
Aku kahwin dengan janda anak 4, kami duduk di rumah mertua dan adik beradik isteri. Rumah tu penuh. Setiap bulan aku bagi duit bayar bil. Aku terk3jut bil tertunggak sampai 4k! Elektrik kena p0tong..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum… Aku adalah seorang suami yang pernah terlibat dengan D4DAH. Aku telah mengenali seseorang janda beranak 4. Yang pertama anaknya pada masa itu sekolah menengah tingkatan 2 (perempuan). Yang ke-2 sekolah rendah darjah 5(lelaki).
Yang ke-3 sekolah rendah darjah 3 (lelaki ) dan yang ke-3 baru masuk sekolah darjah 1 (perempuan). Kehidupan mereka terbang ambing tampa belaian kasih sayang dari seorang bapa. Usia pengenalan aku dengan janda ni bermula pada hari ulang tahun kelahiran aku pada hujung nov 2016, melalui alam maya.
Beliau berasal dari band4raya bersejarah dan aku berasal dari utara Perak. Setelah hampir seminggu kami berbaIas whatsapp serta bersembang di telefon, maka beliau membuat k3jutan ingin datang ke tempat tinggal aku di hulu Selangor. Jadi aku tak dapat nak menghalang sebab beliau sudah sampai separuh jalan. Jadi aku pun menjemput di KTM Rawang.
Pada ketika itu aku berasa teramat gembira kerana beliau sudi datang untuk bertemu dengan aku. Beliau datang bersama dengan anak perempuan yang ke-4. Betapa riangnya hati anak itu kerana pertama kali dapat merasakan kasih sayang dari seorang bapa.
Jadi aku menerima seadanya dengan hati yang terbuka. Kami pun bersiar – siar disekitar Rawang Bukit Beruntung kuala kubu, adelah laluan pulang ke rumah sewa aku di hulu Selangor. Aku tinggal menyewa seorang jadi tiada masalah untuk membawanya kerumah.
Tiba di rumah hari hampir maghrib. Jadi aku suruh dia dan anak ke tingkat atas untuk mandi dan rehatkan badan. Maklum naik bas dari Melaka ke TBS dan sambung naik komuter dari TBS ke Rawang. Tentulah penat. Selepas waktu Isyak aku k3jut mereka untuk aku bawa pergi makan malam.
Di sekitar Tanjung Malim Perak selesai makan kami pun pulang ke rumah semula dan keesokan harinya aku akan menghantar semula ke Melaka. Tepat jam 10 pagi kami memulakan perjalanan ke Melaka. Setibanya di Melaka, hampir 3 jam di lebuhraya, lokasi pertama di Melaka adalah ke rumah orang tuanya di utara Melaka.
Aku diperkenalkan dengan orang tuanya adik beradiknya serta anak – anaknya. Aku menerimanya seadanya dengan hati terbuka. Setelah selesai makan aku serta anak – anaknya di ajak berjalan ke band4raya Melaka. Dan dia nak masuk kerja di hotel bajet sebagai manager front offices.
Aku dan anak – anaknya pun bermalam di hotel tersebut kerana ada disediakan bilik. Keesokan harinya ada majlis perkahwinan sepupunya. Menyambut di sebelah lelaki jadi kami pun turut serta 1 kereta dengan 4 orang anaknya manakala ayah dan emak kereta lain.
Selesai majlis kami berjalan bersiar sekitar Linggi pedas menghala ke port Dickson.. hingga ke senja kami pun bergerak pulang dan singgah di rumah ayahnya untuk menurunkan anak – anaknya. Setelah selesai kami pun terus menuju ke band4raya kerana beliau ingin bertugas pulak.
Jadi malam tu kami seperti belangkas maklum tidak ada yang menganggu. Berjanji sehidup sem4ti la bla bla bla hingga ke pagi. Pagi Isnin aku keluar mencari sarapan. Kerana nanti aku dah balik ke hulu Selangor. Pergh pada masa tu tak dapat nak diungkap dengan kata – kata sekiranya kepulangan aku ke hulu Selangor tentu dia akan merindui aku dan aku akan rindukan dia.
