Aku minta tolong suami tebuk, gerudi dinding lepas 2-3 tahun baru dia nak buat. Selalunya aku buat sendiri. Aku jadi taw4r hati ataupun bisikan jin?

Sejak aku berhenti kerja, simpanan aku hampir RM40,000 habis sebab tampung perbelanjaan anak – anak, beli perabot dan tambah belanja dapur. Kononnya beli dulu, tuntut kemudian. Bila aku bagi resit, dia buat – buat lupa. Aku bayar 1000, dia bayar 300 je. Suami aku tu ketua engineer!

#Foto sekadar hiasan. Assalam Admin, mohon hide profil aku ya. Aku nak tanya kaum isteri dalam ni, ada tak yang pernah alami perasaan taw4r hati dengan suami? Aku tak tahu perasaan aku ni disebabkan gangguan jin atau memang aku betul – betul dah taw4r hati.

Dua bulan lepas, suami aku ada berubat dengan ustaz sebab ada jin perempuan yang minat suami aku. Tu pun sebab aku tegur badan dia ada lebam – lebam. Aku cakap macam kena gigit h4ntu, barulah dia pergi berubat. Aku perasan benda ni jadi lepas kami tak tidur sebilik selepas kelahiran anak keempat.

Kadang – kadang dia tidur bilik belakang seorang diri. Kadang – kadang dalam bilik anak lelaki aku dan kadang – kadang dekat ruang tamu dengan alasan nak teman anak tidur dan tak tahan penghawa dingin. Anak kedua aku masih dalam fasa belajar nak tidur sendiri.

Aku rasa kemungkinan juga jin ni ikut suami bila dia balik lewat malam. Suami aku kadang – kadang balik lewat dalam pukuI satu hingga dua pagi bila sertai aktiviti sukan. Contohnya dia sertai futsal atau badminton syarikat. Antara faktor lain yang menyebabkan aku taw4r hati, aku pernah suarakan hajat nak jaga bapa aku lepas bapa aku bercerai dengan bekas mak tiri.

Dia tiada tempat berteduh lepas kena halau dengan bekas isteri dia. Tapi suami tak izinkan. Mungkin sebab suami pernah dengar daripada nenek aku yang bapa aku ni tak pernah bertanggungjawab atas kami adik beradik lepas bercerai dengan mak aku.

Aku akur sebab aku dah jadi suri rumah dan mungkin membebankan dia. Tapi aku tetap terkilan sebab tak dapat jaga ayah aku. Aku cuma sempat jaga sebulan saja di rumah aku. Sekarang bapa aku dalam jagaan adik aku. Sampai sekarang aku sedih bila teringat dan rasa bersalah sebab adik beradik lain semua bekerja, tapi aku tak dapat jaga bapa walaupun tak bekerja. Rasa tak berguna sangat.

Suami aku ni selalu sangat dengan telefon bimbit dua puluh empat jam sehari. Celik mata, telefon bimbit dia yang dia cari dulu. Kadang – kadang marah anak melampau – lampau sebab kacau dia tengah tengok telefon bimbit. Kalau melibatkan kerja aku tak marah, tapi kebanyakan masa dia layan Tiktok, Facebook, tengok pelbagai halaman dan langsung tak layan anak. Macam anak – anak tak wujud.

Aku pernah tegur, tapi macam angin lalu saja nasihat aku tu. Lagi satu, dia amalkan pilih kasih. Aku memang pantang pilih kasih ni sebab aku pernah rasa macam mana jadi anak tiri yang dipinggirkan. Sedih sampai anak aku seorang tu cakap dia tak suka ayah dia.

Sedih dengar luahan anak aku sebab aku dah buat macam – macam untuk kuatkan hubungan anak – anak dengan ayah dia. Dia juga panas baran, tapi setakat ni tak pernah naik tangan dekat aku. Kalau dia naik tangan dekat aku memang aku terus minta cerai.

Tapi dia kadang – kadang naik tangan dekat anak – anak bila marah mereka. Selalunya aku akan terus tegur suami depan – depan supaya jangan berkasar dengan anak. Sejak aku berhenti kerja sembilan tahun yang lalu, simpanan aku hampir RM40,000 habis sebab tampung perbelanjaan anak – anak, beli perabot dan tambah belanja dapur. Kononnya beli dulu, tuntut kemudian. Tapi bila aku bagi resit, dia macam buat – buat lupa.

