Mertua asyik tagih duit anak – anak. Kalau tak bagi dia sumpah jadi anak derh4ka. Siang malam mertua perli – perli anak dan menantu dalam group wassap. Aku teringat bekas isteri suami pernah bagi amaran..
#Foto sekadar hiasan. Ke hadapan semua mertua. Ini kisah aku sendiri sebagai seorang menantu. Betapa sesaknya nafas aku ini memiliki mak mertua yang tak sedar diri dan terlupa nak ukur baju di badan sendiri. Sebelum aku kena kecam dengan mertua mertua di alam FB ini, tolonglah lapangkan d4da untuk baca kisah aku ini.
Jika makcik sekalian ada yang bersikap begini mohon hentikan sebelum ajaI menjemput. Begini.. Suami aku pernah berkahwin tapi tak punya anak. Jadi sebelum kami kahwin, bekas isteri suami, aku namakan Timah pernah ke office aku dan bagi amaran dekat aku yang mengatakan bekas mertuanya itu GIL4!
Timah cerita, mertua aku akan menuduh aku guna atau habiskan duit anak dia kalau pergi melancong. Kalau kau pergi bercuti senyap – senyap lepas tu mertua aku ni tahu, percutian kau tak akan aman sebab dia akan mesej kau bertubi – tubi dengan kata – kata anak derh4kalah, tak kenang budilah, ikut cakap binilah dan sebagainya.
Tapi laki aku dengan bekas isteri dia si Timah ni bercerai sebab diorang ni sering berg4duh. Timah pun 2 x 5 jenis per4ngai sama macam mertua aku. Jenis suka meminta tapi tak sedar duit tak ada. Tak boleh tengok orang lebih sikit.
Bila aku kahwin dengan laki aku, aku ambil iktibar dan berhati – hati. Apa yang aku buat, group family diorang aku tak join. Sebab dulu Timah naik h4ntu pun sebab mertua aku suka perli – perli dalam Whatsapp dan Timah pun jenis nak menang maka berg4duhlah diorang berdua tu sampai bercerai berai.
Mak abah aku ajar jangan biadap dengan orang tua. Tapi aku dengan cara aku lah. Aku memang ajar diri aku untuk tak ambil tahu hal orang sebab nanti m4kin teruk. Maka aku memang akan buat hal aku sendiri. Aku kahwin dah 4 tahun dan dalam tempoh ni, aku sangat kesian dengan semua adik beradik termasuk biras aku.
Sebab apa, siang malam mertua aku ni perli – perli anak dan menantu dalam group wasap. Ada sahaja yang tak kena. Kalau korang nak tahu semua adik beradik suami aku malah suami aku pun semua berjaya dan cemerlang dalam kerjaya, tapi mulut mak mertua aku ni tak habis – habis dengan ayat anak derh4ka dia tu. Walhal anak – anak dia semua baik – baik.
Hanya sebab mertua aku ni hutang dia tak pernah habis. Sedangkan laki aku dan adik beradik dia dah tolong bayar dari sebelum aku kahwin lagi tapi tak taulah kenapa ada sahaja hutang. Pemboros, mertua aku suka beli perabot baru, yang ada ni dia akan campak dekat anak menantu. Lepas tu beli baru dan berhutang
Mulut tak pernah berkata baik, cerita sentiasa nak kencang. Suka menipu. Suka selar anak derh4ka. Aku pernah tegur mertua aku, aku cakap tak baik doakan anak anak macam tu. Tapi dia jawab “memang diorang derh4ka pun.” Hmm.. Mak abah aku pun tak pernah kata yang buruk dekat anak – anak.
Walaupun belanja bulanan anak – anak dah bagi tapi tak pernah cukup bagi dia. Hidup suka bermewah sedangkan mertua aku ni biasa – biasa sahaja orangnya kalau nak bandingkan dengan keluarga aku. Tapi itulah mak aku yang kaya pun sedar diri dari mertua aku ni
Aku perhatikan mertua aku ni jiwa dia tak tenang walaupun dia solat, yang sunat semua buatlah. Sebab apa? Sebab dia tak belajar redha dan bersyukur. Duit menantu dia suka anggap duit dia juga, bagi dia menantu pun kena keluarkan duit tolong dia. Lupa agaknya menantu pun ada ibu bapa nak kena bagi duit.