Dalam perancangan nak jalan tengahari hingga ke malam pun tak aku bergerak balik lagi. Dan akhirnya aku balik juga selepas jam 12 tengah malam. Setelah hampir seminggu kami berbalas whatsapp serta bersembang melalui telefon. Rindu d3ndam yang teramat sangat melanda diri aku.
Malam Krismas tanpa diketahui olehnya, aku sampai pulak di belakang hotel tempat dia berkerja. Aku membuat k3jutan kononnya. Tepat jam 12 tengah malam aku menghubunginya bersembang seperti biasa. Sambil aku berjalan menuju ke kaunter hotel konon. Ingin menyewa bilik hotel.
Maka terkesima lah ia melihat aku di depan matanya. Mungkin dalam ingatan aku di Hulu Selangor mungkin… Maka dia melompat memeluk erat badan aku melepaskan rindu yang teramat. Aku bersamanya hampir 3 hari dan balik semula ke Hulu Selangor. Mencari wang semula.
3 hari aku tinggalkan Hulu Selangor, aku kerugian hampir 3 ke 5 ribu. Dengan hasil jualan bahan terlarang sekitar hulu Selangor Kuala Selangor dan selatan Perak. Maka ketika itu sedikit pun aku tidak hairan untuk berbelanja kan wang. Bulan Januari 2017 dia mula bertanyakan kepada aku, bila kita nak nikah?
Aku berkata kita baru je kenal belum sampai 3 bulan. BagiIah aku masa untuk mengenali hati budi masing – masing dulu. Takut nanti nikah. Tak berapa hari dah bercerai berai, naik turun mahkamah syariah. Dia mengugvt aku jika hujung bulan 1 ini aku tak bagi tarikh nikah maka ayah akan menikahkan dia dengan pilihan keluarganya.
Ada satu masa tu dia tujukan orangnya kepada aku. Betul atau tidak, aku pun tak tahu. Maka dalam keterp4ksaan aku pun menetapkan awal bulan 2 kita nikah. Maka kami pun bernikah dengan hantaran RM5k. RM5k janda anak 4? Sekitar tahun 2017.? Adik aku janda takde anak RM2k je.
Apa boleh hati sudah sayang. Maka wang simpanan RM5k. Untuk deposit WALK SEGAN BEATTEL dilaburkan untuk aku nikah dengan janda anak 4. Setelah bernikah segala aktiviti aku di hulu Selangor. Aku tinggalkan dengan niat aku mahu keluar dari ‘benda tu’ dan tak sesekali melibatkan diri dengan benda tu lagi selepas aku bernikah nanti.
Ye, aku berjaya menjauhkan diri aku selama 2 tahun. Kerana dalam masa 2 tahun awal pernikahan kami aku berkerja keluar pagi balik malam. Jadi tak banyak masa nak sembang. Balik kerja sampai rumah mandi solat makan dan tidur kalau tak berapa penat kami menjalankan tugas suami isteri.
Jika penat cuti dulu. Hingga lah aku tak tahan nak berulang alik dari rumah ke tempat kerja, memakan masa 1 jam pergi dan 1 jam lebih balik. Banyak masa di atas jalan berbandingkan bersama dengan isteri tercinta. Aku dapat peluang di sebuah kilang membuat kereta.
Bukan lah berkhidmat dengan kilang tetapi kerja dengan vendor kilang berkenaan. Di bahagian Dobi. Disebabkan kilang tersebut tidak benarkan pekerjanya memakai uniform semasa datang dan balik berkerja. Maklum lah kilang japang. Jadi masa di rumah agak banyak berbanding dengan sebelumnya.
Pagi masuk kerja jam 5 pagi jam 10 pagi dah ade di rumah petang keluar jam 3 petang balik jam 9 malam. Jadi apabila banyak masa di rumah barulah nampak apa yang sebenar – benarnya selama ini aku tak tahu. Jadi aku pun buat seperti tidak tahu apa – apa yang berlaku.
