Masa majlis tunang, mak tiba2 buat drama menangis konon taknak lepaskan aku

Ayah aku cakap bagi 10k dah cukup untuk wang hantaran. Aku lega dengar ayah cakap macam tu. Tiba – tiba terdengar suara mak aku cakap, “mintak la lagi. Sikit sangat tu.” Ayah buat tak dengar je tapi mak tak putvs asa. Bila bincang soal mas kahwin, mak terus cakap dengan kuat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamulaikum admin. Sebenarnya dah 2 kali aku cuba nak taip tapi tak habis. Kalau admin nak post, boleh post. Terima kasih admin. Aku kenalkan diri aku sebagai Diana. Semester terakhir yang sedang praktikal.

InshaAllah bulan 10 ni aku akan dapat segulung ijazah dalam bidang engineering. Umur aku 23 tahun. Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, tidaklah susah, tidak senang. Tapi hidup aku susah. Kenapa aku kata susah?

Sebab dari zaman aku belajar dari sekolah hingga la zaman universiti semua aku berdikari sendiri. Usaha sendiri. Duit sendiri. Dengan bepandukan hanya duit PTPTN tu sahaja aku hidup. Duit tu la untuk bayar yuran, duit tu la untuk bayar sewa rumah dan juga duit tu la untuk bayar segala – gala.

Hanya yang begelar student saja tahu cukup atau tidak. Aku struggIe untuk cukypkan duit PTPTN tu. Mana mak ayah aku? Aku ade adik beradik yang masih bersekolah. Aku tak pernah mintak apa – apa dari mak ayah aku.

Sebab kalau aku mintak, akan menjadi persoalan bagi mereka. Tatkala aku tengok mak ayah org lain akan cakap,  “kalau bab makan jangan berkira, makan je”. Tapi aku lain. Dari zaman sekolah aku biasa hidup bedikari. Kerja sambil belajar tu biasa.

Bulan lepas aku bergelar tunangan orang. Aku bukan nak puji tunang aku tapi aku besyukur sangat. Tatkala aku tengah hidup susah, dia sentiasa ada di belakang aku support macam – macam walaupun dari segi kewangan. Bila dia nampak aku tak ada duit, dia akan hulur walau pon tak banyak.

Bila aku menangis tengah malam sebab aku fikir mana nak cari duit beli laptop, dia sanggup support walaupon masa tu dia pon tak banyak duit. Dia duduk satu taman dengan aku. Family kami memang dah saling kenal. Dia kerja sendiri tapi alhamdullilah setakat ni rezeki dia tak pernah putvs sampaikan dia mampu kumpul lebih 20k dalam masa 2 tahun ni.

Konfliknya di sini min, aku belajar di satu universiti yang agak jauh dari rumah. Jujur aku kata, aku sebenarnya lagi bahagia bila jauh dari family aku. Bila aku balik, ada sahaja yg tak kena dengan aku di mata mak aku. Bila praktikal ni nasib aku tak baik sebab aku dapat praktikal di area rumah aku.

Dari awal aku dah fikir mesti akan ada je perg4duhan antara aku dan mak aku. Kami bukan berg4duh mulut tapi masing – masing bemasam muka. Aku lebih suka diam dari aku mengeluarkan kata – kata yang akan menjadi satu d0sa.

Sebulan sebelum betunang, aku bermasam muka dengan mak aku atas sebab yang sangat remeh. Masa tu aku tekad aku nak keluar dari rumah ni. Aku str3ss sangat. Balik kerja badan letih tapi balik rumah bertambah letih dengan sikap mak aku.

Masa g4duh tu, aku cakap terus terang biar aku keluar dari rumah ni dari berg4duh berpanjangan. Aku cakap aku akan bertunang dan akan berkawin bulan 12 ni. Masa tu baru aku nampak mak aku macam berlembut sikit.

Tapi aku tetap dengan pendirian aku. Bulan lepas aku dengan rasminya bertunang. Tapi bukan seperti pasangan lain. Masa family tunang aku datang merisik lain drama mak aku buat. Mak aku menangis depan orang ramai.

Dia cakap dia berat nak lepaskan aku. Aku ni tak ada apa, duit pon tak ada. Nak merasa duit aku dulu, nak aku kerja dlu. Aku masa tu malu sangat min. Malu sebab mak aku yang jemput diorang datang, tapi layanan sangat teruk.

Aku besyukur min sebab ayah aku senang. Simple. Masa bincang soal hantaran, ayah aku dah tanya aku dulu. Nak hantaran berapa? Aku cakap jangan letak mahal – mahal, kalau 10k tu ok dah. Masa bertunang tu, mereka pun bincang pasal hantaran.

Ayah aku cakap bagi 10k dah cukup. Aku lega dengar ayah cakap macam tu. Tiba – tiba terdengar suara mak aku cakap, “mintak la lagi. Sikit sangat tu.” Tapi ayah aku buat – buat tak dengar. Alhamdulillah. Selesai soal hantaran, bincang pulak tentang mas kahwin.

Mak aku dengan lantang sebut, “2 Ribu” Allahu. Total semua 12k, 12k tu tidak menjadi masalah sekiranya kami tak ada komitmen tapi kami tengah plan nak buat rumah sendiri. Lepas sahaja sesi bertunang tu tanpa sebarang majlis, tanpa sebarang acara sarung cincin.

Mak aku hanya letak sahaja cincin atas meja dan cakap, “nah cincin.” Family tunang aku sangat terkejut dengan sikap mak aku masa tu sebab mak aku bukan orang yang tak ada agama. Mak aku boleh ibarat muka masjid.

