Aku mcm tunggul, bibik utk cuci sisa orang, masak utk kenyangkan perut. Ibarat bermadu dgn mak mertua

Suami beli sarapan untuk dia dan mak dia saja. Dah la aku tengah lapar. Diorang lepas dah habis makan baru ajak. Seperti biasa aku kena habiskan makanan yang mak mertua tak habis makan. Sisa – sisa je yang diorang bagi..

#Foto sekadar hiasan. Aku Molly. Baru berkahwin beberapa bulan. Dengan lelaki dari negeri yang selalu kena b4sh. Haa, termasuk lah aku. Dah namanya jodoh, aku kenal suami aku dari laman sosiaI. Kenal setahun, terus nikah di musim pkp.

Dipendekkan cerita, aku tinggal dengan mertua aku. Aku sebenarnya dah beritahu yang aku tak sanggup tinggal dengan mertua. Tapi memandangkan dia anak bongsu, jadi mak memilih untuk tinggal dengan kami. Oh ya, asbab paling utama, rumah kami tinggal adalah rumah mertua yang dah ditukarkan nama kepada nama suami.

Boleh kata kami menumpang di rumah mertua. Mulanya aku cuba menerima mertua. Tapi lama lama terasa lah juga. Pertamanya, mertua selalu nak ikut kami keluar ke mana – mana saja. Boleh kata jarang kami keluar berdua sejak mertua ada.

Sebelum ni mertua tinggal di rumah kakak ipar disebabkan bapa mertua ada di sana. Selepas bapa mertua balik ke KL, terus dia tak nak tinggal di sana. Walaupun penat atau lewat malam sekali pun dia tetap nak ikut. Katanya takut tinggal seorang diri di rumah.

Aku mulanya okay je nak keluar sekali. Tapi sejak kena tegur dengan mertua kerana pegang tangan suami ketika memandu terus aku terasa. Yelah, kami dah biasa pegang tangan dalam kereta. Tersentak bila tiba – tiba cakap aku tarik tangan suami aku dalam nada yang agak keras.

Kedua, pasal makanan. Aku dibesarkan dalam family susah. Boleh kata jarang sangat family aku membeli di luar. Mama memang lebih suka memasak. Bila aku kahwin aku nak masak tapi mertua lebih suka membeli. Boleh kata 3 kali makan 3 kali membeli.

Dengan alasan dia tak tahu nak makan apa. Kena tengok dulu baru tahu. Memanglah dia guna duit pencen dia tapi ni berkait dengan no 3 yang aku akan ceritakan nanti. Pernah satu hari aku masak nasi ayam. Aku ajak suami makan dan mak mertua makan.

Dia cakap nanti dia makan. Last – last kakak ipar datang, dia ajak kami semua makan dekat chicken rice shop. Sehinggakan membazir nasi ayam aku buat. Terasa tu hanya Allah yang tahu. Banyak kali. Aku memanglah tak berapa pandai masak tapi tiap kali aku masak aku akan mintak suami aku komen apa yang kurang.

Kalau dah menambah dua tiga kali tu, kira tak sedap ke? Ada satu hari dibulan puasa hari tu kakak ipar datang tanya mana aku. Aku tengah masak. Kakak ipar tanya aku masak apa. Mak boleh cakap, “masak apa lagi, masak telur je untuk dia dan suami.”

Padahal aku goreng telur sebab nak buat nasi goreng kampung. Sedih masa tu. Aku tahu dari suami. Padahal dia yang selalu nak makan luar. Bila aku nak masak cakap tak payah nanti penat. Last – last depan orang dia cakap macam tu, kecik hati aku.

Yang ketiga ni aku paling tak tahan. Mak (mertua) bayar aku baki hantaran aku. Bila aku tanya suami aku kenapa mak dia bayar, dia cakap sebab mak ada pinjam wang. Kiranya mak dia bayar balik tapi pada aku. Tapi lain ceritanya bila mak bagitau yang dia bagi duit tu sebagai tanggungjawab sebeIah pihak lelaki.

Aku sangat pelik dan terasa menyusahkan. Tak tahu nak percaya yang mana. Satu lagi kereta suami aku ni takde roadtax, tak boleh jalan jauh. Sekarang m4kin teruk sebab selalu keluar. Mak dah beberapa kali bagitau depan aku yang sebelum ni dia dah simpan duit, tapi disebabkan majlis (kahwin aku), duit tu habis semua.

