Aku p4ksa suami masuk dalam dewan bersalin tengok peng0rbanan aku. Boleh dia mesej perempuan lain masa aku s4kit bersalin

Masa dalam pantang, perempuan tu mesej suami aku lagi. Aku p4ksa suami telefon perempuan tu depan aku. Suami cakap kemain lembut, aku terus jerit, jerkah dari belakang. Terus perempuan tu letak telefon..

#Foto sekadar hiasan. Salam.. cuma nak minta pendapat tentang kejadian dalam rumah tangga kami baru – baru ini. Sejak kami berpindah di Johor Bahru ini, kerja baru saya ini banyak pula perjalanan luar daerah dan kursus di Kuala Lumpur yang membawa berminggu – minggu lamanya. Tetapi sekarang, sudah kurang sedikit.

Suami saya ini seorang yang mengambil berat dan boleh dik4takan memahami juga. Cuma, saya pada mulanya tidak gemar dengan kerjanya sebagai pegawai polis. Tetapi sekarang sudah masuk tahun keempat dia dalam pasukan polis.

Saya seorang yang biasa sahaja. Anti sosiaI juga kot sebab kerja hanya depan komputer sahaja. Berbanding polis… faham – fahamlah kerja tidak tentu masa. Bila ada majlis sesekali macam lepas geram pula.. berkaraoke tidak ingat.

Okay, sepanjang suami saya di tempat baru ini, saya perasan ada mesej – mesej daripada kawan sekerjanya ini, perempuan, ada suami, anak satu. Selalu mesej tidak kira masa dan ada pasal kerja, ada juga mesej tidak formal.

Saya tahu pegawai perempuan ini kena laporkan apa – apa kepada suami saya sebab suami adalah ketuanya lah kiranya. Suami pula, bila apa – apa mesti sebut nama perempuan ini. Macam nak rujuk apa – apa, mesti sebut nama perempuan ini. Contoh: ‘A cakap… bla… bla…’.

Bila perempuan ini mesej kelam kabut tengah mandi pun boleh keluar bilik air tidak menyempat – nyempat. Siapa lah tidak terasa. Pernah beberapa kali saya beritahu perempuan ini macam sesuatu yang salah sebab hal remeh pun nak beritahu suami.

Dan kadang – kadang ada pula buat gurauan macam maksud berganda begitu. Saya marah suami sebab dia macam melayan. Tetapi suami cakap saya fikir bukan – bukan. Suaminya pun suami saya kenal. Sama – sama polis. Yang saya dapat simpulkan mereka memang rapat.

Tetapi saya sudah cakap dengan suami sebab apa saya suruh dia jauhkan diri atau jangan melayan. Sebabnya perempuan ini bila ada majlis polis yang saya pun datang, dia akan buat – buat tidak kenal saya. Sedangkan suami beria – ia kenalkan saya dengan dia. Minta dia duduk dengan saya dan sebagainya tetapi perempuan ini buat tidak kenal sahaja.

Dah beberapa kali juga lah dia buat tidak peduli dengan saya. Kalau rapat sangat dengan suami saya, kenapa dengan saya tidak mahu tegur pula. Kalau tidak mahu rapat pun… bertegur sapa lah. Saya pernah ugvt suami, kalau tidak berhenti mesej, saya sendiri akan tegur perempuan itu.

Tetapi suami beri alasan kalau nak maIukan dia, buatlah. Mereka tiada apa – apa hubungan. Daripada mesej memang tiada lah ‘saya sayang awak’ atau ‘awak sayang saya’ tetapi kategori manja – manja juga lah. Sebab orang lain mesej laporkan kepada suami saya formal tetapi dia boleh pula nak manja – manja.

Kadang – kadang hal remeh temeh macam nak susun kerusi pun nak beritahu suami saya. Sedangkan dia bukan anggota biasa. Pegawai juga. Tidakkan lah mudah – mudah keputusan pun tidak boleh buat. Nak jadi cerita, saya baru bersalin.

Anak pertama dulu caesarean, jadi kali ini nak cuba bersalin normal dan suami pun beria nak teman. Memang susah juga lah saya bersalin. Sampai sekarang saya tr4uma lagi bila ingat – ingat. Saya perasan suami bermesej tetapi saya bersangka baik lah sebab baru dapat orang baru mestilah suami sibuk menghebahkan.

