“Maafkan akak, dik.” Kali pertama sepanjang 4 tahun saya peIuk madu saya, saya mengalah dan undur diri

Dalam telefon kami berg4duh macam orang giIa. Entah kenapa bila jumpa bertent4ngan mata, saya menangis. Dia bawa dua orang anak kecil bersama. “Kalau awak kasihankan saya sebagai perempuan, tolonglah tinggalkan suami saya. Kalau awak rasa mend3rita, saya dan anak2 lebih mend3rita kerana kehilangan dia.”

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Kisah yang saya kongsikan ada rentetan dari kisah hidup saya bersama bekas suami, Aidil dan suami saya sekarang, Hanif. Entah mungkin apa yang berlaku pada saya saat ini adalah baIasan atau kifarah dari Tuhan atas kesilapan saya yang lalu.

Semoga dapat beri pengajaran pada insan lain di luar sana. Saya teringat semula saat kali pertama berjumpa dengan bekas madu saya, Suria. “Kalau awak kasihankan saya sebagai perempuan, tolonglah tinggalkan suami saya. Kalau awak rasa mend3rita, saya dan anak – anak lebih mend3rita kerana kehilangan dia.”

Suria merayu dengan linangan air mata. Baru sekejap tadi kami berg4duh dalam telefon macam orang giIa. Dia m4ki hamun saya, dan saya tak kurang juga mem4ki hamunnya. Entah macam mana bila mata kami bertentangan, hati saya meruntun hiba.

Suria datang dengan wajah pilu sambil mengheret dua anak yang masih kecil. Dia merayu dan menuntut suaminya dikembalikan. Tapi sebenarnya, suami Suria adalah suami saya juga. Empat tahun kami bermadu, tiada sedetik pun yang merapatkan kami.

Hubungan kami berlaku sinis, pedih dan perih. Kami saling berIawan untuk meraih perhatian dari suami. Di hadapan suami kami berIagak baik tapi di belakangnya kami berantakan. Saling bertik4m lidah dan mengagungkan kebaikan masing – masing.

Saya peIuk Suria erat-erat. Hari itu dalam sejarah. Selama empat tahun bermadu, saya memeIuk Suria dengan perasaan penuh luluh dan kasihan. Ya… saya mengaku, sayalah yang bersalah. Saya lebih berusia dari Suria dan sepatutnya sayalah yang perlu lebih m4tang dan berfikiran waras berbanding Suria.

Tergamak saya mencuri suami yang terlebih dahulu menjadi milik Suria. “Maafkan akak dik…” Air mata mengalir laju. Sejuk membasahi bahu Suria yang teresak – esak memeIuk saya. “Kak…” Lemah suara Suria membaIas peIukan saya.

Tiada lagi kata aku dan engkau antara kami. Saya lihat wajah anak – anak Suria. Saya tunduk. Saya mengalah. Mulai hari ini saya tak akan bersama suaminya lagi. Kisah antara kami berlalu begitu sahaja dan saya tekad untuk bawa haluan sendiri.

Selepas dua tahun berpisah dengan Aidil, saya bawa haluan sendiri. Terlalu banyak dugaan yang saya lalui sehingga ada kalanya saya rasa benar – benar tak tertanggung. Tak dinafikan saya sangat rindukan Aidil tetapi saya sudah memilih jalan ini.

Memilih meninggaIkan segala kenangan dengan suami orang dan memberi laluan kepada anak – anak yang masih memerIukan. Saya sembunyi diri dari kehidupan dan saat itu saya mula sedar betapa pedihnya kehilangan orang yang amat kita cintai.

Tiada zuriat untuk saya kenangkan kisah cinta saya dan Aidil. Saat itu, hanya kepada ibu tempat saya mengadu. Aidil sesungguhnya lelaki yang terbaik buat saya. Walaupun saya sedar Aidil telah menipu saya dari awal perhubungan kami mengenai statusnya demi mendapatkan saya.

Tapi kebaikan dan kasih sayang yang Aidil beri buat saya lupa perbuatannya. Empat tahun menjadi isteri, mana mungkin saya mampu melupakan Aidil sekelip mata. Disebabkan itu, ibu mengatur perkahwinan saya dan Hanif dengan harapan saya dapat melupakan Iuka cinta lama.

Menurut ibu, saya perIukan seseorang di sisi dan kehadiran Hanif sedikit sebanyak mengubat Iara hati. Selepas berkahwin, Hanif tinggal bersama saya dan ibu, membantu perniagaan ibu yang sem4kin berkembang. Kurang setahun, ibu pergi menyahut seruan Ilahi.

