Baru 3 hari bertunang, tunang dah berubah. Dia m4ki, h1na aku. Dia tarik aku keluar dari kereta sampai aku jatuh terduduk atas jalan

Dia suruh aku ber4mbus dari hidup dia. Dia benci tengok muka aku. Bila aku taknak keluar dari kereta, dia sanggup pergi buka pintu kereta, tarik aku keluar sampai terduduk aku atas jalan. H1nanya aku rasa. Aku malu nak bagitahu keluarga sebab..

#Foto sekadar hiasan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Aku perIukan nasihat dan pertolongan. Aku sudah bertunang sejak Mac dan akan bernikah pada bulan Ogos tahun depan. Hampir semua perancangan untuk majlis kahwin nanti telah disiapkan, hantaran pun telah dibeli.

Tetapi aku boleh katakan, tunang aku sangat berubah selepas kami bertunang. Tiga hari selepas bertunang, aku terk3jut dia mula naik tangan kepada aku. Pantang silap sedikit terus dit4mparnya. Yang aku kesalkan sangat, sebelum bertunang dia tidak pernah pula naik tangan.

Berg4duh macam hendak pecah dunia sekalipun dia tidak pernah pukuI aku. Bukan setakat pukuI, m4ki hamun semua keluar dari mulut dia. Yang paling sedih, dia selalu h1na dan katakan aku ini sudah tua, tidak sedar diri pula, membawa siaI dalam hidup dia, dan ayat m4ki hamun yang lain.

Bila dia sudah mula m4ki hamun, aku akan diam sahaja menangis sebab sedih sangat. H1na umur aku padahal masa sebelum bercinta dia sudah kata tidak kisah pun umur aku. (Aku 32 tahun dan dia 28 tahun). Mungkin ramai akan persoalkan kenapa aku tidak putus sahaja selepas dia pukuI aku, sebaliknya aku biarkan perkara ini berlarutan hingga sekarang ini sudah m4kin teruk dia pukuI aku.

Jawapannya: Sebab aku takut dan malu putus tunang. Aku tidak mahu memaIukan mak dan ayah aku yang sudah membuat persiapan. Kami bertunang hari itu besar – besaran juga, jadi malu sahaja kalau kawan – kawan tahu sudah tidak jadi.

Aku kesiankan juga mak dan ayah aku yang sudah mengeluarkan duit banyak untuk majlis perkahwinan kami. Honeymoon pun keluarga aku yang sponsor, tiket sudah dibeli ini. Aku beranggapan apabila aku memberi peluang, tunang aku akan berubah.

Rupanya aku silap. Sekarang ini m4kin menjadi – jadi per4ngai dia. Pantang silap sedikit terus m4ki hamun semua keluar, debik kepala aku, t4mpar itu sudah biasa. Boleh dik4takan sejak bertunang tiga bulan ini sudah lima kali dia t4mpar / debik aku.

Kemuncak kami berg4duh hari itu bila dia t4mpar mulut aku hingga berd4rah. Meraung aku dalam kereta itu. Lepas itu dia ada keluar ayat suruh aku ber4mbus dari hidup dia. Dia benci tengok muka aku, jadi bila aku tidak mahu keluar dari kereta, dia sanggup pergi buka pintu kereta dan tarik aku keluar sampai terduduk aku atas jalan raya.

Ya Allah, hanya Tuhan tahu perasaan aku masa itu. Betapa h1nanya aku rasa. Mulut aku tidak berhenti menyebut Ya Allah, Ya Allah… kenapa buat aku sampai macam ini, aku ini tunang dia. Sejujurnya, sejak kali pertama dia naik tangan kepada aku, aku masih bersabar dan memberi peluang kepada dia.

Nasihat, teguran macam – macam lah aku buat untuk menyelamatkan hubungan kami. Yang aku nampak, dia ini kalau marah memang macam lupa diri. Lepas itu nanti tahu pula hendak menyesal minta maaf merayu – rayu kepada aku suruh beri peluang kepada dia.

Jadi pada satu hari yang tenang (keesokan harinya) aku nekad berterus terang dengan mak dan ayah aku. Menangis – nangis aku cerita dan katakan aku memang betul – betul sudah tidak tahan dan aku sangat sedih tunang aku layan aku begini.

Mereka semua terk3jut dengar pengakuan aku sebab tunang aku ini digambarkan sebagai pendiam, baik… jadi selama ini semua orang ingat aku sangat bahagia, hanya menunggu hari nikah sahaja. Padahal apa yang aku simpan selama ini, apa yang aku tanggung selama ini Tuhan sahaja yang tahu.

Untuk pengetahuan, sebelum aku ambil keputusan untuk berterus terang dengan keluarga aku, aku sudah buat solat hajat dan istikharah secukupnya dalam tempoh lima hari aku berg4duh dengan dia, dan dia mendiamkan diri.

Aku tidak mencari tunang aku, dia pun tidak mencari aku. Aku gunakan waktu itu untuk bertanya pada Tuhan, benarkah jodoh yang aku pilih ini? Kalau dia bukan untuk aku, aku minta Tuhan tunjukkan. Ayah aku sangat terk3jut tetapi dia tidak melatah.

