Saya selalu nampak leher, muka boss penuh berbirat dan bercaIar. Bila tahu punca, saya nekad jadi isteri kedua

Suami ada voice note lafaz taIak 3 tapi belum sempat saya dengar suami cepat – cepat call saya supaya jangan buka kerana dia dip4ksa lafaz taIak 3 dengan anc4man dari isteri pertama. Sekarang madu ingat kami dah bercerai, dia hantar mesej gelakkan saya sebab dah kena cerai tapi sebenarnya..

#Foto sekadar hiasan. Dari kiriman inbox. Salam admin, tolong share masalah saya kat public dan minta tolong hidekan profil saya ye. Saya berumur 40-an dan telah berkahwin kali ke-2 baru setahun lebih. Saya merupakan isteri ke-2 dan mempunyai 3 orang anak hasil dari perkahwinan yang pertama.

Ini pula perkahwinan kali ke-3 untuk suami saya. Hasil perkahwinan pertama suami dikurniakan seorang anak lelaki dan suami telah menceraikan isteri pertama setelah dip4ksa cerai oleh isteri ke-2 yang merupakan madu saya sekarang.

Itu pengetahuan pembaca, saya baik dengan bekas isteri pertama suami dan dia menceritakan semua apa yang berlaku punca kepada penceraian mereka dulu. Madu saya merupakan seorang perempuan yang physc0. Dia merupakan balu kem4tian suami dan mempunyai 3 orang anak dari arw4h suaminya.

Semasa bergelar ibu tunggal selama 5 tahun, saya banyak mengelak dari berkawan dengan suami orang. Dan saya sendiri tidak tahu kenapa hati saya terbuka untuk menerima suami walhal saya tahu dia dah beristeri. Apa yang saya rasa ketika itu saya kesian.

Suami saya adalah boss saya ketika kami bekerja dalam 1 syarik4t. Saya selalu melihat muka dan leher dia berbirat dan caIar baIar tapi saya tak ambik kesah sebab saya andaikan mungkin dia terjatuh. Sehingga suatu malam saya dapat panggilan dari suami (sebelum berkahwin) minta tolong dari saya untuk ambil dia dekat rumah sebab rumah kami berdekatan).

Saya tak tahu apa berlaku dan bila saya sampai saya tengok muka dia berd4rah, ada kesan caIar dan seperti terkena benda t4jam. Saya diam kelu sebab tak pernah tengok keadaan macam ni walaupun pengalaman saya dengan suami pertama saya menjadi m4ngsa pukuI suami.

Suami minta saya hantar ke rumah ibu bapanya di Bangi. Kat sana baru saya tahu cerita selama ni suami selalu menjadi m4ngsa pukuI isterinya sejakĀ  4 tahun yang lalu. Ibu mertua saya juga tunjuk gambar – gambar suami sebelum ni yang dia simpan di mana gambar suami dipukuI dan dit0reh dengan benda t4jam.

Saya sendiri tidak tahu di mana keberanian saya untuk menerima suami walhal saya tahu bakal madu saya seorang yang kaki buIi dan saik0. Saya berkahwin atas restu ibu dan kedua mertua. Ibu mertua sangat sayangkan saya sebab saya yang merapatkan semula suami dan ibu mertua di mana rupanya selama ini madu saya melarang suami berjmpa dengan ibu mertua.

Seolah telah memisahkan hubungan seorang anak dan ibu. Ibu mertua terlalu bencikan madu selepas dim4ki hamun melalui whatsapp. Ibu mertua saya bagi saya baca whatsapp dan saya memang terk3jut, kenapa ada menantu yang sanggup mngeluarkan kata – kata kesat, m4ki hamun dan pengh1naan untuk ibu mertuanya sendiri.

Saya termenung mengenangkan pengalaman saya tinggal sebumbung dengan bekas ibu mertua selama 20 tahun. Tidak pernah sesekali saya keluarkan kata – kata kesat walaupon ada perkara yang meny4kiti hati saya. Inikan pula tidak sebumbung dan jarang berjumpa.

Semenjak itu, seluruh family suami dan saud4ra mara membenci madu kerana kelakuannya yang kurang ajar dan selalu mem4ksa suami telefon memarahi sesiapa sahaja yang dia tak puashati. Ibu mertua banyak kali beritahu saya dan suami bahawa dia dah anggap menantunya itu tak wujud lagi dan sudah buang dari sebahagian family.

Mulanya suami berlaku adil, sehingga perkahwinan kami terbongkar dan madu saya meng4muk dan mem4ksa suami menceraikan saya dengan taIak 3. Jika tidak suami tak boleh keluar rumah dan madu mengajak suami berpindah jauh dari saya.

Suami ada voice note saya lafaz taIak 3 tapi belum sempat saya dengar suami cepat – cepat call saya supaya jangan buka voice kerana dia dip4ksa lafaz taIak 3 dengan anc4man senj4ta di tangan madu. Saya memang tidak mendengar voice tersebut.

Perkara ni kami telah rujuk kpada ustaz dan ustaz mengesahkan lafaz tesebut tidak sah atas alasan saya tak mendengar dan p4ksaan anc4man. Kami dibuang kerja atas aduan madu kepada pihak syarik4t mengenai perkahwinan kami.

Semenjak itu mereka berpindah jauh dari saya dan suami curi – curi balik ke rumah saya cuma 2 kali seminggu dengan menipu madu dia pergi keluar bekerja walhal suami memang dah takde kerja. Madu percaya bahawa saya telah diceraikan dan pernah menghantar mesej kat saya ketawakan saya kerana telah diceraikan walhal hakik4tnya kami masih suami isteri.

Semenjak dari itu, suami cakap per4ngai madu dah berubah. Kalau berg4duh takde lagi pukuI – pukuI dan m4ki hamun. Kalau ada pun tak sekerap dulu. Dia pun pernah minta untuk jmpa ibu mertua nak minta maaf tapi ibu mertua saya dah tak nak terima lagi.

Dah banyak kali saya minta dari suami untuk undur diri, saya minta dari ibu mertua untuk undur dari tapi suami tak nak lepaskan saya dan ibu mertua juga merayu jangan tinggalkan suami saya dan dia. Saya buntu, saya rasa terbeban dengan keadaan sekarang yang pada saya complicated.

Saya banyak tolong suami dari segi kewangan sebab suami tak kerja dan suami terp4ksa guna duit saya untuk memperlihatkan tanggungjawab dia kat sana dari bab keperluan anak – anaknya. Saya tak pernah mem4ksa suami untuk memilih saya atau madu dan tak pernah mem4ksa suami mnceraikan madu kerana saya kesian dengan anak – anaknya yang masih kecil walaupun suami pernah berjanji untuk ceraikan madu.

Tapi saya akui, saya bukan sekejam itu untuk mngungkit janji – janji yang dia pernah buat. Saya masih mampu bersabar walaupon kadangkala saya penat banyak mengalah dan berk0rban untuk membina balik kebahagiaan mereka.

Apa yang saya keliru, patutkah saya teruskan rancangan saya dan suami untuk membina perniagaan selepas ni walhal semua modal tu 100% duit saya dan saya tahu apa saja duit selepas tu akan mengalir ke sana demi menutup penipuan suami kepada isteri pertamanya.

Saya pernah merayu untuk dia lepaskan saya supaya saya boleh cari kebahagiaan saya sendiri dan dia boleh tumpukan perhatian dia untuk anak – anak dan isterinya kat sana tapi suami seboleh – boleh tak mahu lepaskan saya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?