Tetapi bila tengok telefon, memang banyak mesej masuk tetapi paling banyak mesej perempuan itu. Berborak hal – hal bersalin lah… s4kit bersalin lah.. Nak tambah lagi, pagi – pagi hari keberapa saya berpantang, dia mesej suami saya tanya pendapat sebab dia dapat taw4ran pindah ke unit lain.

Saya terus melenting. Saya cakap dengan suami, “lain kali tidak payah tengok kita bersalin kalau tidak insaf.” Isteri s4kit bersalin pun tak hilang lagi sibuk mesej perempuan lain. Entah kenapa… saya macam nak mer0yan pula waktu itu.

Saya suruh dia telefon perempuan itu dan beritahu dia tengah cuti dan jangan ganggu. Perempuan itu telefon dan suami cakap lah baik – baik. Saya dengar lagiIah s4kit hati. Terus saya jerit ‘Suruh dia tanya suami sendiri lah. Takde suami ke nak telefon – telefon suami orang?’

Dengar suara petir saya itu, perempuan itu terus letak telefon. Lepas itu dia mesej suami minta saya mengucap lah apa… dia tiada niat nak goda suami orang lah apa. Boleh pula mesej diubah pula terus formal. Kalau tidak… “ala… tuan… ala tuan… benci lah tuan ini…” menggatal semacam.

Saya memang menangis macam nak bengk4k mata. Saya ambil nombor dia, mesej cara baik, beritahu kenapa saya marah. Saya cakap, siapa tidak s4kit hati, kita s4kit beranak tidak hilang lagi, suami sibuk mesej orang lain. Orang yang sama pula itu..

Lepas itu saya cakap juga saya tahu dia rapat dengan suami tetapi tidak tahu sejauh mana rapat itu. Yang pasti mesej tidak formal kebanyakan daripada dia. Lepas itu saya beritahu juga kalau rapat sangat dengan suami saya kenapa dengan saya buat tidak kenal? Perempuan itu tidak baIas…

Sekarang masalah saya, saya rasa kesian pula dengan suami sebab takut dia malu. Saya pula rasa patut ke saya sergah perempuan itu? Saya tahu mereka tiada lah hubungan istimewa tetapi saya nak mencegah dulu sebab saya nampak perempuan itu dah sem4kin berlebihan.

Kalau sem4kin rapat, nanti cerita lain pula mereka kongsi, lama – lama jadi lain pula. Memang saya menangis – nangis waktu itu. Nasiblah suami pujuk juga. Kalau dia buat tidak peduli sahaja memang boleh mer0yan. Saya memang tidak cakap banyak. Menangis… menangis sahaja.

Dia cakap, saya buat tidak tahu. Akhirnya, dia pula tidak tahan saya abaikan dia. Saya sudah mesej dah perempuan itu. Tetapi tidak ada lah berlanjutan. Pasal suami malu itu, bila sudah tenang – tenang saya tanya dia, dia malu ke saya jerit perempuan itu?

Dia kata tidak adalah. Saya sudah terangkan sebab apa saya marah. Lagipun ramai sahaja kawan kerja dia yang perempuan mesej dia. Tetapi saya tidak marah pun sebab mereka dengan saya pun okay, tegurlah kalau jumpa. Lepas itu yang lain – lain itu tiada lah menggatal macam dia..

Main point dia, kenapa dia nak buat sombong dengan saya kalau dengan suami boleh bermesra – mesrakan. Itu yang musykilnya. Saya anggap tiada apa – apa lepas dah sergah itu… saya nak berpantang dengan aman. Macam mana korang… wajar ke tidak saya buat itu sebenarnya?

Komen W4rganet :

Afiqah : S4kit hati aku baca citer TT ni.. memang ramai pompuan kat luar tu tak tau malu. Tak kira la bini orang atau anak d4ra sama je. Kadang – kadang aku terfikir kat mana diorang letak harga diri diorg.. selamba dok manja – manja dengan laki orang. Kalau aku dah lama aku slow talk dengan pompuan tu sebab aku tak suka perempuan dok kacau laki aku.. better cegah sebelum melarat.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.