Hari tu masa aku beraya di rumah kakak ipar, kami terp4ksa pinjam kereta kakaknya satu lagi kerana jarak agak jauh. On the way ke sana, mak ungkit lagi pasal duit ni. Dia kata ada cash 10k dia simpan di tangan tapi semua habis sebab majlis.

Tak tahu habis ke mana yang tahu ada seketul ni sambil dia pegang lengan aku. Aku tahu niatnya bergurau, tapi m4kin lama m4kin aku terasa. Suami aku baru diberhentikan kerja dan aku masih lagi struggIe mencari kerja di tempat baru.

Kalau tak aku rela bayar balik duit mertua asalkan dia tak sebut lagi hal ni. Aku terasa macam aku ni jadi bebanan pula pada mak dan suami. Mak asyik bagitau duitnya hilang sedangkan mak boleh dik4takan agak boros. Adik beradik selalu pandang serong pada suami kerana suami tinggal dengan mak dan tak bekerja.

Semua orang nak disogok dengan duit. Cucu – cucu semua sayang tokwan kerana duit. Yelah tiap kali datang mesti bagi upah duit. Puasa penuh dapat RM300 tiap seorang, yang tak penuh RM200. Anak sed4ra dekat 20 orang.

Pastu sedih sebab duit hilang. Banyak sebenarnya. Tak masuk lagi bab suami sendiri. Rasa macam nak leraikan je semua ni. – Molly (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Ini adalah sambungan confession tentang aku menantu dan mak mertua. Penatnya menjadi isteri. Aku fikir selepas kahwin hidup aku akan jadi lebih mudah. Lelaki yang memahami, supportive sebelum kahwin dulu entah hilang ke mana.

M4kin hari m4kin aku rapuh. Suami selalu kata aku nipis (sensitif) tiap kali ada krisis. Manakan tidak, aku dididik oleh seorang ibu yang sangat menjaga tutur kata. Hanya perkataan b0doh dikeluarkan bila dia teramat marah.

Dan perkataan tu last bila entah. Mungkin masa 3 – 4 tahun lepas. Tadi masa suami keluar beli barang, mak mertua cuba untuk menggunakan air fryer. Niat aku memang nak tolong. Aku basuh braket tapi mak letak dalam lapisan bawah yang ada sisa minyak.

Aku kata jangan letak dulu ada minyak tu. Dia terus cakap, “B0doh, mak mertua tak pandai guna.” Aku terkedu. Diam seketika. Pastu aku kata aku tak cakap. Dia baIas lagi, “Bukan ada cakap ke tadi?” Aku terus baIas “S3tan kot.”

Ya Allah aku rasa berd0sa jawab macam tu tapi mak suka tr1gger darkside aku. Aku sampai tahap hari tu menjerit sebab str3ss dengan “gurauan” kasar mak. Bukan sekali, banyak kali. Bila aku diam dia akan buat lagi, macam sengaja nak s4kitkan hati aku.

Macam pagi tu, aku tengah mood elok, aku dah niat nak baik dengan mak, lupakan kisah semalam. Aku tanya, mak dah makan? Dia jawab “Nak makan apa, bukan ada apa pun kat rumah.” dengan gaya memerli. Allahu. Aku terus ajak suami pergi beli makanan.

Sebenarnya banyak aje makanan yang dia biasa makan. Roti, buah, nestum. Kalaupun tak nak makan, boleh aje bagitau ajak pergi beli sarapan dengan cara baik. Oh ya apa – apa yang berlaku biasanya memang bukan depan suami aku.

Kalau depan suami aku, dia saja yang biasanya counter back mak dia. Suami pulak beli sarapan untuk dia dan mak dia saja. Dengan alasan aku cakap nak masak. Luluh hati. Dah la tengah lapar alih – alih takde makanan.

Diorang makan, aku layan saja perasaan sambil cuci ayam untuk masak. Langsung tak diajak makan. Teringat ibu kat rumah. Ibu tiap kali balik pasar, ibu akan mintak kami (anak perempuan) isi perut dulu baru buat kerja.

Sebab ibu tahu kerja cuci mencuci ni akan jadi lama. Diorang lepas dah nak habis makan baru offer makanan. Seperti biasa aku kena habiskan makanan yang mak tak habis makan. Suami pun lepas habis makan terus ke depan main game.

Tinggal aku sendiri makan hati. Pinggan semalam sisa makan tinggal macam tu saja. Aku tahu mak yang suruh dia tinggal. Dah sedia maklum dari kakak ipar, adik beradik lelaki memang dimanjakan oleh mak. Bab duit dan kerja rumah memang mudah saja.