Dalam kata tak ambil tahu dan tak nak ambil tahu, aku sering menjadi sasaran tapi aku selalu mengelak. Dan akhirnya sepandai – pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak aku. Aku sentiasa diasak dengan sindiran tidak bertanggungjawab kat keluarga dan sebagainya.
Ok ye selepas aku bernikah, kami tinggal bersama ayah dan emaknya serta adik beradik nya. Maka tiba masanya asakan demi asakan aku bertahan. Hingga suatu hari syarik4t TNB mem0tong bekalan elektrik di rumah itu. Bil elektrik mencecah rm 3 – 4,ribu juga rasanya. Mungkin tunggakan dari sebelum aku nikah dah sampai lah kena p0tong.
Nak kata aku tak bagi duit setiap bulan aku bagi rm 150 untuk api dan air. Jika tidak bagi isteri aku akan berbunyi selagi tak dapat rm 150. Pernah juga aku buat senyap 2 – 3,bulan sebab nak raya dan nak balik ke kampung berhari raya. Per4ng besar jadi. Sampai diupahnya orang ambil motosikal di tempat kerja aku dan di soroknya 3 – 4 bulan.
Tekanan perasaan dan pelbagai ser4ngan dari sekecil – kecil kuman hingga mengaibkan diri sendiri aku telan begitu saja demi anak – anaknya yang aku dah rasa sayang. Maka satu hari ketika selepas pem0tongan elektrik, ayah mertua aku p4ksa isteri aku minta wang sebanyak RM500 untuk bayar penyambungan semula, aku pinjam wang daripada bos aku. Berikan pada ayahnya.
Setelah mendapat wang, aku dan isteri serta anak – anak dihalaunya keluar dari rumah tersebut. Dan aku mencari rumah untuk disewa. Dan setelah tinggal di rumah sewa, barulah aku tahu yang isteri aku ni mengandungkan anak kami. Maka ada juga zuriat aku selain dari anak tiri.
Hari demi hari aku bersemangat untuk merealisasikan impian aku. Bertanggungjawab kepada keluarga dan segalanya. Rupa – rupanya dalam kebaikan aku lakukan, masih ada keburukan tak tahu dari mana buruknya. Kerap bert3ngkar. Tapi aku cuba mengelak sebab isteri aku mengandung. Mungkin pembawakan budak atau sebagainya.
Maka hari yang dinantikan telah tiba, 2019 isteri aku melahirkan anak pertama aku dengannya. Bayi perempuan. Dalam berpantang di rumah ayahnya, tiba – tiba boleh jadi berkelahi sedangkan aku tak pr0vok sesiapa pun.. Takde angin takde ribut tiba – tiba saja naik h4ntu.
Sampai satu hari tu aku nak bawa anak aku lari dari rumah ayahnya sebab dah tak tahan dengan per4ngainya. Apabila aku tertekan, aku akan balik rumah sewa mendiamkan diri. Segala komunikasi aku m4tikan. Aku akan kemurungan dalam 2 – 3 hari, tak makan cuma minum air saja menggalas perut.
Rakan sekerja aku mungkin memerhatikan aku atau pun sebaliknya bertanyakan kepada aku tentang apa yang berlaku dan masalah aku. Aku cuma diam dan berkata malu aku nak cerita kat orang, biarlah aku saja yang tahu. Dalam masa itu juga aku mencari benda yang aku gunakan masa bercerai talak 3 dengan orang Terengganu dulu.
Umpama orang yang mengantuk disorongkan bantal, tak sampai 10 minit. Ubat penenang (d4dah) otak aku pun sampai. Apa yang aku janji kan kepada diri aaku dulu, dah aku mungkiri. Bermula hidup aku yang dulu di masa sekarang.. Selepas hari itu, apa yang keluar dari mulut dia, aku kotakan apa yang dia cakap, aku buat.
