Kemuncak suami boss ni apabila dia merancang untuk mengajak aku berduaan di office pada lewat malam. Dia tak tahu aku belajar Muay Thai. Malam tu selepas habis sesi Muay Thai, aku ajak 2 kawan lelaki teman. Masuk je pejabat, semerbak bau harum, wangiiii…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin menceritakan pengalaman saya sendiri, disondol Suami Bos yang saya gelarkan sebagai Jantan Tak Guna (JTG). Selepas tamat belajar, saya mendapat peluang pekerjaan di tempat yang saya buat praktikal.
Alhamdulillah, rezeki yang baik kerana gaji yang ditawarkan agak lumayan. Company yang saya kerja ni dimiliki oleh orang Melayu dan diuruskan oleh pasangan suami isteri. Puan Bos banyak menguruskan hal ehwal HR dan bahagian accounting manakala encik Bos JTG bahagian – bahagian lain.
Saya bekerja di bawah Puan Bos yang sangat baik. Kalau melalui penampilan, Puan Bos ini sangatlah elegan dan cantik. Kami yang staff ni pun suka lihat Puan Bos setiap kali beliau datang ke office. Beliau mempunyai karakter yang tegas namun sangat bijaksana dan berkarisma.
Flashback sedikit, ketika zaman universiti, saya mempunyai geng yang giIa – giIa yang mana ketika selepas grad, kami semua belum berkahwin dan group WhatsApp kami diberi nama Single Yang Sendu (SYS). Dalam group kami ada 5 orang 2 lelaki dan 3 perempuan.
2 lelaki ni bukan lembut pun cuma per4ngai masing – masing agak sewel dan bila bercinta asyik putus di tengah jalan. Kami memang saling sokong menyokong antara satu sama lain dan group ni selalu menjadi tempat kami berkongsi masalah.
Saya rasa mesti ramai ada kawan – kawan macam ni kan masa zaman belajar. hehe.. Kisah disondol ini bermula apabila company yang saya kerja ni sem4kin berkembang dan bos sem4kin kaya. Ketika keadaan company sem4kin stabil, Puan Bos ketika itu disahkan mengandung anak kedua yang mana jarak antara anak pertama dan kandungan kali ini agak jauh.
Puan Bos mengalami morning s1ckness yang agak teruk dan banyak memantau kerja dari rumah sahaja. Saya memang banyak melapor terus dengan Puan Bos dan berbincang melalui WhatsApp dan email sahaja. Ketika ini lah Encik Bos JTG ini mula menujukkan kemiangan dan peny4kit gatal beliau.
Disebabkan Puan Bos hanya menerima report dari saya, jadi saya juga harus berjumpa Encik Bos JTG ini secara bersemuka. Segala laporan dan dokumen harus melalui perbincangan dengan Encik Bos JTG untuk dibuat keputusan.
Pada permulaannya, saya memang tidak perasan sikap miang JTG ini kerana saya sejenis telus dan beretika ketika berkerja. Namun, dia mula menghantar WhatsApp ketika di luar waktu kerja dan bertanyakan hal – hal personal.
Saya berprinsip, kalau sesuatu perkara itu tidak ‘urgent’, saya tak akan baIas mesej tersebut. Kalau penting sangat dan berkaitan kerja, saya akan screensh0t mesej tersebut, masuk ke email, dan pastikan saya cc ke Puan Bos untuk makluman dia.
Saya mula perasan niat JTG ini apabila dia mula mengajak saya keluar makan tengahari bersama selepas meeting bersama client. Dia agak mem4ksa dan menyuruh saya naik kereta bersama. Boleh sahaja kalau nak makan terus dengan client kenapa mesti nak makan berdua dengan saya.
Saya memang jujur dan menolak terus. Pernah juga saya setuju untuk makan bersama tapi ketika ada kehadiran orang ketiga atau keempat. Saya jenis sedar diri dan tak mahu menjadi topik umpatan masyarakat office terutamanya.
Banyak kali saya menipu puasa, sedangkan dalan perjalanan balik saya drive thru dan makan siap – siap dalam kereta sebelum sampai office. Perkara menjadi sem4kin panas apabila saya menerima hadiah dari orang yang tak dikenali dan dihantar terus ke office.
Mana tak kecoh, tiba – tiba dapat bouquet bunga dan sebentuk cincin. Biru muka saya sebab kad tu tertulis ‘i love to know you deeper’ – Mr Z. H4ntu betul hadiah tu sampai ketika saya sedang meeting bersama JTG dan beberapa orang HOD.