Sejak kebelakangan ni sabar aku m4kin kurang. Hari tu orang ada komenkan beruntung mak nak membeli tak payah masak. Tapi sekarang dah terbukti apa naluri aku cakap betul. Mak buat cerita depan ipar duai aku tentang duit banyak habis sebab membeli makanan.

Padahal aku masak saja hari – hari sekarang. Dah jarang sangat membeli. Dia saja yang tak nak makan air tangan aku. Suami aku elok saja menambah nasi tiap kali makan. Pernah la dia makan aku masak tapi dia komen tak cukup itu ini.

Aku dengar saja. Sebab ipar duai aku masak kadangkala bukan sedap mana pun tapi dia puji melambung. Padahal dia sendiri makan sikit saja. Hari tu kakak ipar datang, mak sound aku depan – depan kata, “maafla kat rumah tok tak masak nasi.”

Aku terus sangkal kata ada saja nasi dalam periuk. Dia terus terkulat kulat nak cover malu. Satu lagi tabiat mak. Simpan makanan lama – lama dalam peti. Mak kan suka membeli. Nafsu besar selera kecik. Paling latest dia perli aku,

“Tak pe simpan saja dalam peti, nanti ada la orang rajin buang.” Allahu, mak. Kalau aku tak buang sebulan dalam peti tu tak terusik. Aku perhati saja, kalau aku tak kemas peti, siapa nak kemas? Harapkan anak jantan dia?

Cakap boleh, buatnya tak. Bila aku kemas peti mak duduk depan aku check apa yang aku keluarkan. Pastu tak habis habis mulut cakap membazirnya.. Nak buang semua ke? Bab ni kadang – kadang suami aku pert4hankan aku.

Aku diam saja makan hati, suami yang cakap, “orang tak buang benda yang elok. yang tak elok baru buang.” Dia iyakan dalam keadaan tak puas hati. Suami cuba tenangkan aku cakap mak dia bergurau. Takde niat nak Iukakan hati aku.

Ye, setiap kali ayat tu yang dia beri. Bergurau. Habis bab makanan, bab mengemas pulak. Hmm, kalau aku tak cuci tandas memang berkerak la. Mak dan suami langsung tak sentuh. No wonder la awal kahwin bilik air tu penuh dengan t4hi burung.

Geli geleman aku masa mula – mula datang. Mak pulak aku perasan jenis buang sampah atas lantai. Tisu penuh tepi bucu kerusi tempat dia makan. Aku faham mak kata tak larat nak buang sampah. Dia letak plastik g4ntung tepi kerusi aku boleh terima lagi.

Ni atas lantai penuh sampah, apa guna plastik yang terg4ntung tu. Suami aku pun terikut sama. Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan. Aku sempat merasa hidup berdua selama sebulan lebih masa awal kahwin. Lepas tu mak duduk sini sampai tak nak langsung ke rumah anak lain.

Minggu lepas suami ada utarakan tentang planning minggu ni kami akan sibuk. Dia seolah merajuk bila suami utarakan untuk tinggal mak sebentar di rumah kakak. Suami pulak lepas emaknya balik tinggal sekali lagiIah jadi per4ngai lama.

Mak pernah marah aku k3jut suami aku tidur petang. Padahal aku cuba untuk tukar tabiat dia. Asal takde kerja, dia tidur. Aku pun faham juga kalau suami penat takkan aku k3jutkan. Mak pun pernah bagitau yang suami aku tak pernah buat kerja dapur sebelum ni.

Dia seolah tak suka suami aku tolong aku di dapur. Tolong tiarap pinggan, masak nasi goreng, benda ringan saja pun. Dan sebulan sekali pun nasib baik lah tu. Jujur aku cakap bila aku buat kerja sorang – sorang, minda aku selalu kata aku ni tak ubah macam bibik.

Yelah, aku penat berpanas di dapur, diorang senang lenang tengok phone kat depan. Mak tu tak kisah sangat sebab dah tua. Suami aku pun sama naik. Takde empati kat isteri. Common sense nak tanya atau bantu isteri tu takde.

Selagi aku tak terasa hati, tak bagitau memang dia akan senyap macam tu jela main game. Bab duit, paling terbaru suami terasa hati bila mak jaja kat semua adik beradik dia takde duit sebab kereta sewa mahal masa nak hantar ipar ke airport.

