Aku menyesal ajak mak mertua duduk sekali. Aku halau secara halus sebelum aku basuh mertua dalam group whatsapp

Sambungann… Salam semua, saya pernah berkongsi cerita di laman ni sebelum ni. Ibu mertua saya memang duduk dengan saya. Sebelum ni dia ada jaga cucu dia. Tapi sejak dia mengeluh pada saya dan suami. Suami saya terus beritahu kakak dia tetang mak dia yang suka mengeluh itu ini. Str3ss jaga cucu bagai.

Selepas beberapa hari, mak dia boleh cakap kat suami saya. Di sudut hati mama kesian dekat kakak. Eh kitaorang auto confuse. Kau ni sebenarnya nak mana satu. Nak jaga cucu ke tak nak sebenarnya. Entah apa la yang dia ngadukan kat anak perempuan dia. Tau – tau anak perempuan dia terus ambik anak dia pulang ke rumah dia.

Dia selalu m4ki hamun cucu dia. Merentan. Mengeluh cakap di usia begini patut ke dia jaga cucu. Umur mertua saya sekarang 67 tahun. Kami kalau mak mertua tak mengeluh kami pon tak nak campur urusan dia jaga cucu. Tapi kalau dah tiap kali mengeluh je. Mesti la kitaorang take action.

Dah kakak ipar saya salah anggap. Dia cakap kami yang tak suka anak dia duduk dengan kami. Entah apa mak dia cerita kat kakak ipar. Jadi lain pula cerita. Mak mertua saya memang tidak akan berterus terang dengan kakak ipar saya jika memang dia tidak mahu jaga cucu.

Saya pernah slowtalk dengan dia banyak kali. Saya cakap ma, saya ambik mama duduk sini untuk tenang tenang. Tak payah buat apa – apa hanya urus je la diri sendiri. Saya cakap lagi kalau tak mahu jaga cucu berterus terang sahaja dengan kakak. Tak perlu nak menyusahkan diri.

Lepas tu saya juga kerap bertanya dengan dia. Mama okay ke tinggal dengan kami. Dia selalu jawab mama follow the flow. Jadi, maksudnya ok la kan. Sejak kakak ambil anak dia, hubungan kami dengan kakak agak tegang. Mungkin dia dah salah faham atau memang sengaja tidak mahu faham.

Okay nak di pendekkan cerita. Baru – baru ni dia datang ke rumah kami. Sebelum ni dia pernah cakap, kononnya dia tak akan jejak kaki lagi dekat rumah kami. Tapi dia sendiri yang tak boleh ikut undang – undang yang dia buat. Alasan dia nak ambik bahulu yang di order dari mak dia.

Ketika dia datang rumah saya tu, saya baru balik kerja malam. Anak saya pula meragam badan naik merah – merah gatal. Saya dah sapu macam – macam pon tak kurang. Saya tak marahkan anak saya. Cuma saya macam burn out. Ikhtiar terakhir saya mandikan anak saya.

Saya keluar bilik saya buat biasa je la bila nampak kakak. Tapi memang muka saya agak str3ss la dengan masalah saya tu. Kakak terus cepat – cepat masuk kereta dengan anak dia. Tak lama dia update story kat fb dia tentang saya. Dia kata saya macam – macam. Dia kata saya buat muka la. Tak puas hati dengan dia la.

Nampak sangat dia penakutkan. Kenapa tak tanya saya depan depan masa jumpa kat rumah tu. Kenapa mesti update story kat fb. Saya geram. Saya terus ser4ng dia kat group family dia. Saya cakap kalau dia rasa tak puas hati dengan saya.

Dia boleh tanya mak dia apa yang selama ni mak dia burukkan dia sampaikan saya termakan dengan kata – kata mak dia yang kononnya hidup dia terpaling terani4ya. Lepastu saya cakap lagi selama mak dia jaga cucu di rumah saya. Apa yang mak dia telah buat dekat cucu dia.

Saya ni sebenarnya tak suka mertua saya m4ki hamun budak 3 tahun macam budak tu dah besar panjang. M4ki hamun siap cakap keturunan tak elok la. Macam – macam la dia cakap. Kesian budak tu. Dah la kurang kasih sayang. Mak bapak bercerai. Bapak tak pernah ambik peduli.

Mak pula hidup seolah macam tak ada anak. Lepas tangan ke orang lain. Hidup dengan nenek asyik kena d3ra mental ye.  Okay pada hari itu juga, sebelum saya berg4duh dalam group wasap family dia. Mak dia senyap – senyap ikut kakak dan tak balik rumah saya lagi.

Kalau nak cerita sangat panjang ye. Cuma saya nak jelaskan di sini. Kebaikan saya selama ni digunakan oleh mereka ye. Mak mertua saya memang tak akan mengaku silap dia walaupon dia tau silap dia. Kakak ipar percaya bulat – bulat apa yang mertua cakap.

Saya memang dah lama sangat kecil hati dengan mertua. Sebab dia selalu mengadu itu dan ini. Setelah saya tolong. Dia boleh buat uturn. Dia buat saya ni yang salah dalam hal ni. Sejak itu, setiap kali cuti memang saya akan bawa lauk masak di rumah mak saya.

Bila malam saya balik untuk tidur. Bercakap dengan dia pon tidak. Tapi saya rasa bahagia sangat bila dia dengan rela ye keluar dari rumah kami. Sebab saya dah tak mampu nak layan drama mak mertua saya yang suka belit – belit cerita. – Yana (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.