Ketika saya masuk ke bilik mesyuarat semula, JTG tegur saya, ‘boyfriend proposed hantar bunga dengan cincin ke?’ dengan senyuman gatal dan sinis. Saya agak terkedu dan terk3jut kerana bagaimana dia boleh tahu apa yang saya dapat sedangkan perkara tu berlaku jauh dari bilik mesyuarat.
Hadiah tu memang wasalam saya buang depan tong sampah office biar JTG nampak terus. Banyak lagi hadiah – hadiah yang dihantar namun sama ada saya bahagi – bahagi sesama rakan sekerja atau saya humban ke tong sampah.
Perkara menjadi sem4kin tak terkawal apabila JTG suka memanggil saya untuk masuk berbincang di bilik beliau. Beliau suka panggil saya berdiri sebeIah beliau untuk tunjukkan screen laptop. Dia punya keb0dohan sanggup tak mahu pusingkan screen laptop sedangkan benda tersebut boleh je kalau nak pusingkan.
Saya memang siap sedia bawak tab masuk dan rujuk dokumen yang sama tanpa perlu berdiri di sisi beliau. Hanya Tuhan yang tahu betapa menyampahnya saya dengan JTG dan berharap agar Puan Bos bersalin cepat. Kawan pejabat juga perasan sikap JTG yang keterlaluan terhadap saya.
Namun saya sangat bersyukur kerana akak – akak dan rakan office banyak back up saya kerana masing – masing tahu per4ngai saya yang tegas dan menjaga diri. JTG juga m4kin kerap WhatsApp saya meluahkan macam – macam perkara.
Saya cuma baca sekali lalu dan malas ambil pusing kecuali hal – hal yang berkaitan kerja. Pernah saya terp4ksa (dip4ksa) stayback oleh JTG kerana ada beberapa dokumen yang perlu dipinda. JTG siap berikan envelope berisi wang tunai sebagai upah saya stayback katanya.
Namun saya p4ksa 2 orang officemate yang masih bujang teman saya hingga kerja selesai. Mereka dengan rela hati sudi teman kerana saya janji belanja mereka ke Sephora. haha.. JTG terk3jut kerana ketika dia mencari saya untuk mengajak dinner, dia tidak menyangka ada 2 orang lagi staff masih ada dan teman saya di bilik sambil mereka buka lagu dan makan megi.
2 orang staff ni memang rakan sekerja saya dan jenis giIa – giIa juga per4ngai. Berbalik kepada group SYS saya, mereka sentiasa mendengar luahan hati dan kerap beri pendapat bagaimana untuk tangani per4ngai JTG. Mereka siap st4lk siapa JTG dan latar belakang dia.
Salah seorang dari group kami kaki clubbing. Saya nama kan dia B. B ni perempuan dan boleh kata selalu ke club – club yang terkenal. Atas risikan B, rupanya JTG ni selalu ke club dan sering bertukar – tukar perempuan.
Banyak juga gambar – gambar candid JTG ni berpeIukan dengan pelbagai jenis perempuan. Dasar buaya! Kemuncak per4ngai JTG ni apabila dia merancang untuk mengajak saya berduaan – duaan di office pada lewat malam.
Saya dan 2 orang lelaki dalam group SYS ni (D dan G) akan ada sehari dalam seminggu yang kami sertai kelas Muay Thai. Kami bertiga selalu carpool sahaja dan selepas kelas kami akan pergi makan bersama. Kebetulan malam hari tersebut, JTG bertalu – talu menelefon saya dan mem4ksa saya datang ke office kerana hanya saya yang boleh amend dokumen tersebut.
Saya yang baru selesai kelas Muay Thai mengajak 2 orang bff saya ni ke office bersama. Saya maklumkan juga kepada Puan Bos dan turut hantar gambar selfie kami bertiga dan minta izin bawa mereka masuk ke office lewat malam.
Saya tahu sebenarnya dokumen tersebut langsung tiada masalah dan telah diperiksa 3 lapisan dan Puan Bos juga telah memberikan approval. Ketika sampai di office, kami memang ada terhidu bau harum yang seakan menggoda namun bau peluh kami sendiri lagi pekat dari bauan tersebut.
Sedang saya baru meneliti dokumen – dokumen yang dimaksudkan, JTG telah datang ke bilik saya dengan berpakaian kemeja satin yang terbuka beberapa butang di d4da. Menggigil tangan saya kerana terperanjat. D ketika itu ke tandas manakala G pula ke pantry kerana kehausan.