Aku dah cakap kat suami kalau asbab pergi ni kita takde duit, baik kita tak pergi. Daripada kita menyusahkan orang. Kami pergi pun sebab ada kr1sis family yang menyebabkan kami terp4ksa sewa kereta. Lepas dah hantar sebenarnya boleh saja balik terus tapi mak pulak takut nak balik malam.

Jadi terp4ksa tidur di rumah ipar yang jarak 200km. Kiranya tambah lagi 200km untuk balik ke rumah. Tambah lagi kos minyak, tol, makan. Alhamdulillah asbab kejadian ni suami mula baiki kereta yang dia ada. Suami pun sekarang buat keputvsan nak makan rumah dan tak nak susahkan mak.

Tapi mak pulak asyik tanya nak duit ke tak dan pelik mana suami aku dapat duit. Hahahhaa lawak pun iya jugak. Kalau guna duit dia, dia duk jaja kat anak – anak yang lain yang dia takde duit. Bila tak guna dia pulak susah hati.

Sampai tahap sekarang, setiap benda aku borak dengan suami aku, dia akan tanya. Aku ni jenis yang tak suka cakap kuat. Cukup sekadar dengar. Bila aku borak dengan suami dia akan tanya apa? Setiap kali. Jadi aku pun decide untuk senyap dan biarkan dia bercakap dengan anaknya.

Oh ya, setiap kali keluar mesti mak ikut. Kalau dia tak ikut, dia akan menganjing aku sebab nak ikut suami padahal dekat saja. Hahaha nak buat macam mana tu saja masa aku tuk bersama suami aku. Lain – lain kena bawak mak sekali.

Kadang – kadang aku rasa macam aku bermadu pun ya. Bermadu dengan mertua sendiri. Hahaha.. Sebelum nikah, suami aku cakap takde orang yang peduli pasal dia. Termasuk mak dia. Masa dia s4kit aku yang call situ sini untuk CODkan makanan.

Masa tu kan PKP dan kami jauh. Sekarang lepas kahwin, mak dia plak nak kan perhatian dia. Kakaknya sendiri kata adik dia banyak berubah lepas kahwin. Alhamdulillah la kan. Sebelum ni masing – masing kata dia tak dengar cakap orang, buat hal sendiri saja. Entah lah.

Aku tahu mak dia tak dapat apa yang suami aku buat kat aku dari ayah mertua. Tapi tu bukan tiket dia untuk sekat suami aku jadi lebih baik. Kenapa nak cemburu bila anak kita layan perempuan lain baik. Tu kan isteri dia?

Bukan ke patut bersyukur yang anak nya tak ikut jejak ayahnya? Aku hari – hari berdoa semoga aku dapat jadi menantu yang baik, isteri yang baik. Yang sabar dengan keadaan sekeliling. Tapi tulah, aku macam sayang diri aku dan taknak peristiwa dulu berulang.

Aku tak nak orang pijak aku. Aku selalu cakap kat suami aku, kenapa awak kahwin dengan saya sedangkan awak boleh hidup dengan mak awak? Kalau aku dibuat seperti tunggul dan sekadar bibik untuk cuci sisa orang dan masak untuk kenyangkan perut, apa guna aku bernikah?

Maaf luahan aku panjang. Doakan aku kuat menghadapi semua ni. Doakan yang terbaik buatku. Terima kasih atas nasihat sebelum ini dan selepas. – Molly (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Muslimah Saifuddin Mus Saiful : Makcik tak pernah cemburu anak – anak layan isterinya dengan baik. Malah makcik nasihatkan anak supaya selalu tolong isteri. Anak – anak bila dah kahwin biarlah dia atur hidupnya sendiri dengan dibantu isterinya. Kita sekadar beri nasihat atau pandangan.

Nur Hela : Selalu dengar menantu baik kena dengan mertua pu4ka. Mertua baik kena dengan menantu h4ntu. Eh takde ke jenis yang buku bertemu ruas? Aku cukup suka drama g4duh – g4duh. Mak mertua awak ni kalau dapat kat saya, tahulah nak ajar. Dengan anak jantan dia sekali aku sekolahkan

Shahz Reen : Senang cakap, perempuan zaman sekarang kena bijakk, BIJAK jaga diri sendiri, BIJAK bela diri bila kita betul, BIJAK buat keputvsan, BIJAK buat pilihan, BIJAK fikir apa yang kita layak terima dan tak layak terima. Jangan dok redha terima je, kena BIJAK segala benda jangan bagi orang tindas, lepas tu luah kat sini. Kalau diri sendiri tak BIJAK tak ke mana, KERAS sikit kak hmmm.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.