Aku nekad ambil wanita penz1na jadi isteri, tapi malam pertama aku dah kena tengking dgn isteri

Masa aku kenal dengan isteri aku, dia memang jenis sopan sejuk hati memandang. Aur4t tip top pakai stoking dan sarung tangan. Tiba – tiba dia terus terang yang dia dah tak suci. Aku nekad kahwin dengan dia, baIasannya masa malam pertama, aku kena tengking direct depan muka..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku Man suami dan ayah kepada 5 orang anak. Lihat tajuk mesti semua mulut dah ternganga heran kenapa aku bersyukur dapat isteri yang ada kisah silam gelap. Aku nak cerita ni pendek – pendek sahaja dan juga untuk buka minda laki lain.

Aku kenal isteri aku ini melalui nenek aku yang berkenan dengan si dia. Ibu aku pun suruh la aku cuba nasib sebab isteri aku ini dulu memang jenis sopan sejuk hati memandang. Aur4t tip top pakai stoking dan sarung tangan.

Awalnya, dia nampak tak selesa aku asyik bagi hint mahu berkenalan. Kenal punya kenal sampai aku jatuh hati duduk mencari dia, dia bagitahu kisah silam dia sebab dia nak aku give up dan jangan kacau dia. Masa dia bagitahu tu aku ingat dia menipu saja sebab dia menyampah kena kacau.

Melihat mimik muka dia yang berubah menahan nangis terus buat aku pergi dan hilangkan diri tak percaya perempuan macam dia pernah bermaksi4t. Sebulan juga aku solat minta petunjuk sebab aku rasa tak sedap hati tinggalkan dia dan selalu terfikir pada dia.

Aku memang gelisah dan takut aku buat keputvsan yang b0doh. Kuasa Allah, aku diberikan keberanian luar biasa menerima gadis tersebut. Kira macam inilah kisah sebelum kahwin secara ringkas. Kalau mendalam pula ada banyak up and down sebenarnya.

Awal perkahwinan memang banyak struggIe. Bayangkan malam pertama isteri aku dah jerit direct pada muka aku. Gugur jantung aku bila isteri aku seperti dirasuk bila aku nak mulakan hubungan intim. Aku ingat lagi dia jerit dan lari keluar bilik.

Aku ingat malam pertama, aku akan lebih struggIe terbayang dia bersama bekas kekasih. Rupanya isteri aku lebih struggIe akibat tr4uma. Dulu isteri aku bercinta dan ditinggalkan apabila lelaki itu tak mahu bertanggungjawab.

Kami pula kahwin 3 tahun selepas dia ditinggalkan jadi isteri aku masih dalam healing process. Minggu pertama, aku nampak la usaha isteri aku cuba melawan tr4uma dia kerana hubungan fizikaI menjadi factor tr1gger. Kesian juga aku lihat menggigil tangan dia cuba juga nak bermanja dengan aku.

Bila ingat balik memang sedih sangat lihat kondisi mentaI isteri aku. Rasa seperti mahu saja cari balik bekas kekasih dia yang ani4ya perempuan sampai macam ini sekali. Saranan aku, kalau tak tahan juga nafsu s3tan itu pergi cari peIacur berbayar, dan bukan perempuan elok yang jenis kau kena tipu itu ini, bina kepercayaan bagi harapan untuk bawa dia bermaksi4t.

Akhirnya, kata rela sama rela untuk lepas tangan. Padahal perempuan ini mungkin tak rela pun kalau awal – awal kau terus jujur cakap kau tak akan bertanggungjawab dan tak sayang dia. Sekurangnya peIacur berbayar itu memang tak letak harapan dan tahu kau tak akan bertanggungjawab.

Itu baru rela sama rela. Lelaki punya fikiran kalau perempuan pun sedap layan terus kira rela. Adeh.. Macam ini ke pemimpin? Berbalik semula, aku book appointment terapi terus untuk isteri aku dan dari situ dia mula tunjuk improvement.

Isteri aku ada masalah chr0nic depr3ssion dan PTSD. Isteri aku mula reflect diri dia dan berkongsi dengan aku segala yang dibincangkan. Perkara isteri aku paling takut adalah ditinggalkan dan masalah ini buat dia jadi teramat manja dan jenis people pleaser.

Sepanjang perkahwinan isteri aku memang semua benda dia nak aku ada di sisi. Nampak macam bagus tetapi dia juga ada masalah untuk percaya. Dia selalu risau aku akan tipu, gunakan badan dia dan hilangkan diri.

