranikan. Sebab sayang.

Aiman Akim : Patutnya jadi suami jangan malas. Jangan harap usaha isteri je. Dah nama laki, tak kira kat luar hujan batu sekalipon kerja la cari nafkah untuk anak bini. Hatta kutip tin jual skali pon, at least cari pendapatan.

Bila isteri dah start buat kerja suami, suami lagi nak isteri layan dia tiap malam, memang naik lemakla jawabnya. Dahlah kerja taknak, nak isteri layan tiap malam, nak lepak sampai tengah malam lagi. Lepastu isteri mengadu penat taknak layan nak marah. Isteri pon, nak tolong berpada – pada. Bukan support semua sampai si laki naik lemak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.