Tinggal lagi aku tak pergi pecah rumah, tak mer4gut, faham? Cerita tak buat kes lah untuk dapatkan benda tu. Tak ada duit, aku rehat. Ada duit, aku on. Aku isap pun bukan nak layan kepala aku sendiri. Aku isap untuk aku mengemas rumah, bilik, dapur yang aku kemas minggu lepas, sekarang ni pasti bersepah dengan sampah, semut, t4hi, ayam dan macam – macam lagi…
Kalau dalam bilik, kain baju yang tak dilipat, sampah, barang TikTok unboxing buang merata, siapa yang punya kerja? Bini aku le, siapa lagi… Aku siap untuk kemas sampah dia. Ruang tamu, 1 bulan atau 2 bulan. Bukan tak ada yang boleh diharap untuk mengemas, ada tapi semuanya tak boleh disuruh.
Kalau dahulu, anak – anaknya masih kecil dan berhingus, tapi sekarang dah besar, dah ada yang dah kahwin, bekerja dan habis sekolah. Haaah, di sinilah bermulanya yang si pen4gih tu. Berkelakuan baik macam mana pun, tetap akan jadi tidak baik.
Rajinlah sampai 3 hari 3 malam bersengkang mata, tetap pemalas juga. Jadi pembersih macam mana pun, tetap akan jadi pengotor juga akhirnya. Sedangkan lubang mereka buang t4hi pun aku yang cuci, aku yang pengotor juga. Sekarang orang lain salah, aku tegur, tapi aku jugak yang salah sebab menegur kesalahan dia.
Cakap asal boleh jerit herdik depan anak – anaknya, depan ayahnya, hadapan adik beradik dia ikut sesedap hati dan mulut saja. Hinggalah suatu hari aku dah tak boleh nak sabar dengan sikap, anak jantannya (anak tiri) yang adik nak mengadu saja. Aku balik dari ambil anak aku dari sekolah pra jam 11:45.
Dan anak jantannya pun sama nak pergi ambil anak aku. Sama – sama sampai rumah. Anak jantannya masuk dan ke maknya, tah apa yang dicakapkan, tiba – tiba saja dijerit kat aku kalau KO nak ambil kenapa tak wasap atau call. Padahal dia tahu yang telefon aku ni tak ada internet, nak wasap tak ada kredit, nak call. Sepatutnya dia lah yang call tanya.
Bergayut telefon berjam – jam dengan orang lain, boleh nak call tanya siapa ambil anak balik sekolah, tak boleh pulak. Dengan penuh kemarahan untuk membela diri, isteri aku telefon bapanya nak cakap dengan aku, bila dengar suara aku terus menjerit macam orang dirasuk h4ntu.
Dan terus datang ke tempat kerja aku menyer4ng aku menggunakan helmet. Dit4mpar kiri kanan belakang aku, dia ber4mbus balik, sebelum h4ntu aku sampai bertambah buruk keadaan jadinya nanti. Setibanya dia di rumah, dia telefon ayahnya mengatakan nak ke balai buat laporan polis.
Aku sahut, silakan, kita tengok hari ni pen4gih d4dah ni yang ke dalam atau engkau 3 beranak yang ke dalam. Rupanya aku fikir dah berakhir, rupanya seorang lagi anak jantan yang no 2 kat rumah dah bertaring. Kalau dulu aku baling mainan, dikejar dia, tapi sekarang aku pulak nak digigitnya.
Ok aku layan saja, d4rah muda, hati tengah keras, belum jumpa buku dan ruas. Aku hanya melindungi muka supaya tidak ada kesan lepas berg4duh dan jaga supaya tak terlalu kritikal. “HAI ANAK MUDA KAMU BUKAN L4WAN AKU, JANGAN IKUT HATI MUDA MU, JANGAN KO C4BAR KEW4RASAN AKAL ORANG LEBIH TUA DARIMU.” Kau fikir aku diam ni aku takutkan kau. Kau tunggu aku dapat betul – betul punya point nanti kita sapu sampai habis.. Di manakah ketaatan si isteri terhadap suami apabila anak – anaknya m4kin membesar???
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.