Lupa agaknya menantu pun ada anak – anak nak kena cukupkan keperluan. Sedangkan bil – bil rumah, telefon, barang dapur, duit kereta semua anak – anak dah tolong bayarkan, dia mesti ada je tak cukup. Mertua aku suka doakan anak bercerai kalau dia tak suka dengan pasangan anak dia.
Puas anak – anak dia nasihat dia, tetap tak jalan. Bila nasihat, keluarlah ayat anak derh4ka dia tu. Mak mertua, kalau dengan aku dia tak berani sikit sebab dia hormat keluarga aku. Abah dan mak aku memang sangat tegas orangnya dan lantang tapi tak pernah berkata buruk pasal orang lain mahupun bercakap buruk tentang anak – anak.
Kalau berjumpa aku boleh tengok mertua aku malu dengan family aku sebab mak abah aku suka tekankan adab dengan anak – anak dan berkeluarga ni. Mak abah aku ni sangat strict orangnya, bercinta time belajar memang tak boleh tapi kau bebas bercerita tentang siapa kau suka. Diorang akan dengar dan beri nasihat.
Kemudian dalam rumah tak ada istilah yang muda kena beralah dengan tua, siapa salah minta maaf. Jadi pekara tu aku terapkan dalam mendidik anak – anak aku. Tapi itulah, walaupun mak abah aku dah nasihat secara general, dia tetap tak faham bahasa.
Makcik – makcik sekelian. Memang aku muda, tapi dengarlah sedikit. Aku bersyukur mak aku bukan macam mertua aku. Mak aku sangatlah penyayang, merendah diri, hidup dengan apa yang ada, pandai berjimat, sangat bersyukur orangnya dan mulut mak aku tak pernah menyumpah anak – anak walau str3ss macamana pun .
Dari mak aku lah aku belajar banyak perkara. Dan bila aku kahwin dapat pula mertua begini memang aku terk3jut dan sesak nafas dibuatnya. Kalau aku yang menantu ni pun dah sesak nafas, bayangkanlah anak – anak dia yang terp4ksa hadap sepanjang hayat ni. Susah nak ubah bila dah tua – tua ni.
Aku dengan suami selalu risau kalau mertua aku dijemput dahulu, sebab entahlah bagi aku mertua aku bukan seorang yang baik. Adab dengan suami hilang, menjerit dekat suami, mengungkit depan kami tentang peng0rbanan dia dekat suami dia.
Lepas tu berg4duh dengan orang lain, berhutang lagi. Dan banyaklah benda yang aku rasa macam tak sangka ada mak yang per4ngai dia macam ni. Jadi jika ada yang per4ngai macam ni mohon hentikanlah. Macamana anak nak sayang kalau mulut tu sentiasa sumpah seranah? Macamana hati nak tenteram kalau suka korek salah orang?
Macamana nak hidup tenang kalau tak reti bersyukur? Macamana nak hadap ujian Allah kalau hati tak reti nak redha? Bila tak redha mulalah salahkan orang lain dan sentiasa rasakan diri tu betul. Paling lama makan garam kononnya!
Aku dah tegur ni. Kalau rasa diri betul lagi takde salah, terpulang sebab umur lepas 40an ni kalau tak berubah memang susah dah. Ingat walau paling lama makan garam tak semestinya semua tindakan kita tu betul. Bawak bawaklah bertaubat sebelum ajaI. Kasihanlah anak – anak yang tersiksa jiwanya. – Gempita (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Noraziah Amdan : Aku kahwin dah 4 tahun dan dalam tempoh ni, aku sangat kesian dengan semua adik beradik termasuk besan aku. Sebab apa, siang malam mertua aku ni perli – perli anak dan menantu dalam group wasap. Ada sahaja yang tak kena.
Bukan BESAN, ipar – ipar suami, hubungan dengan tt digelar BIRAS. Sementara mak bapak tt adalah BESAN pada emak bapak suami. Begitu juga emak bapak biras – biras tt, itu juga BESAN emak bapak suami tt.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.