Dia terus meminta kami sekeluarga buat solat hajat malam itu dan solat istikharah berjemaah, minta petunjuk dari Tuhan sebab Allah adalah sebaik – baik tempat untuk meminta pertolongan. Esoknya ayah aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan tunang aku, mak aku pun ikut sekali (aku tidak ikut).

Kata mak aku, tunang aku terk3jut bila tengok kelibat mak aku, dan saat mak aku buka buku dan bacakan satu – satu semua perbuatan fizikal, mental abvse yang tunang aku buat kepada aku, memang terk3jut tunang aku.

Berkali – kali dia tanya mak aku, betulkah aku cerita semua ini kepada mak aku. Mak aku tanya satu – satu, betulkah apa yang aku cerita tunang aku buat itu, jadi semua itu tunang aku mengaku, cakap “Ya, saya buat.” Ayah dan mak aku langsung tidak ada m4ki – m4ki dia, atau marah – marah dia atas apa dia sudah buat kepada aku.

Ayah aku banyak juga beri nasihat dari segi agama, tegur silap yang dia buat. Dia diam sahaja, tunduk. Jadi ayah aku buat syarat kami masing – masing tidak boleh hubungi satu sama lain dalam tempoh sebulan. Itu adalah tempoh bertenang.

Ayah aku mahu kami saling muhasabah diri, dekatkan diri pada Tuhan, buat solat sunat hajat dan istikharah banyak – banyak… minta Tuhan beri petunjuk sama ada dia boleh bahagiakan aku atau aku boleh bahagiakan dia.

Yang aku terkilan selepas ayah aku cakap begitu, tunang aku boleh tanya ayah aku, boleh tak dia jumpa aku untuk bawa tanda tangan S&P (Sales and Purchase Agreement) sebab kami ada beli rumah bersama. Pihak pemaju sudah panggil untuk tandatangan minggu depan.

Mak aku dan aku sangat terk3jut dia boleh tanya perkara ini seolah – olah tidak kisah dengan arahan tempoh bertenang tadi, seolah – olah yang dia kisahkan adalah rumah yang kami beli itu. Jadi bila sudah jadi begini, tiba – tiba terlintas di hati aku dan keluarga, adakah tunang aku ini mahu gunakan aku sahaja untuk beli hartanah sebab kalau kami tidak jadi kahwin pun (yang aku faham kalau sudah tandatangan S&P) memang tidak boleh berundur lagi.

Tunang aku pernah cakap kalau kami tidak ada jodoh, jual sahaja rumah itu dan duit itu bahagi dua. Ya Allah, sesungguhnya aku tidak tahu apa niat sebenar dia mahu kahwin dengan aku, apa niat sebenar dia mahu bertunang dengan aku.

Keluarga aku memang macam sudah tidak boleh terima tunang itu sebab mak aku cakap dia tidak boleh terima orang pukuI anak dia. Sejujurnya aku masih sayangkan dia, sedih sangat mengenangkan masa bahagia, kami memang sangat bahagia.

Tetapi yang aku nampak sekarang, sejak urusan jual beli rumah itu hampir selesai, dia mula buat hal. Tidak ada isu pun dia boleh jadikan isu untuk g4duh dengan aku dan senyap berhari – hari, seolah – olah aku ini tidak wujud… seolah – olah aku ini bukan tunang dia.

Cincin tunang pun dia sudah baling kepada aku masa g4duh hari itu. Sejak aku kenal dia (setahun) kami tidak pernah berg4duh lebih dari empat hari. Jadi sekarang bila jadi begini, aku sangat pelik dan tertanya – tanya di mana silap aku.

Bila ajak dia berbincang, dia seolah – olah tidak mahu dan asyik suruh aku balik sahaja. Menyampah konon tengok muka aku. Keprihatinan aku sekarang adalah berkenaan rumah yang dibeli atas nama aku dan dia. Kadang – kadang aku rasa macam tunang aku ini mahu gunakan aku sahaja untuk kepentingan dia.

Dan kalau katalah kami ini ada jodoh, aku akan pastikan dia tidak dapat apa – apa dari rumah itu. Mohon nasihat juga daripada yang ada pengalaman pasal beli rumah, minta nasihat dan cadangan bagaimana hendak berundur dari pinjaman itu untuk pastikan dia tidak dapat apa – apa manfaat dari rumah itu, atau mungkin ada cadangan lain yang bernas?

Sebab kalau diikutkan aku mampu bayar ansuran rumah itu seorang diri (dalam RM2200). Aku sudah putus harapan, hingga tahap sekarang aku serahkan keputusan pada keluarga aku. Aku tidak dibenarkan berhubung lagi dengan tunang, dan sekarang ini aku hanya berserah dan banyak – banyak doa dan solat minta petunjuk dari Tuhan.

Sebolehnya aku mahu selamatkan hubungan ini, aku berharap sangat dia boleh berubah selepas ibu bapa aku tegur, tetapi semua itu juga aku serahkan pada Tuhan. Aku tidak berdaya dan sangat sedih sekarang. Pergi kerja pun kadang – adang itu kalau teringat terus lari ke tandas menangis.

Aku mahu minta pendapat para pembaca, sama ada mahu teruskan hubungan ini, dan kalau ada yang boleh beri nasihat pasal rumah itu juga sangat dialu – aIukan. Terima kasih.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.