Keesokan harinya, aku tegur mak aku. Kenapa menangis – nangis depan diorang? Kenapa letak mas kahwin sampai macam tu sekali? Tapi macam biasalah, tak guna aku cakap sebab mak aku guna hukvm, ‘ape hukvm meIawan cakap mak.’

Aku diam dan aku biarkan dia dengan 12k yang dia mintak tu. Dan sehingga la kini mak aku masih bermasam muka. Cukup soal itu. Sambung pulak dengan kakak aku yang sepatutnya kahwin pada bulan lepas. Tapi disaat akhir 2 bulan sebelum tarikh, laki tu cakap tak ada duit.

Kau bayangkan, lagi 2 bulan nak kahwin tapi duit satu sen pon tak ada. Panjang cerita mereka sampai putvs tunang dan sampai la sekarang sambung tunang balik dan tiba – tiba mak aku cakap nak buat sekali kenduri dengan aku.

Aku tak dapat bayangkan, apa perasaan bila kau nak kahwin tapi kau kena support sekali kakak kau kahwin sebab tunang dia tak ada duit. Aku runsing. Bukan aku tak kesian dekat tunang aku. Tunang aku sendiri rasa diani4ya.

Dulu dia renovate rumah aku 100% tanpa untung yang tinggi, ingatkan bila kahwin mak aku boleh budi bicara. Tapi mak aku lagi tekan dia dengan 12k nak support kakak aku sekali. Aku tak tahu la drama apa lagi akan jadi bila aku persoalkan hal ni.

Sebelum aku buat keputvsan nak kahwin tu, aku dah terfikir – fikir di mana aku nak kerja untuk tolong tunang aku. Kebetulan mak tunang aku akan berakhir satu tender di satu sekolah tahun ni. Aku plan nak sambung tender tu tapi atas nama tunang aku.

Dan kebetulan juga mak aku kerja di sekolah tesebut juga dan sangat rapat dengan guru besar. Aku pernah tanya mak aku, aku cuma mintak tolong sikit sahaja, mintak tolong dia rekemenkan aku dekat guru besar untuk ambik tender tu.

Tapi macam biasa, persoalannya tetap duit. Mak aku tak akan tolong langsung bab duit, bab modal. Malah nak dapatkan tender tu pon mak aku tak akan tolong. Sedih hati aku. Zaman belajar aku cukup susah, tak mintak langsung duit dia.

Terkadang aku tefikir, kenapa aku dilahirkan begini ? Ape sebenarnya salah aku sehingga mak aku begini. Hari – hari aku doa, supaya dipermudahkan urusan aku, murahkan rezeki aku. Lembutkan hati mak aku. Aku harap bila semuanya selesai, aku akan dapat keluar dari rumah ni. – D

Komen Pembaca :

Saya Norashikin : Akak dulu pun macam kau dik. Dari sekolah usaha sendiri. Mak tak tolong sebab mak pun susah adik beradik ramai. Nak kahwin pun mak tak bagi mula – mula sebab baru kerja setahun. Tapi pujuk – pujuk buat kenduri sangat kecil untuk 100 orang sahaja semua usaha sendiri.

Dari khemah sampai ke akhir. Bila dah kahwin akak buktikan masih boleh bantu adik – adik belajar. Jadi dah tak ada isu. Yang penting doa dan solat istikharah selalu semoga dipermudahkan segala urusan.

Sha Mohamad : Kau kena tegas, hantaran 12k tu untuk kau, jadi kalau nak sekalikan ko kena mintak duit dari kakak dan tunang dia sekali. Kalau dorang tak ada duit, ko cakap la tunang ko kerana bagai nak rak, hidup susah nak kumpul 12k tu.

Yang nak kahwin tu kau bukan mak kau. Kalau mak kau bertegas jugak nak sekalikan, fine, ko cakap je ko tak nak sanding. Ko buat majlis nikah je dan ko cakap dengan tegas ko hanya bagi 2k je untuk majlis nikah jemput sed4ra terdekat.

Yang lagi 10k, ko simpan untuk hidup lepas kwen. titik. Duit hntaran tu suh tunang ko bagi kat akaun ko jangan bagi kat tangan mak ayah ko. Kalau tak ckup 2k untuk nikah, suruh kakak ko dan tunang dia topup. kata nak sekalikan kannnnnn. Jadi, pandai – pandai la fikir. Sekali lagi, kena ingat yang nak kahwin tu ko bukan mak ko.

Farah Hanna : Takde istilah derh4ka kalau ko Iawan cakap / perbuatan mak ko tu sebab ape yang dia cakap / buat tu datangkan mud4rat. Abis kalau mak ko suruh terjun lombong ko terjun la sebab taknak derh4ka? Islam tak seteruk itu confessor.

Islam kata kena taat pada benda yang baik. Ko dah tau perbuatan mak ko tu tak elok, tetap la pada pendirian ko, kenapa orang lain nak kahwin, ko dengan bakal suami susahkan diri nak sponsor? Ko pun belajar tinggi, bertegas la.

Tak mendatangkan d0sa pun, malah berd0sa kalau ko tu ani4ya diri ko sendiri dengan taat membuta tuli pada benda yang tak betul. Menyampah betul la dengan orang yang takut derh4ka ni. Guna akal tu. Kalau benda tu salah, derh4ka ape bendanya. Belajar tinggi tapi… mmm…

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.