Hebatnya clingy isteri aku ini setiap hari dia tunggu kepulangan aku kat pagar rumah. Bayangkan 11 tahun perkahwinan, tak ada satu hari dia miss (kecuali s4kit) terpacak depan pintu lambai – lambai senyum bila aku balik.

Anak – anak aku pun dah tak teruja tunggu aku. Tidur malam alhamdullilah kalau tak melekat kat badan aku, dia akan pegang tangan aku. Oh lagi satu isteri aku juga dari keluarga yang bermasalah yang kurang kasih sayang ayah.

Walaupun isteri aku bekerja office hour, dia macam tak kenal erti letih walaupun jaga anak 5 orang. Aku selalu pelik hal ini sebab hidup dia nampak sangat terurus dan muka pun masih berseri / tak lesu. Dialah yang uruskan segala kerja rumah dan bab anak – anak.

Bila balik rumah, dia akan uruskan anak – anak, tunggu aku di pintu pagar, sediakan minum petang semualah. Aku tolong juga dari segi layan anak – anak. Dari segi hubungan intim memang tiada masalah jenis tak pernah menolak.

Malam – malam selepas dia tidurkan anak, dia datang bermanja dengan aku pula. Aku selalu dengar kawan – kawan yang ada masalah rumah tangga isteri tak cukup tangan melayan. Rezeki Allah, aku bersyukur sangat dapat isteri yang sentiasa mahu / tertarik melayan aku walaupun anak ramai.

Setiap bulan ada sahaja dia beli baju s3xy untuk memik4t aku. Aku rasa Allah memang bagi dia superpower sebab dia sentiasa ada masa berlebih untuk solat sunat, bangun malam dan baca quran setiap hari. Untuk belanja, dia tak pernah bising pasal hal nafkah.

Kadang – kadang dia masukkan duit dia dalam dompet aku macam aku pula dapat nafkah haha. Duit gaji dia guna untuk mainan anak – anak dan produk solek. Kalian jangan bandingkan diri dengan isteri aku pula sebab character dia terlebih over / tidak normal atas sebab masa lalunya.

Dia selalu kata pada aku dia tak mahu aku rasa apa dia pernah rasa. Rasa tidak berharga, tidak cukup dan tidak diterima. Susahnya isteri aku ini aku banyak kena jaga ayat sebab isteri aku tak suka dengar ayat – ayat macam aku janji tak akan tinggalkan dia, aku akan sentiasa bersama dia dan percayakan aku.

Kalau dia dengar autom4tik dia akan rasa tak selamat dan mula gelisah. Ini aku belajar slow – slow dan kena pandai guna ayat lain. Walaupun usia dah masuk pertengahan 30 an, isteri aku masih genggam peIuk tangan aku bila keluar bersiar – siar.

Tak nafikan ada juga hari aku rasa menyampah dan hari kami berg4duh tetapi selalunya ia tak berlarutan. Isteri aku ini marah dasyat jenis tengking tapi dalam jerit – jerit tu dia duduk nak peIuk aku. Kalau aku tinggalkan dia, nanti aku nampak dia akan intai – intai aku dari luar haha.

Bila aku tegur terus dia menangis peIuk aku. Walaupun dengar macam lawak tak matang, aku elakkan diri g4duh sampai ke tahap itu sebab aku tahu, kita memang nampak dia comel tetapi dia sebernarnya tengah alami tr4uma response.

Tidur berasingan itu tak pernah. Awal – awal dulu kalau g4duh teruk, aku akan tidur tempat lain tetapi nanti dia bawa bantal dia cari aku walaupun tengah merajuk. Cantik aturan Allah sebab aku jenis boleh tahan per4ngai clingy.

Selalu risau nak ambil penz1na jadi ibu kepada anak. Ni aku nak cakap, satu kelebihan isteri aku ini dia pandai sangat jaga anak – anak. Dia memang jaga dan ajar bab agama. Dia ajar elok semua baca doa dan solat di usia muda.

Dia juga beri nasihat hidup secara terperinci. Dia selalu nasihat anak perempuan dan lelaki supaya jaga diri dan tipu daya orang. Mungkin sebab dia dah alami, jadi dia lebih tahu. Anak perempuan dan lelaki aku pun jadi elok jenis stand up untuk diri dan berani kata tidak.

Selalu cerita dari A to Z apa jadi dan disembangkan di sekolah. Aku masa kecil dulu kalau ibu tanya, aku sengih – sengih saja cakap belajar subjek apa dan tidaklah terperinci macam anak aku. Anak aku juga bukan jenis buat per4ngai dan senang dengar kata.