Kalau bayar pun, contohnya perbelanjaan beli persiapan sekolah anak – anak RM1,000, dia bayar RM300 saja. Suami aku bukan tak berkemampuan. Dia seorang ketua engineer. Entah lah. Nak cakap dia kedekut sangat pun tak juga sebab dia selalu hadiahkan sesuatu dan bawa bercuti bila ada tarikh – tarikh istimewa kami.

Nak cakap ada perempuan lain pun tak pasti juga sebab segala aktiviti dia akan dikemas kini dekat Facebook. Aku pun pernah jeling – jeling telefon bimbit dia kalau ada aktiviti pelik – pelik. Setakat ni tak ada pula aku jumpa apa – apa yang mencurigakan.

Lagi satu yang paling aku s4kit hati, kalau minta tolong gerudikan dinding atau pasang kabinet, kadang – kadang sampai dua atau tiga tahun baru dia buat. Tapi kebanyakan masa memang aku pasang sendiri sebab tak larat nak tunggu dia pasangkan.

Mungkin sebab dia tahu aku pandai pasang sendiri, dia abaikan saja bila aku minta tolong. Banyak sangat aku berdikari buat benda – benda yang dia rasa remeh temeh. Tapi aku rasa macam tak ada suami. Aku cuba fikir segala kebaikan tentang dia, tapi kadang – kadang rasa sedih sangat.

Mungkin bisikan sy4itan nak meruntuhkan masjid dan mungkin juga aku sangat penat. Burnout memang wujud. Aku cuba untuk bertahan sebab aku tak nak anak – anak aku rasa macam mana aku rasa masa aku kecil. Hidup tanpa keluarga yang lengkap sebab ibu bapa aku pun bercerai. Perasaan tr4uma ni hanya yang pernah alami saja tahu.

Apa yang perlu aku buat ya untuk kuatkan tautan hati aku pada suami? Aku dah mula amalkan doa pengasih yang ustazah Asma ajar tu, tapi kadang – kadang terbit juga perasaan menyampah dekat suami. Doakan ketetapan hati aku ya suri suri.

Ulasan pembaca :

Azie Bakar : Sembilan puluh peratus suami di Malaysia seperti suami awak. Sama ada isteri kena bersabar atau mengalah. Jika memilih nak bersabar, bekerjalah semula sis sebagai persediaan. Lepas tu serah pada Allah.

Mai Wahab : Cuba meng4muk kuat – kuat sekali sis. Masa tu kau luahkan apa yang terbuku. Kau ugvt kata nak bercerai kalau tak berubah. Masa ni hati kau kena keras. Kena bagi tahu sekecil kecil ketidakpuasan hati. Jangan memendam, luahkan.

Orang lelaki kena bagi tahu apa yang kau nak. Banyak kali pun biasa. Sebab lelaki ni dia suka main – main sampai ke tua. Meng4muk bertujuan untuk memberi kesed4ran dan meluahkan banyak ketidakpuasan hati. Kalau dia sayang kau, dia berubah. Kalau masih sama, kau fikir sendiri lah sis.

Naa Daisy : Sebab besar awak taw4r hati adalah sikap suami awak. Aku faham sebab bekas suami aku pun panas baran. Tambah pula suami awak asyik dengan telefon bimbit saja. Bekas suami aku tak macam tu, tapi tetap ada per4ngai dia yang aku kurang selesa. Kadang – kadang nak minta tolong pun susah.

Bab gangguan atau apa – apa tu mungkin cuma pencetus saja. Bila semua dah bercampur, perasaan tu jadi kita nampak gangguan tu sebagai punca utama. Lebam – lebam tu ada penjelasan saintifik dalam perubatan, tapi aku dah lupa.

Cuma nasihat aku, kalau masih boleh diperbaiki lagi, cubalah. Cari balik sinar dalam rumah tangga. Bercakap perlahan – lahan dengan dia. Dan paling penting, jangan tidur asing. Layan dia atas katil macam mana mula – mula kahwin dulu. Pikat balik hati dia. Semoga dipermudahkan urusan awak ya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :