Aku menyesal sangat, apa yang patut aku buat dekat ayah..

news.allmhidotcom warning

Ayah saya seorang yang sangat baik, ramai kawan cakap saya bertuah dan seronok dapat ayah macam tu. Tapi satu hari lepas makan dekat luar, ayah kata nak pergi toilet. Lama sangat sampai mak suruh adik lelaki pergi tengok ayah. Bila ayah sampai, kami semua sedih dengar jawapan dari ayah…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, admin tolong siarkan misah saya ni, terima kasih. Ceritanya begini, aku ada seorang ayah yang sangat bertanggungjawab walaupun kadang – kadang ayah bleh jadi sangat garang lebih lebih lagi kalau dia ada masalah, tapi dia ambil berat dekat anak – anak. Kawan – kawan yang kenal pun cakap ayah aku ni baik, best ada ayah macam dia. Yes, memang best.

Tapi sejak akhir – akhir ni ayah ada smartphone sebelum ni dia pakai hp biasela, kami adik beradik yang p4ksa dia pakai smartphone yela untuk memudahkan kerja dia. Ayah asyik je dengan hp baru dia tu. Kadang – kadang aku gurau je ayah buat ape, macam curiga je tapi aku tahu ayah tak buat benda pelik – pelik sebab aku selalu main phone dia, suci je. Bila tempat orang ramai pun dia duk fokus hp dia, ramai je makcik – makcik menyakat, ada apa – apa ni dengan hp je. Yang aku tengok, dia suka padam conversation wasap group (banyak group jadi ambil masa nak padam) pastu scroll fb, baca paper online.

Tapi masa aku balik cuti midsem hari tu, aku ternampak ayah duk wassap dengan sorang makcik ni, siap bagi smiley bagai, bersayang – sayang, hurrmm. Masa tu ayah duduk tengok tv sekali dengan mak, mak aku lagi la tak pandai guna smartphone. Jadi mak tak reti nak kisah ayah buat ape dengan hp dia tu. Ayah buat macam biasa, asyik wassap dengan makcik ni. Ayah tak perasan aku nampak, jadi aku buat tak tahu je dulu.

Lepas tu aku check wassap ayah, aku boleh check pun waktu dia tengah mandi. Allah, luluh hati aku siap i love you, you love me, siap rindu awak 200%. Makcik ni siap kasi gambar anak laki no.2 dia. Aku syak makcik tu janda. Ape motif dia kasi gmbar anak dia? Walaupun hensem tapi tetap geram dengan ayah. Lagi aku scroll dia punya wassap, jeng jeng ada wassap anak murid ayah form 6. Budak tu siap bagi gambar selfie dia lagi, apajadah!! Wish good morning, good night, Allah, budak tu sama baya ngn adik aku. Budak tu pun satu tak geIi ke berwassap dengan orang tua.

Jatuh air mata aku, aku tak sangka ayah macam tu. Aku sanjung ayah aku, aku bangga dengan ayah, walaupun ayah layan kami dengan baik, susah payah buat macam – macam untuk kami, tapi ayah buat macam ni kat belakang. Ayah memang jarang keluar rumah selain pergi sekolah sebab tu mak tak syak apa – apa tapi medium dia adalah hp, lagipun anak – anak dah besar, tinggal kat rumah ayah dengan mak je. Memang ayah balik skolah, lepas asar terus pergi bercucuk tanam sayur dengan mak. Memang itu rutin depa kalau ayah nak keluar makan ke, dia mesti ajak mak tapi dalam masa yang sama hp tak lekang kat tangan dia. Kadang – kadang kami rase jasad je depan kami tapi jiwa dia kat hp tu. Bila ditanya, mula la cakap hah ni wasap group sekolah.

Aku geram, aku gi padam semua conversation ayah yang gedik – gedik tu tapi sebelum tu, aku dah screensh0t dulu. Ayah kalut datang kat aku kenapa banyak conversation dia hilang tiba – tiba. Aku jawab tak tahu. Aku tak akan beritahu mak, aku sayang mak, aku sayang ayah, aku sayang keluarga aku, sayang sangat dunia akhir4t. Kalau mak tahu, mesti mak lagi sedih. Aku tak sanggup tengok mak patah hati. Sampai hati ayah..

Ada sekali tu kami keluar makan sama – sama, pastu ayah duk hadap hp dia je, mak intai pastu mak tanya, “heh, hantar gambar bunga dekat siape?” Mak mata dia rabun sikit. Ayah jawab “haa, kat group sekolah. Sajeee.” Aku beng4ng aku tahu bunga – bunga tu untuk makcik tu dengan sIumbernya aku cakap, “ayah, this is family time, not hp time, ayah everytime is hp time. Ayah, anak ayah ni balik sekali sekala je, banyak je nak share dengan ayah tapi ayahhh, hurmmm.” Dengan nada agak em0tional la.

Adik aku siap cakap, “ha, em0tional sangat kakak ni. Diorang tak tahu kenapa aku jadi em0tional macam tu. Ayah aku pun cakap, “okay, okay.” Terus tutup hp pastu sambung makan. Lepas makan kami pergi tesco, pastu ayah kata nak gi toilet. Okay, kitorang pun tunggu laaa, lama wehh! Mak suruh adik laki pergi tengok, rupanya ayah duk dekat lorong masuk toilet tengah main hp dia. Tapi adik aku bIah la, masa tu ayah tak sedar. Bila mak tahu, mak memang nampaklah marahnya sikit. Lepas tu ayah datang, aku tanya “lama ayah, ramai orang ke kat toilet?” Ayah jawab, “ye, ramai la pastu s4kit perut pula tu sebab tu lama ni. Kami pun diam jeee, kecewa ayah dah mula nak tipu.

