Aku ni menyusu anak, nafsu lapar memang membuak je, asyik nak makan sedap. Tapi suami complaint aku makan banyak

Aku tengah packing barang nak keluar berjalan, tiba – tiba anak nangis, bapaknya layan pun tidak. Bukannya nak ambil dukung pujuk – pujuk anak tu. Malah disua depan aku. Budak tu nangis – nangis tengok mak tak ambil dia. Memang lah nangis! Anak tu nak menempek dengan mak dia! Aku tengah goyang kaki ke sekarang?

#Foto sekadar hiasan. Sedikit latar belakang fasal suami dan aku. Suami membesar keluarga yang hebat tapi sangat teruk hubungan antara ibu ayah. Ibu ayah yang sentiasa berg4duh siang malam tentang segala benda dari dia kecil sampai la sekarang.

Aku pula membesar dalam family yang bahagia sentiasa happy dan saling sayang menyanyangi sehingga ayah meninggaI dan segala tanggungjawab keluarga jatuh di bahu aku. Kami dah 9 tahun berkahwin dan dikurniakan anak di usia ke-9.

Masing – masing sangat hebat bekerja. Aku punya syarik4t sendiri dan suami kerja swasta. Hidup kami okay – okay je kadang – kadang pasang kadang – kadang surut. Pada awalnya aku memang tak berminat nak ada anak.

Sebab pikirnya kami memang workh0lic. Dan sejarah hidup tentang parenting sangatlah tak baik. Selepas kami berkahwin, aku tengok dia macam culture sh0ck! Ada kebebasan meIampau untuk hidup. Serba serbi dia boleh buat. Gembira lain macam.

Tapi dengan keluarganya, dia hanya seorang pendiam. Langsung takkan patah kata – kata familynya. Dan aku fikir juga, kalau ada anak nanti sah aku sorang – sorang je jaga. Sebab memang dia fikir diri dia je. Aku ada la jugak tapi most of the time pasal dia je la.

Masuk tahun ke-8 usia perkahwinan, kami terdetik untuk ada anak. Kami usaha juga macam mana dan alhamdulillah berjaya dan selamat dilahirkan baby yang sangat comel. Kalah anak orang lain tau! Haha.. Mula – mula memang aku tak dapat terima.

Sejak mengandung prestasi kerja dan syarik4t aku down. Apa pun tak boleh buat. Lepas melahirkan pun, maintain slow dan aku masih tak dapat nak up kan biz aku. Dan – dan la masa ni juga orang kiri kanan aku berjaya itu ini.

Meroket sampai tahap tinggi. Em0si aku terus menerus down sampai sekarang. Sampai aku tak banyak bercakap dengan orang. Nak bercakap aku boleh hilang kata. Hanya mampu tersenyum saja. Padahal aku seorang yang sangat into the frame dalam segala hal.

Baby aku tak banyak meragam, Alhamdulillah. Tapi tu la, sejak ada anak, suami langsung tak kisah pasal aku. Boleh dik4takan hari – hari makan hati. Dia layan aku macam bukan seorang isteri. Dulu boleh cakap lembut – lembut sekarang banyak kata kesat yang keluar.

Ya dulu kami bergurau kasar, tapi sejak ada anak aku yang sangat jaga percakapan. Aku control semua yang keluar dari mulut. Aku taknak anak terikut per4ngai buruk mak dia. Tanya khabar aku pun tak. Balik – balik tanya baby okay? Meragam tak?

Bila aku cita benda yang b0do – b0do pasal aku keluar rumah, dia respond nak taknak je. Last aku diam je. Suami tak sedar pun apa dia cakap. Bagi dia normal, tapi orang dengar, memang kasar dan tak patut pun ayah nak cakap macam tu depan anak.

Anak baby lagi tapi dari baby la kita kena tunjuk per4ngai yang elok. Kan dah kata, kalau ada anak, aku je la yang akan jaga. Sejak ada anak juga lagi galak dia jumpa client, jumpa member, bersukan lah apa lah. Aku? Kering je la dalam rumah ni dengan anak menempek macam aku sorang je la buat anak!

Untung lah laki aku, habis kerja orang ajak pergi sukan. Suruh bagi excuse nak jaga anak, eh tak boleh! Bos ajak kan! aku cerita kat family dia pun, mamp0s aku yang dorang kata mengada – ngada. Takleh berenggang dengan laki.

Bila mak aku tanya pasal dia, aku jawab je, entah lantaklah dia nak wat apa pun. Kesian tengok anak aku ni. Dahlah comel, bijak, adorable, tapi dapat makpak yang b0doh! Aku nak bercakap dengan orang pun dah malas. Otak aku beku nak fikir pape.

Aku blank bila orang tanya planning kerja. Stuck. Lost. Nak keluar makan pun, aku list satu satu barang aku barang anak. Siap tanda tepi takut tertinggal. Aku tengah kemas barang packing nak keluar berjalan, aku tulis tick satu – satu tiber anak nangis, bapaknya layan pun tidak.

Bukannya nak ambil dukung pujuk – pujuk anak tu. Malah disua depan aku. Budak tu nangis – nangis tengok mak tak ambil dia. Memang lah nangis! Anak tu nak menempek dengan mak dia! Aku tengah goyang kaki ke sekarang?? Tengah berkemas kan! #%^**+

Sungguhlah aku takleh brain la orang yang takleh fikir ni. Dan dan lah aku stop kemas, tenang anak, dan here we go aku pergi jalan dengan pampers tak bawak, baju aku bawak selai, baju seluar dalam aku tak ada selai, and lagi best barang laki aku complete! Perfect! Aku yang packing tuh!