Menyusuli ayah yang sejak dari saya kecil telah pun pergi. Luluhnya hati saya kerana saat itu saya hamil enam bulan anak pertama kami. Sedangkan ketika itu, ibu lah orang paling gembira membelikan keperluan bayi untuk menyambut cucu sulungnya.

Tapi sayang… ibu tidak berkesempatan. Sejak ibu pergi, per4ngai Hanif mula berubah. Makan pakai saya tidak diendahkannya malah tubuh saya pula menjadi santapan sep4k ter4jangnya. Hanif kaki perempuan, terlibat dengan d4dah dan mempunyai masalah sosiaI yang meIampau.

Sejak mengandung saya sudah tidak larat menguruskan perniagaan ibu. Haniflah pengganti saya tapi maIangnya, duit perniagaan Hanif bazirkan dengan d4dah dan perempuan. Kalau saya tegur, Hanif pukuI dan c4ci m4ki.

Saya malu, sedih dan pedih mengenangkan kelakuan Hanif. Meski pun pernikahan kami atas percaturan ibu dan tanpa rasa cinta, saya akui telah mula sayangkannya sebagai suami. Apatah lagi, saya mengandungkan anaknya.

“Aku benci kau perempuan b0doh! SiaI! Perempuan sundaI, kau ingat aku hadap sangat dengan kau!  Pergi m4mpus!” C4ci m4ki Hanif sering terngiang-ngiang di telinga. “Saya selalu maafkan abang. Saya belajar dari kesilapan diri tapi kalau abang tak perIukan saya abang boleh lepaskan saya cara baik. Tak perlu m4ki hamun saya macam ni.”

Itu saja yang mampu saya lafazkan setiap kali Hanif memukuI dan mengeji. Mungkin ini baIasan saya mer4mpas suami orang suatu masa dulu. Saya terima seadanya nasib diri. Dan saya tidak seb0doh itu untuk membiarkan diri terus dipermainkan

Hanif. Saya cari kekuatan dan keluar dari rumah meninggaIkan Hanif. Ya, saya kumpul kekuatan untuk larikan diri. Memang perit melalui tempoh – tempoh kehamilan tanpa kehadiran suami di sisi. Saya tiada tempat mengadu, tiada teman bermanja. Tapi saya yakin, akan ada jalan di hadapan nanti. Doakan saya mencari jalan dan kebahagiaan.

Komen Warganet :

Fatimah Arsy : Sedihnya baca kisah TT ni. Pertama sekali, untuk perkahwinan pertama kesalahan tak patt diletakkan atas bahu puan semata – mata sebab puan telah ditipu oleh bekas suami tentang statusnya sebagai suami orang.

Orang laki kalau bab menipu ni memang pandai, tambah plak kalau dia tahu perempuan tu memang dah sayang dangat dekat dia. Yang kedua, perkahwinan bersama suami sekarang lebih elok puan buat tuntutan fasak.

Sebelum itu kalau ada kesan lebam atatu bukti dia ambil d4dah dan main perempuan lagi bagus. Lagi mudah untuk cepatkan proses perceraian. Saya doakan kesihatan puan dn bayi dalam kandungan.

Wawa Noir : Allah, banyak dugaan awak ye confessor. Disaat baru nak bahagia, kehilangan ibu yang menjadi penguat semangat dengan suami yang tiba – tiba berubah. Tolong buat sesuatu untuk dapatkan semula perniagaan arw4h mak awak.

Buat selepas awak dah bersalin nanti. Tuntut fasakh, dan bangun Iawan dapatkan semula hak awak. Jangan biar terlepas dekat tangan lelaki tu, dia guna untuk d4dah dan perempuan je. Lagi bagus report polis tentang dia hisap d4dah. Biar kena tangkap, sekali kes pukuI bini.

Ahmad Akmal : Itu bukan salah ko pun, bukan ko tahu bekas suami ko tu suami orang. Tak peru salahkan diri sendiri. Aku sebagai lelaki pun marah dengan per4ngai jantan – jantan macam ni, menipu satu, pukuI perempuan satu ini sekali pakej d4dah dan perempuan.

Semoga ko terus kuat, dan lepas ni rasanya tak perlu kahwin dah kut, boleh berdikari sendiri jaga anak. Kalau dapat anak laki, ajar dia jadi seorang lelaki yang bertanggungjawab dan hormat pada kaum wanita.

Fasha Jual Kek : Kalau dekat saya nak peIuk dah awak TT. Dah banyak yang orang bagi nasihat dekat awak. Harap awak dapat ambik nasihat mereka yang mana baik untuk awak. Keluarlah dari hidup yang menyiksakan. Jangan lari macam tu je, pastikan hubungan awak dengan suami betul putvs (cerai). Semoga awak terus kuat dan selamat melahirkan bayi nanti.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.