Dan malam tu aku naik bas balik UIA, dalam bas aku nangis sebab sedih dengan sikap ayah, menyesal pula ajar dia smartphone. Aku siap karang ayat lagi nak wasap ayah, nak tegur ayah, nak kata aku sayang ayah, aku nak dia stop buat begini belakang mak. Aku nak minta maaf kalau aku jadi anak tak baik. Aku dan adik beradik jarang call ayah mungkin itu sebabnya ayah sunyi. Biasanya aku call 3 kali dalam seminggu tapi aku takut nak hantar dekat ayah. Aku tak tahu apa reaksi ayah, dia marahkah? Ayah akan menyesalkah? Atau aku akan nampak macam anak kurang ajar? Atau aku yang cepat melatah?

Aku risau nanti hubungan aku dengan ayah jadi lain lepas ni. Kiteorang memang rapat sangat. Dahlah next week, ayah ada kursus kat sini, pastu sekali lagi kitorang akan berjumpa nanti mesti janggal ataupun ayah marahkan aku. Ataupun aku patut tunggu je minggu depan je, check semula wassap ayah lagi, kemudian baru tegur, baru luah rasa kecewa ni? Apa patut aku buat? Aku tak nak ayah jadi macam ni, aku tak nak cerita kat sesiapa sebab aku sayang sangat ayah. – sis kecewa

Komen Warganet :

Noradila Hatta : Awak. Awak kalau tak tahan. Nanti duduk dengan tenang dengan ayah awak berdua. Cakap awak dah tahu. Awak tanyalah dia, kenapa semua tu. Dengar apa yang dia cakap. Kemudian perlahan – lahan nasihat suruh ayah awak bIock orang tu, yang bleh rosakkan family. Sedihnyaa saya bacaa. Be strong sis. Normal kelakuan sis tu. Ayah kita kan. Mesti laa kita rasa marah kalau dia buat perkara macam ni. Cumanya awak memang kena berdepan dan cakap terus terang kat dia. Dia ingat awak tak tahu. Tu diaa terbawa sangatt tuu.

Syahir Muhaimin Md Salleh : Teknologi ni macam ubat. Memudahkan. Tapi pada masa yang sama boleh jadi r4cun. Hmm, aku pun takut kalau ayah aku jadi macam tu. Nauzubillah. Aku doakan sis dapat bertabah. Whatsapp ayah selalu. Bila dia whatsapp sis, dia kuranglah whatsapp orang lain.

Noraminah Ismail : Ni pendapat saya la, rasanya lebih baik sis tegur ayah tu. Serius talk sebab kalau dibiar – biar nanti m4kin melarat. Ye, dia boleh kahwin 4 tapi biarlah dengan cara yang betul. Biarlah dengan cara bukan macam ni. Kesian mak sis, tak pun ambik no kak kuntum janda tu, tegur la beliau. Tegur la kanak – kanak membesar yang menggataI dengan suami orang. Kalau tak cukup mohon tinju – tinju muka dorang.. Serius geram dengan dorang ni, tak faham betul. Ok sis, sorry untuk mungkin komen yang tak membina ni.

Matt Razal : Bagus la kau buat screensh0t. Ada masa kau guna telefon ayah kau dan bagi sebakul dekat makcik dam budak tak sedar diri tu. Memang kau akan rasa nak delete tapi tak ada guna. Bila kau yang reply, kau cakap kau ni anak dia dan rahsia dia dah pecah. Kau ugut – ugut la. Kau tunggu bapak kau baca. Orang lelaki datang masa dia tak sedar diri dia akan buat perangai. Kalau kena tangkap dia akan malu. Terutamanya kalau kena malu depan orang. Tapi kes ayah kau ni tak bolehlah sebab nanti mak kau tahu.

Farzana Arena : Ya Allah kesian kat awak. Takpe, sabar dulu. Ni ujian Allah bagi dekat awak. Kalau awak hantar mesej tu teruskan betol jugak, takut jadi janggal sebab minggu depan nak jumpa ayah nanti. Tak pun macam ni, screensh0t tu simpan dulu, kemudian awak cuba send dekat ayah awak macam video ceramah – ceramah ker, ayat – ayat nasihat keagamaan ker, ayat – ayat suci al quran ker kat wassap, selalu wassap ayah awak, tanya tengah buat apa, tanya mak buat apa.

Selalu cakap dekat ayah yang awak sayang dia bla bla bla. Biar dia rasa anak – anak dia lagi penting daripada wassap – wassap dengan wanita lain. Nanti – nanti tengoklah ayah awak sama jer atau m4kin teruk, barulah awak tegur cara elok. Apa – apa pun jangan bagitahu dulu dekat mak awak ok. Jgn lupa doa banyak – banyak. (Sekadar cadangan saya) Biasalah tu ujian dugaan ni datang dari pelbagai sudut. Take care..

Apa kata anda?