JTG dengan langkah umpama ketam menghampiri meja saya dan terus duduk atas meja. Ayat – ayat yang ditanyakan juga bunyi merenyam seperti mak ayam sedang mengeram apa pun tak jelas. Ketika JTG mula nak mencapai tangan saya D dan G serentak muncul depan pintu bilik.
Ketika itu memang berubah pucat lesi muka JTG. Suasana ketika itu umpama dalam bilik m4yat, sejuk dan menyeramkan. G dengan pantas terus mencekak leher JTG dan mengangkat penvmbuk. Paling mengharukan, kemunculan Puan Bos dan abangnya menyaksikan kejadian tersebut.
Kami terkesima kerana Puan Bos tanpa segan silu men4mpar JTG di kiri dan kanan pipi. Malam itu menjadi malam yang panjang kerana teruk JTG dihentam (bukan fizikal) sampai pukuI 4 pagi. Si G pula sebab beng4ng sangat dan terlalu geram, tunjuk semua gambar – gambar JTG curang di club terus ke Puan Bos. Memang meng4muk besar Puan Bos!
Kejadian tersebut tersimpan antara kami sahaja dan sejak peristiwa tersebut, JTG memang nampak memusvhi saya. Saya tidak terlalu ambil pusing kerana sebelum kejadian lagi saya sudah ada back up plan. Puan Bos juga telah mula masuk office semula dan keadaan beliau selalu nampak tegang.
Saya tahu Puan Bos sangat tertekan apatah lagi beliau baru melahirkan anak. Saya tidak menunggu lama dan mengeruhkan lagi keadaan. Dengan rela hati saya hantar surat berhenti kerana saya juga telah mendapat tawaran kerja di sebuah syarik4t yang lebih besar dan gaji yang lebih baik.
Walaupun ketika itu saya suka environment office dan officemates yang baik – baik tetapi sikap durjana JTG telah menyusahkan semua pihak terlibat. Saya perasan Puan Bos banyak mengelak berjumpa saya namun atas dasar professional, saya berlakon seperti tiada apa – apa terjadi.
Hari terakhir saya di situ, saya request mahu bercakap dengan Puan Bos sendirian. Pada awalnya beliau agak keberatan namun ketika waktu pejabat hampir tamat, beliau sendiri turun berjumpa saya di bilik. Sebaik pintu dibuka, Puan Bos terus menangis memeIuk saya.
Saya tahu bebanan perasaan beliau sangat berat dan beliau sedang mengalami waktu sukar dalam rumahtangga. Lama juga kami berborak sehingga saya rasa Puan Bos akhirnya melepaskan saya tanpa menyimpan apa – apa di hati.
Selepas saya tinggalkan syarik4t tersebut, saya ada juga bertanya khabar kepada Puan Bos dan menghantar hadiah setiap hari lahir beliau. Saya anggap Puan Bos sebagai mentor dan juga seorang kawan. Untuk perempuan di luar sana, set kan limit berhubung dengan suami orang. Hatta bos sendiri pun.
Pastikan ada orang lain maklum keadaan semasa dan elak keadaan berdua – duaan. Dan kalau tiada jalan mudah, angkat kaki dari tempat yang membawa fitnah. Doa semoga Allah tetapkan hati dan mudahkan rezeki di tempat lain. Usahalah untuk jaga peribadi. Semoga mendapat rezeki yang berkat! – Senah (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Kak Cik Nurul : Alhamdulillah terima kasih senah dan kawan – kawan serta puan boss, sila sentiasa kuat iman untuk jaga maruah diri dan mencari rezeki yang berkat, maaf kata maksi4t di kalangan remaja dan dewasa islam melayu sangat berleluasa sekarang, adab tah ke mana belajar pun tak tentu arah, semoga generasi anak – anak yang masih kecil boleh menjadi soleh solehah dan sangat suka belajar.
Wan Nur Ehsaniah Al-saufi : Tahniah Senah.. anda telah buat sesuatu yang sangat – sangat bagus.. semoga Allah membaIasnya dengan ganjaran yang lebih besar. Semoga Allah temukan anda dengan jodoh yang baik. Semoga cerita ni dapat dijadikan panduan buat wanita – wanit yang lain supaya terus jaga diri dan kehormatan sendiri. U got class lah Senah!
Sal Saari : Spesies JTG ni memang ramai! Teringat zaman student tengah praktikal dulu. Alhamdulillah sentiasa dilindungi daan dipelihara. Kalau kita tak melayan memang tak kan jadi apa. Alhamdulillah Senah, memang terbaik! Semoga dapat jodoh yang baik – baik buat Senah. Semoga lady boss dipermudahkan urusan dan deserve better.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.