Jangan kata la bercerai je la kak! Sorry, tak selesai masalah, rumah nama bersama, barang pun banyak bersama. Banyak cara dari cerai kayh. And kami yang nak kahwin kan, bukan jodoh orang lain tentukan. Either cerai, baik selesai masalah.

Entah lah. Mungkin aku lah yang bermasalah. Tak doa sungguh – sungguh kat tuhan minta elokkan per4ngai bapaknya. Hmm.. Dann sejak ada anak ni juga la, aku perasan laki aku berkira sangat. Aku tengok lebat juga la dia dapat rezeki.

Macam orang belanja itu ini, macam m4kin best la hidup dia. Aku pantau je duit keluar masuk akaun kami. Dia okay je aku nak beli apa pun. Selagi ada duit, beli je. Tapi bab makan, aku perasan dia berkira giIa. Aku pun sedar, lately ni aku makan banyak.

Mungkin sebab menyusu dan str3ss jadi mak. Aku tak rasa nikmat makanan sedap tu. Walau ayam penyet sekalipun aku tak rasa nikmat sedap pedas sambal rangup ayam goreng dengan kicap gaul dengan sup kosong! Nikmat betul!

Itu buatkan aku nak order macam – macam. Last tak habis. Tapi apa susah, dia lah habiskan. Apalah sangat! Sejak 2 menjak ni, dia macam, “sayang order light food je boleh kongsi dengan baby.” Then dia order yang best dan portion besar.

Aku ok la mulanya. Tapi yang jadi s4kit hati, dia makan portion tu banyak tinggal sayur je banyak. Dan aku suruh tambah nasi kosong je bagi aku habiskan dengan lauk, dia kata aku tamak! Dia kata “asyik makan sedap je eh sekarang ni”

Hanginlah main orang tengah lapar kau tahan selera. Memang mood ke laut lah. M4kin tebal lah aku rasa benci. Jangan dibuat main lah orang tengah lapar. Tak kisah lah pasal tu. Kalau member – member dia ajak makan ke gathering ke, dia punya hidung tinggi bagitau aku suruh bersiap, macam aku nak sangat lah ikut dia outstation.

Dah siap kemas, baru dia nak tanya itu ini ada bawak tak. Memang aku masam muka je lah. Kalau katakan kenduri ke makan ke, aku tanya boleh tak nak ajak adik ke sepupu ke buat teman aku, dia buat muka ann0ying kau! Ok faham lah tak boleh ajak sesiapa, tapi masa nak keluar, dalam kereta dia tanya balik, eh kata nak ajak itu ini.

Aku cakap lah tak jadi la, dah kata tak boleh. Dia tinggi suara, “ siapa kata tak boleh??” Sungguh lah, b4bi pun boleh pengsan main dengan pasangan macam ni. Bukan takat tepuk kepala, h4ntuk kepala kat dinding pun tak hilang lagi pening.

Dia pun cakap tak jelas. Cuba la cakap terus terang. “Tak payah ajak, nanti apa orang cakap. “Nak keluar suruh aku bersiap, cakap “kenapa tak bersiap, orang nak keluar ni.” “Minggu depan kenduri nak kena check in hotel, booking la hotel untuk kita orang lain tak boleh ikut”

Ini tidak, cakap sepatah – patah, bila kita buat keputusan ikut kepala kita, dia marah kita balik, siapa kata itu ini. Kata b0doh kan umur dah 30an. Aku ni, kalau boleh sekampung nak ajak. Aku ajak ramai dia kata tak boleh, aku tak ajak dia tanya baik ajak dia tu dia ni. Apake t0lol.

Aku str3ss betul. Nak ikut perkembangan anak lagi. Nak belajar pasal dia takut missed skills. Takut delay itu ini. Aku nak anak aku jadi budak yang charming, adorable, good attitude. Memang high expectations sebab makpak dia ada darkside childhood.

Aku taknak anak aku ada macam tu. Sekarang memang aku letgo hal bisnes kat staff. Agak merudum. Memang reputasi pun teruk. Fon aku tak ada dah bunyi orang call ke mesej pasal kerja. Totally shut out. M4kin sedih hari aku.

Nak bercakap dengan mak pun, mak cakap aku yang tak pandai urus diri. Cakap ke ipar pun, dorang pun tak tahu apa jadi antara suami dan aku. Dorang nampak kami happy – happy je jalan sana sini. Tu kata aku mengada – ngada.

Aku pun tak tahu apa masalah aku. Yang aku boleh kata, aku lost. Sedih. Bosan. Dah tak best hidup. Harap esok aku m4ti je tapi banyak d0sa. Tak nak m4ti lagi. Tapi takut nak bangun esok. Bangun je mesti bosan lalui rutin yang sama.

Tengok anak je boleh senyum. Anak terlalu comel. Baby – baby pun banyak sangat keletah. Cerita kat sini pun lega lah kejap tapi entah lah. Lagipun baru lepas nangis, laki pergi makan dengan member cakap tak jelas last kita yang salah jadi jaga anak je lah! Tiber la masa ni lalu feeds artikel “Wanita Kena Kuat”. – Mama (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.