Begitu hebat isteri aku didik walaupun dia dari br0ken family. Dia tahu bagaimana pemikiran budak – budak. Dengan anak yang cepat matang ini, dia dapat masa lebih untuk luang dengan aku. Begitulah kisah perkahwinan aku.

Aku bersyukur Allah takdirkan dia milikku. Kisah silam dia yang membuatkan dia lebih kuat, bijak dan penyanyang. Aku bersyukur sangat bekas kekasih dia lepaskan perempuan ini dan aku yang dapat dia. Baru aku faham jika orang itu dah bertaubat sepenuhnya, percayalah betapa mulianya mereka, mungkin lebih lagi dari kita.

Aku rasa sebab pend0sa ini, lebih lagi bab hilang maru4h diri, mereka akan sentiasa rasa diri mereka rendah walaupun kebaikan mereka melebihi orang lain. Mereka sentiasa rasa perlu buktikan mereka berharga dan tak letak expectation tinggi sebabkan trust issue.

Isteri aku selalu over express dia punya rasa happy / bersyukur bila aku buat tanggungjawab biasa sahaja macam laki lain. Dia akan pandang tinggi sangat kat aku sebab dalam fikiran dia tak layak dilayan elok dan pelik orang sayangkan dia.

Jadi untuk lelaki di luar sana yang berani bertanggungjawab pada perempuan yang dasarnya tanggungjawab lelaki lain, percayalah, aku amat respect pada kalian. Kita sebagai lelaki memang sepatutnya menaikkan darjat wanita dan bimbing mereka, lebih lagi yang jenis tersasar jauh.

Walaupun kau dari family beragama jaga ikhtilat, ada sebab Allah pertemukan kau dengan wanita sebegini. Kadang – kadang sebagai ujian untuk nak lihat kita bimbing atau tinggalkan mereka. Janganlah semua nak berlumba cari wanita akhir zaman kerana perempuan pend0sa ini lebih perIukan bimbingan kalian.

Ada hikmah kenapa kalian bertemu dan jatuh hati dengan mereka. Tak semua lelaki sanggup ambil risik0 even yang merosakkannya. Aku mengaku aku ada juga rasa tak yakin dahulu dan aku bukanlah uztaz / lelaki hebat tetapi aku percaya, Allah pasti akan baIas kebaikan kita.

Jika tidak di dunia, di akhir4t kelak.. Jaga kaum hawa semua ini elok – elok dan jangan sesekali rosakkan maru4h mereka. Ada ceramah aku tangok cakap dua benda bah4ya jangan dibuat main, hutang dan maru4h orang. Ustaz tu cakap ini yang banyak bermasalah kat akhir4t nanti.

Aku sokong sebab aku nampak sendiri kesan dia pada isteri aku. Isteri aku boleh taubat tapi perkataan murahan, mainan nafsu tak berharga dah sebati kekal dalam minda dia selagi hidup, buatkan dia hidup sentiasa dalam ketakutan sebab rasa semua orang benci dia.

Aku confess ini pun sebab isteri suka baca confession – confession ni, jadi disuruhnya tulis pandangan aku kahwin dengan dia hahahaha.. Ini nanti mesti lompat – lompat happy. I love you my wife… – Man (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rahmah Rahman : Ni la yang dinamakan, lelaki baik dan perempuan yang baik. Perempuan tak rela terlanjur, bukan seperti banyak – banyak confession kata terlanjur tapi masih buat z1na berkali – kali lepas tu marah jika bakal suami tak terima jadi isteri. Saya doakn semoga kamu sekeluarga bahagia sehingga ke syurga dan mendapat keberkahan.

Naz Zuki : Tahniah encik. Sebab dapat isteri yang baik. Dan tak judgemental dengan masa lalu isteri encik walaupun encik dari keluarga yang baik dan alim. Bagus sebab bagi dia peluang untuk bahagia juga macm orang lain. Dihargai dan isayangi selayaknya walau apa pun kesalahan yang dia pernh buat dulu

M Hidzir Ismail : Tahniah bang.. Bukan semua orang dapat lalu ujian – ujian dan dengan ujian – ujian lah Allah menaikkan darjat kita. Orang mungkin tak tahu, tapi takpe la kan bukan kita buat untuk orang. Selalunya bila dah matang dan bersedia untuk kahwin tu, lelaki akan redha dan terima saja pasangan dan berserah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.